Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Kenapa TIDAK HARAM #BoikotPRU?

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan yang memfatwakan 'Haram' bagi mereka yang tidak keluar memilih pemimpin ketika Pilihanraya Umum sekiranya berkemampuan adalah suatu pandangan Harmoni yang selayaknya dihormati. Pandangan Fatwa HARAM tidak keluar mengundi ini sesuai dan serasi untuk sebuah negara yang memilih Demokrasi Berperlembagaan sebagai Dasarnya. http://www.astroawani.com/berita-politik/kempen-undi-rosak-haram-mufti-wilayah-persekutuan-168131 Pada masa yang sama juga untuk PRU14 yang bakal menjelang ini golongan skeptik Politaik yang menjalankan kempen maya #UndiRosak & #BoikotPRU14 semakin mula dirasakan kewujudan yang berkemungkinan membentuk "Gelombang KUASA Minda Alternatif" mencecah jutaan orang pada pilihanraya akan datang. Golongan pengundi baru yang masih muda adalah majoriti kepada "Gelombang Ketiga" ini. Tidak adil membicarakan Politaik Malaysia jika nama PAS tidak dibicarakan sekali. Parti Islah Semalaysia yang dianggotai Tu