Skip to main content

Cakap Lepas; Perspektif "hot chocolate"

Tumpang lalu kak… air panas.

Hmmm… sekali sekala pekena hot chocolate atau mocha pun segar juga. Bagi yang dah selalu tapi tak jemu tak apa, tapi kalau yang ketagih kopi atau teh tarik memang susah nak layan kenikmatan air cokelat panas. Kalau yang minum ais dah tentu boleh layan cokelat ais. Macam-macam selera manusia hanya menunjukkan betapa kita unik sebab kita berbeza. Selera tak sama walaupun sebangsa seagama senegara? Boleh juga, tak ada salahnya.

Hiiisssshhhh… panasnya air ni? Melecur lidah…

Dalam menikmati minuman pun kita boleh tercedera kalau gopoh nak cepat semuanya. Tapi itulah manusia. Ada masanya tersilap jangka walau dah lama hidup di dunia. Pengalaman mampu mendewasakan kalau kita prihatin kutip pengajaran. Semua orang biasa buat silap. Orang luar biasa yang terakhir hidup di atas dunia dah pun berlalu zamannya lebih 1400 tahun yang lalu.


Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Semua ciri ini ada pada manusia bernama Muhammad bin Abdullah yang lahir pada tahun Gajah di Mekah tanggal 20 April bersamaan 12 Rabi’ul awal. Namanya disebut sehingga ke hari ini kerana Tuhan Pencipta Sekalian alam mengasihinya dan mensyariatkan ucapan selawat dan salam buat kekasihNya. Bahkan lebih dari itu, penyaksian seseorang hamba hanya bermula jadi sempurna dengan mengakui insan teristimewa ini sebagai Rasul Tuhannya sesudah menerima hakikat keagungan Sang Pencipta.

Islam Hadhari? Itu cerita lama…

Ya. Hampir tinggal sejarah sepenuhnya semangat ketamadunan yang ingin disadurkan dengan kehebatan agama sebagai teras paksinya. Hari ini sudah ramai ummat Negara kecil di Asia Tenggara, yang mengangkat Islam sebagai agama rasminya ini, mula lupa apa cerita Islam Hadhari. Sewaktu adanya juga tampak berbelah bagi sesetengah pihak termasuk yang mendakwa diri dari kumpulan pendukung agama untuk terima. Bila dah tak ada semula, terus-terusan tercari apakah formula yang patut diguna.

Abang tadi order air apa ya? Cokelat panas ke sejuk? Yang ini dah terbuat dengan ais boleh ke?

Dalam memenuhi tuntutan selera ada kalanya kita mudah bertolak ansur. Sanggup terima yang seumpama walau bukan sebagaimana yang diorder. Kenapa tidak selera kepada perkara dunia yang lainnya kita lentur agar mudah menerima keadaan seadanya? Menyorot kembali zaman tampuk pemerintahan Negara menunjuk minat berlandaskan teras berunsur agama, ramai di kalangan pelbagai lapisan rakyat tidak jeran mencari di mana silapnya. Sanggup berbalah hingga terlupa agenda sebenarnya.

Tolong buatkan yang panas dik. Abang memang tak minum ais.

Tegar mempertahankan selera. Begitulah resam manusia bila hati tetap suka pada sesuatu yang tertentu sifatnya. Tidak salah juga minta diturut selera terutama bila dibayar khidmatnya. Atas dasar percaya juga ada kalanya seseorang jadi tegar mempertahankan pilihannya. Ada yang percaya minum ais tulang berbisa, langsung hanya minum air panas sahaja. Ada juga yang percaya air panas dapat membantu agar ‘barang’ sentiasa terjaga kualitinya. Macam-macam juga sikap dan tanggapan kita.

Tak apalah dik. Yang ais pun boleh lah… lambat pulak kalau nak order lain.

Cara kita membuat pilihan dan keputusan adakalanya perlu ditimbang dengan tambahan kewarasan dan penyesuaian dengan keadaan. Mungkin kalau demi nak tegakkan selera pilihan, takut terlepas pula temujanji yang diaturkan akibat melayan disiapkan pesanan. Tuntutan membuat pertimbangan terus bertali arus dalam seharian kita berurusan. Kalau diamati bentuk pelbagai selera disesuaikan dalam kehidupan seorang insan, ada yang kuat dengan pegangan tapi tak kurang juga yang kuat toleransi sehingga mudah bertukar pilihan.

Melihat kecamuk minda Ummat Islam alaf baru di Negara ini yang terus-terusan saling bertikaman atas nama mempertahankan sesebuah perjuangan, aku jadi lemas bila tengok pertikaian yang menang jadi arang kalah jadi abu. Nampak gayanya macam susah sangat nak satukan pendirian, walaupun pada hakikatnya berkongsi tujuan berlainan jalan. Ini persoalan dari cerita warung kopi, kenapa puak yang mempertikaikan tergamak bersikap sedemikian terus-terusan meskipun kadang peri perbincangan menjurus kepada SATU tujuan?

Aku ralat bila memikirkan ummat sebangsa aku di Negara bertuah ini pernah melalui suatu zaman yang ditawarkan peluang menghayati nilai keislaman bersandarkan maksud kenegaraan yang sejajar dengan fitrah agama Tuhan, tapi peluang itu dipersiakan. Lebih terkilan bila dingat semula hujah-hujah penentangan datang dari saudara seagama yang berlainan aliran fahaman. Untuk apa sampai begitu sekali ditentang habis-habisan? Menangkah kita semua bila tentangan itu berhasilkan menjatuhkan? Kalau tak menang, siapa yang untung?

Akak nak air apa? Sama macam abang tapi I nak yang suam...

Kitaran urusan kehidupan terus menerus tak henti walau kita berhenti dari penghidupan. Bila kita dah selesai, orang lain baru nak mula. Orang lain pulak selesai, kita dah sedia nak mula semula. Pilihan, pertimbangan, perhitungan dan perancangan insan takkan berhenti dari diteruskan walau hakikat sesebuah kebenaran bergadai taqdir Tuhan. Terlepas peluang… mungkin ada peluang lain tapi yang pasti masa takkan dapat diundurkan. Ada perkara yang boleh diikut rasa, tapi ada rasa yang menjurus kepada binasa kalau diturut membabi buta.

Dik, mintak ais kosong satu. Nak kena minum ais kosong buat bilas. Dahlah manis, pekat pulak hot chocolate ni…

Hmmmm… kalau dah namanya insan, memang sukar nak dipuaskan…

By: Towil

Comments

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْي

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah banyak b

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.