Skip to main content

Posts

Showing posts with the label demi Tuhan

Riwayat Pencari Cinta

Tersungkur dia di laman syurga Pabila termakan bujukan hawa Cinta sejati yang asyik dicari Mencalar hati menyesali sendiri Angkara licik dihasut sang api Musnah pengabdi tergadai budi Sesal penari mencari kasih Meruntun hati bila terpilih Biarpun lemas dihurung dosa Tetap tegar mencari cinta Merintih dia dalam munajat Demi percaya lautan rahmat Chorus Cinta agung cinta tersanjung Takkan rugi andai dicari Asal tiada rasa kecewa Bila ujian datang melanda Tewas pendeta tika terleka Lemas hanyut amal tersia Bingung dunia hilang penari Kala tersentuh cinta sejati Cinta agung cinta tersanjung Pasti kan rugi andai diganti Asal tiada rasa kecewa Bila ujian datang melanda Lagu: Ejud Lirik: Towil SeeSharpMinor

Bertekak Bertingkah Bukan Mesti Menang Dan Kalah

“Haaa… kan betol macam aku cakap aritu!” Kebetulan yang belum tentu disangga kebenaran. Barangkali sekadar agakan yang bertepatan. Mungkin cuma telahan yang bersesuaian. Apa jua rumusan sebenar perihal keadaan, ramai yang pantas menganggap kebetulan lazimnya kebenaran. Kata orang, “betulkan yang biasa, biasakan yang betul”. Persoalannya adakah anggapan betul boleh dikira sebagai mutlaknya benar? Kalau kita betul, adakah secara otomatiknya yang lain semua salah? Betul dan salah sudah terlalu dibiasakan dengan menang dan kalah. Sejak di bangku sekolah, kebanyakan kita diajar teknik berfikir secara objektif. Memang tak salah membentuk keperibadian yang tegas mendukung kebenaran, cuma bila kita berhadapan dengan cabaran pemikiran idealis yang tidak dipancang dengan kebenaran, kebarangkalian berbeza atau bertentangan fikiran adalah suatu kebiasaan. Justeru nilai yang menjadi pegangan akan dibicarakan secara berhadapan. Di sinilah tuntutan bertegas dalam kesederhanaan dan keterbukaan benar-b...

Celik Memandang Yang Jelek

Seimbangnya pandangan manusia bila celik mata hati, minda, naluri, emosi dan jiwa selain sepasang mata di bahagian hadapan muka. Kerap kita dengar ungkapan “pandang sebelah mata” yang membawa maksud acuh tak acuh. Dalam senario dunia hari ini, makin muak rasanya bila saban hari kita disogok berita dan fitnah yang bertali arus tak putus-putus. Baik di persada tempatan mahupun di pelantar dunia, pelbagai cerita bersulam dusta dicanang merata-rata. Media; baik di arus perdana, layar utama mahupun alternatif sahaja seakan dirasuki kegilaan menjaja pembohongan yang nyata. Apa mahunya kita dengan segala yang didedahkan secara menjolok mata? Sampai bila agaknya kita mahu dunia kita terus-terusan diconteng kecamuk berita yang bukan sahaja tidak membina sahsiah dan pemikiran malah semberono mempromosikan moral, etika dan akhlak terhina bahkan terkadang songsang yang bertentangan fitrah manusia. Itu belum dikira benar atau tidaknya berita sebegini yang disebarkan sesuka hati di sana sini.