Wednesday, August 22, 2012

BerHIJRAH biar BerARAH

Abah mana? Tak adhe, abhah pegi Baraan. Jawab anak muda Kg Seri Paya yang baru lepas SPM. Takpekat sangatlah slang jawanye bila aku tanya bapak dia Wak Salam pergi mana? Budaya ‘Baraan’ Hari Raya di kampong-kampong keturunan Jawa khususnya sekitar area Parit Raja Batu Pahat masih diteruskan sampai hari ini.

Nota: Ader sorang budak SeeSharpMinor dudok area Taman Yu yang ader Mekdonel Parit Raja. Anak Imam ;-)

Dengar cerita budak SeeSharpMinor ada yang baru balik keje kat Mekah. ALHAMDULILLAH. Bukan untuk dibangga. Banyak lagi anak Melayu Malaysia yang handal-handal dudok di sana. Ader dokter, enginiyer, loyer, bawak helicopter… semua ader. Lagi power deorang nih sumer dari budak-budak SeeSharpMinor yang baru setahun dua.

Nota Selingan: Assalamualaikum Tuan Haji Fendi (Ayahnda ranting Jeddah yang bukan tiga line ;-)

Ader juga yang bertanya… Besar ke deorang bayar buat kerja kat sana? Nak jawab pon segan. Tapi korang yang tanya nih nampak tak kat Mekah sana ada KAABAH? Ada Kuburan Rasulullah di Madinah? Nak elak fitnah kita jawab YA. Nak kira nilai ikut kita lah kan. Selebihnya ALLAH dan Rasulnya lebih mengetahui.

Rupa-rupanya memang ramai Anak Malaysia yang berHIJRAH ke Negara luar sehingga membina kehidupan di sana. Berkat sunnah berhijrah barangkali. Rezeki ALLAH bagi. Kita kena gerak cari… Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Kalau tak pecah tabung ayam batu separa porselin tu, mana nak cari duit buat beli megi stok sahur sebulan sebab nak ikat perot untuk raya sakan?  Buka kat masjid jer…free. Itu resepi berjimat Ramadan orang berhijrah sebatang kara, menginap di setinggan sekangkang kera akibat berhijrah ke kolumpo cari kerja masa ujung 80an awal 90an. Dulu laaa kan...

HIJRAH Rasulullah s.a.w dari Makkah AlMukarramah ke Madinah AlMunawwarah bukan sekadar sejarah biasa. 13 tahun Rasulullah s.a.w berdakwah di Makkah. Bermula secara sembunyi sehingga secara terangan, ummat Islam yang mentaati perintah ALLAH menerusi lidah PesuruhNya, Muhammad s.a.w lelaki sempurna, terus akur menuruti perintah berhijrah dari tanah tumpah darah sendiri ke negeri lain yang rakyatnya lebih terbuka hati menerima.

Macam-macam rantaian kata semanis bicara yang mampu tercita dan tercipta lantaran menghayati semangat dan ruh Islam dalam peristiwa HIJRAH ini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Ada anak yang meninggalkan orang tua kerana memilih agama, ada yang suami meninggalkan isteri akibat agama terbeda. Sahabat karib, malahan pasangan berkasih yang ikut berHIJRAH juga dipersoal niat masing-masing kerana semuanya nanti bakal menjawab kepada Tuhannya; “kerana apa kamu berhijrah?”. Apa kata Rasulmu tentang niat di hatimu?

Anekdot semasa: Ramadan baru berlalu. Masa artikel ni ditulis, belum boleh ada orang yang dah siap “Puasa Enam” sebab hari ini baru 4 Syawal 1433H ;-)

Bagi kebanyakan orang di Mekah, habis puasa Ramadan maknanya kerja-kerja untuk musim haji dah patut sedia semua. Syawal, Zulkaedah baru Zulhijjah musim haji. Tiga bulan yang cukup singkat bagi orang Mekah, Madinah & Jeddah. Masa berlalu pantas sehingga klimaks ibadah HAJI tahunan berwukuf di dataran ARAFAH, di ikuti beberapa hari bermalam di Mina sambil melontar.

Sepanjang pengamatan ketika pengalaman singkat penulis menunaikan Haji bersama SeeSharpMinor, dalam beribadah juga banyak kelihatan perbezaan minimal antara pelbagai bangsa dari seluruh dunia. Pengaruh budaya setempat dan rantaian ilmu bersumber Mazhab tertentu membezakan sebahagian tingkah dan langkah sesama ummah tapi tidak bercanggah. 

Selagi masih dalam kelompok Ahlus Sunnah, tak kisahlah apa Mazhab sekali pon, semua boleh terima. Bila masuk bab syiah, baik terajang cepat-cepat virus syiah laknatullah. “Anak harimau usah dibela”, pesan orang tua-tua Melayu kita.

Anak Imam yang Budak SeeSharpMinor tu dah rasa nikmat bekerja selepas melalui banyak lapis hikmat dan rahmat yang datang berseli ujian dan kekangan menuntut kesabaran untuk terus berjalan. Bukan senang nak senang… Nak susah memang tak susah. Tapi kan, bila balik ke Parit Raja, budak SeeSharpMinor yang bapak dia Imam tu, kalo ikotkan hukom adat, kena juwen mmbara’… mmbara’ adalah kata kerja kepada Baraan mengikut kaedah tatabahasa Jawa.

Nota Chuppp!!: Baraan tu amende? buat apa? Cer citer…

Orang Melayu ramai yang cakap ‘Marhaban’. Bendanya sama je. ZIARAH rumah orang kampong ramai-ramai naik moto ekjos bulowhh… Itulah budaya di kampong-kampong Jawa yang juga masih banyak meneruskan amalan bertakbir dari rumah ke rumah di malam 1 Syawal terutamanya Jawa belah Selangor. Peranan budaya ini kena dilihat beriring sejarah kehidupan sesuatu tempat. Proses pembudayaan berlaku secara dinamis seiring gayahidup yang sentiasa terkesan dihanyut kemodenan.

Orang dulu-dulu, masa tak ada karan letrik kat kampong, boleh je kayuh basikal ramai-ramai bawak lampu ayan ziarah jiran-jiran sambil bertakbir bersama memuji Tuhan Yang Maha Esa, Maha Terpuji lagi Maha Bijaksana. Syukur kerana hariraya hadir dengan Rahmat Tuhan yang mengharamkan puasa bila Ramadan berakhir sempurna. ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Besar.

Masa terus berlalu. Ini jam bangla sama indon yang datang kerja di Malaysia sudah mampu pakai henfon blekberi, 3G, ai fon yu ker yu fon ai kann aduyy terr berr nya punnn. Budaya terus berubah. Bunyi berbeza, rupa tak sama warna, cinta tak mesti berdua, macam-macam ada. Pilih mana suka… Ma RABBUKA? Man Nabiyuka? Soalan ni besok sendiri jawab ya...

Nak ke mana perginya hidup kita? Banyak lagi ker baki usia yang ada? Bila nak mula berkira banyak dah kot dosa? Hak yang lama dah bertambun dok ada... Hak yang nak mai lagitak tau ikot mana. Jangan sampai rugi berganda. Tak dapat rezeki dunia, akhirat pulak masuk neraka, Wal ‘iyazubillah… Na’uzubillahi min zalik.

HIJRAH itu sifat asasnya baik. Kerana ia bersifat baik, maka ALLAH perintahkan kekasihNya Muhammad s.a.w berhijrah meninggalkan bumi kelahirannya yang terdapat Baitullah di dalamnya, menuju ke penempatan Suku Auws dan Khazraj yang mendiami bumi Yathrib. 

Akhirnya Madinah Almunawwarah terbina sebagai sebuah Negara Islam Berperlembagaan pertama dalam sejarah dunia. Taqdir ALLAH penentu segalanya apabila kemenangan berpihak kepada Islam tatkala Mekah berjaya ditawan oleh Ummat Islam dari tangan musyrikin Quraish dan seterusnya membebaskan manusia dari aqidah perhambaan berhala mahupun makhluk selain dariNya.

HIJRAH itu pada hakikatnya tersemat nilai sebuah perjalanan. Kehidupan kita didunia ini juga umpama sebuah perjalanan dari alam ruh ke alam rahim ibu dan langsung ke dunia. Terus jalan lagi ke alam barzakh di dalam kubur nanti sampailah alam kiamat dan akhirnya disudahi dengan alam akhirat yang kekal selamanya. Justeru HIJRAH itu sangat bersifat natural dalam kehidupan manusia. Yang penting ARAH tujunya tetap sampai ke akhirat.

Nota akhir sebelum penutup: Yang betul tapi berbeza dengan kita tak perlu dilawan sangat-sangat selagi ada dan jelas kebaikannya bersandar nas dan dalil naqlinya.

Tak kiralah lu Jawa ke haper ke… Kalo lu jaga hak TUHAN lu baek2, kat mana2 pon ALLAH jaga lu Der. Kalau lu langgar HAK ALLAH… lu sendiri jawab lah nanti der. Bahagian ni ending dia wa terpaksa kuanghajo skit… Kubur masing-masing der. Lu NGAP, lu JAWAB.

By: Towil SeeSharpMinor

Thursday, August 16, 2012

Sempadan Ramadan

Tiap yang mula akan berakhir, tiada ku takut akan cobaan… Layan jugak lirik lagu Alleycats yg diputar berselang lagu raya. Makin berusia aku rasa makin hilang sentimen dengar lagu raya. Nak kata tua sangat tu tidaklah, tapi lagu raya memang sesuatu yang aku dah muak nak dengar sejak beberapa tahun sebelum ni lagi. Tak kiralah masa dengar lagu tu aku ada dalam negeri atau pun kat luar, sama jer. Dah tak ada rasa syahdu syawal dalam minda aku ni dah bertahun lamanya.

Alhamdulillah tahun ini geng See Sharp Minor berpeluang memulakan puasa sehari lebih awal dari Malaysia. Kami mula berpuasa pada hari Jumaat di Taif sekembali dari penggambaran di Riyadh, Arab Saudi. Kebanyakan Negara barat seperti U.K, USA, Canada dll juga banyak yang mula puasa pada hari Jumaat. Malaysia mula puasa hari Sabtu. Takpe lahhh… Malaysia kan Negara Islam yang ada ahli falaq dan ulama sendiri. Tentulah bijak pandai agama yang ada disini tau apa nak dibagitau ke penyimpan mohor besar raja-raja kenapa Malaysia puasa tak sama dengan sebahagian dunia.

Selesai lebih kurang 2 minggu See Sharp Minor bermukim di Daerah An-Nuzhah, Makkah Al-Mukarramah kami pun balik Malaysia. Bila makin hampir nak raya, kami terpikir macam mana nak kira kami punya puasa yang mula awal sehari dari Malaysia sebab waktu tu kami dok ada di Arab Saudi. Soalannya kalau Malaysia raya selepas genap 30 hari berpuasa, kami yang mula puasa awal sehari akan jadi 31 hari?? Yang jadi persoalannya boleh ke puasa 31 hari?

Kalau mengikut hadith-hadith yang menceritakan perihal penentuan awal Ramadan dan Syawal, jelas bulan Islam hanya samada 29 hari atau genap 30 hari. Tak ada nas yang sebut 31 hari. Contohnya; Dari Abu Hurairah r.a., katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Berpuasalah kamu setelah melihat anak bulan Ramadhan dan berhari-rayalah kamu setelah melihat anak bulan Syawal,  kalau ia terlindung dari penglihatan kamu maka sempurnakanlah bilangan bulan Sya'ban tiga puluh hari."
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau difikirkan rasional berdasarkan hadith di atas, maka orang Malaysia yang mula puasa di UK, Canada, Bahrain, Yemen, Jordan dll dan balik untuk beraya di Malaysia walau macam mana sekalipun tak boleh puasa 31 hari Ramadan sebab bertentangan dengan hadith yang menegaskan bulan Islam maksimum harinya adalah 30 sahaja. Maka bolehkah raya juga di Malaysia sehari lebih awal bila sudah genap puasa 30 hari?

Kalau ditanya perihal bahas penguasa Agama yang perlu ditaati keputusannya demi perpaduan ummat, barangkali jawabnya kena ikut apa yang penguasa agama setempat dah tetapkan. Tapi isu ini jelas punya sumber rujukannya. Kuasa para penguasa agama dunia hari ini walau macammana sekalipun tak layak melanggar sempadan yang Rasulullah s.a.w dah tetapkan.

Seeloknya kita yang berstatus Muslim dituntut agar tetap mengutamakan ALLAH dan RASUL sebagaimana yang saban hari kita perakukan dalam solat apabila menyebut kalimah syahadah, LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH. Taatkan pemerintah atau ‘Ulil Amri juga hanya datang selepas mentaati ALLAH dan RASULNya. Justeru apabila jelas nas dan dalil yang sahih dari AlQur’an & Sunnah, maka kita sepatutnya ikut yang Rasulullah s.a.w dah jamin selamat takkan sesat.

Perbezaan pendapat… Biarlah nak berbeza pun. Dah namanya manusia. Tapi kalau terpaksa memilih antara kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dengan kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam rukun Negara, dah tentulah Rukun Iman lebih mulia untuk dipelihara. Antara Negara yang sama-sama beragama Islam juga berbeza keputusan dan pendapat untuk menentukan tarikh dan haribulan. Bila berbeza keputusan mereka maka berbezalah juga kesan kemudiannya.

Dunia hari ini lebih pantas bergerak berbanding dahulunya. Dulu naik kapalterbang Boeing, sekarang naik AirBus. Orang dulu lagi dari zaman sebelum adanya kapal terbang naik kapal laut kalau nak ke Mekah. Hari ini, sahur di Amsterdam berbuka di Addis Ababa pon boleh. Dengan kepesatan globalisasi masakini, keupayaan para pengeluar fatwa juga sepatutnya lebih perkasa. Kita cakap bergegar-gegar nak menguatkan Ummat tapi untuk perkara asasi berkaitan ummat sendiri pun belum dapat ditegakkan secara berhemah.

Salah satu rumusan Sirah Nabawiyah dalam rentetan kehidupan Rasulullah s.a.w adalah komitmen Baginda kepada “Penyatuan dalam perbezaan & kepelbagaian”. Para Sahabat baginda terdiri dari individu-individu pelbagai latarbelakang. Ada yang kaya, miskin, hamba, peniaga, gembala malahan berbeza suku, puak mahupun bangsa. Komitmen Baginda Rasulullah s.a.w jelas berhasil sehingga pewarisnya yang meneruskan pemerintahan Khulafa’ ArRashidin berjaya menakluk dunia dengan AGAMA.

Apakah yang diiktiraf oleh ALLAH apabila ummat mengamalkan suruhanNya agar mengajak dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran? “Khayra Ummatin” = Sebaik Ummat. Seperkara tentang UMMAT adalah ianya tidak disempadankan dengan kewarganegaraan. UMMAT terdiri di atas kepercayaan kepada ALLAH, Tuhan sekalian Alam. Tiada Tuhan Selain ALLAH, Muhammad itu PesuruhNya.

Apabila melibatkan soal tarikh mula puasa dan hari raya, ulama hari ini sudah lebih dari patut bersepakat secara sejagat membimbing ummah ke arah PENYATUAN yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Para ulama yang berfatwa dan pengajar agama yang beraura luarbiasa juga sepatutnya diberikan pentas media yang lebih global di arus perdana, dengan komitmen bajet dan peruntukan yang mampu menandingi program hiburan, untuk menyemarakkan ajakan kebaikan “Amr Ma’ruf” dan cegahan kemungkaran “Nahi Mungkar”.

BerSATU untuk Negara sahaja belum cukup untuk jadi kiblat kehidupan seseorang yang berstatus Muslim dan Muslimah. Orang Islam kena terima ALLAH sebagai Tuhan yang Utama dan terutama dalam hidupnya. Muhammad Rasulullah s.a.w pula adalah lelaki pilihan ALLAH yang sempurna untuk dianuti ajarannya. Lepas pada tu barulah boleh kira nak taatkan hukum manusia. Barulah betul kena gaya dan caranya… tak gitu ke der?

1 Syawal adalah permulaan waktu yang diharuskan untuk memasang niat HAJI. 1 Syawal juga adalah hari raya Eidulfitri (sehari tu je) untuk meraikan ketaatan yang tercapai sepanjang sebulan Ramadan sebelumnya. Ramadan pada hakikatnya jauh lebih berharga nilainya dari Syawal. Sebermula dari malam pertama disunatkan berterawih sehinggalah anak bulan Syawal menjelma bersama pengharaman berpuasa pada tanggal 1 Syawal, tak dinafikan bulan Ramadan memang istimewa.

Dulu masa mula belajar puasa masa kecik-kecik, menghitung hari nak habis puasa sebab nak raya. Masa tu tak faham lagi betapa besarnya nilai Ramadan berbanding Syawal. Budaya budak-budak kecik orang melayu memang melebih-lebihkan hari raya dari bulan puasa. Bagi yg dah beranak-pinak tu memanglah rasa raya tu untuk budak-budak je. Cuma kadang-kadang tengok yang tua-tua sakan beraya dengan baju berpuluh pasang, langsir, cat baru kaler rumah dsb, rasa macam buang tebiat pun ada.
Korang raya bila?
Selamat Hari Raya. Eid Mubarak. Kullu ‘am wa antum bi alfi khair ~ See Sharp Minor

By: Towil See Sharp Minor