Dunia terus berlari mengikut paksi setelah kiamat kalendar Maya ditunda lagi. Meskipun makin hari makin ramai saudara kita yang mati dizalimi di sana sini, segala kemelut hidup bersumbi dosa, noda dan nista, masih belum menampakkan gaya ummat kita dah pulih dari tenggelam punca. Makin ramai yang tampil mendabik diri mendakwa tahu itu tahu ini dek kerana menjawab kepincangan yang semakin mudah dijaja ke sana ke mari dengan jalan teknologi komunikasi. Apa yang pasti, polarisasi kecenderungan ke arah positif dan negatif juga bergerak selari sehingga makin sukar nak dipastikan di mana titik tengah sederhana yang perlu diambil kira. Jaringan sosial komunikasi yang kerap menjadi kaldai maklumat bercanggah serta fitnah juga tidak dinafikan turut menyumbang secara positif ke arah menyebarkan dakwah dan tarbiyah. Seperkara lain yang juga PASTI, segala yang berlaku adalah dalam pengetahuan ILAHI. Syria terus berdarah. Palestin terus dijajah. Rohingya semakin parah sedang Ahlus Sunnah ...
'Warung Kopi' literally means coffee stall where patrons from all walks of life converse the pettiest local talks to global issues. Sincere. Ummatic. Opinionated. Lillahi Ta'ala. That's basically the talk around here! Let's not lie to ourselves.