Skip to main content

Kenapa TIDAK HARAM #BoikotPRU?

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan yang memfatwakan 'Haram' bagi mereka yang tidak keluar memilih pemimpin ketika Pilihanraya Umum sekiranya berkemampuan adalah suatu pandangan Harmoni yang selayaknya dihormati. Pandangan Fatwa HARAM tidak keluar mengundi ini sesuai dan serasi untuk sebuah negara yang memilih Demokrasi Berperlembagaan sebagai Dasarnya.

http://www.astroawani.com/berita-politik/kempen-undi-rosak-haram-mufti-wilayah-persekutuan-168131

Pada masa yang sama juga untuk PRU14 yang bakal menjelang ini golongan skeptik Politaik yang menjalankan kempen maya #UndiRosak & #BoikotPRU14 semakin mula dirasakan kewujudan yang berkemungkinan membentuk "Gelombang KUASA Minda Alternatif" mencecah jutaan orang pada pilihanraya akan datang. Golongan pengundi baru yang masih muda adalah majoriti kepada "Gelombang Ketiga" ini.

Tidak adil membicarakan Politaik Malaysia jika nama PAS tidak dibicarakan sekali. Parti Islah Semalaysia yang dianggotai Tuan Guru2, Ustaz2, Haji2, Lebai2 dan Ustazah2 serta golongan Melayu Professional berkecenderungan Siyasah Islamiyah kali ini kelihatan terserpih sendiri. PAS terpenjuru kerana keengganan mereka bergabung dengan Parti Lain yang secara dasarnya Sekular sedang mereka berasaskan Agama; dua polar yang sentiasa berlaga sehingga kiamat (Sekular VS Islam). Kejanggalan PAS berakar umbi dari dasar mereka yang Islam tetapi mau jenis yang boleh ditunggang di pentas demokrasi milik Sekular.

Untuk "Kemaslahatan Yang Lebih Besar"... maknanya untuk UMUM. Sering kita dengar frasa ini jadi sandaran Fatwa bagi pihak Mufti Kerajaan; tidak kiralah apa jua jenis kerajaan dalam dunia ini. Kesemua Fatwa moden dan kontemporari bagi masyarakat yang mengamalkan Demokrasi adalah tidak sama dengan Fatwa Mufti Kerajaan Monarki seperti Brunei dan Arab Saudi, ataupun Mufti bagi Jajahan Takluk Buddha seperti Mufti Songkhla, Thailand. Kesemuanya berlainan meskipun semuanya MUFTI AKHIR ZAMAN.

Kisah-kisah masyhur di kalangan para Imam Mazhab terkait Fatwa dan jawatan kerajaan sebagai Mufti merekodkan kesemua Imam ini terpenjara saat berlaga angin Fatwa mereka dengan kehendak Nafsu para Penguasa di zaman mereka. Imam Malik, Guru kepada Imam Syafie malahan ditanggalkan baju, diikat dan diarak seluruh Madinah di belakang kaldai selain dipenjara hanya kerana tegak berpegang kepada Fatwanya yang mengatakan, "segala perkara yang dipaksa dalam Agama adalah tidak sah".

Menghalusi Fatwa HARAM jika tidak mengundi menurut pandangan Dr Zulkifli Mufti Wilayah persekutuan ini, elok kita jelaskan dahulu 'HARAM" itu sekadar mana haramnya? Adakah haramnya BERDOSA menurut pandangan Feqah sebagaimana haram tidak solat, berjudi, berzina, minum arak, makan babi atau lari dari medan perang dan dosa-dosa lain?

Secara konteksnya Haram tidak mengundi itu terbatas kepada Haram di dalam kerangka Islam Syar'ie ATAU hanya sebatas Islam di dalam sebuah negara Demokrasi? Haram itu menurut pengistilahan sebenar dari maksud HARAM adalah MULIA; sebagaimana maksud MasjidilHaram iaitu Masjid Yang Mulia. Segala perkara yang ALLAH swt haramkan adalah bertujuan memuliakan si hamba di sisi Tuhannya dan agar si hamba menghormati hak sesama hamba kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Esa.

Dalam kerangka Feqah, HARAM itu perlu dirujuk samada melibatkan Ibadah atau Muamalat? Haram dalam perkara Ibadah adalah berdosa jika dibuat juga walaupun ALLAH & RasulNya dah larang jangan buat dan berpahala bila dapat peluang nak buat tapi pilih tak buat sebab tak nak berdosa kepada Sang Pencipta. Haram dalam Muamalat pula lebih bersifat menjaga Hak sesama manusia, Ummat dan Saudara; bukan soal dosa pahala, soalnya berlaku ADIL lebih utama sesama manusia.

Justeru Fatwa "HARAM #BoikotPRU14" hanyalah Haram dalam aspek Muamalat. Fatwa moden dan kontemporari kesemuanya bersifat 'Nadzari' atau 'Derivatif'. Ia bukannya 'Qat'ie' yang diambil secara jelas dari sumber asal Islam; AlQuran & Sunnah. Justeru pandangan serpihan ini masih boleh dikhilaf dengan pandangan lain yang setara bersandarkan sumber yang sama. Perspektif pandangan derivatif atau terbitan logik akal manusia sememangnya sentiasa akan berbeza sehinggalah akhir usia dunia; malahan kerap juga perspektif ini berlaga bertentangan dari arah arah yang berlainan.

Teks AlQuran & Hadith tidak ada rujukan secara langsung berkaitan mengundi PRU dalam negara Demokrasi masyrakat multi bangsa serta agama. Yang ada dalam AlQuran & Hadith adalah garis panduan am untuk memikirkan jalan terbaik memilih kebaikan serta menghindar keburukan dalam setiap tindakan peribadi maupun berkumpulan.

Dalam semangat berlaku ADIL itu sendiri, bila dipilih dasarnya Adil dalam agama tidak sama nilai timbangannya dengan Adil dalam Demokrasi. ADIL dalam Islam tiada ruang suara toleransi kepada penyeleweng jantina LGBT dan juga penipu agama yang memurtad serta menyesatkan ummat manusia. Adil dalam Demokrasi ada ruang buat SEMUA golongan sesat, terpesong malah songsang untuk dihargai dan dibela... syaratnya bagi UNDI sahaja. Kedua-duanya ADIL tapi tidak saksama.

Di akhir usia dunia ini, Hadith Rasulullah s.a.w banyak mengingatkan perihal Fitnah sehingga Islam kembali menjadi asing dalam masyarakat, sebagaimana sewaktu awal Islam didakwahkan kepada bangsa Arab Quraish di Makkah. Demikian asingnya kebenaran Tauhid buat bangsa Arab yang berjiran dengan Kaabah, Rumah ALLAH, Tuhan Sekalian Alam. Kaabah depan mata lagikan masih cari dan sembah berhala... pelik lagi gila. Kita pula di akhir zaman ini akan jadi terasing macam Islam sewaktu mula-mula didakwahkan.

Demokrasi yang dijunjung di sini juga menjadi platform yang paling mantap buat para pejuang ideologi seperti liberalis, feminis, Khawarij seperti Sisters In Islam (S.I.S), Pluralis, Atheis Melayu dan LBGT; sehingga ISLAM yang jadi ASING. Suara kesemua grup ini merasa berhak dihormati hak peribadi dan kolektif mereka secara sama rata di pentas Demokrasi.

Justeru apabila muncul pihak yang mengajak #UndiRosak dan BoikotPRU14, secara ADIL, Demokrasi WAJIB mengiktiraf golongan tidak percaya kepada sistem PRU yang sentiasa didominasi dan dimanipulasi. "Tidak Percaya" adalah suatu bentuk UNDI yang sihat dalam sejarah peradaban dunia. Undi Tidak Percaya adalah amalan biasa dalam Demokrasi Dunia. Mengapa tiba-tiba Islam di Malaysia mengharamkannya? Haram atas kapasiti kuasa Fatwa Agama?

Image result for mahatma gandhiSeterusnya dari perspektif keamanan, memboikot adalah terbukti tindakan yang amnya bersifat AMAN tanpa rusuhan mahupun demonstrasi. Malaysia pernah boikot British guna 'HARTAL'. Mahatma Gandhi yang tersohor manusia cerdik (Peguam) yang Penyabar malah berjaya dengan Boikotnya di India mengusir Penjajah British. Mengapa pula #UndiRosak #BoikotPRU14 yang juga suatu bentuk protes aman menjadi HARAM dalam Fatwa Agama Islam di Malaysia? Adilkah Islam yang begini?

Semakin unik ummat Islam di Malaysia ini jika dihitung jumlah para pemuka wakil rakyat parlimen memang majoriti beragama Islam tapi bila sampai bab nak perjuangkan Hukum Allah dengan mendaulatkan Hudud Syariah, undian wakil kaum Islam ini sendiri berpecah belah. Ummat Islam di sini pula majoritinya tidak canggung dengan situasi sebegini walaupun ianya seolah-olah mempermainkan peluang yang diberikan oleh ALLAH swt.

Rekod AlQuran merakamkan kisah sekumpulan pemuda yang melarikan diri ke dalam gua demi menyelematkan IMAN tidak mau terbabit dengan Sistem Raja yang menipu rakyat agar menyembah Tuhan Selain Allah s.w.t. Para pemuda ini lari mengasingkan diri dari Toghut sehingga ALLAH swt abadikan kisah mereka bersama seekor anjing mereka yang setia di dalam Surah AlKahfi.  Secara amnya ALLAH swt berikan contoh jalan keluar secara memboikot sistem berteraskan Toghut. Demi IMAN... tak mengapa... tinggalkan... pulaukan... Ini Hikmah cerita AshabulKahfi.

Kita tengok pula perspektif dari sebuah Hadith yang mengingatkan perihal kedatangan suatu masa Fitnah bergentayangan dan relatifnya dengan #UndiRosak #BoikotPRU14.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra bahwa Rasulullah SAW bersabda , “ Bagaimana denganmu jika kamu berada di tengah kekacauan, janji-janji dan amanat mereka abaikan, kemudian mereka berselisih seperti ini ?” Lalu, beliau menyilangkan antara jari jari.

Abdullah bin Amr bertanya,” Lalu , dengan apa engkau menyuruhku?” Beliau menjawab, “Jagalah rumah, keluargamu, lidahmu, dan lakukanlah apa yang kamu tahu dan tinggalkan yang mungkar, serta berhati hatilah dengan urusanmu sendiri, lalu tinggalkanlah perkara yang umum “ (HR Abu Daud dan Nasa’i)

Rasulullah s.a.w sendiri PERNAH menganjurkan kpd kita Ummatnya di akhir zaman agar "Tinggalkan perkara yang UMUM". Macam mana Fatwa Mufti di Malaysia ini sampai dapat mencapai Fatwa 'HARAM' tak mengundi?

Bersandarkan perspekfif derivatif yang setara dengan Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan terkait pengharaman #BoikotPRU dan #UndiRosak, maka KHILAF ini adalah sah. Sesiapa sahaja yang berkepentingan UNDI politik pasti bersetuju dengan "Kuasa Agama" Fatwa HARAM tak mengundi. Namun golongan seperti AshabulKahfi dan Mendiang Mahatma Gandhi yang memboikot Sistem yang TIDAK ADIL kekal terpahat kemas dalam lipatan sejarah Dunia sebagai bukti kebenaran dan keharusan tindakan memboikot secara AMAN.

Berbeza pandangan itu tidak masalah... Tetapi bila seseorang yang diberikan AMANAH Kuasa Agama mengeluarkan FATWA Haram tak mengundi, ini jelas TIDAK adil secara Demokrasi dan secara Agama. Ini adalah salah guna kuasa Dunia dan Akhirat. Tidak perlu sehingga jadi FATWA Haram tak mengundi seolah-olah berdosa jika memilih untuk memboikot pilihanraya.

Tentangan tidak percaya kepada Sistem PRU di Malaysia juga bukan sekadar omongan kosong malah berbukti. Lupakah Malaysia kepada "Black-Out" di pusat kira undi, Beg Undi Kantoi, Bangla datang mengundi dan lain-lain lagi sepanjang pilihanraya sebelum ini? #BoikotPRU14 bukan suatu Fikrah penentang seperti 'Khawarij' yang tidak taatkan pemerintah dengan memberontak. Memboikot piliharaya bukanlah suatu pemberontakan yang perlu diharamkan menggunakan Kuasa Agama.

Kita sibuk menyindir pentaksub PAS yang menunggang Agama seperti solat tidak betul jika tak undi PAS, sehingga mungkin kita tidak sedar kita terikut dengan arus pemikiran dangkal yang dijajah oleh suatu sistem seolah-olah Islam tidak pernah punya sistem politik pemerintahan. Di peringkat mikro sekitar ceramah agamawan di Masjid, Surau dan Balairaya yang percaya kepada FATWA Haram tak mengundi, Ustaz-ustaz rujukan setempat barangkali lebih keras penterjemahan mereka kepada HARAM sebegini.

Barangkali Istilah MAKRUH sahaja tahap tertinggi secara Agama yang patut difatwakan oleh Ulama Kerajaan buat pemboikot PRU kerana ini tidak memisahkan Khilaf berbeza pandangan secara demokrasi dengan Dosa dan Pahala akibat tidak mengundi. HARAM yang disebut oleh seorang Mufti lebih berat timbangan persepsi di sisi masyarakat DAN sama berat persoalan ini di hadapan ALLAH swt jika ditanya mengapa haramkan sesuatu yang HARUS atau Makruh sedangkan ianya HALAL?

Wallahu a'lam

Nota kaki: Penulis adalah seorang kaki mancing... orang biasa2 je. Nak percaya, percayalah... tak nak percaya sudah 😛😝😋

Comments

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْي...

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah bany...

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.