Skip to main content

Satu Sentuhan AlQuran

Masa dapat link dari Sahabat See Sharp Minor pasal mobile apps "A Touch of Quran" yang dah siap dimuat naik ke android playstore, masa tu hari Jumaat.

Rujuk link: Check out "Touch of Quran" - https://play.google.com/store/apps/details

Oleh kerana masa tu tengah belum sempat muat turun apps tu, aku pergilah solat Jumaat dulu. Selesai Khutbah yang mengingatkan Ummat bahaya dan kesan arak serta judi kepada masyarakat, Pak Imam pun solat... Aku biasa dengar ayat yang Pak Imam baca ni... Surah Al-A'laa. Sampai habis solat aku teringat2 antara maksud Surah Al-A'laa yang pernah aku baca tafsirnya. Di akhir Surah disebutkan;

http://www.surah.my/assets/s087/a018-c277b47772b844db7904fd2402d6e573.png
http://www.surah.my/assets/s087/a019-45eaa181b9ac29549673b90078bae983.png

"Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu (18) Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (19)" Surah Al-A'laa : 18 - 19.

Yang jadi pikiran aku nak rujuk balik cerita Nabi2 dari dua ayat tu adalah KENAPA disebut Nabi Ibrahim a.s & Nabi Musa a.s secara bergandingan dalam Surah Al-A'laa ini? Apakah PERSAMAAN ummat kedua Rasul ini sehingga disebut "keterangan Surah Al-A'laa ada disebutkan dalam kitab terdahulu"?

Kita yang membaca Surah ini sedar AlQuran diturunkan untuk Ummat Muhammad s.a.w. dan Allah bagitau yang perkara2 dalam Surah Al-A'laa juga pernah diturunkan dalam Kitab2 Nabi Ibrahim a.s. & Nabi Musa a.s. Pengisian Surah Al-A'laa secara amnya mengingatkan akan Kekuasaan dan Kebesaran Allah yang Mencipta dan Mengatur Alam ini.

Manusia yang mengambil peringatan dan beramal soleh dengan SOLAT akan selamat dan yang mengutamakan DUNIA lalu tersesat akan kekal hidup terseksa di Akhirat. Cuma di penghujung dua ayat Surah ini menyebut Nama Nabi Ibrahim a.s; yang secara simboliknya adalah bapa atau usul bangsa ARAB dan Nabi Musa a.s yang masih disanjung Torah bangsa YAHUDI sebagai Moses.

Di dalam sejarah kedua2 Nabi yang tersebut, antara persamaan kedua ummat Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s adalah BISNES menjual Tuhan. Berhala pada zaman Nabi Ibrahim a.s adalah di MILIKI oleh bangsa dan kabilah tertentu dengan kasta berhala serta nilai penyembahan yang berbeza. Makin mahal berhala makin tinggi nilai keDUNIAannya.

Pada Zaman Nabi Musa a.s pula kita boleh dapati kisah Samiri yang membina patung lembu dari emas yang dikumpulkan daripada Ummat Nabi Musa a.s ketika Nabi Musa a.s meninggalkan mereka untuk ke Gunung Sinai atas panggilan Allah, selepas terselamat dari Firaun yang tenggelam di Laut Merah.

Pengajaran yang serupa berkaitan sikap Penjual Tuhan dalam Surah Al-A'laa juga disebutkan perihal manusia yang mengUTAMAkan dunia dalam ayat ke-16 dan 17. Sedangkan AKHIRAT itu (Allah Ciptakan) LEBIH BAIK. Namun begitulah perbandingannya dengan ummat Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s yang ada Penjual Tuhan dengan harga dunia; Emas & Harta.

Apabila AlQuran menyebut akan sesuatu bentuk (pattern) sikap manusia, pada kebiasaannya itulah perkara yang bakal diulangi oleh manusia sehingga hari Qiyamat. Maka itulah juga yang sedang kita saksikan di muka dunia apabila para penguasa EKONOMI negara dan pencetak matawang DUNIA memanipulasi ummat hari ini. Bukan sedikit manusia yang hidupnya memilih untuk berTUHANkan dunia nyata semata2.

Di akhir Zaman, Dajjal sebenar akan muncul mengaku Tuhan, tapi sebelum kedatangannya yang bakal diterima oleh sebahagian besar manusia, PENTAS untuk menyambut Tuhan PALSU ini pastilah akan disediakan oleh penganutnya sehebat upaya. Mungkin hari ini keturunan para penganut Dajjal ini sedang berjiran selang serumah dengan kita... Dikatakan juga Dajjal ada 'Syurga' & 'Neraka'nya utk manusia. Ini sahaja untuk dizahirkan logiknya BUKAN KECIL BELANJA.

Para penganut Dajjal pula sudah tentulah mahir dalam MENJUAL TUHAN dengan harga dunia... Kan? Sebagaimana ummat Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s berdepan dengan tipudaya manusia Penjual Tuhan, maka kita sebagai Ummat Muhammad s.a.w juga takkan terlepas dari berdepan tipudaya golongan ini. Sebab itulah Allah s.w.t sebut begitu dalam Surah Al-A'laa kan?

Seusai memikirkan persamaan tiga ummat dalam peringatan Surah Al-A'laa, bila dah petang2 sikit di rumah barulah aku muat turun mobile apps "Touch of Quran". Aku cuma terpikir, kalau kita solat berjemaah dan nak dengar Imam baca ayat AlQuran dalam Solat pun paling2 tiga waktu sahaja (Maghrib, Isha & Fajar). Harap2nya dengan mobile apps macam ni dapatlah digiatkan lagi usaha memahami MAKSUD AlQuran... bila2 masa, di mana jua... asalkan pawer beng jangan lupa.

SUBHANALLAH. Maha Suci ALLAH ;-)

By: Towil See Sharp Minor

Comments

Anonymous said…
C#minor...Macam da lama je tak menulis...terkadang nak mencari santapan minda ni selak2 blog ni dapat la jugak insight... Bukan la trigger untuk jadik maksum terus...tapi sebagai ingatan pada aku yang selalu lupa... dan buat2 lupa...

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: Ø£َÙ†َّ رِعْلاً ÙˆَØ°َÙƒْÙˆَانَ ÙˆَعُصَÙŠَّØ©َ ÙˆَبَÙ†ِÙŠ Ù„َØ­ْÙŠ...

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah bany...

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.