Friday, February 10, 2012

Seperti Betmen

Oh seperti hero yang berlari
Membela mereka bersungguh hati
Tapi mengapa kau sendiri
Hidup tak mudah macam bebiri
Mengikut kata Si Gembala
Agar aman dari serigala
Wohoooooo…

Chorus (2x)
Siapa gembala kambing?
Siapa peniaga asing?
Siapa membelah laut?
Siapa mendengar Semut?
Siapa suara mendayu?
Siapa menawan yang ayu?
Siapa raja seisi dunia?
Siapa menyembuh si buta?

Banyak orang banyak ragam, ada yang geram, ada tergamam
Ramai bercinta, ramai yang buta, tak kira bangsa tak kira masa
Meleleh, memulih dan mengasih, engkau rasa terpilih
Hati kau turut, rasa terpaut, walau orang kata mengarut
Sebab itu kau patut takut, terjebak perangkap, berubah sikap
Antara suka, gembira mengikut rasa
Macam dunia, untuk kita selama-lama
Aku punya, aku empunya. Engkau punya aku peduli apa 

Pedulikan Dia, pedulikan mereka…

Repeat Chorus
 

Ada yang kata, aku memang pandai bercinta
Tak kurang juga, yang sangka, aku pandai bermain kata
Lidah menutur, teratur jangan sampai tersembur
Terhambur, terpalit kotor, namun pantang ku undur
Aku belum habis melaris, menggores, menitis di atas pitis
Untuk apa, di mana, entah kenapa, makin sukar ku lupa
Aku ini milik Siapa…??

Benar asing cerita begitu
Tak macam betmen yang ku tahu
Atau fairy land yang tak berhantu
Cerita murah macam tak bermutu
 

Seperti Betmen
Kau dan aku mahu
Ada kuasa tahap berbeza
Untuk berdepan dengan oh dunia
Tapi sebenarnya kita di mana
Petunjuk apa yang nak di guna
Siapa juara hidup di dunia
Siapa pula jaguh di sana…


Lagu : Bobo Zoul Fazs & Zulhusni
Lirik : Towil SeeSharpMinor



Sila klik link untuk mendengar lagu...
http://www.reverbnation.com/play_now/song_12254607

Seindah Dunia


Bahang mentari bertatah sinaran
Beburung terbang alam keriangan
Cahaya terang berkerahmatan
Aku nan leka mengejar harapan

                Luas bumiku tak jenuh diburu
                Engkau dan aku tak putus memerlu
                Bersarang di dada desir nafasku
                Kita tak rasa besarnya nikmatMu

Sinar rembulan menerangi awan
Kerdipan bintang bagaikan hiasan
Indahnya malam begemerlapan
Mendakap lembut jutaan insan

                Pungguk merindu tak putus merayu
                Aku yang kelu tak sedar diseru
                Terlupakah hamba janji Tuhanmu
                Asyik terlambat mengejar waktu

………………………………………………………………...

Biar secantik manapun lukisan
Takkan terlukis erti keindahan
Biar setinggi manapun impian
Takkan bermakna tanpa keredhaan

Walau sebijak manapun fikiran
Takkan terjangkau kebijaksanaan
Walau segunung manapun kurniaan
Takkan terbanding kasihMu oh Tuhan

………………………………………………………………….

Untuk siapa seindah dunia
Segala teratur cantik tersedia
Mudahnya alpa semudah terlupa
Tersungkur kita di dalam nikmatNya

Dalam kudus Rahmat kami bersyukur
Sehebat ciptaan tulus pemberian
Dalam sendu hati kami tafakur
Seikhlas amalan harus tunaikan

Belang harimau mati ditinggalkan
Tingkah manusia betah dilupakan
Resam dunia takkan diubahkan
Kita yang harus membuat pilihan

Kalau tuan memasaklah peria
Janganlah lupa hai pada garamnya
Kalau dunia kita nak persia
Janganlah sangka tak ada balasnya


Lagu: Bobo Zoul Fazs
Lirik: Towil SeeSharpMinor

Riwayat Pencari Cinta


Tersungkur dia di laman syurga
Pabila termakan bujukan hawa
Cinta sejati yang asyik dicari
Mencalar hati menyesali sendiri
Angkara licik dihasut sang api
Musnah pengabdi tergadai budi

Sesal penari mencari kasih
Meruntun hati bila terpilih
Biarpun lemas dihurung dosa
Tetap tegar mencari cinta
Merintih dia dalam munajat
Demi percaya lautan rahmat

Chorus
Cinta agung cinta tersanjung
Takkan rugi andai dicari
Asal tiada rasa kecewa
Bila ujian datang melanda

Tewas pendeta tika terleka
Lemas hanyut amal tersia
Bingung dunia hilang penari
Kala tersentuh cinta sejati

Cinta agung cinta tersanjung
Pasti kan rugi andai diganti
Asal tiada rasa kecewa
Bila ujian datang melanda


Lagu: Ejud
Lirik: Towil SeeSharpMinor

Thursday, February 9, 2012

Sejuk


Dalam gerimis ku lihat dia menangis
Sendu tersedu tika alam terdiam pilu
Gugur kemboja di perdu pohon nya
Longlai langkah di sulami gundah

Ku titipkan sepenuh rasa yang mengisi jiwa
Untukmu kekasih walau terpaksa daku bersedih
Kerna percaya taqdirMu pasti tercantik buatku
Takkan daku terdaya untuk meminda sejarah

Sesejuk salji yang memutih
Sedingin hati kian merintih
Ku pohon kasihMu duhai Tuhanku
Keampunan baginya sepanjang usia
RahmatMu ku gapai meskipun terkapai
Ku hirup angin yang memeluk dingin

Semahunya ku mahu kau masih bersama
Membina cita bersama melembar cinta
Namun kasihNya sekudus RahmatNya
Demi amanah padaNya ku berserah

Lagu: Bobo Zoul Fazs & Syazwan Jaskul
Lirik: Towil SeeSharpMinor