Skip to main content

Posts

Showing posts with the label keluarga

Cemburunya Aku Matinya Begitu (2)

Lewat asar, kira-kira jam 5:30ptg member aku telefon ajak turun mengeteh di warung mamak berhampiran studio. Aku layankan saja permintaan sahabat ini tanpa banyak soal sebab aku sendiri pun dah naik tepu melayan kerja yang masih berselirat di pejabat. Assalamualaikum… Apa cerita bos? Tegur sahabat yang barangkali ternampak mata aku yang macam beruang panda sebab dah beberapa hari tak cukup tidur. Tak ada apa cerita sangat… cerita penat ada laaa, jawabku berseloroh. Teh O panas satu macha. Sama. Member menyampuk pantas nak mudahkan order minum. Cuti hujung minggu baru-baru ni kan aku balik ke Penang dengan famili. Ada cerita yang aku rasa engkau minat nak dengar. Azhar, member sekampung aku yang sama-sama merantau ke ibukota memulakan cerita. Bagi aku ‘hint’ ringkasan cerita tu boleh tak? Kalau aku rasa tak best, tak payahlah kau cerita… hahahaha. Saja aku ‘menganjing’ bak kata orang muda2 sini.  Hmmmm… Azhar berfikir sejenak untuk ringkaskan ceritanya dalam satu ayat. OK, ...

Sejuk

Dalam gerimis ku lihat dia menangis Sendu tersedu tika alam terdiam pilu Gugur kemboja di perdu pohon nya Longlai langkah di sulami gundah Ku titipkan sepenuh rasa yang mengisi jiwa Untukmu kekasih walau terpaksa daku bersedih Kerna percaya taqdirMu pasti tercantik buatku Takkan daku terdaya untuk meminda sejarah Sesejuk salji yang memutih Sedingin hati kian merintih Ku pohon kasihMu duhai Tuhanku Keampunan baginya sepanjang usia RahmatMu ku gapai meskipun terkapai Ku hirup angin yang memeluk dingin Semahunya ku mahu kau masih bersama Membina cita bersama melembar cinta Namun kasihNya sekudus RahmatNya Demi amanah padaNya ku berserah Lagu: Bobo Zoul Fazs & Syazwan Jaskul Lirik: Towil SeeSharpMinor

Kasih Nan Bertaut

Seawal minit pertama aku mula menghirup udara dunia, terukir senyuman manis di wajah ibu kerana aku menangis. Lembut suara ayah mengingatkan aku betapa agungnya Allah dan mulianya Muhammad Rasulullah sebagai manusia terbaik untuk aku contohi ketika azan dan iqamah dibisikkan ke telingaku. Lahirku seolah menghilangkan kesakitan ibu yang mempertaruhkan nyawanya untuk membawa aku ke dunia. Tangisanku seakan penyejuk hati ayah yang gundah dan gelisah melihat kekasih yang dicintai menahan keperitan melahirkan zuriatnya. Segala yang berlaku di sekelilingku tidak aku fahami kerana lebih sembilan bulan sebelum itu aku bermukim di rahim ibu.