Orang Cina di Malaysia memang pandai makan. Kalau ada tempat makan yang sedap pasti ada orang Cina datang berkunjung makan di situ. Tak kira lah kedai tu bangsa apa yang punya. Tengok saja kedai-kedai makan Cina yang meriah. Kalau tiba bulan puasa, orang Cina tumpang gembira sebab makanan yang macam-macam ada. Orang kita senang saja nak terangkan kenapa orang Cina begitu handal selera makan mereka. Ya lah, dia bukan kira apa yang dimakannya, yang penting rasanya sesuai dengan selera.
Aku suka makan sup. Tapi dah tentulah aku tak boleh makan Bak Kut Teh. Bukan aku terkilan tak dapat makan sup babi, malah bagi aku baguslah ada beza antara aku dengan orang yang berlainan agama dengan aku sehingga dalam bab memenuhi keperluan harian termasuk makan. Manusia dijadikan berbeza dalam persamaan. Sikap dan selera kita juga berbeza walaupun jika nak dibanding dengan saudara sepusat seibu sebapa. Indah sungguh kejadian manusia yang diletakkan pada taraf sebaik kejadian sebelum manusia itu sendiri merendahkan martabatnya.
Orang Melayu Pantai Timur khususnya sudah biasa dengan rasa sup siam. Orang Johor macam aku pula mungkin majoritinya berselera kepada sup Melayu. Orang utara pula ada sup melayu versi mereka yang dimakan dengan cabai merah giling. Sup mamak pula, meskipun pedas rempahnya, ramai juga Melayu yang sukakannya. Ada selera yang mendefinisikan bangsa dan ada juga gaya selera yang mesti dilandaskan agama. Kalau orang Islam tak boleh makan Bak Kut Teh, orang Hindu pula tak makan sup daging lembu. Semua ini ada hikmahnya.
Kalau sebut sup sayur pula, secara amnya semua bangsa boleh makan tapi kalau sup sayur guna kuah bak kut teh, orang Islam tetap tak halal baginya. Kepelbagaian yang masih bersandar ketetapan itu cantik warnanya. Terpulang kepada empunya diri memilih gaya hidup masing-masing. Ketetapan yang ditentukan agama punya siratan istimewa buat para penganutnya. Hanya yang percaya sahaja yang mahu mengikut aturannya. Bagi yang tidak atau kurang percaya, ada juga yang mahu cuba-cuba merasainya.
Sejauh mana persepsi budaya bila orang mencuba sesuatu di luar kelongsongnya?
Justeru bila mana orang bukan dari agama aku pula nak memandai-mandai dalam agama yang mereka sendiri tak percaya, aku rasa terhina. Bukan sekadar terhina secara buta, tapi terhina bila saudara seagama aku sendiri mendiamkannya seolah-olah merestui mereka. Lebih celaka lagi bila yang mendakwa sebenarnya percaya, sebilangan mereka sanggup membelitkan kebenarannya. Aku tak kisah kalau orang bukan Islam menceduk kebenaran dalam agama yang aku percaya. Malahan aku rasa bangga bila sesuatu kebenaran yang Tuhan aku hadiahkan dikongsi bersama.
Bagi aku kebenaran AlQur’an adalah mutlak dari Tuhan yang Maha Berkuasa sebab aku percayakan agamanya. Aku boleh berlapang dada bila maksud ayatnya dijadikan hujjah penguat bicara, tak kira siapa yang menggunakannya. Cuma seperkara yang aku rasa sangat perlu diambilkira adalah kepenggunaannya mestilah sabit dengan pemahaman dan pengisian asal agama yang menyeru kepada penyatuan jiwa ke arah mengagungkan Pencipta segala hamba.
Halal dan Haram dalam Islam sudah jelas garis panduannya semenjak lebih 1400 tahun yang lalu. Sehingga ke hari kiamat nanti, kalam ALLAH dalam kitabNya akan tetap terpelihara kesuciannya sebagaimana janjiNya. Sesuatu kebenaran yang diambil dari kitab ini takkan berubah fitrahnya kecuali bila sengaja ditafsir secara partisan demi kepentingan manusia mengatasi keutamaan Tuhan yang Maha Bijaksana. Semakin lazim kita jumpa kelompok manusia hari ini yang makin berani mendahulukan nafsu hamba dengan menafsir sebahagian sahaja kalam Tuhannya.
Dunia fitnah hari ini semakin berleluasa sebagaimana yang diramalkan keadaannya oleh Pesuruh ALLAH yang mulia. Di tanah Melayu ini juga dapat kita saksikan kebenaran ramalan Rasul tercinta. Itu belum kira di bahagian lain dunia. Amerika misalnya pernah ada wanita mengimamkan solat jumaat. Belanda ada pelukis karikatur yang sengaja mempersendakan ikon agama tercinta, Indonesia dengan ribuan ajaran sesatnya dan banyak lagi yang kita pernah baca atau terjumpa.
Media massa dunia khususnya merupakan pemain utama yang tak pernah putus asa terus-terusan cuba mempengaruhi pandangan manusia di seluruh dunia. Penggunaan teknik yang cukup halus dalam memesongkan akidah tidak terkecuali. Bagi Muslim yangg memang sudah rapuh iman dan masih tetap tak mau pandang atau dengar kebenaran bersumber hadith & AlQur'an, memang tak mustahil kepercayaan terikut lencongan yg disajikan. Sebagai orang yang percayakan agama, kita perlu berhati-hati dalam menyerap maksud 'kebaikan' yang terkadang sengaja dibaurkan dengan tohmahan dalam kebenaran yang diutarakan.
Atas dasar apa kita pandang sesuatu kesalahan yang menconteng arang ke muka agama? Adakah hanya kerana kebiadapan tuduhannya atau kerana kita benar-benar sayangkan agama? Pemutaran fakta agama akan tetap berleluasa di seluruh dunia. Persoalannya bukan hanya kewajipan menidakkan tuduhan tetapi tuntutan menjelaskan kebenaran. Bila terjumpa orang bukan Islam mempersendakan agama, apa yang kita mampu buat untuk menceritakan keindahan sebenarnya?
Harus diingat jika semua orang mengamalkan sesuatu yang diterima umum meskipun bertentangan dengan agama yang kita percaya, itu tidak menghalalkan amalan tersebut walaupun dalam demokrasi bila mana majoriti menerimanya maka ia boleh diguna. Manusia yang berstatus pemutar fakta akan terus wujud sehingga akhir hayat dunia. Tanggungjawab menyebarkan kebenaran juga akan terus dituntut seiring perjalanan masa. Bagi kita yang mengaku ahli Ummat terbaik sebagaimana tersebut dalam kitab utama agama, di mana kedudukan kita?
Sedangkan untuk makan sup kita ada garis panduan, apatah lagi untuk perkara yang lebih berat timbangan.
By: Towil

Bila kita amati faktor budaya semata-mata, kita boleh jumpa kecanggungan sesetengahnya yang didakwa molek tapi bertentangan dengan agama.Budaya milik bangsa tapi agama milik Tuhan Sang Pencipta untuk para penganutnya. Agama tidak membataskan bangsa. Sesiapa sahaja yang mahu percaya dialu-alukan untuk menganutinya. Aku tak fasih berbicara agama orang lain selain apa yang aku percaya dalam agama aku. Itu pun bukan semua perkara aku tahu. Ada juga bahagian agama aku yang aku kurang fasih.
Justeru bila mana orang bukan dari agama aku pula nak memandai-mandai dalam agama yang mereka sendiri tak percaya, aku rasa terhina. Bukan sekadar terhina secara buta, tapi terhina bila saudara seagama aku sendiri mendiamkannya seolah-olah merestui mereka. Lebih celaka lagi bila yang mendakwa sebenarnya percaya, sebilangan mereka sanggup membelitkan kebenarannya. Aku tak kisah kalau orang bukan Islam menceduk kebenaran dalam agama yang aku percaya. Malahan aku rasa bangga bila sesuatu kebenaran yang Tuhan aku hadiahkan dikongsi bersama.
Bagi aku kebenaran AlQur’an adalah mutlak dari Tuhan yang Maha Berkuasa sebab aku percayakan agamanya. Aku boleh berlapang dada bila maksud ayatnya dijadikan hujjah penguat bicara, tak kira siapa yang menggunakannya. Cuma seperkara yang aku rasa sangat perlu diambilkira adalah kepenggunaannya mestilah sabit dengan pemahaman dan pengisian asal agama yang menyeru kepada penyatuan jiwa ke arah mengagungkan Pencipta segala hamba.
Halal dan Haram dalam Islam sudah jelas garis panduannya semenjak lebih 1400 tahun yang lalu. Sehingga ke hari kiamat nanti, kalam ALLAH dalam kitabNya akan tetap terpelihara kesuciannya sebagaimana janjiNya. Sesuatu kebenaran yang diambil dari kitab ini takkan berubah fitrahnya kecuali bila sengaja ditafsir secara partisan demi kepentingan manusia mengatasi keutamaan Tuhan yang Maha Bijaksana. Semakin lazim kita jumpa kelompok manusia hari ini yang makin berani mendahulukan nafsu hamba dengan menafsir sebahagian sahaja kalam Tuhannya.
Dunia fitnah hari ini semakin berleluasa sebagaimana yang diramalkan keadaannya oleh Pesuruh ALLAH yang mulia. Di tanah Melayu ini juga dapat kita saksikan kebenaran ramalan Rasul tercinta. Itu belum kira di bahagian lain dunia. Amerika misalnya pernah ada wanita mengimamkan solat jumaat. Belanda ada pelukis karikatur yang sengaja mempersendakan ikon agama tercinta, Indonesia dengan ribuan ajaran sesatnya dan banyak lagi yang kita pernah baca atau terjumpa.
Media massa dunia khususnya merupakan pemain utama yang tak pernah putus asa terus-terusan cuba mempengaruhi pandangan manusia di seluruh dunia. Penggunaan teknik yang cukup halus dalam memesongkan akidah tidak terkecuali. Bagi Muslim yangg memang sudah rapuh iman dan masih tetap tak mau pandang atau dengar kebenaran bersumber hadith & AlQur'an, memang tak mustahil kepercayaan terikut lencongan yg disajikan. Sebagai orang yang percayakan agama, kita perlu berhati-hati dalam menyerap maksud 'kebaikan' yang terkadang sengaja dibaurkan dengan tohmahan dalam kebenaran yang diutarakan.
Atas dasar apa kita pandang sesuatu kesalahan yang menconteng arang ke muka agama? Adakah hanya kerana kebiadapan tuduhannya atau kerana kita benar-benar sayangkan agama? Pemutaran fakta agama akan tetap berleluasa di seluruh dunia. Persoalannya bukan hanya kewajipan menidakkan tuduhan tetapi tuntutan menjelaskan kebenaran. Bila terjumpa orang bukan Islam mempersendakan agama, apa yang kita mampu buat untuk menceritakan keindahan sebenarnya?
Harus diingat jika semua orang mengamalkan sesuatu yang diterima umum meskipun bertentangan dengan agama yang kita percaya, itu tidak menghalalkan amalan tersebut walaupun dalam demokrasi bila mana majoriti menerimanya maka ia boleh diguna. Manusia yang berstatus pemutar fakta akan terus wujud sehingga akhir hayat dunia. Tanggungjawab menyebarkan kebenaran juga akan terus dituntut seiring perjalanan masa. Bagi kita yang mengaku ahli Ummat terbaik sebagaimana tersebut dalam kitab utama agama, di mana kedudukan kita?
Sedangkan untuk makan sup kita ada garis panduan, apatah lagi untuk perkara yang lebih berat timbangan.
By: Towil
Comments
balek rumah tumboh janggut
Post a Comment