Saturday, November 23, 2013

...maen LUAR rumah...

Baitullah... Kaabah... Tanah Haram Makkah AL-MUKARRAMAH... RUMAH ALLAH. Siapa yang ada di situ gelarannya "Tetamu ALLAH Yang Maha Pemurah" atau "Dhuyuf Ar-Rahman". Tetamu kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Di dalam kawasan Tanah Haram Makkah yang meliputi lebih 1000km persegi, dilitupi banjaran bergunung dan berpasir di sekelilingnya, diBERKATI oleh ALLAH Tuhan Sekalian Alam.

SubhanALLAH... Alhamdulillah... ALLAHU Akbar.

Segala puji bagi ALLAH Yang Merahmati Tetamu terpilih yang mendiami Tanah Haram Makkah AlMukarramah. Setiap hari di Masjidil Haram sepanjang musim haji pasti kedapatan solat jenazah mengiringi setiap 5 waktu solat. Bergembiralah mereka yang terpilih HIDAYAH ALLAH sepanjang usia di sana sehinggalah ke akhir usia. "Barangsiapa yang mati sedang dia dalam keadaan berIHRAM, maka dia bakal dibangkitkan dalam keadaan berTALBIYAH..." ~mafhum alhadith~.

Berbahagialah roh yang dipanggil mengadap ALLAH dalam "Husnul Khatimah" apatah lagi jika ia di bumi Makkah AlMukarramah. Roh-roh ini terpilih dipanggil pulang ke Baitullah... terpilih diundang pulang ke Rumah ALLAH Tuhannya yang disembah dan dipuja sepanjang usia dan TERPILIH mereka ini pulang ke dakapan ALLAH dengan solat terakhir usia mereka yang terkujur kaku dalam kafan disolatkan di Masjidil Haram yang masih dihurungi Jemaah Haji setiap waktu solat. Paling sedikit ratusan ribu yang bersama solat jenazah di saat musim yang pasti datang setahun sekali... SUBHANALLAH... setiap musim dengan kisah tersendiri.

Roh manusia adalah ANUGERAH ALLAH kepada setiap jiwa yang bernyawa. Kekuatan Rohani adalah dengan santapan AlQuran. Roh yang masih belum mahu pulang ke Rumah Tuhannya adalah yang hakikatnya masih buta dan masih tak tau dari mana asalnya.

Tanah Haram Makkah terkandung di dalamnya Kaabah yang dimuliakan. Berada di luar Tanah Haram berarti di luar kawasan Rumah ALLAH (Baitullah) yang menjadi Kiblat ummat Islam seluruh dunia. Kiblat adalah perlambangan mudah yang ALLAH s.w.t sendiri tentukan. Kita yang mengaku ISLAM semua kiblatnya sama. Walau berbeza rupa, bangsa, bahasa, budaya, sikap dan pandangan kepercayaan... jika ISLAM Agamanya, Kaabah Rumah ALLAH adalah fokus arah hidupnya 5 kali sehari.

Bukan batunya Kaabah itu yang disembah, bukan juga kiswah (kelambu) Kaabah itu yang penuh hikmah TETAPI yang diagungkan adalah Pemilik Kaabah iaitu ALLAH s.w.t yang Berkuasa atas segalanya. Kaabah itu makhluq ALLAH yang terpilih menjadi lambang penyatuan ummat Islam seluruh dunia.

Siapa yang rasa nak maen2 kat luar RUMAH... jangan lupa INGAT mengadap Rumah ALLAH selagi nyawa dikandung badan 5 kali sehari tak kira di mana kita berdiri. "Sesungguhnya solat ditetapkan ke atas orang yang berIMAN pada waktu yang tertentu" ~mafhum ayat AlQuran~

Meskipun begitu istimewa Tetamu ALLAH yang terpilih hadir ke Makkah dan menziarahi Baitullah, itu bukanlah JAMINAN ke atas jiwa tersebut terhindar dari diperdaya nafsu dan keinginan yang akhirnya mengakibatkan kegelinciran AQIDAH meskipun berada di sekitar Kaabah. Baru-baru ini sahabat See Sharp Minor yang di Makkah berkesempatan menyaksikan seorang berketurunan Pakistan yang ditangkap mencuri diantara kawasan bucu Hajar Aswad ke Hijir Ismail.

Pencuri ditangkap oleh Polis Masjid AlHaram yang berpakaian preman. Penjaga Kaabah yang berada di dalam Hijir Ismail langsung keluar dan membawa masuk pencuri itu ke dalam kawasan Hijir Ismail yang bertaraf "dalam Kaabah" menurut tafsiran para ulama'. Dia kemudian disuruh menyangkung supaya tidak mati dibelasah atau dipijak jemaah haji yang masih bertawaf. Sahabat See Sharp Minor ini terfikir, "ke mana lagi SELEPAS Kaabah yang mampu dituju oleh si pencuri ini. Orang datang ke sini UNTUK BERTAUBAT, ko buat cenggitu lepas ni ko nak pegi taubat kat mana?".


Bagi yang sudah pernah sampai ke Rumah ALLAH, jangan lupa Abu Lahab yang dilaknat ALLAH s.w.t didalam AlQuran juga orang Makkah AlMukarramah. Jahiliyah Makkah diriwayatkan pernah tawaf dalam keadaan berbogel. Kaabah dibersihkan dari 360 berhala ketika pembukaannya oleh Rasulullah s.a.w bersama para sahabatnya (Fathi Makkah). Begitu jauh tersesat ummat Jahiliyah ketika itu meskipun masih tahu dan percaya bahawa Kaabah adalah Rumah ALLAH, Tuhan Sekalian Alam yang dibina oleh Moyang mereka Ismail a.s bersama bapanya Ibrahim a.s.


Hanya ALLAH yang mengetahui nasib orang yang matinya di dalam maupun luar kawasan Rumah ALLAH. Ketentuan ganjaran nikmat atau siksaan yang bakal tersedia di akhirat tetap tergantung kepada bagaimana amalannya sepanjang mendiami dunia? Mati di manapun jua boleh dikurnia darjat yang mulia di sisi ALLAH. Contohnya saudara mujahidin kita di Syria, Iraq, Myanmar, Mesir dan lain-lain. Mati dibunuh di Malaysia disaat sedang menjalankan tugas membanteras kesesatan ummat Islam dari diperdaya ajaran sesat, samseng maksiat dan syiah terlaknat juga boleh bertaraf SYAHID di sisi ALLAH. Terserah ALLAH apa suratannya. Wallahu a'lam.

MASIH nak "...maen LUAR rumah..." ? Orang dalam Rumah ALLAH lagikan masih berpotensi terbabas mencuri, inikan lagi orang yang di luar Rumah? Usah takut usah gelisah... ALLAH s.w.t dah bekalkan kita manusia dengan KALAM AlQuran & panduan amalan Sunnah RasulNya untuk kita berpegang kepada keduanya jika kita memilih untuk kekal menjadi hamba yang taatkan Tuhannya tak kira di mana kita berada.

Kalau masih tegar mengikut nafsu yang senantiasa ditiup hasutan syaitan penipu, itu adalah pilihan insan yang sengaja menyalahi ketetapan Tuhan. ALLAH tak rugi kalau manusia tak terima Dia sebagai Tuhan mereka. AlQuran & Sunnah TETAP BETUL untuk dirujuk semula meskipun sesudah manusia2 ini tersalah memilih arah. ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani walaupun tidak diperakui oleh hati-hati yang telah mati akibat tiada Petunjuk dan Hidayah Ilahi.

Jangan tersalah ARAH... leka maen kat luar rumah... terbabas yang bukan-bukan... parah berdarah... Terlajak, tersesat, hilang arah lantaran mencari jalan selain yang telah dianjurkan oleh ALLAH adalah akibat terburuk berpunca dari pilihan masing-masing. TAQDIR tidak layak dipersalah kalau kita yang bersalah. ALLAH tak halang kita memilih jalan hidup masing-masing di dunia, tapi setiap pilihan ADA perkiraannya. Jangan lupa... "TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH".

Say it... Live by it! La ilaha illALLAH, Muhammadur Rasulullah.

by: Osman Mandela

Wednesday, September 11, 2013

Kaunter FITNAH... Justice for Jebat Ruffedge!



Buat pertama kalinya Blog Warung Kopi See Sharp Minor memaparkan sebuah KISAH BENAR yang dikhabarkan kepada kami oleh sekumpulan rakan-rakan yang kami percayai kata-kata mereka lantaran kesemuanya tegar menjaga SOLAT harian mereka. Sesudah kami ISTIKHARAH, sebulat suara kami di blog ini merasa TERPANGGIL untuk menyiarkan blogpost kali ini yang cuba merungkaikan sebuah FITNAH sehingga menzalimi seorang Hamba ALLAH. 

Sesungguhnya HARAM membuat, menyampai dan menabur FITNAH. Akan tetapi sekiranya kita bertembung dengan sesebuah fitnah yang menganiaya sesorang sehingga terpenjara akibat fitnah pertuduhan yang direka, adakah WAJAR kita berdiam membiar? Oleh kerana perkara ini yang berkisar pertuduhan terhadap seorang bekas penyanyi yang merogol anak tiri sudah tersiar di media massa secara umum, maka kami memilih untuk menyiarkan kisah “Kaunter FITNAH” ini dengan corak penulisan sebegini… 

Aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam. 

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Demi ALLAH (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) aku PERCAYA apabila datang kebenaran (Dari Tuhan), maka HANCURlah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu menghancurkan. Itu maksud ayat AlQuran yang terngiang di telinga penulis sewaktu mula-mula mendengar kisah pergolakan hidup mangsa fitnah yang terpilih hidayah ALLAH untuk memperbetulkan arah hidup.

Konflik BERMULA disaat mangsa masih sebagai seorang Suami dan ayah tiri kepada anak perempuan isterinya hasil perkahwinan terdahulu. Ketika mula beralih arah mahukan kehidupan beragama, setelah sekian lama bergelumang dalam kehidupan bebas berselut noda kotaraya, si suami yang merupakan seorang artis nyanyian tanahair yang agak popular sekitar permulaan abad ke-21, mula dibenci si isteri dan anak tiri sendiri. 

Kebencian yang bermula akibat keengganan si isteri menurut ajakan suami agar meninggalkan kehidupan lama bernoda menuju kehidupan beragama yang lebih mulia, kemudian bertukar tentangan yang disertai si anak tiri gadis sunti yang sudah lama tiada berperawan lagi. Memandangkan usia si anak tiri masih hingusan sekolah menengah, pasti ramai yang takkan percaya betapa besarnya NAFSU serakah anak ini yang ketagihan disetubuhi mana-mana lelaki. ASTAGHFIRULLAH AL’AZIM. [Penulis rasa malu terpaksa menulis kebenaran sebogel ini].

Gambar Hiasan ~ hati2 bila perempuan bermain api ;-)
Nafsu Ammarah si isteri yang mahu kekal ranggi dan seksi ditambah kebodohan si anak tiri yang termakan hasutan ibu sendiri untuk berganding bahu demi melampiaskan rasa benci mereka kepada si suami / ayah tiri, yang makin jauh terpesona dengan keindahan hidup beragama, kemudian berkembang menjadi FITNAH. Sememangnya sumpah Iblis Laknatullah untuk tidak putus asa membisikkan kesesatan dalam api kemarahan agar anak Adam a.s kufur bersamanya dalam apa jua cara adalah BENAR sebagaimana direkodkan oleh ALLAH s.w.t dalam AlQur’an.

Hanya kerana pada asalnya sekadar benci diajak beragama, si isteri ranggi pemabuk abadi bersama si anak gadis kepingin setubuh tak mau berlaki ini berpakat mengenakan si Suami / Ayah Tiri. Maka bermulalah episod pertuduhan yang mengekori penceraian pasangan bekas penyanyi RnB ini dengan si isteri. Dengan nasihat perundangan yang secukupnya, si ibu dan si anak memulakan episod laporan polis berkenaan tuduhan FITNAH terhadap si Suami / Ayah tiri. Segalanya mereka gagahi demi mau melihat bekas suami  / ayah tiri tersungkur dibenci, dihina, dicaci dan dikeji.

Sewaktu masih berkahwin, mereka berhasil dengan dua orang anak. Di saat si Suami mulai cenderung menuju jalan ukhrawi mencari ketenangan diri, kedua anak ini selamat dalam jagaannya. Walau tidak semewah mana, Alhamdulillah makan dan pakainya masih terjaga. Kasih si Ayah tak pernah berbeza kepada mereka walau ibu mereka sudah tak mau ambil tau. Demi mahu jalan mudah menuntut nafkah, si isteri kemudiannya memperjuangkan haknya mau memelihara kedua anak mereka. Tewas lagi si bapa yang dihalang memelihara anak-anaknya menurut kerangka sistem perundangan kita.

Kedua anak-anak itu kemudiannya diletakkan di rumah saudara si ibu seksi ranggi dalam keadaan yang tak terurus makan pakai meraka lantaran saudara si ibu juga punya anak sendiri. Makin terhiris hati si bapa bila mengetahui anak-anak yang dikasihi diperlakukan sebegini hanya kerana dendam kesumat antara kedua ibubapanya masih berbaki dan terus berapi. Episod DENGKI ini berterusan lagi dengan permainan halus orang melayu; sihir. Hampir segenap sudut kehidupan Sahabat teraniaya ini diuji… Subhanallah.

Satu persatu hamburan FITNAH dari bekas isteri melanda hidup Sahabat ini setelah hatinya dibuka untuk mencari keredhaan Ilahi. Dek kerana keampuhan semangat dan keikhlasan Sahabat ini yang mahu terus berpegang kepada agama meskipun bertalu diuji kanan dan kiri, semakin meluap kemarahan bekas isterinya. Pada pandangan perempuan ini, orang yang mengada-ngada nak tunjuk baik dengan Tuhan sesudah bersama-sama dengannya menempuh keseronokan kemaksiatan adalah POYO. 

Gambar Hiasan ~ awas walau usia muda,
nafsu tetap bergelora. Bisikan syaitan di mana2.
Diringkaskan cerita, akibat susunan FITNAH ini, Sahabat yang tertuduh dijatuhi hukuman 20 tahun penjara dengan 10 sebatan. Inilah hasil PENGAKUAN si ibu seksi ranggi + si anak gadis tiri bernafsu tinggi + seorang doktor yang mengesahkan ada kesan persetubuhan pada kemaluan TERPAKAI si anak tiri + persaksian MUNAFIQ sepupu si anak tiri yang juga anak saudara si ibu seksi ranggi. Mahkamah dunia kita BERJAYA menjadi kaunter FITNAH paling efisien, apabila lengkap bukti bersandar PERSAKSIAN & PENGAKUAN kesemua watak yang disebutkan tadi. Semudah itu FITNAH membeli sistem perundangan ini…

Agak pelik dan membingungkan jika difikirkan apakah benar sampai begitu sekali cerita ini… Bunyinya memang sesuai dibuat telemovie samarinda. Namun pengalaman mendengar penceritaan kisah ini secara langsung dari sekumpulan manusia beragama Islam dan mengamalkan kehidupan agama mereka secara bersederhana pasti akan membuatkan kita SUKAR untuk mengatakan ini cuma cerita rekaan… Inilah yang penulis rasa sepanjang diberitahu pergolakan kisah ini seawal beberapa tahun lepas sehinggalah berita terkini Sahabat yang diFITNAH dianggap oleh mahkamah sebagai bersalah minggu lepas.

Secara ideal SUDAH TENTU jika perundangan ISLAM yang dijadikan sandaran PENGHAKIMAN, persaksian yang disebutkan tadi masih tidak mencukupi syarat pertuduhan. Namun demokrasi di sini sudah tentulah dikembari undang-undang sivil berpaksi penjajah British. Ruang bersumpah dengan nama ALLAH di Negara ini cuma dipakai untuk kes liwat paksarela. Di kesempitan ruang hukum sebegini adakah hak sebagai seorang Muslim yang mahu diadili secara ISLAM di sini benar-benar dilindungi? Haruskan sistem perundangan sedia ada diperbodohkan dengan format semasa yang sudah boleh dibaca untuk dimanipulasi tukang FITNAH dengan selamba? Jangan biarkan Mahkamah jadi Kaunter FITNAH.

Berbalik kepada kisah FITNAH akhir zaman yang melanda Sahabat bekas penyanyi ini… sehingga setakat ini iringan doa ikhlas kami terus mengiringi ketidakpuasan hati apabila perundangan kita menghukum sebegini. Tanpa rasa ingin berputus asa, akan kami teruskan usaha membongkar FITNAH ini selain mencabar keputusan mahkamah setakat ini menerusi apa jua saluran yang termampu kami ikhtiarkan… In sha ALLAH. 

Justice for Jebat Ruffedge. ALLAH knows best bro… We stand with TRUTH. Allah’s Truth will prevail. ALLAH Maha Besar… Lebih BESAR dari segalanya…

By: See Sharp Minor

Saturday, July 27, 2013

Skrip Mudah Untuk Bercakap dengan syiah?



Akhirnya… Setelah sekian lama syiah tersebar di Tanah Melayu, suara anak-anak Ahlussunnah Malaysia mula kedengaran bunyinya di pentas pentadbiran Agama. Usaha penolakan dan pemboikotan syiah masih terus berjalan dan MASIH MEMERLUKAN LEBIH RAMAI untuk sama-sama berjuang menolak penyelewengan AQIDAH secara berjemaah yang SESAT dan TERKELUAR dari landasan agama FITRAH ISLAM oleh puak syiah.

Meskipun kedengaran seperti masih baru diperhangatkan kisah penyelewengan syiah yang menokok tambah Shahadah, seterusnya memaki para Sahabah dan terkini terang-terangan secara bergabung membunuh, membantai dan membelasah Ahli Sunnah di bumi Syria, Iraq, Ahwaz dll. permasalahan syiah sebenarnya bukan perkara baru. Syiah adalah BARAH atau CANCER ummat Islam Sejagat semenjak berkurun lamanya. Kewujudan puak syiah ini menepati ciri-ciri kaum Munafiq atau penipu agama sebagaimana yang termaktub di dalam AlQuran. Bagi penganut syiah yang sudah jauh sesatnya, kekufuran mereka juga menepati penerangan AlQuran yang sentiasa BENAR sepanjang masa.

Sudah berkurun puak berfahaman “KHAWARIJ” yang bermaksud “keluar engkar dari taat” ini memporak-perandakan ummat Islam. Sudah begitu banyak Khilafah yang runtuh dirobek gigitan fitnah syiah dalam rentetan sejarah. Selain tersasar AQIDAH ke dalam kesesatan yang jauh, resam sikap syiah yang mendendami Ahlussunnah hari ini, memang sudah selayaknya anutan kepercayaan mereka diiktiraf sebagai agama baru yang BUKAN ISLAM.

Justeru bagi orang biasa macam kita, seeloknya kita buat ulangkaji semula bagaimana caranya yang ALLAH s.w.t ajarkan kepada kita untuk bercakap dengan KUFFAR soal AQIDAH. Andai kata anak-anak kita yang celik huruf menanyakan maksud syiah akibat pendedahan mereka kepada akhbar dan internet yang menyiarkan segala sensasi, APA skrip jawapan kita?

Sekarang di sini sudah makin jelas syiah itu BUKAN ISLAM. Kalau bukan ISLAM, maka apa agamanya? Jika itu agamanya, apa kata dan pesanan ALLAH buat kita apabila berdepan mereka?

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!"

A002
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah"

A003
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah"

A004
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat"

A005
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat"

A006
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku"

{Surah AlKafirun : 1 – 6}

Perhatikan ayat ke-3 dan ke-5 yang berulang sebutannya menandakan PENEKANAN maksud ayat tersebut. Perlu dilihat konteks ayat ini adalah pernyataan yang bermaksud menceritakan hal keadaan KUFFAR (Orang kafir) yang DUA KALI lebih kuat berpegang kepada pandangan atau ‘mindset’ bahawa orang ISLAM yang salah dalam kepercayaan dan amalan agama mereka. Ini sangat sepadan dengan sifat syiah yang bukan sekadar tahu nama Sahabat Khulafa’ Ar Rashidin malah mencaci-maki nama mereka sebagai zikir. Ini jelas DUA KALI GANDA NILAI kesesatannya.

Surah AlKafirun ini juga menunjukkan sikap toleransi ISLAM kepada bukan Islam yang menentang, tidak bersetuju atau tidak faham AQIDAH Islam. Toleransi yang dianjurkan dalam Surah ini secara teknikal komunikasi professionalnya lebih kemas,teratur dan berhemah. Pertembungan ketidakfahaman antara berlainan Aqidah adalah lumrah. Apa yang diperingatkan oleh Surah AlKafirun adalah teknik ber’JIDAL’ atau DEBAT dengan KUFFAR dalam soal AQIDAH. 


Persoalan AQIDAH ini adalah perkara pokok dalam ISLAM. Apabila syiah menokok tambah kalimah shahadah, maka gugurlah ISLAMnya. Di saat syiah menyembah manusia selain ALLAH, maka gugurlah ISLAMnya. Ini semua cuma perkara asas sahaja dalam persoalan AQIDAH. Keengganan para Ulama sebelum ini mengiktiraf kekufuran syiah serta kurangnya maklumat berkaitan kesesatan syiah tersebar secara umum adalah terkait TAQDIR ALLAH. Kalau belum MASA, begitulah cerita.

Perkataan yang membawa makna IBADAH yang menjadi kata kunci di dalam Surah AlKafirun ini disebut dalam pelbagai bentuk kosa kata. Ini membawa maksud yang mencakupi pelbagai aspek termasuk kepercayaan (hati), SKRIP pertuturan (Lisan) dan amalan perbuatan (Ibadah khususiyah). Ketiga aspek tersebut terangkai kemas dalam kesimpulan-kesimpulan Aqidah Iman berlandaskan DUA (2) Kalimah Shahadah…. Di ulangi DUA (2) Kalimah Shahadah… bukan 1 bukan 3 bukan 4 dan bukan DOBLAS.

Setelah berkurun lamanya amalan kesesatan dan bid’ah diamalkan oleh masyarakat syiah, sudah sampai MASA yang ditaqdirkan ALLAH kejahatan mereka dizahirkan kepada dunia. ISLAM sudah ditaqdir PERLU dibersihkan dari syiah secara pemisahan. Sedangkan air laut yang masin dan air sungai yang tawar lagikan ALLAH tetapkan sifatnya tidak bercampur, begitulah ketetapanNya terhadap AGAMA yang diamanahkan kepada KITA. Wujud bersama tidak mengapa, bersatu nakhoda tak mungkin selamanya.

Seperkara terkait NILAI DUA KALI GANDA dalam kesesatan, sebagaimana disebut dalam Surah AlKafirun ini adalah SUNNATULLAH yang menciptakan Iblis, Syaitan serta penyembah dan konco mereka dari kalangan manusia. Kesemua elemen ini berkongsi objektif mengekalkan atau menambah kesesatan dan kekufuran anak Adam a.s. 


Kesesatan AQIDAH seseorang manusia adalah kejayaan bagi Iblis dan sekutunya termasuk syiah. Sikap KUFFAR yang saling bertolongan dalam FITNAH dan memecahbelahkan ummah adalah antara faktor bagaimana sebuah kesesatan berjaya dihias dan diperindah agar yang sesat terus jauh tenggelam dalam kesesatan. Apabila sampai ke tahap menafikan kesahihan AlQuran, memaki para Sahabat Rasulullah s.a.w yang terjamin syurga dan menyebarkan ajaran bertentangan SUNNAH, sudah lebih dari cukup bukti sesatnya syiah dan terkeluar dari agama ALLAH.

Kesesatan hanya dapat diubati oleh petunjuk hidayah dan HIDAYAH adalah MILIK ALLAH. MUTLAQ. Tiada kompromi. Ketika Abu Talib bapa saudara Rasulullah s.a.w yang merupakan seorang pembesar kabilah Quraish Makkah di zaman jahiliyah sedang nazak, berbisik Rasulullah s.a.w meminta bapa saudara yang dikasihinya agar mengucapkan kalimah shahadah. Mendengar bisikan Rasulullah s.a.w yang mahu mengislamkan Abu Talib, langsung pembesar Quraish yang masih kufur jahil menyindir Abu Talib agar teguh mempertahankan kepercayaan nenek moyang mereka yang sesat.

Abu Talib kemudiannya menjawab pelawaan anak saudaranya dengan penolakan dari mengungkapkan kalimah shahadah sehinggalah ke penghujung nafasnya. Dalam kesedihan pemergian Abu Talib, Rasulullah s.a.w masih mendoakan keampunan buatnya sehinggalah ALLAH s.w.t menurunkan ayat menegur dan memperingatkan Rasulullah s.a.w kekasihNya bahawa HIDAYAH adalah MILIK ALLAH, sebagaimana firmanNya:

A056

{Surah AlQasas : 56}
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."

Menoleh kembali kepada kisah lampau sambil menyorot sejarah ISLAM yang tidak pernah lekang dari nama-nama besar Ulama yang sedar akan kewujudan syiah, penolakan aqidah syiah yang terbukti sesat adalah perkara lama yang disebut semula. Ribuan nama-nama besar Ulama ini juga secara jelas TIDAK MAMPU menyatukan Ahlussunnah dengan syiah. Setelah ribuan tahun dan ribuan Ulama Ahlussunnah berdepan dengan syiah, hanya semakin jelas perlu ditolak dan dipisahkan syiah dari terus menempel mengaku ISLAM. 

Memang tak salah nak terus berdakwah untuk memperbetulkan aqidah mereka yang memilih jadi syiah tapi INGATLAH SKRIP MUDAH yang sudah diajar dan diamanahkan oleh ALLAH apabila berdepan persoalan AQIDAH dengan mereka yang berlainan AGAMA. Kita boleh cuba untuk mendakwah mereka walaupun para Ulama LEBIH BESAR dari kita sudah tidak lagi mencuba selepas ribuan tahun lamanya berusaha.

AKHIRNYA, penentu keimanan dan keislaman kita tertakluk kepada HIDAYAH ALLAH. Selamat beribadah & Selamat Mempertahankan AQIDAH UMMAH.

ALLAHU AKBAR. 
Tiada TUHAN selain ALLAH. 
Nabi Muhammad adalah Pesuruh ALLAH. 
ALLAH MAHA BESAR.


By: Towil See Sharp Minor

Saturday, June 15, 2013

Taqdir Sebuah Harapan



Sehening Basrah di subuh kelam
Mentari zuhur di Jerussalam
Tersungkur korban di jalanan
Sebutir peluru sebuah nyawa
Terus menggetar di rumit sengketa

(Chorus)
Lewat isya’ dingin di sini
Di manakah aku
Siapa aku di mata kamu

Longlai Damaskus menjelang senja
Hujung asar masih tak reda
Leka senja anak Rohingya
Hadir maghrib habis usia
Angkara dilemma kian membara

(Chorus)
Lewat isya’ dingin di sini
Di manakah aku
Siapa aku di mata kamu

Bridge
Dalam noktah dan tingkahku
Dalam tutur bicaraku
Tulus doaku menemanimu

Repeat Chorus.


Song: Afiq Ikram (Perimeter Breach)
Lyric: Towil See Sharp Minor

Sunday, May 26, 2013

KHILAFAH: Cita-cita, Impian, Utopia atau Omongan?



Ramai ummat Islam faham dan sedar maksud Khilafah Islamiyah menurut sejarah & Sirah Nabawiyah. Nukilan-nukilan kisah kehebatan sebuah empayar yang dibina berteraskan dua kalimah shahadah; “La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah” sememangnya mengagumkan. Tiada Tuhan Selain ALLAH, Muhammad Pesuruh ALLAH. Sungguh benar dua kalimah ini pernah dihayati sepenuhnya sepanjang pemerintahan Khalifah-khalifah Yang Bijaksana (Khulafa’ ArRashidin). TERBUKTI. Sistem Khilafah Islamiyah ini adalah sangat berkesan.

Sebermula dari proses pemilihan, Khalifah (Pemerintah) dipilih oleh sebuah majlis pemuafakatan (syura) yang dianggotai negarawan terpilih dan dicalonkan atas dasar keluasan ilmu pengetahuan dan ketaatan serta keimanan yang kuat kepada Tuhan. Apabila sampai ajal seseorang Khalifah, majlis pemuafakatan ini dibentuk semula dan digunapakai untuk memilih Khalifah yang baru. Tiada pewarisan kuasa. Kalau yang terpilih itu punya hubungan saudara dengan Khalifah sebelumnya juga tak mengapa sebab syura yang memilihnya.

Di bahagian pentadbiran, hukum AlQuran dan Sunnah Rasul Pilihan menjadi teras pemerintahan. Sejarah merekodkan Kerajaan Khilafah Islamiyah benar-benar berjaya mencapai keseimbangan sosial dan ekonomi. Empayar Islam adalah sebuah empayar yang paling pantas, terbesar dibentuk dan paling lama bertahan mengikut sejarah peradaban dunia. Termaktub juga dalam sejarah Negara berkhalifah pernah mencatat “Miskin Sifar” sehingga wang zakat tidak dituntut oleh rakyat. Mana Negara demokrasi yang “Zero Poverty” hari ini?

Melihat dari aspirasi perspektif yang menganggap politik negara-negara maju atau 'barat' lebih 'matang', secara amnya apa yang boleh disimpulkan bakal atau ingin dicapai oleh sesebuah sistem demokrasi adalah KEBEBASAN beramalan & bergayahidup pilihan. Proses ini lazimnya tersangga pertembungan fikrah bi-polar yang kritis. Acuan Moral & Etika adalah perjuangan demokrasi, tidak terkhusus kepada ADAB & AKHLAQ. Apakah memang sengaja demokrasi manusia dicipta agar wujud kelompok yang sentiasa bertentangan fikrahnya? Jika 'YA', kenapa ya? Apakah atau SIAPAkah yang untung bila ummat terus saling berprasangka dalam fitnah yang jelas memusnah?

Hari ini, jika kita amati dan selidiki, negara manakah dalam dunia ini yang mempunyai kadar jenayah yang rendah? Sistem atau SUMBER apakah yang dipakai? Harus dikira 'Variance' pengistilahan jenayah itu sendiri contohnya; Zina, Arak & Judi. Sistem perundangan yang anggap itu semua BUKAN jenayah tak layak mendabik dada Negara mereka rendah jenayah. Apa yang makin jelas, semakin hari, semakin licik para penjenayah merangka, melaksana dan meloloskan diri dari sistem hukuman ciptaan manusia. Ada yang BELI. Ada yang TIPU. Ada juga yang guna KUASA.

Kita kena tengok ummat dalam pandangan yang  lebih meluas, paling tidak secara serantau, sejagat dan antarabangsa. Memang benar sehingga ke hari ini, Negara-negara miskin, bergolak dengan perang, mundur dan terkebelakang dari aspek pembangunan memang banyak dikalangan Negara berpenduduk Muslim. Bukan mahu semudahnya menuding jari menyalahkan manipulasi pihak tetentu yang menyapu hasil kekayaan Negara tersebut, tapi begitulah resamnya.

Di peringkat yang lain, organisasi Islam yang tertubuh merentasi sempadan kenegaraan seperti OIC, WAMY, World Muslim League dsb. sudah dah ada tapi kesan mereka terhadap fikrah ummat masih ditahap kabur tak berapa nampak. Kebanyakan perwakilan yang berdiri atas semangat kenegaraan masing-masing di dalam organisasi ini tertakluk dan terbatas kepada sempadan minda nasionalis yang membataskan tindakan malah pertuturan. Budaya menegak kebenaran berpendekatan KUASA tidak dapat diamalkan sebagaimana tuntutan.

Di kebanyakan Negara, fikrah demokrasi memonopoli pandangan umum. Promosi terkait keadilan, kesaksamaan dan kebaikan demokrasi terus menerus dicanang sebagai “PILIHAN TERBAIK” sedang hakikatnya negara-negara demokrasi ini jauh dari kesempurnaan dan keseimbangan sosio-ekonomi. Sikap dan nilai prejudis antara polar bangsa mahupun partisan kepartian terus disuburkan. Hampir kesemua Negara demokrasi mengaplikasi sistem kapitalis yang terus-terusan mengagungkan kecapaian material berbanding kekuatan spiritual.

Menyorot kembali jalan yang dilalui dan dirintis oleh sistem Khilafah Islamiyah, jelas kepada kita ianya bukan sesuatu yang mudah dan datang bergolek. Pengorbanan demi pengorbanan meliputi harta kekayaan, komitmen masa dengan kesungguhan malahan risiko nyawa berterbangan telahpun dipertaruhkan sepanjang memperjuangkan kebenaran, keadilan dan kejayaan sistem ini. Segalanya bermula dengan faktor hidayah ALLAH yang menyuluh jiwa pejuang-pejuangNya dengan keIMANan dan kePERCAYAan kepada kebaikan. Ini FAKTA.

Fikrah dan pemikiran terhadap Khilafah Islamiyah seharusnya dimeriah dan diimarahkan. Tidak cukup ia hanya menjadi ajaran matapelajaran di sekolah. Aspirasi IMAN yang kuat mahukan keredhaan ALLAH pernah dan sudah terbukti cukup KUKUH untuk merangka pemikiran para Khalifah yang mewarisi pemerintahan ummat dari Rasulullah s.a.w. Resam sifat makhluk adalah tiada pencapaian jika tiada permulaan. Asas kepercayaan kepada kehidupan yang berlandas Taqdir serta Kemahuan (Iradat) Tuhan WAJIB dimanifestasikan secara matang dan berhemah.

Kematangan membantu kita mencapai sasaran secara objektif. Keterbatasan bermula di minda; mahu percaya atau tidak adalah pilihan hati setiap individu. Tiada upaya manusia lain memaksa hati sanubari seseorang membuat pilihan sehingga ke tahap itu. Keutuhan IMAN dan kepercayaan kepada sistem Khilafah perlu bermula dengan keinginan dan kepercayaan masing-masing. Di mana ada kemahuan barulah di situ terdapatnya jalan. 

Nilai persaudaraan yang pernah dicontohkan oleh masyarakat Muhajirin yang berhijrah dari Makkah Almukarramah dengan saudara Ansar penduduk Madinah Almunawwarah adalah salah satu asas tertubuhnya Negara Islam berperlembagaan bertulis yang PERTAMA di Dunia (ini juga FAKTA). Pendidikan sahsiah oleh Rasulullah s.a.w sepanjang usahanya menubuh kerajaan Islam Madinah adalah contoh terbaik bagaimana manusia berlainan bangsa ternyata BERJAYA disatukan. (Nota: Madinah @ Yathrib ketika itu juga didiami kaum Yahudi).

Memang benar realiti pada hari ini tidak menyebelahi sistem Khilafah untuk ditegar dan ditegakkan. Realiti juga seolah menyatakan PILIHAN manusia secara amnya tidak atau masih belum kembali berpihak secara jelas untuk kembali mencuba sistem ini yang telah dikabur dan dikubur oleh musuh-musuhnya. Tambah merumitkan untuk menjustifikasi kehebatan sistem ini apabila di saat akhir sebelum  tumbangnya empayar Islam, sejarahnya turut dicemari kisah-kisah korupsi, opressi dan penyelewangan individu yang memegang tampuk kekuasaan.

Sempadan kenegaraan hari ini yang didasarkan kepada nasionalisme semakin meminggirkan semangat persaudaraan dan ukhuwwah Islamiyah. Cuba soalan mudah ini… Dari jutaan ummat Islam yang menunaikan umrah dan haji saban tahun, berapa ramai yang pulang ke Negara masing-masing dengan kawan baru dari Negara lain yang terus berhubungan? Kalau dijalankan kajian sekalipun, jawapannya masih menunjukkan betapa ummat kita pada hari ini TIDAK CUKUP cakna nak kenal dan memupuk rasa bersaudara dengan saudara seagama.

Justeru, bagaimana kita memandang KHILAFAH ISLAMIYAH? Realistikkah untuk dikembali dan digemilangkan? Jawapan kolektif kepada persoalan ini bakal menunjukkan kepada kita adakah benar kita ini bersungguh mahu, skeptik tak tentu atau terpinga tak tahu? Tak kenal maka tak cinta. Kenal agama bukan sekadar tahu, ambil tahu atau faham permukaannya sahaja. Kenal itu mesti tahu isi kandungan dan hikmah di sebaliknya. Barulah dikira kita kenal agama.

Sebenarnya sistem Khilafah Islamiyah ini PASTI BOLEH ditegakkan di muka bumi ini SEKALI LAGI… sekiranya majoriti ummat bersungguh memilih dan mahukannya disertai dengan DOA, USAHA, IKHTIAR & TAWAKAL (ringkasnya D.U.I.T). Selagi ummat terus leka melayan perpecahan dan perbalahan bersandar kepada isu, krisis dan natijah selain dari kerana ALLAH dan RasulNya, selagi itulah keinginan mengangkat sistem Khilafah berdepan masalah. Kita kena bijak tahu apa yang perlu. Bukan sekadar mengikut emosi yang melulu.

Bagi yang benar-benar percaya dan beriman dengan Kalam TuhanNya dan anjuran RasulNya, anda layak bercita-cita mahukan Khilafah Islamiyah. Bagi yang berimpian merasa bagaimana keadaannya keadilan dan keberkesanan sistem ini, anda layak tambahkan usaha selain hanya memasang impian sahaja. Bagi yang sekadar faham alangkah bagusnya kalau hari ini ada sistem pemerintahan bukan demokrasi yang lebih baik, sila tambahkan maklumat dan pengetahuan anda agar tidak hanya berkhayal dalam utopia.

Bagi yang sudah mula memperkatakannya, harap-harapnya janganlah sekadar bijak beromongan kosong tanpa makna macam burung kakaktua. Islam bermula dengan wahyu pertama yang menuntut kita MEMBACA. Malas dan tak peduli itu pasti bukan jalannya. Bertindaklah sebijaknya. Beramallah sebagaimana tuntutanNya. Wallahu a'lam.
“Maka katakanlah, beramallah kamu nescaya Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah at-Taubah: 105)

By: Towil SeeSharpMinor