Thursday, May 31, 2012

Aper cer? Lu idop lagi ker der??


Hekk ellehhhh… lopek la luu… ntah aper2 ntah…” Pening jugak aku kadang-kadang dengar anak Melayu bersembang bahasa yang sepatutnya aku paham tapi bila aku dengar aku tak paham… Aku ni berdarah jawa. Walaupun aku tak terer speaking Javanese, tapi buleh la jugak aku paham kalo orang jawa bersembang. Nak kata budak-budak Melayu yang sembang pelik tu bugis atau banjar… I don’t think so sebab dia orang budak area Kajang.

Itu cuma cetusan pertama yang terpancut di benak minda aku yang kontot… muahahahahaha… Opsss sori ter’over’ plak gue… Ok, cetusan kedua. Aku rasa masa jaman aku budak muder dulu pon, orang tua aku sendiri pon mungkin tak berapa paham bahasa aku. Tambah laaa aku budak bee pee… lobey kacap telabik. So, inilah rasanya bila bahasa yang kita tuturkan beralun rentaknya meniti usia. Owwhhhh camtu jer. So takder la salah sangat pun. Cuma berbeza perisa dek kerana pandangan usia yang berbeza.

Masa zaman 60an di Malaysia, Pop Yeah Yeah top… 70an hippies pulak top, diikuti Pop Balada, Rock, Rap, Hip hop, RnB, Soul dan terkini Seoul k-pop. Selera muzik anak muda yang sudah pun masuk usia tua pastinya tak sama dengan budak sekolah yang baru jadi orang muda. Muzik dalam ertikata yang difahami oleh orang kampong macam aku adalah ‘orang menyanyi’. Budaya nak jadi penyanyi di Malaysia ini sangatlah subur tanpa perlu disiram dan dibajai lagi. AF, Mentor, Idol, OIAM, Mania dan bintang kecil sudah lebih dari banyak untuk disebutkan.

Lawak kita juga makin berbeza. Kalau dulu Allahyarham P.Ramlee dengan geng bujang lapok, do re mi dan madu tiganya sudah cukup untuk dinikmati semua. Hari ini, kita boleh tengok cerita lawak di tv, dvd, pc, laptop, henfon, online, streaming dan macam-macam lagi. Itu dalam keadaan panggung wayang pun makin banyak di Malaysia. Internet sahaja sudah begitu luas capaiannya hingga ke seluruh pelusuk dunia. Kalau faham beribu bahasa, boleh tengok klip youtube berjuta-juta. 

FAKTA: Internet + search engine + social networks telah byk membantu memudahkan pencarian maklumat, hiburan, umpatan, kejian, cercaan, cemuhan, fitnah, momokan, penipuan, pengkhianatan, pertelingkahan, serakah, penceraian, perbalahan, saling bertuduhan dan mcm2 lagi.

Soalannya... sebagai seorang yang mendakwa bertuhankan ALLAH dan beriman kepada RASULULLAH, berapa % waktu online internet yg kita dah guna utk SEARCH maksud Hadith atau AlQur'an?

Dah lebih setengah abad Malaysia merdeka. Dah banyak berubah Negara kita ni. Sejarah yang dulu, cerita orang Melayu bersatu walaupun tak cukup berilmu, tapi bekalan iman dah keikhlasan kekal jitu. Yang sebenar hero bangsa Melayu macam Haji AbdulRahman Limbong, Mat Kilau, Tok Kenali dan lain-lain lagi matinya tak berlagu semerdu pemimpin politik di persada kuasa pemerintahan Negara. Itulah pengiktirafan bangsa dan budaya kita. Orang berkuasa lebih mulia dari orang menyeru kepada ALLAH Tuhannya. Apakah itu juga budaya kita?

Memang sudah jadi resam bagi orang yang mahu kekal di atas jalan Tuhan, ujian yang datang tak jemu menjelma. Hatta Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang mewarisi pemerintahan empayar Islam di bawah naungan Khulafa’ Ar-Rasyidin juga diuji dari semasa ke semasa. Benar kata sabda Junjungan Mulia Muhammad s.a.w, “Islam ini agama (yg hadir) bersifat ‘dagang’ atau asing, dan ia akan kembali asing” aw kama qal. Budak-budak sekarang kalau cakap asing dalam bahasa omputeh dia paham lain. ‘ALIEN’ = asing. Owwhhh aliennnnnn… macam ben ten arrr…

Alhamdulillah… Segala puji bagi ALLAH kerana meminjamkan manusia setitis ilmuNya sehingga dengan setitis ilmu itu kita mampu hidup di zaman secanggih hari ini. Sejarah bagi generasi ‘screenager’ hari ini adalah kematian Steve Jobs yang buat iPhone. Matapelajaran Sejarah yang diajar di sekolah juga dah tak sama dengan silibus dulu. Seingat aku, masa aku belajar di sekolah dulu, kisah telingkah Sayyidina Ali dengan Muawiyah bin Abi Suffian diceritakan dalam buku teks “Pengetahuan Agama Islam Tinggi” sehingga berbunyi macam Muawiyah itu jahat.

Bila sambung lagi belajar lepas fom fai, barulah aku dengar versi penceritaan yang menceritakan peranan pihak ketiga berjenama “KHAWARIJ” yang melaga dan mengapikan perbalahan sehingga mencetus peperangan saudara yang pertama dalam sejarah ISLAM. Rupa-rupanya kisah pertelingkahan Sayyidina Ali dengan Muawiyah itu hanyalah perbezaan pendapat yang keduanya berlandaskan hukum AlQur’an. Pendirian masing-masing berkenaan keutamaan perkara yang harus didahulukan menjadi ruang bagi KHAWARIJ mencucuk fitnah nista yang membara.

Khawarij adalah kelompok yang keluar dari kelompok utama ummat yang berjanji taat setia kepada kuasa pemerintahan. Secara mudahnya nak difaham puak khawarij dari zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya kini bernaung di bawah panji Syiah. Fahaman Syiah ini sebagaimana yang kita fahami adalah pendusta agama Islam. Mereka mendakwa beragama Islam sedang pada hakikatnya kemunafikan mereka begitu bajingan, kotor, hina, jijik lagi jelek sehingga  berpegangan bahawa darah ummat Islam Ahli Sunnah wal Jamaah HALAL untuk ditumpah. Ini bukan cerita baru2 ni... puak kuffar syiah ni dah ada lama dah... beribu tahun dah pun...


“Ehh… rilek arr derr… lu citer aper ni der?? Tak paham wa dengar lu cakap aper… gwa mane tau menda2 ni, gwa lepak2 je hangout dgn kwn2 kat Pavilion nih”, ujar Pavi Evans Hudson sambil tersengih2. Ini ayat yang aku agak boleh terbit seikhlas hati budak-budak HOT zaman sekarang kalau aku tiba-tiba jer lepak kat Pavi dgn deorg cerita perang saudara pertama dalam sejarah Islam. Kan asing namanya tu..?? Bukan makhluk asing macam BEN 10 ya…

Here’s my point exactly: What sort of CONTENT do we need in our lives? Apakah bentuk PENGISIAN yang kita perlukan dalam kehidupan?

Ukuran bagi jawapan untuk persoalan itu harus mengikut tuan punya badan. Ikut nafsu pengisian perlu memuaskan. Ikut aqal pengisian mesti logical. Ikut IMAN pengisian mesti berTuhan. Jawapan yang pernah disebut oleh Rasul Junjungan Muhammad s.a.w sewaktu lengkapnya ISLAM sesudah turunnya Ayat AlQur’an yang terakhir, di suatu majlis khutbah haji di padang Arafah tanggal 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah, selepas masuk waktu Zuhur adalah: 
“Daku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. Tidak akan sesat kamu selamanya selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya; AlQur’an & Sunnahku” ~ Sadaqa Rasulullah s.a.w.
Melihat kepada trend keghairahan anak-anak muda (serupa bersilih zaman sebenarnya) yang cenderung kepada pelbagai jenis pengisian termasuk muzik khususnya, orang ‘tua’ hari ini mungkin bingung dengar lirik “kosonnnggg kossoooonnnngggg owhhh… segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuatku rasa kosonnnggg kossoooonnnngggg owhhh…”. 

Tapi begitulah realitinya. Walaupun kita yang belum tua sangat ni boleh terhibur dengar melodi lagu tu, hakikatnya kita boleh akui memang maksud lirik lagu itu terlalu dungu. Macam orang tak ada pegangan agama. Ni lirik untuk orang Atheist ka? Pakai tudong tutop aurat mmg bagos dek non, tapi nyanyilah yang maksodnya betol... jgn ikut sangat kebodohan manusia. Kita kan ada ALLAH.

Macam yang disebut dalam lumrah orang berdakwah tadi, kata caci maki itu biasa sahaja… malah ada yang mati dibunuh demi mempertahankan aqidah yang terungkap dalam kalimah Syahadah, “LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH”.  Ini bila dibagi kata cacian, terus kosong..? zero? Nil? 0? Dah kalau gitu di mana pegangan kepada ALLAH & RasulNya? Kalau berjuta yang menyanyikannya berulang-ulang (seolah berdoa mintak biar jiwa kosong) agak2 banyak dapat apa orang yang bikin lagu ni? Wallahu a’lam.



By: Towil See Sharp Minor 

Friday, May 25, 2012

Rupa-rupanya Solat itulah Petanda Syurga… Subhanallah


Takbir… termasuklah takbiratul ihram (takbir pertama ketika solat) mengagungkan Tuhan sekalian alam semesta. ALLAHU AKBAR. ALLAH Maha Besar. Bila sebut ALLAH Maha Besar, sepatutnya kita sebagai hamba ALLAH kena faham sekali yang kita ni kecik jer… Perkataan pertama yang disyariatkan dalam solat bermula dengan peringatan kita ini hamba kepada Tuhan bernama ALLAH Yang Maha Besar. Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tuhan Yang Maha Pemurah, Mengasihani dan segala sifat terpuji selayaknya bagi Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.

Itu baru intro untuk Solat. Bagi yang fasih dan faham Bahasa Arab, peluang memahami setiap bait patah perkataan yang ditutur sepanjang solat adalah suatu rahmat. Yang tak faham takpe… boleh pegi belajar dengan Ustaz-ustaz yang mengajar kuliah di masjid dan surau berdekatan anda.

Kita pernah dengar kempen, “Rumahku Syurgaku”. Secara dasarnya kempen itu baik. Cuma barangkali yang terkurang adalah penekanan terhadap penghayatan dan pemahaman SOLAT kepada setiap individu ahli rumah berkenaan. Rumah adalah calon tapak syurga yang bernas… sekiranya keadaan di dalam rumah tersebut membenarkan kita untuk SOLAT dengan selesa, aman, tenang, khusyu’ dan tawaddhu’. Maknanya kalau di ofis nak jadi ofisku syurgaku, orang Islam yang kerja kat situ mesti selesa bersolat.

Bagi orang awam macam kita-kita ni semua, kalau nak dapat rasa atau omputih cakap ‘feel’ bila buat sesuatu, kena ada suasana. Sejarah orang kita sebenarnya kuat bersentimen dengan suasana. Jika dilihat secara positif, perasaan kuat bersentimen tu jika mampu dilentur dan dijinak ke arah sensitiviti kepada seluruh kebenaran Tuhan pasti akan menghasilkan kekuatan rasa hamba yang hidup berTuhan. Kita ni hidup atas kesian… Kasihan Tuhan yang merahmati kita dengan kehidupan dan AQAL FIKIRAN.

ALLAH itu Tuan Punya Pemilik Segala Alam Semesta. Kita ni hamba-hambaNya sahaja… Kalau kita perhatikan, ramai orang Melayu misalnya yang bercakap soal ketuanan dengan mempertahankan subsidi kerajaan. Ada juga yang cakap subsidi itulah punca pudarnya semangat juang yang perlu kalau nak menang pertandingan. Bayangkan kalau semua Melayu yang Islam cakap pasal mempertahankan hak Tuan Punya kita semua… pertahankan Hak ALLAH sebagai Tuhan Sekalian Alam. Subhanallah… (Tiba2 teringin nak dengar melodi-melodi semangat JIHAD MUZIKAL di lapangan hiburan ;-)

Dulu-dulu Masjid dibina oleh dermawan dan Ilmuan Islam. Sekarang sepatutnya makin mudah nak bina masjid atau surau dengan kerajaan… bukan sekadar bina bangunan, binalah juga modal insan. Bikin bangunan senang maaa… itu kilija batu sama kayu + buruh Indon dan Bangla. Cuba bikin program insan yang membina sahsiah dan jatidiri masyarakat setempat ahli kariah yang berterusan. Realitinya kerajaan boleh bina bangunan masjid atau surau walaupun banyak juga yang dibina dengan usaha masyarakat setempat, tapi untuk pengisian menghidupkan amalan, takkan nak harap kerajaan?

Masjid, surau, kawasan RnR kat highway, surau-surau petronas dan lain-lain tempat pun layak jadi calon tapak syurga, asalkan solat terdiri diatasnya. Alhamdulillah secara jelas kita dapat lihat tempat-tempat solat yang dibina di mana pun jua semakin dikunjungi ummat yang makin bertambah bilangannya. Alhamdulillah Negara ini cukup makmur untuk ummat Islam membentuk komuniti yang aktif bersolat. Meskipun kedengaran suara ‘Ulama’ bercakaran perihal doa Qunut, sapu muka lepas bagi salam dalam solat dan sebagainya, kita patut bersyukur terpilih beriman kepada ALLAH dan RasulNya.

“Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku Solat” ~ Mafhum Alhadith

Kita ummat akhir zaman ini tak ada sorang pun yang pernah tengok Nabi Junjungan Muhammad s.a.w bersolat secara ‘LIVE’ dalam keadaan yang kita sedar. Tafsiran para ulama telah mendefinisikan perbuatan solat yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Bidang kuasa para ulama’ ini terdahulu sudah diiktiraf sebagai pewaris para nabi dalam sebuah Hadith Rasulullah s.a.w yang lain. Untuk kita sebagai ummat Muhammad s.a.w kekal jadi ummatnya, ikutlah apa yang Rasulullah s.a.w perintahkan terutamanya keutamaan kepada solat sebagai tiang agama.

Pertengkaran intelektual yang melampau dalam membahaskan perbezaan pendapat ada kalanya amat merugikan selain tambah mengelirukan pendapat umum. Tidak salah bertanding intelek atas dasar AlQur’an dan Sunnah sehingga timbul perbezaan pandangan. Perumpamaannya macam kisah 4 orang buta nak kenal gajah. Sorang cakap gajah macam batang pokok (sebab pegang kaki), sorang cakap macam tali (sebab pegang ekor), sorang cakap macam tembok (sebab raba badan si gajah). Datang si buta yang keempat cakap gajah macam hos bomba sebab pegang belalai. Hakikatnya semua betul tapi tak cukup betul. Bila diadun semua baru makin hampir rupanya macam gajah yang sebenar.

Dalam hal solat, sumber yang dirujuk untuk mentakrifkan perbuatan bersolat dipetik dari Hadith dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Bagi ahli hadith atau Muhaddithin, pastinya memilih hadith sandaran dari yang Sahih dalam menghuraikan apa itu solat. Seperkara berkenaan hadith adalah riwayat yang pelbagai melibatkan para sahabat Rasulullah s.a.w yang berada di situ sewaktu hadith atau sunnah Rasulullah s.a.w berlaku. Para sahabat diiktiraf pula oleh Rasulullah s.a.w sebagai personality umpama bintang yang mampu menjadi petunjuk pengembara di malam hari, baik di darat mahupun lautan. Maknanya solat tak perlu ditambah letak batu karbala kat tempat sujud macam Syiah yang gila nak tambah hukum tapi sebok nak mengaku Muslim. Rasulullah s.a.w tak solat macam tu lah wahai Syiah Laknatullah.

Sebagai manusia, para sahabat Rasulullah s.a.w adalah bersifat dan bersikap sebagaimana manusia yang makan, minum, berjalan, berlari dan lain-lain perbuatan lazim manusia. Manusia itu pula memang unik ALLAH s.w.t jadikan dengan perbezaan. Bukan sekadar rupa paras, warna kulit, usia, bangsa dan lain-lain sifat fizikal sahaja yang membezakan sesama manusia, hati dan perasaan kita juga tak sama. Justeru para sahabat Rasulullah s.a.w juga unik sebagai manusia. Di sinilah keajaiban ‘HIDAYAH ALLAH’ yang mampu menyamakan pemahaman manusia perihal amalan solat, yang terpelihara sehingga ke hari ini meskipun sudah lebih 1400 tahun Rasulullah s.a.w meninggalkan kita.

Solat itu adalah satu hadiah dari ALLAH kepada Muhammad s.a.w dan ummatnya. ALLAH menjemput Muhammad bin Abdullah bin AbdulMuttalib naik ke arasyNya untuk diserahkan AMANAH SOLAT. Begitu besar nilai solat… Raja Segala Raja; ALLAH Yang Maha Esa jemput kekasihNya Muhammad s.a.w datang mengadap untuk dianugerahkan SOLAT.

Dengan segala Kuasa, Kebesaran dan Keagungan ALLAH, Dia tak berhajat kepada solat yang kita buat untuk jadikan Dia Tuhan. ALLAH s.w.t dah memang Tuhan Yang Boleh Buat Apa Sahaja. Kita solat ke tak solat ke ALLAH tetap TUHAN. Persoalannya bukan sekadar kalau kita solat atau tak solat tapi lebih lagi… SOLAT itu kan hadiah ALLAH. Siapa yang terima hadiah tu barulah dia bersolat. Yang tak solat?? Tak dapat lagi laahhh hadiah dia.

Manusia sebenarnya yang beruntung bila Solat. ALLAH nak untung apa atas kita? Kita ni pun DIA punya. Solat yang ALLAH hadiahkan tu pulak kalau dibuat, hidup jadi lebih sehat dan kuat. Bukan setakat minum milo jer boleh jadi macam tu. Sudah ada kajian Saintifik yang mengesahkan solat berperanan menyihatkan tubuh badan. (Cuba cari di Universiti Malaya bukunya pasal kajian Solat secara saintifik). Bukan setakat beruntung manusia diberikan PAHALA akhirat bila mengerjakan solat, kat donia ni lagi kita dapat rahmat kesihatan, ketenteraman fikiran, ketenangan hati dan sebagainya.

Cuba kita berkira-kira dalam hidup kita… Macam mana agaknya nilai solat kita? Kalau kita betul-betul ikhlas jaga SOLAT yang tepat aqidah, syariah dan hakikatnya, mustahil sebenarnya kita nak terjebak buat benda tak elok. Tak adanya pecah amanah kalau seseorang hamba itu benar-benar AMANAH memelihara SOLAT. Bagi yang dapat merasa betapa gembira dan indahnya rasa di jiwa bila dapat menunaikan SOLAT secara berjemaah di masjid, surau, rumah mahupun pejabat… bersyukurlah. ALHAMDULILLAH.

By: Towil See Sharp Minor 

Wednesday, May 16, 2012

BISIK KASIH

Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin,
farrij 'alal muslimin...
Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin,
farrij 'alal muslimin.


Duhai Tuhan yang Pengasih, pandanglah kami dengan kasih,
Dikau Tuhan yang dikasih, moga kami Dikau pilih...


Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin,
farrij alalmuslimin...


Duhai Tuhan yang Pengasih, pandanglah kami dengan kasih,
Dikau Tuhan yang dikasih, moga kami Dikau pilih...
jadi hamba yang terpilih.


Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin,
farrij 'alal muslimin...
Ya Rahman Ya Rahim, Ya Fattah Ya Alim, Ya 'Azim, Ya Karim,
Ya Rabbal 'alamin..


Ya Allah yg Berkuasa,
Hati ini dikau pembuka,
Ya Allah yang Mendengar,
Kasihi kami Ya Allah..


Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin,
farrij 'alal muslimin..


Duhai Allah pemilik cinta,
ku merayu bagai hamba,
Cintailah daku Ya Allah,
Ku mencintaimu Ya Allah
Ya Allah Ya Allah...


Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin,
farrij 'alal muslimin...
Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin,
farrij 'alal muslimin...
Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin,
farrij 'alal muslimin...
Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin,
farrij 'alal muslimin.



Lagu: Husnaa Saip
Lirik: Towil SeeSharpMinor


Sila klik link untuk VIDEO KELIP lagu ini:
Bisik Kasih (Video Clip)