Yang mana kau pilih. Isi atau kulit. Kertas bungkusan yang indah coraknya. Membungkus benda tak kira nilainya. Lunak suara Amy Search diiringi muzik slow rock membawakan lagu “Isi dan Kulit” menyapa gegendang telinga aku yang baru sahaja mengalih siaran radio ikim kepada sinar. Memang aku lebih gemar berehat mendengar radio selepas solat asar sambil menghirup kopi O halia di beranda rumah kalau tidak keluar bersukan. Sambil duduk kotak mindaku teringat perihal artikel bergambar berkenaan pertunjukan fesyen Islam di ibukota baru-baru ini yang baru aku baca tengahari tadi. Pelbagai reaksi terpapar dalam pautan laman web. Ada yang marah, ada yang suka, ada yang geram malah ada juga yang tak faham. Aku sendiri pun berbaur dan bergelodak akal dan rasa hati kerana kekeliruan yang makin berkecamuk dalam fikiran sebuah Negara berstatus ‘Islam’ sebagai agama rasminya.
'Warung Kopi' literally means coffee stall where patrons from all walks of life converse the pettiest local talks to global issues. Sincere. Ummatic. Opinionated. Lillahi Ta'ala. That's basically the talk around here! Let's not lie to ourselves.