Takbir… termasuklah takbiratul ihram (takbir pertama ketika
solat) mengagungkan Tuhan sekalian alam semesta. ALLAHU AKBAR. ALLAH Maha
Besar. Bila sebut ALLAH Maha Besar, sepatutnya kita sebagai hamba ALLAH kena
faham sekali yang kita ni kecik jer… Perkataan pertama yang disyariatkan dalam
solat bermula dengan peringatan kita ini hamba kepada Tuhan bernama ALLAH Yang
Maha Besar. Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tuhan Yang Maha Pemurah, Mengasihani dan segala
sifat terpuji selayaknya bagi Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.
Itu baru intro untuk Solat. Bagi yang fasih dan faham Bahasa
Arab, peluang memahami setiap bait patah perkataan yang ditutur sepanjang solat
adalah suatu rahmat. Yang tak faham takpe… boleh pegi belajar dengan
Ustaz-ustaz yang mengajar kuliah di masjid dan surau berdekatan anda.
Kita pernah dengar kempen, “Rumahku Syurgaku”. Secara
dasarnya kempen itu baik. Cuma barangkali yang terkurang adalah penekanan
terhadap penghayatan dan pemahaman SOLAT kepada setiap individu ahli rumah berkenaan.
Rumah adalah calon tapak syurga yang bernas… sekiranya keadaan di dalam rumah
tersebut membenarkan kita untuk SOLAT dengan selesa, aman, tenang, khusyu’ dan
tawaddhu’. Maknanya kalau di ofis nak jadi ofisku syurgaku, orang Islam yang
kerja kat situ mesti selesa bersolat.
Bagi orang awam macam kita-kita ni semua, kalau nak dapat
rasa atau omputih cakap ‘feel’ bila buat sesuatu, kena ada suasana. Sejarah
orang kita sebenarnya kuat bersentimen dengan suasana. Jika dilihat secara
positif, perasaan kuat bersentimen tu jika mampu dilentur dan dijinak ke arah sensitiviti
kepada seluruh kebenaran Tuhan pasti akan menghasilkan kekuatan rasa hamba yang
hidup berTuhan. Kita ni hidup atas kesian… Kasihan Tuhan yang merahmati kita
dengan kehidupan dan AQAL FIKIRAN.
ALLAH itu Tuan Punya Pemilik Segala Alam Semesta. Kita ni
hamba-hambaNya sahaja… Kalau kita perhatikan, ramai orang Melayu misalnya yang
bercakap soal ketuanan dengan mempertahankan subsidi kerajaan. Ada juga yang
cakap subsidi itulah punca pudarnya semangat juang yang perlu kalau nak menang
pertandingan. Bayangkan kalau semua Melayu yang Islam cakap pasal
mempertahankan hak Tuan Punya kita semua… pertahankan Hak ALLAH sebagai Tuhan
Sekalian Alam. Subhanallah… (Tiba2 teringin nak dengar melodi-melodi semangat
JIHAD MUZIKAL di lapangan hiburan ;-)
Dulu-dulu Masjid dibina oleh dermawan dan Ilmuan Islam. Sekarang
sepatutnya makin mudah nak bina masjid atau surau dengan kerajaan… bukan
sekadar bina bangunan, binalah juga modal insan. Bikin bangunan senang maaa…
itu kilija batu sama kayu + buruh Indon dan Bangla. Cuba bikin program insan
yang membina sahsiah dan jatidiri masyarakat setempat ahli kariah yang
berterusan. Realitinya kerajaan boleh bina bangunan masjid atau surau walaupun
banyak juga yang dibina dengan usaha masyarakat setempat, tapi untuk pengisian
menghidupkan amalan, takkan nak harap kerajaan?
Masjid, surau, kawasan RnR kat highway, surau-surau petronas
dan lain-lain tempat pun layak jadi calon tapak syurga, asalkan solat terdiri
diatasnya. Alhamdulillah secara jelas kita dapat lihat tempat-tempat solat yang
dibina di mana pun jua semakin dikunjungi ummat yang makin bertambah
bilangannya. Alhamdulillah Negara ini cukup makmur untuk ummat Islam membentuk
komuniti yang aktif bersolat. Meskipun kedengaran suara ‘Ulama’ bercakaran
perihal doa Qunut, sapu muka lepas bagi salam dalam solat dan sebagainya, kita
patut bersyukur terpilih beriman kepada ALLAH dan RasulNya.
“Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku Solat” ~ Mafhum Alhadith
Kita ummat akhir zaman ini tak ada sorang pun yang pernah
tengok Nabi Junjungan Muhammad s.a.w bersolat secara ‘LIVE’ dalam keadaan yang
kita sedar. Tafsiran para ulama telah mendefinisikan perbuatan solat yang
dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Bidang kuasa para ulama’ ini terdahulu
sudah diiktiraf sebagai pewaris para nabi dalam sebuah Hadith Rasulullah s.a.w
yang lain. Untuk kita sebagai ummat Muhammad s.a.w kekal jadi ummatnya, ikutlah
apa yang Rasulullah s.a.w perintahkan terutamanya keutamaan kepada solat
sebagai tiang agama.
Pertengkaran intelektual yang melampau dalam membahaskan
perbezaan pendapat ada kalanya amat merugikan selain tambah mengelirukan
pendapat umum. Tidak salah bertanding intelek atas dasar AlQur’an dan Sunnah
sehingga timbul perbezaan pandangan. Perumpamaannya macam kisah 4 orang buta
nak kenal gajah. Sorang cakap gajah macam batang pokok (sebab pegang kaki),
sorang cakap macam tali (sebab pegang ekor), sorang cakap macam tembok (sebab
raba badan si gajah). Datang si buta yang keempat cakap gajah macam hos bomba
sebab pegang belalai. Hakikatnya semua betul tapi tak cukup betul. Bila diadun
semua baru makin hampir rupanya macam gajah yang sebenar.
Dalam hal solat, sumber yang dirujuk untuk mentakrifkan
perbuatan bersolat dipetik dari Hadith dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Bagi ahli
hadith atau Muhaddithin, pastinya memilih hadith sandaran dari yang Sahih dalam
menghuraikan apa itu solat. Seperkara berkenaan hadith adalah riwayat yang
pelbagai melibatkan para sahabat Rasulullah s.a.w yang berada di situ sewaktu
hadith atau sunnah Rasulullah s.a.w berlaku. Para sahabat diiktiraf pula oleh
Rasulullah s.a.w sebagai personality umpama bintang yang mampu menjadi petunjuk
pengembara di malam hari, baik di darat mahupun lautan. Maknanya solat tak perlu ditambah letak batu karbala kat tempat sujud macam Syiah yang gila nak tambah hukum tapi sebok nak mengaku Muslim. Rasulullah s.a.w tak solat macam tu lah wahai Syiah Laknatullah.
Sebagai manusia, para sahabat Rasulullah s.a.w adalah
bersifat dan bersikap sebagaimana manusia yang makan, minum, berjalan, berlari
dan lain-lain perbuatan lazim manusia. Manusia itu pula memang unik ALLAH s.w.t
jadikan dengan perbezaan. Bukan sekadar rupa paras, warna kulit, usia, bangsa
dan lain-lain sifat fizikal sahaja yang membezakan sesama manusia, hati dan
perasaan kita juga tak sama. Justeru para sahabat Rasulullah s.a.w juga unik
sebagai manusia. Di sinilah keajaiban ‘HIDAYAH ALLAH’ yang mampu menyamakan
pemahaman manusia perihal amalan solat, yang terpelihara sehingga ke hari ini
meskipun sudah lebih 1400 tahun Rasulullah s.a.w meninggalkan kita.
Solat itu adalah satu hadiah dari ALLAH kepada Muhammad
s.a.w dan ummatnya. ALLAH menjemput Muhammad bin Abdullah bin AbdulMuttalib
naik ke arasyNya untuk diserahkan AMANAH SOLAT. Begitu besar nilai solat… Raja
Segala Raja; ALLAH Yang Maha Esa jemput kekasihNya Muhammad s.a.w datang mengadap untuk dianugerahkan
SOLAT.
Dengan segala Kuasa, Kebesaran dan Keagungan ALLAH, Dia tak
berhajat kepada solat yang kita buat untuk jadikan Dia Tuhan. ALLAH s.w.t dah
memang Tuhan Yang Boleh Buat Apa Sahaja. Kita solat ke tak solat ke ALLAH tetap
TUHAN. Persoalannya bukan sekadar kalau kita solat atau tak solat tapi lebih
lagi… SOLAT itu kan hadiah ALLAH. Siapa yang terima hadiah tu barulah dia
bersolat. Yang tak solat?? Tak dapat lagi laahhh hadiah dia.
Manusia sebenarnya yang beruntung bila Solat. ALLAH nak
untung apa atas kita? Kita ni pun DIA punya. Solat yang ALLAH hadiahkan tu
pulak kalau dibuat, hidup jadi lebih sehat dan kuat. Bukan setakat minum milo
jer boleh jadi macam tu. Sudah ada kajian Saintifik yang mengesahkan solat
berperanan menyihatkan tubuh badan. (Cuba cari di Universiti Malaya bukunya
pasal kajian Solat secara saintifik). Bukan setakat beruntung manusia diberikan PAHALA akhirat bila mengerjakan solat, kat donia ni lagi kita dapat rahmat
kesihatan, ketenteraman fikiran, ketenangan hati dan sebagainya.
Cuba kita berkira-kira dalam hidup kita… Macam mana agaknya
nilai solat kita? Kalau kita betul-betul ikhlas jaga SOLAT yang tepat aqidah,
syariah dan hakikatnya, mustahil sebenarnya kita nak terjebak buat benda tak
elok. Tak adanya pecah amanah kalau seseorang hamba itu benar-benar AMANAH
memelihara SOLAT. Bagi yang dapat merasa betapa gembira dan indahnya rasa di
jiwa bila dapat menunaikan SOLAT secara berjemaah di masjid, surau, rumah
mahupun pejabat… bersyukurlah. ALHAMDULILLAH.
By: Towil See Sharp Minor
Comments
Post a Comment