Yang mana kau pilih. Isi atau kulit. Kertas bungkusan yang indah coraknya. Membungkus benda tak kira nilainya. Lunak suara Amy Search diiringi muzik slow rock membawakan lagu “Isi dan Kulit” menyapa gegendang telinga aku yang baru sahaja mengalih siaran radio ikim kepada sinar. Memang aku lebih gemar berehat mendengar radio selepas solat asar sambil menghirup kopi O halia di beranda rumah kalau tidak keluar bersukan.
Sambil duduk kotak mindaku teringat perihal artikel bergambar berkenaan pertunjukan fesyen Islam di ibukota baru-baru ini yang baru aku baca tengahari tadi. Pelbagai reaksi terpapar dalam pautan laman web. Ada yang marah, ada yang suka, ada yang geram malah ada juga yang tak faham. Aku sendiri pun berbaur dan bergelodak akal dan rasa hati kerana kekeliruan yang makin berkecamuk dalam fikiran sebuah Negara berstatus ‘Islam’ sebagai agama rasminya.
Ada benarnya madah Brader Amy Search pasal Isi dan Kulit. Ada orang lihat kulit. Ada orang lihat isinya. Kulit dan isi memberi erti, jikalau tahu menilainya. Kopi O haliaku yang makin suam aku hirup lagi. Memori sewaktu belajar di Sekolah Agama Kampung Istana tiba-tiba menerjah ingatanku bila aku cuba ingatkan semula pelajaran berkenaan aurat lelaki dan perempuan yang disebut dalam kitab “Idaman Penuntut”.
Kalau tak silap, dalam jilid pertama kitab Idaman Penuntut yang dikarang, diterbit dan digunakan sebagai rujukan di sekolah agama negeri Johor ini memang ada dinyatakan dengan jelas pasal aurat. Teringat pula aku kepada kitab rujukan asal berwarna kuning yang digunakan sebelum wujudnya Idaman Penuntut; Matla’al Badrain karangan Sheikh Daud Alfatani. Tersengih aku mengingatkan pengalaman membaca Matla’al Badrain yang ditulis dalam bahasa Melayu ejaan jawi lama.
Petikan gitar Hillary Ang dalam lagu Isi dan Kulit terus menggamit kenangan zaman rock kapak ketika aku masih di bangku sekolah. Kembali segar di ingatan aku pada masa itu selain jeans ketat, ada juga yang suka seluar lusuh berambu akibat koyak di peha. Ramai lepasan sekolah yang simpan rambut mengerbang. Kepala talipinggang besar berbentuk apache juga popular selain kemeja T dan apa jua barangan yang berlogo Scorpion, Iron Maiden, Kiss, Loudness, Search & Wings.
Terasa pantas masa berlalu… kopi O halia aku pun dah tinggal suku…
Zaman sekarang sesiapa pun boleh beri pandangan. Teknologi maklumat dah banyak mudahkan hubungan meskipun pada masa yang sama makin banyak fitnah dan tuduhan. Aku tak kisah sangat siapa yang bagi teguran asalkan betul apa yang diperjuangkan. Bagi aku teguran membina baik dilaksanakan demi penambahbaikan masa depan. Yang dah lepas, kalau silap jadikan sempadan tanpa si pesalah laku dicemuh dihina terus-terusan.
Masa Amy Search dan Awie Wings dipotong rambut oleh menteri penerangan dulu, ramai juga rockers tempatan yang rasa tindakan ini menceroboh hak individu meminati sesuatu fesyen. Rata-rata rungutan pada waktu itu bermaksud mengkritik dengan hujahan seperti “Apasal pulak nak kena potong rambut? Suka-suka dia nak gam lagu orang sebab rambut panjang?”. Mujur pada masa itu, teknologi maklumat belum macam dunia hari ini.
Bila difikirkan antara dua senario; fesyen zaman rock kapak dan pertunjukan fesyen Islam baru-baru ini, ada beberapa perkara yang membuktikan peredaran masa dan perubahan keadaan membawa kepada perbezaan tafsiran dan tanggapan. Sewaktu zaman rock kapak, fesyen yang dianggap menjolok mata dan keterlaluan adalah rambut panjang para rockers meskipun ada ketikanya auratnya juga nampak kerana seluar yang koyak rabak. Dalam pertunjukan fesyen Islam yang dikritik adalah fesyen tanpa mengira aurat wanita tapi dilabel sebagai ‘Islam’.
Meskipun rambut panjang rockers lelaki bukan aurat tetapi ianya menjadi sesuatu yang menjolok mata kerana tampuk kuasa pada masa itu tidak suka. Namun dalam fesyen wanita yang dilabel ‘Islam’ pula, ada yang lebih melampau dari menjolok mata sehingga nama Nabi yang membawa kebenaran agama ini dijadikan corak hiasan di dada model yang memperagakan fesyen tetapi tidak dikenakan apa jua tindakan kerana pemegang kuasa menyukainya. Justeru adakah fesyen di Negara ini tertakluk halal haramnya kepada pemegang kuasa. Adakah mandat agama juga mutlak milik penguasa Negara?
Dari aspek rujukan agama, dunia tanpa sempadan hari ini lebih banyak kemudahan untuk merujuk kepada tokoh agama dalam dan luar Negara. Kalau boleh diurus pertunjukan di Kuala Lumpur, Jakarta dan Monaco, mengapa mustahil merujuk pandangan sahih berkenaan aurat jika memang penganjur tidak faham perkara itu. Liberalisasi pemikiran berteras pemodenan yang memartabatkan kebudayaan dan kesenian harus tidak canggung untuk disesuaikan dengan kebenaran.
Tapi mengapa ada juga yang mendakwa mujtahid Islam yang mempertahankan tindakan membelakangkan sensitiviti agama seolah-olah para penganjur sememangnya naïf dalam perkara ini? Memang tidak salah menegur saudara seagama walaupun teknik teguran mereka agak terkasar dan membelakangkan peradaban sebab bagi aku perkara yang lebih layak diutamakan adalah pengisian dan pemahaman sebenar berkaitan perkara pokok dalam aspek agama itu sendiri kerana kalau tidak dijelaskan sesuatu kebenaran nescaya kekaburan yang berlanjutan hanya akan mengundang persepsi dan tafsiran bertentangan dengan nilai sebenar keislaman.
Brader Amy Search sendiri hari ini sudah gemar berkepala botak tanpa menghilangkan imej rockers. Lebih mengujakan dia sekarang sudah makin dekat hatinya dengan anutan agamanya yang dipegang semenjak dilahirkan. Mungkin faktor usia membawa dia mendekati keredhaan Tuhan tapi aku percaya faktor utamanya tetap kerana dia terpilih mendapat hidayah dari Tuhannya. Agama Islam dan perlakuan ummatnya yang dipanggil Muslim sudah terlalu lama harus didefinisikan dengan dua tafsiran yang berbeza. Mungkin pertunjukan fesyen Islam baru-baru ini lebih sesuai dijenamakan ‘Muslim’ dan bukannya ‘Islam’.
Memetik jawapan seorang pelawak terkemuka Hollywood, Dave Chappelle yang juga seorang Muslim apabila diajukan soalan berkenaan Islam, “Saya lebih selesa jika tidak dipetik pandangan berkenaan agama ini meskipun saya seorang Muslim kerana Islam itu sempurna sedangkan saya seorang manusia yang serba kekurangan walaupun menganut agama yang sempurna”.
Apapun jua hujah menentang Festival Fesyen Islam yang didasarkan kepada berjilid-jilid rujukan kitab yang berkaitan, pelaksanaan pertunjukan fesyen itu telah pun memberi kesan kepada kulit luaran Islam. Sekiranya ikhlas di hati Muslim yang menganjurkan pertunjukan ini demi agamanya, maka jelas mereka tidak cukup cakna kepada intipati agama mereka sendiri.
Hari ini vokalis utama kumpulan Search masih berstatus rocker walaupun sudah bercucu. Berpuluh tahun dia menyanyi dan menghasilkan kreativiti. Kalau kerana diuji dengan potong rambut sahaja dia pasrah mengalah dan berhenti menyanyi, belum tentu statusnya akan sepopular seperti hari ini. Aku rasa begitu juga yang perlu dilakukan oleh pertunjukan fesyen ‘Muslim’. Segala kritikan, cemuhan dan teguran patut diambil sebagai cabaran untuk penambahbaikan. Aku setuju kalau diteruskan agenda yang niat asalnya baik ini dengan pelaksanaan yang lebih baik, lebih berhemah dan lebih memenuhi tuntutan Islam sebenar.
Surrrpppp… dah habis rupanya kopi O halia aku…
By: Towil

Comments
Post a Comment