Monday, April 9, 2018

Kenapa TIDAK HARAM #BoikotPRU?

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan yang memfatwakan 'Haram' bagi mereka yang tidak keluar memilih pemimpin ketika Pilihanraya Umum sekiranya berkemampuan adalah suatu pandangan Harmoni yang selayaknya dihormati. Pandangan Fatwa HARAM tidak keluar mengundi ini sesuai dan serasi untuk sebuah negara yang memilih Demokrasi Berperlembagaan sebagai Dasarnya.

http://www.astroawani.com/berita-politik/kempen-undi-rosak-haram-mufti-wilayah-persekutuan-168131

Pada masa yang sama juga untuk PRU14 yang bakal menjelang ini golongan skeptik Politaik yang menjalankan kempen maya #UndiRosak & #BoikotPRU14 semakin mula dirasakan kewujudan yang berkemungkinan membentuk "Gelombang KUASA Minda Alternatif" mencecah jutaan orang pada pilihanraya akan datang. Golongan pengundi baru yang masih muda adalah majoriti kepada "Gelombang Ketiga" ini.

Tidak adil membicarakan Politaik Malaysia jika nama PAS tidak dibicarakan sekali. Parti Islah Semalaysia yang dianggotai Tuan Guru2, Ustaz2, Haji2, Lebai2 dan Ustazah2 serta golongan Melayu Professional berkecenderungan Siyasah Islamiyah kali ini kelihatan terserpih sendiri. PAS terpenjuru kerana keengganan mereka bergabung dengan Parti Lain yang secara dasarnya Sekular sedang mereka berasaskan Agama; dua polar yang sentiasa berlaga sehingga kiamat (Sekular VS Islam). Kejanggalan PAS berakar umbi dari dasar mereka yang Islam tetapi mau jenis yang boleh ditunggang di pentas demokrasi milik Sekular.

Untuk "Kemaslahatan Yang Lebih Besar"... maknanya untuk UMUM. Sering kita dengar frasa ini jadi sandaran Fatwa bagi pihak Mufti Kerajaan; tidak kiralah apa jua jenis kerajaan dalam dunia ini. Kesemua Fatwa moden dan kontemporari bagi masyarakat yang mengamalkan Demokrasi adalah tidak sama dengan Fatwa Mufti Kerajaan Monarki seperti Brunei dan Arab Saudi, ataupun Mufti bagi Jajahan Takluk Buddha seperti Mufti Songkhla, Thailand. Kesemuanya berlainan meskipun semuanya MUFTI AKHIR ZAMAN.

Kisah-kisah masyhur di kalangan para Imam Mazhab terkait Fatwa dan jawatan kerajaan sebagai Mufti merekodkan kesemua Imam ini terpenjara saat berlaga angin Fatwa mereka dengan kehendak Nafsu para Penguasa di zaman mereka. Imam Malik, Guru kepada Imam Syafie malahan ditanggalkan baju, diikat dan diarak seluruh Madinah di belakang kaldai selain dipenjara hanya kerana tegak berpegang kepada Fatwanya yang mengatakan, "segala perkara yang dipaksa dalam Agama adalah tidak sah".

Menghalusi Fatwa HARAM jika tidak mengundi menurut pandangan Dr Zulkifli Mufti Wilayah persekutuan ini, elok kita jelaskan dahulu 'HARAM" itu sekadar mana haramnya? Adakah haramnya BERDOSA menurut pandangan Feqah sebagaimana haram tidak solat, berjudi, berzina, minum arak, makan babi atau lari dari medan perang dan dosa-dosa lain?

Secara konteksnya Haram tidak mengundi itu terbatas kepada Haram di dalam kerangka Islam Syar'ie ATAU hanya sebatas Islam di dalam sebuah negara Demokrasi? Haram itu menurut pengistilahan sebenar dari maksud HARAM adalah MULIA; sebagaimana maksud MasjidilHaram iaitu Masjid Yang Mulia. Segala perkara yang ALLAH swt haramkan adalah bertujuan memuliakan si hamba di sisi Tuhannya dan agar si hamba menghormati hak sesama hamba kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Esa.

Dalam kerangka Feqah, HARAM itu perlu dirujuk samada melibatkan Ibadah atau Muamalat? Haram dalam perkara Ibadah adalah berdosa jika dibuat juga walaupun ALLAH & RasulNya dah larang jangan buat dan berpahala bila dapat peluang nak buat tapi pilih tak buat sebab tak nak berdosa kepada Sang Pencipta. Haram dalam Muamalat pula lebih bersifat menjaga Hak sesama manusia, Ummat dan Saudara; bukan soal dosa pahala, soalnya berlaku ADIL lebih utama sesama manusia.

Justeru Fatwa "HARAM #BoikotPRU14" hanyalah Haram dalam aspek Muamalat. Fatwa moden dan kontemporari kesemuanya bersifat 'Nadzari' atau 'Derivatif'. Ia bukannya 'Qat'ie' yang diambil secara jelas dari sumber asal Islam; AlQuran & Sunnah. Justeru pandangan serpihan ini masih boleh dikhilaf dengan pandangan lain yang setara bersandarkan sumber yang sama. Perspektif pandangan derivatif atau terbitan logik akal manusia sememangnya sentiasa akan berbeza sehinggalah akhir usia dunia; malahan kerap juga perspektif ini berlaga bertentangan dari arah arah yang berlainan.

Teks AlQuran & Hadith tidak ada rujukan secara langsung berkaitan mengundi PRU dalam negara Demokrasi masyrakat multi bangsa serta agama. Yang ada dalam AlQuran & Hadith adalah garis panduan am untuk memikirkan jalan terbaik memilih kebaikan serta menghindar keburukan dalam setiap tindakan peribadi maupun berkumpulan.

Dalam semangat berlaku ADIL itu sendiri, bila dipilih dasarnya Adil dalam agama tidak sama nilai timbangannya dengan Adil dalam Demokrasi. ADIL dalam Islam tiada ruang suara toleransi kepada penyeleweng jantina LGBT dan juga penipu agama yang memurtad serta menyesatkan ummat manusia. Adil dalam Demokrasi ada ruang buat SEMUA golongan sesat, terpesong malah songsang untuk dihargai dan dibela... syaratnya bagi UNDI sahaja. Kedua-duanya ADIL tapi tidak saksama.

Di akhir usia dunia ini, Hadith Rasulullah s.a.w banyak mengingatkan perihal Fitnah sehingga Islam kembali menjadi asing dalam masyarakat, sebagaimana sewaktu awal Islam didakwahkan kepada bangsa Arab Quraish di Makkah. Demikian asingnya kebenaran Tauhid buat bangsa Arab yang berjiran dengan Kaabah, Rumah ALLAH, Tuhan Sekalian Alam. Kaabah depan mata lagikan masih cari dan sembah berhala... pelik lagi gila. Kita pula di akhir zaman ini akan jadi terasing macam Islam sewaktu mula-mula didakwahkan.

Demokrasi yang dijunjung di sini juga menjadi platform yang paling mantap buat para pejuang ideologi seperti liberalis, feminis, Khawarij seperti Sisters In Islam (S.I.S), Pluralis, Atheis Melayu dan LBGT; sehingga ISLAM yang jadi ASING. Suara kesemua grup ini merasa berhak dihormati hak peribadi dan kolektif mereka secara sama rata di pentas Demokrasi.

Justeru apabila muncul pihak yang mengajak #UndiRosak dan BoikotPRU14, secara ADIL, Demokrasi WAJIB mengiktiraf golongan tidak percaya kepada sistem PRU yang sentiasa didominasi dan dimanipulasi. "Tidak Percaya" adalah suatu bentuk UNDI yang sihat dalam sejarah peradaban dunia. Undi Tidak Percaya adalah amalan biasa dalam Demokrasi Dunia. Mengapa tiba-tiba Islam di Malaysia mengharamkannya? Haram atas kapasiti kuasa Fatwa Agama?

Image result for mahatma gandhiSeterusnya dari perspektif keamanan, memboikot adalah terbukti tindakan yang amnya bersifat AMAN tanpa rusuhan mahupun demonstrasi. Malaysia pernah boikot British guna 'HARTAL'. Mahatma Gandhi yang tersohor manusia cerdik (Peguam) yang Penyabar malah berjaya dengan Boikotnya di India mengusir Penjajah British. Mengapa pula #UndiRosak #BoikotPRU14 yang juga suatu bentuk protes aman menjadi HARAM dalam Fatwa Agama Islam di Malaysia? Adilkah Islam yang begini?

Semakin unik ummat Islam di Malaysia ini jika dihitung jumlah para pemuka wakil rakyat parlimen memang majoriti beragama Islam tapi bila sampai bab nak perjuangkan Hukum Allah dengan mendaulatkan Hudud Syariah, undian wakil kaum Islam ini sendiri berpecah belah. Ummat Islam di sini pula majoritinya tidak canggung dengan situasi sebegini walaupun ianya seolah-olah mempermainkan peluang yang diberikan oleh ALLAH swt.

Rekod AlQuran merakamkan kisah sekumpulan pemuda yang melarikan diri ke dalam gua demi menyelematkan IMAN tidak mau terbabit dengan Sistem Raja yang menipu rakyat agar menyembah Tuhan Selain Allah s.w.t. Para pemuda ini lari mengasingkan diri dari Toghut sehingga ALLAH swt abadikan kisah mereka bersama seekor anjing mereka yang setia di dalam Surah AlKahfi.  Secara amnya ALLAH swt berikan contoh jalan keluar secara memboikot sistem berteraskan Toghut. Demi IMAN... tak mengapa... tinggalkan... pulaukan... Ini Hikmah cerita AshabulKahfi.

Kita tengok pula perspektif dari sebuah Hadith yang mengingatkan perihal kedatangan suatu masa Fitnah bergentayangan dan relatifnya dengan #UndiRosak #BoikotPRU14.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra bahwa Rasulullah SAW bersabda , “ Bagaimana denganmu jika kamu berada di tengah kekacauan, janji-janji dan amanat mereka abaikan, kemudian mereka berselisih seperti ini ?” Lalu, beliau menyilangkan antara jari jari.

Abdullah bin Amr bertanya,” Lalu , dengan apa engkau menyuruhku?” Beliau menjawab, “Jagalah rumah, keluargamu, lidahmu, dan lakukanlah apa yang kamu tahu dan tinggalkan yang mungkar, serta berhati hatilah dengan urusanmu sendiri, lalu tinggalkanlah perkara yang umum “ (HR Abu Daud dan Nasa’i)

Rasulullah s.a.w sendiri PERNAH menganjurkan kpd kita Ummatnya di akhir zaman agar "Tinggalkan perkara yang UMUM". Macam mana Fatwa Mufti di Malaysia ini sampai dapat mencapai Fatwa 'HARAM' tak mengundi?

Bersandarkan perspekfif derivatif yang setara dengan Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan terkait pengharaman #BoikotPRU dan #UndiRosak, maka KHILAF ini adalah sah. Sesiapa sahaja yang berkepentingan UNDI politik pasti bersetuju dengan "Kuasa Agama" Fatwa HARAM tak mengundi. Namun golongan seperti AshabulKahfi dan Mendiang Mahatma Gandhi yang memboikot Sistem yang TIDAK ADIL kekal terpahat kemas dalam lipatan sejarah Dunia sebagai bukti kebenaran dan keharusan tindakan memboikot secara AMAN.

Berbeza pandangan itu tidak masalah... Tetapi bila seseorang yang diberikan AMANAH Kuasa Agama mengeluarkan FATWA Haram tak mengundi, ini jelas TIDAK adil secara Demokrasi dan secara Agama. Ini adalah salah guna kuasa Dunia dan Akhirat. Tidak perlu sehingga jadi FATWA Haram tak mengundi seolah-olah berdosa jika memilih untuk memboikot pilihanraya.

Tentangan tidak percaya kepada Sistem PRU di Malaysia juga bukan sekadar omongan kosong malah berbukti. Lupakah Malaysia kepada "Black-Out" di pusat kira undi, Beg Undi Kantoi, Bangla datang mengundi dan lain-lain lagi sepanjang pilihanraya sebelum ini? #BoikotPRU14 bukan suatu Fikrah penentang seperti 'Khawarij' yang tidak taatkan pemerintah dengan memberontak. Memboikot piliharaya bukanlah suatu pemberontakan yang perlu diharamkan menggunakan Kuasa Agama.

Kita sibuk menyindir pentaksub PAS yang menunggang Agama seperti solat tidak betul jika tak undi PAS, sehingga mungkin kita tidak sedar kita terikut dengan arus pemikiran dangkal yang dijajah oleh suatu sistem seolah-olah Islam tidak pernah punya sistem politik pemerintahan. Di peringkat mikro sekitar ceramah agamawan di Masjid, Surau dan Balairaya yang percaya kepada FATWA Haram tak mengundi, Ustaz-ustaz rujukan setempat barangkali lebih keras penterjemahan mereka kepada HARAM sebegini.

Barangkali Istilah MAKRUH sahaja tahap tertinggi secara Agama yang patut difatwakan oleh Ulama Kerajaan buat pemboikot PRU kerana ini tidak memisahkan Khilaf berbeza pandangan secara demokrasi dengan Dosa dan Pahala akibat tidak mengundi. HARAM yang disebut oleh seorang Mufti lebih berat timbangan persepsi di sisi masyarakat DAN sama berat persoalan ini di hadapan ALLAH swt jika ditanya mengapa haramkan sesuatu yang HARUS atau Makruh sedangkan ianya HALAL?

Wallahu a'lam

Nota kaki: Penulis adalah seorang kaki mancing... orang biasa2 je. Nak percaya, percayalah... tak nak percaya sudah 😛😝😋

Monday, March 19, 2018

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah.

"Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami."

Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia.

DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH
Daripada Anas bin Malik RA:
أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَدُوٍّ فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الْأَنْصَارِ كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ وَغَدَرُوا بِهِمْ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ
Mafhumnya: “Bahawa Bani Ri’lin, Zakwan, Usaiyah dan Bani Lahyan pernah meminta pertolongan dari Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh mereka. Maka baginda menghantar bantuan seramai 70 orang sahabat dari golongan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai al-Qurra, mereka dahulunya mengedarkan makanan untuk orang-orang yang memerlukan pada siang hari dan banyak menunaikan solat pada malam hari. Sehinggalah mereka sampai di Bi’ri Ma’unah, tiba-tiba mereka di bunuh dan dikhanati oleh kabilah-kabilah berkenaan. Apabila berita itu sampai kepada Nabi SAW, baginda membaca qunut (Nazilah) selama sebulan dan berdoa dalam solat Subuh untuk dikenakan balasan ke atas jenayah dan pengkhianatan Bani Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.” (HR al-Bukhari)

Apakah kesan dari tindakan Nabi s.a.w yang bersedih atas kehilangan sahabat-sahabat Huffaz yang IKHLAS dibunuh di Bi'r Ma'unah?

Selama sebulan Rasulullah s.a.w berdoa Qunut Nazilah lantaran kesedihannya, sehingga akhirnya tiada apa-apa pembalasan segera seperti Ummat terdahulu {Ad, Thamud, Madyan, Ashab ArRas, Kaum Nabi Nuh a.s, Kaum Nabi Lut a.s dsb} yang tertimpa ke atas pengkhianatan Bi'r Ma'unah. Di sinilah Allah s.w.t membuktikan KasihNya kepada Ummat Muhammad s.a.w.

Terdahulu sewaktu Rasulullah s.a.w berdakwah ke Taif dan ditolak, dihina, dibaling batu sehingga berdarah siku, Allah s.w.t utuskan Malaikat yang bersedia meruntuhkan gunung ke atas ahli Taif tetapi keluhuran hati Muhammad s.a.w masih terikat terima kasih buat ibu susuannya Halimah dari Bani Sa'ad di Taif. Justeru sifat kemanusiaan Nabi s.a.w terserlah apabila bersabar dan menolak tawaran Malaikat membalas perbuatan Ahli Taif yang dikasihinya sehingga didoakan kembali agar anak cucu mereka diberikan Hidayah.

Dalam dua situasi ini juga Allah s.w.t berlaku Maha Adil kerana turutan peristiwa Taif berlaku dahulu sebelum peristiwa Bi'r Ma'unah ketika Ummat Islam sudah berhijrah ke Madinah AlMunawwarah. No Favoritism. Ketika ahli Taif didoakan Hidayah Islam, Malaikat tak jadi hancurkan Taif, jadi... bila Bi'r Ma'unah berlaku, respon Allah s.w.t untuk tidak membinasakan kabilah-kabilah pengkhianat itu adalah HIKMAH agar usaha DAKWAH Islamiyah yang menjadi Amanah kepada kerasulan Muhammad s.a.w diteruskan dalam "Peluang Kedua".

Seterusnya dalam turutan Sirah Nabawiyah, Allah s.w.t rekodkan pertolongan Malaikat kepada Nabi s.a.w dan para sahabat dalam PERANG Badar, sebagaina termaktub dalam Surah Al-Anfaal ayat 8-9 yang bermaksud;

"(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut [8] Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana [9]".
Susunan Sunnatullah Ujian bersiri yang ditempuh oleh Nabi Muhammad s.a.w punya Hikmah untuk kita halusi bersama. Pertamanya perkataan 'Ahzab' dalam doa Qunut Nazilah itu merujuk kepada banyak golongan [kata jamak / plural bagi 'Hizb']. Siapakah golongan-golongan yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w dalam Doanya selama sebulan? Sudah tentulah kabilah-kabilah pengkhianat yang membunuh sahabat-sahabatnya.

Jawapan ALLAH s.wt kepada Doa kekasihNya dalam situasi ini adalah BERSABAR sehinggalah berlaku Perang Badar di mana para Malaikat turut serta berperang bersama Nabi s.a.w dan para sahabatnya.... OK Chupppp!!! cuba bayangkan berperang bersama Malaikat tu dulu cemana bestNya kan ☝☺😊 Inilah PENGIKTIRAFAN kepada para Sahabat Muhajirin DAN Ansar Ahli Badar yang berjuang di sisi Nabi s.a.w di luar kawasan Madinah. Pengiktirafan Menang dan SYURGA. Subhanallah.

Kesungguhan Rasulullah s.a.w yang bersedih mendoakan pembalasan ke atas pengkhianatan Bi'r Ma'unah adalah atas rasa PERSAHABATAN yang diikat dalam urusan Dakwah menyeru kepada Kalam Tuhan (AlQuran). Persahabatan inilah yang mendapat pengiktirafan ketika berjuang bersama di jalan Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Hidup Mati bersama Lillahi Ta'ala wa Rasuluhu Muhammad khayru khalqillah. Persahabatan inilah juga yang bakal mendapat Naungan di hari yang tiada naungan selain NaunganNya (Mahsyar). Allah... Allah... Allah 💓

Justeru beberapa POINT yang boleh kita hargai di sini antaranya adalah (1)IKHLAS dalam Persahabatan Demi Redha Tuhan (2)BERSABAR ketika dilanda tekanan dan ujian (3)DOA sungguh-sungguh sebulan dengan sepenuh harapan, (4)Bersatu dalam AQIDAH dan Dakwah Islamiyah demi SYARIAT Allah dan lain-lain lagi yang boleh kita fikirkan bersama dalam konteks UKHUWWAH Persahabatan dan Persaudaraan Ummat.

Usah mudah tersentap dengan Doa kerana meskipun JAMINAN Allah s.w.t untuk memustajabkan doa kita semua Allah sebut dalam Quran, kita juga WAJIB Percaya Allah s.w.t paling bijak mengatur masa dan suasana untuk kemaslahatan yang lebih Besar. Siapa sahaja boleh berdoa apa sahaja kepada Allah s.w.t. Nabi s.a.w ajarkan Sunnah berdoa ikut situasi dengan emosi hati seorang SAHABAT yang menangisi pemergian para Sahabatnya sedangkan hakikatnya meraka juga Shahid dan HIDUP disisi Allah Rabbul 'Izzati. Nabi s.a.w tetap sedih walaupun para sahabat Huffaz yang Shahid semuanya Allah jaga di sisiNya 😍

Wallahu wa Rasulahu a'lam

Sunday, March 18, 2018

Siapa pilihan Malaysia selain wakil Parti?

Menjelang PRU14 yang semakin dirasakan hampir, pentas Undi Demokrasi kali ini bakal dipusing lagi. Setakat hari ini tuntutan Bersih yang sudah diresapi LGBT seakan sayup tidak kedengaran lagi. Kalau nak buat lagi Bersih ni pun orang dah makin BENCI bila Che Det turun ke jalanan menjilat semula ludahnya yang menghina gerakan Reformasi menentangnya pada hujung 90an.

Menarik sungguh permainan Che Det kali ini yang turut dibaca oleh sesetengah penganalisis sebagai pementasan WAYANG untuk menyelamatkan UMNO & kerajaan BN sedia ada. Mahathir Mohamed sememangnya lagenda Malaysia. 22 tahun perintah Malaysia takkanlah tak Legend. Keupayaannya menggenggam kemas telur-telur para menteri kabinetnya dulu sangat dikagumi lawan & kawan.

Najib Razak juga tidak kurang hebatnya buat UMNO & BN. Kuasanya menggerakkan dana negara menjadi pujaan golongan politikus oportunis yang sentiasa dahagakan Bahagian masing-masing. Seperti Mahathir, anak muridnya ini juga bijak main pusing-pusing duit negara dengan sokongan padu ahli partinya yang majoriti mengharap peluang & projek walaupun hutang negara mencanak berkali ganda.

Begitupun koalisi Pakatan Harapan yang kelihatan menyalak makin lantang sebenarnya semakin tidak dipercayai oleh skeptik yang melihat fungsi sebenar Che Det sebagai pemecah undi pembangkang. Jelas hasil permainan Che Det setakat ini memberi kelebihan percuma buat BN yang hanya perlu memerhatikan sahaja puak pembangkang berpecah dan saling menyalah sesama mereka.

PKR dan DAP masing-masing hanya nampak selesa di Selangor dan Penang sebagaimana PAS hanya selesa di Kelantan. Kecelaruan partisan dengan tambahan PAN selaku parti serpihan PAS turut membuka lorongan buat Che Det kembali ke pentas demokrasi kerana PAS sibuk melayan gigitan PAN.

Dengan sokongan Muhyidin yang kelihatan sudah 'Redha' & pasrah dilucutkan jawatan TPM hanya kerana mengajukan soalan & membuat cadangan berkaitan 1MDB, serta Boboi Mukhriz anak Che Det yang memang dah kaya tak ingat mcm Mokhzani anak Che Det yg jadi tokey arak 'San Miguel', permainan Che Det sekeluarga turut mendapat sokongan anak perempuannya Marina yang kini pejuang tegar Lesbian Malaysia.

Permainan politaik Malaysia yang digerakkan oleh Che Det bukan sesuatu yang baru. Sewaktu zaman Abdullah Badawi juga Che Det keras mengkritik sehingga keluar parti & kemudian masuk kembali bila Pak Lah dah berhenti & Najib sudah jadi ganti, sebagaimana yang Che Det kehendaki. Che Det sambung main wayang demokrasi lagi selepas berkali-kali 'konon' mengingatkan Najib perihal survival UMNO & BN yang semakin tidak dipercayai para pengundi.

Permainan lama Che Det juga sudah merekodkan manipulasi Pilihanraya Demokrasi. Justeru bila Che Det kembali  ke pentas demokrasi menjadi 'musuh najib', WAYANG tok dalang main kerekter dari belakang memang logikal digunakan oleh Che Det sebagai usaha memecahkan pembangkang untuk terus memberikan peluang kepada BN dan UMNO. Bijak dan licik sekali taktik ini sehingga umum turut mempercayai 'keikhlasan' penipu besar ini.

Kerjasama erat lagi ketat Mat Sabu dengan Che Det itu sendiri adalah suatu tanda bahawa PAS hanyalah mangsa mereka berdua. Namun gayatutur Hadi Awang yang lunak syiah memerangkap PAS yang mau memenangi hati & undi puak syiah Melayu di sini yang selama ini berkepalakan Mat Sabu. Bagaikan berjanji taqiya antara Hadi dengan Mat Sabu; "biar hadi sahaja guna PAS bela Iran & Lebanon Rafidhi dalam dasar luar negerinya, mat sabu fokus kepada mobilisasi syiah dalam negeri".

Terlalu banyak penipuan, fitnah serta tohmahan di sana-sini dalam kesemua Parti, baik kerana nafsu peribadi maupun kerana taqiya atau berpura-pura dalam demokrasi. Kesemua ini melemaskan banyak pihak di kalangan pengundi serta pemerhati sehinggalah laungan #BoikotPRU14 dan #UndiRosak yang mengajak memulaukan kesemua calon berparti mencanak semakin diminati.

Secara amnya BN kelihatan lebih beruntung andai #UndiRosak yang dijangkakan berjumlah sejuta dua sahaja ini untuk PRU14 kali ini. Pembangkang yang dikepalai Che Det pantas menuduh gerakan ini adalah "macai makan dedak". Sentapan skeptik Che Det kepada para pengundi muda yang semakin celik untuk memboikot PRU hanya melebarkan pengaruh gerakan  #BoikotPRU14 dan #UndiRosak yang diakhirnya tetap menguntungkan BN.

Pelbagai percaturan dan perencanaan manifesto kini rancak ditanam sebagai tebu di bibir semua Parti. Kesemuanya seolah-olah berbunyi untuk menghambakan diri kepada kepentingan pengundi, walhal di mata pengundi jenis penabur janji sembang tinggi ini majoriti mereka nampak muka nak bertegur sapa dengan orang biasa pun setiap lima tahun sekali sahaja.

PRU14 kali ini juga berkemungkinan bakal menawarkan peluang kepada calon-calon Bebas yang berintegriti, khususnya di kawasan yang ramai pengundinya celik informasi serta berani menolak monopoli apa jua parti sebagaimana golongan yang menerima ajakan kempen  #BoikotPRU14 dan #UndiRosak.

Semakin menarik sebenarnya jika lebih ramai calon Bebas yang mampu menang PRU14 kali ini supaya wujud kelompok neutral yang mampu menggoncangkan semua wakil parti di Dewan Rakyat dan Parlimen nanti. Rakyat perlukan wakil yang tidak partisan memihak kepada parti masing-masing untuk memperjuangkan agenda mereka.

Pilih parti atau peribadi? Atau memilih untuk tidak memilih kegilaan perebutan kuasa ini? Setiap pilihan secara amnya perlu dihormati oleh demokrasi itu sendiri. Jom  #BoikotPRU14 dan #UndiRosak ATAU undilah calon bebas berintegriti. Tinggalkanlah calon berparti yang akhirnya tetap juga dicucuk hidungnya nanti. Bila lagi nak hargai pilihan "BERDIKARI"?

#BoikotSemuaParti #MariBerdikari

Monday, March 12, 2018

Sepatutnya PAS hanya Parti ISLAH Semalaysia... Sila Tukar!

Penggunaan JENAMA Agama Islam untuk tujuan parti politik secara dasarnya sah di sisi undang2 banyak negara meskipun secara teknikalnya banyak yang hanya menggunakannya untuk MENUNGGANG Agama.

Aura Agama datang dengan Hukum Halal & Haram. Menggunakan jenama Islam secara automatik memikul aura penegak hukum Halal & Haram di sisi Allah. Tetapi malang sekali kita di sini sudah terlalu banyak kali menjadi saksi Agama Islam dimanipulasi demi UNDI,

Halatuju parti politik yang menggunakan perkataan Islam di Malaysia ini sebenarnya hanyalah 'Islah' atau reformasi ummat Melayu dalam kerangka Demokrasi yang mendukung undang2 Sivil Berperlembagaan berdasarkan Common Law Queen British.

Bukan Hudud sebenar Syariat Allah swt & Sunnah Nabi s.a.w yang mendasar dalam perjuangan PAS kerana ini bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. PAS hanya berusaha dalam kerangka reformasi Ummat Melayu di sini agar mengadaptasi Demokrasi.

Adaptasi Islam ke dalam acuan Demokrasi adalah JELAS berbeza dengan pendirian kesemua Imam Mazhab Ahlussunnah yg tegas menegakkan Syariat Allah swt yg sebenar bukan? Para Imam Mazhab yang utama kesemuanya tetap dengan Syariat Allah swt mengikut AlQuran & Sunnah, tetapi PAS mengadaptasi RUU sendiri yang dilabel sebagai Islam.

ISLAH tak semestinya Islam. Dalam konteks PAS sebagai sebuah parti politik di Malaysia, ISLAH lebih tepat buat PAS re-branding menggantikan perkataan Islam. Penjenamaan semula ini bersifat Win-Win kerana menjaga kesucian nama Islam.

Adalah lebih adil buat Ummat Islam di sini untuk tidak diwakili oleh PAS sebagai wakil Agama Islam kerana acuan Islam PAS tidak akan sama dengan Islam yang sebenar sampailah kiamat, selagi perjuangan PAS hanya berorientasikan undi majoriti dalam demokrasi yg dimanipulasi.

Lebih selamat juga buat semua andai dapat menghindari AQIDAH Politik kepartian yang akhirnya memandang tinggi ketaasuban rakan & guru sealiran sedang saudara yang berbeza manhaj pandangan terus dikafirkan. Justeru istilah ISLAH lebih baik buat PAS berbanding Islam yang bukan hanya milik ummat beraqidah PAS.

Seterusnya jika dilihat dasar luar PAS hari ini dibawah pimpinan Haji Hadi sangat mesra membela dan menyokong Iran, Lebanon, Syria (Bashar) & Russia yang jelas merupakan sekutu kuffar musuh Islam nombor satu iaitu Syiah Rafidhah laknatullah 'alaihim.

Koalisi militan syaitan syiah itulah yang telah, sedang malah masih membunuh Ahlussunnah Syria khususnya Ghoutah pada hari ini. Tidak pelik mereka dijilat oleh Haji Hadi yang terus tegar mempersaudarakan syiah sebagai salah satu mazhab Muslim selain 4 Mazhab muktabar; yang kesemuanya telah mengkafirkan syiah.

Ini adalah ISLAH atau reformasi Hadi dan PAS yang maukan Ummat Islam terima syiah walaupun panduan para Imam Mazhab Ahlussunnah sudah mentakfirkan syiah semenjak ratusan tahun dahulu lagi. Malahan ulama Ahlussunnah kontemporari hari juga majoritinya menolak  Aqidah syiah Iran, Lebanon & Syria.

Teknik Islah yang PAS laksanakan ini masih BETUL dalam kerangka Demokrasi Malaysia berbilang bangsa & agama, tapi tak samalah macam Islam yang sebenar sebab Islam sebenar takkan terima syiah penghina Sayyidina Abu Bakar, Umar, Aishah dll r.a.

Untuk kemaslahatan Ummat Islam di Malaysia, adalah sangat baik buat PAS menanggalkan perkataan ISLAM dalam nama Parti kalian dan menggantikannya dengan perkataan ISLAH yang lebih bersesuaian. Kemudian teruskanlah usaha murni kalian mengislahkan generasi Demokrasi secara adaptasi Agama secara Islamisasi.

PAS juga hanya akan kekal parti kampungan Muslim Malaysia jika terus2an mengeksploitasi Jenama ISLAM. Tunggangan demi tunggangan kalian semakin memuakkan. Islam adaptasi yang kalian usahakan mati2an kalian mau jenamakan ISLAM, walhal bukan. Jadi lebih baiklah kalian tukarkan PAS kepada Parti Islah Semalaysia sahaja.

In sha Allah kami sebagai saudara Islam akan rasa lebih selesa menerima perjuangan Islah kalian yang sebenarnya. Syarat utamanya mudah sahaja. HENTIKAN TUNGGANG AGAMA. Ok brader & sister... see u later :-) Assalamualaikum

By: Towil

Monday, March 16, 2015

Satu Sentuhan AlQuran

Masa dapat link dari Sahabat See Sharp Minor pasal mobile apps "A Touch of Quran" yang dah siap dimuat naik ke android playstore, masa tu hari Jumaat.

Rujuk link: Check out "Touch of Quran" - https://play.google.com/store/apps/details

Oleh kerana masa tu tengah belum sempat muat turun apps tu, aku pergilah solat Jumaat dulu. Selesai Khutbah yang mengingatkan Ummat bahaya dan kesan arak serta judi kepada masyarakat, Pak Imam pun solat... Aku biasa dengar ayat yang Pak Imam baca ni... Surah Al-A'laa. Sampai habis solat aku teringat2 antara maksud Surah Al-A'laa yang pernah aku baca tafsirnya. Di akhir Surah disebutkan;

http://www.surah.my/assets/s087/a018-c277b47772b844db7904fd2402d6e573.png
http://www.surah.my/assets/s087/a019-45eaa181b9ac29549673b90078bae983.png

"Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu (18) Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (19)" Surah Al-A'laa : 18 - 19.

Yang jadi pikiran aku nak rujuk balik cerita Nabi2 dari dua ayat tu adalah KENAPA disebut Nabi Ibrahim a.s & Nabi Musa a.s secara bergandingan dalam Surah Al-A'laa ini? Apakah PERSAMAAN ummat kedua Rasul ini sehingga disebut "keterangan Surah Al-A'laa ada disebutkan dalam kitab terdahulu"?

Kita yang membaca Surah ini sedar AlQuran diturunkan untuk Ummat Muhammad s.a.w. dan Allah bagitau yang perkara2 dalam Surah Al-A'laa juga pernah diturunkan dalam Kitab2 Nabi Ibrahim a.s. & Nabi Musa a.s. Pengisian Surah Al-A'laa secara amnya mengingatkan akan Kekuasaan dan Kebesaran Allah yang Mencipta dan Mengatur Alam ini.

Manusia yang mengambil peringatan dan beramal soleh dengan SOLAT akan selamat dan yang mengutamakan DUNIA lalu tersesat akan kekal hidup terseksa di Akhirat. Cuma di penghujung dua ayat Surah ini menyebut Nama Nabi Ibrahim a.s; yang secara simboliknya adalah bapa atau usul bangsa ARAB dan Nabi Musa a.s yang masih disanjung Torah bangsa YAHUDI sebagai Moses.

Di dalam sejarah kedua2 Nabi yang tersebut, antara persamaan kedua ummat Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s adalah BISNES menjual Tuhan. Berhala pada zaman Nabi Ibrahim a.s adalah di MILIKI oleh bangsa dan kabilah tertentu dengan kasta berhala serta nilai penyembahan yang berbeza. Makin mahal berhala makin tinggi nilai keDUNIAannya.

Pada Zaman Nabi Musa a.s pula kita boleh dapati kisah Samiri yang membina patung lembu dari emas yang dikumpulkan daripada Ummat Nabi Musa a.s ketika Nabi Musa a.s meninggalkan mereka untuk ke Gunung Sinai atas panggilan Allah, selepas terselamat dari Firaun yang tenggelam di Laut Merah.

Pengajaran yang serupa berkaitan sikap Penjual Tuhan dalam Surah Al-A'laa juga disebutkan perihal manusia yang mengUTAMAkan dunia dalam ayat ke-16 dan 17. Sedangkan AKHIRAT itu (Allah Ciptakan) LEBIH BAIK. Namun begitulah perbandingannya dengan ummat Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s yang ada Penjual Tuhan dengan harga dunia; Emas & Harta.

Apabila AlQuran menyebut akan sesuatu bentuk (pattern) sikap manusia, pada kebiasaannya itulah perkara yang bakal diulangi oleh manusia sehingga hari Qiyamat. Maka itulah juga yang sedang kita saksikan di muka dunia apabila para penguasa EKONOMI negara dan pencetak matawang DUNIA memanipulasi ummat hari ini. Bukan sedikit manusia yang hidupnya memilih untuk berTUHANkan dunia nyata semata2.

Di akhir Zaman, Dajjal sebenar akan muncul mengaku Tuhan, tapi sebelum kedatangannya yang bakal diterima oleh sebahagian besar manusia, PENTAS untuk menyambut Tuhan PALSU ini pastilah akan disediakan oleh penganutnya sehebat upaya. Mungkin hari ini keturunan para penganut Dajjal ini sedang berjiran selang serumah dengan kita... Dikatakan juga Dajjal ada 'Syurga' & 'Neraka'nya utk manusia. Ini sahaja untuk dizahirkan logiknya BUKAN KECIL BELANJA.

Para penganut Dajjal pula sudah tentulah mahir dalam MENJUAL TUHAN dengan harga dunia... Kan? Sebagaimana ummat Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s berdepan dengan tipudaya manusia Penjual Tuhan, maka kita sebagai Ummat Muhammad s.a.w juga takkan terlepas dari berdepan tipudaya golongan ini. Sebab itulah Allah s.w.t sebut begitu dalam Surah Al-A'laa kan?

Seusai memikirkan persamaan tiga ummat dalam peringatan Surah Al-A'laa, bila dah petang2 sikit di rumah barulah aku muat turun mobile apps "Touch of Quran". Aku cuma terpikir, kalau kita solat berjemaah dan nak dengar Imam baca ayat AlQuran dalam Solat pun paling2 tiga waktu sahaja (Maghrib, Isha & Fajar). Harap2nya dengan mobile apps macam ni dapatlah digiatkan lagi usaha memahami MAKSUD AlQuran... bila2 masa, di mana jua... asalkan pawer beng jangan lupa.

SUBHANALLAH. Maha Suci ALLAH ;-)

By: Towil See Sharp Minor

Friday, May 9, 2014

Cemburunya Aku Matinya Begitu (5.0)



Kelmarin aku ke Mekah lagi. Rasa rindu kepada Arwah Isteri secara automatik menggerakkan hati aku untuk menghadiahkan umrahku kali ini buatnya lagi. Alhamdulillah… Syukurku padaMu Duhai Tuhan Sekalian Alam yang tidak lokek menjemputku bertandang lagi ke RumahMu Baitullah Yang Mulia dalam ihram Umrah Cinta. Thank you ALLAH… Buat Ummi Aishah, moga ALLAH sampaikan umrah ini buat mu dengan secantik RahmatNya. 

Aku (Penulis) dah lama terpikir nak tulis kisah kematian Isteriku tanggal 1 April 2004… tapi sesudah genap 10 tahun berlalu tak juga aku tulis cerita ini walaupun di kelapangan yang Allah berikan, sempat aku coretkan empat (4) kisah kematian dalam Siri “Cemburunya Aku Matinya Begitu”. [Kesemua 4 entry “Cemburunya Aku Matinya Begitu” dikongsi di laman web: www.seesharpminor.com]. 

Di kesempatan Umrah kali ini, seperti biasa aku selesaikan tahlul setelah Tawaf & Sa’ie diikuti dengan niat nak tulis cerita ni bila balik ke rumah nanti. Kenapa sekarang? Biarlah aku dan ALLAH s.w.t sahaja yang tau ‘rahsia’ kenapa sekarang ;-)

Arwah isteriku insan biasa. Berasal dan terdidik dengan kehidupan kampong berdarah jawa. Kami kenal masa belajar bersama. Aku senior atas setahun sahaja. Jodoh kami dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Pemergian arwah yang tergolong sihat (tanpa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout dsb) dalam usia 27 tahun akibat pendarahan dari keguguran anak yang ketiga sewaktu usia janin hanyalah 14 minggu. 

Segalanya berlaku dengan pantas… Dari 1 hari arwah sihat mampu memasak dan melayan anak, arwah selamat dikebumikan 4 hari selepasnya… Aku sebagai suami arwah sudah pasti bingung dengan musibah yang melanda. Anak-anak yang baru berusia setahun dua juga kebingungan dalam kehilangan bersama abahnya… Seawal usia 28 tahun aku sudah menduda. Hampir enam (6) bulan anak sulung lelaki kami yang baru pandai bercakap trauma takut tengok Van Putih [teringatkan jenazah arwah umminya yang sampai ke rumah dihantar Van Jenazah]. 

Sungguh Taqdir ALLAH tidak terjangka… Di setiap ujian pasti terlukis pengalaman yang mendewasakan. Pemergian arwah sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa; tak kiralah suaminya suka ke tak suka. Aku pasrah. Aku berserah…

Masih terngiang ungkapan arwah yang kegembiraan dapat jubah ibu mengandung yang aku belikan di malam terakhir kami sekeluarga bersama di rumah, “terima kasih abang… Ok lepas ni Liya tak nak mintak jubah pregnen lagi… dah banyak dah pun yang abang belikan…” aku sekadar tersenyum tengok arwah menggayakan jubahnya sambil makan nasi lauk ikan kembung masak merah yang arwah masak. 

Subuh aku ke surau AnNur depan rumah… balik ke rumah aku lihat arwah yang masih bertelekung seusai solat duduk di birai katil. “Semalam telefon mak…” ujar arwah memulakan perbualan. “Liya ajak mak datang sini, tapi biasalah mak mesti pikir nak jaga makan pakai Abah & adik-adik sekolah” tambah arwah seakan kecewa tak dapat bermanja dengan mak. Memang arwah anak manja ibunya walaupun bukan anak bongsu dalam keluarga. “Pagi tadi bangun ada rasa lain macam sikit dalam perut ni…” suara arwah makin sayup aku dengar sebab kepenatan berjaga rukun tetangga bersama jiran malam tadi.

7:30 pagi: “abang… tolong bang…” suara arwah mengejutkan aku dari lena… “Allahu Akbar…” aku terpandang darah di kaki arwah. Bingkas bangun aku capai kunci kereta… “Bang tayar abang pancit” jiran yang memandang aku tergesa-gesa hidupkan enjin kereta meberitahu tayar belakang keretaku pancit. “Allahu Akbar…” di saat genting begini pula jadinya… Secepat yang mampu aku tukar tayar yang pancit. 20 minit berlalu, aku papah arwah masuk kereta. Anak-anak kami aku bawa sekali untuk ditinggalkan sementara di rumah Mak Ani; makcik sepupu ibuku, dalam perjalanan ke hospital. 

Selesai semuanya, aku meneruskan pejalanan sampai ke hospital. Sesampai di wad kecemasan obstetrik & ginekologi HUKM, arwah disambut dengan katil beroda. Doktor yang menerimanya memberitahu aku arwah perlu segera menjalani Dilettage & Curetage (D&C) atau biasa orang sebut cuci rahim sebagaimana biasanya wanita keguguran. Aku tanya, “suami boleh ikut sekali tak doktor?”. “Ohh.. x boleh ikut sampai dewan bedah” jawab doktor wanita berbangsa cina. “Berapa lama D&C?” tanyaku lagi. “Dalam sejam dua sahaja… incik tunggu sekejap nanti saya tengok jadual bilik bedah yang kosong”, jawab doktor.

Sepuluh minit berlalu, doktor cina tadi datang balik dengan bungkusan kertas. “Incik ini baby (janin) incik, kejap lagi saya boleh bawa isteri incik D&C” ujar doktor. Aku bagitau doktor aku nak balik urus kebumikan janin dan datang semula bersama Mak Ani yang menjaga anak-anak kami di rumahnya. Doktor cakap, “incik jangan risau, ini prosedur biasa wanita keguguran. Incik balik dulu uruskan apa yang perlu, saya akan bawa isteri incik naik ke wad dulu sementara tunggu dewan bedah untuk D&C”.

Aku sampai semula di wad bersama  Mak Ani sekitar jam 12 tengahari. Janin sudah aku siapkan untuk dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan. Lepas asar nanti kebuminya. Aku bertanya jururawat yang bertugas adakah isteriku sudah selesai D&C? “Belum lagi incik, ada emergency kat dewan bedah agaknya… tunggu dululah nanti saya bagitau” jawab jururawat. “Astaghfirullah… dari gaya bertutur doktor cina pagi tadi bunyinya macam D&C tak boleh ditangguh… kenapa nurse di wad ni macam selamba je?” terdetik hati aku tak paham kenapa berbeza reaksi mereka. Aku kan suaminya… mestilah cemas...

Sekitar Zuhur Arwah dibawa ke dewan bedah. Aku terserempak dengan arwah dan Mak Ani yang menemaninya sewaktu pulang dari Zuhur di Surau. Mak Ani suruh aku pergi selesaikan urusan pengebumian janin, dia jaga arwah. Sekitar jam 6:00 petang aku sampai lagi ke wad dengan sangkaan pasti sudah selesai D&C. Mak Ani ada di sisi arwah. Bila arwah nampak aku, matanya berlinangan… “abang… sakit ni rasanya macam nak mati” ujarnya. 

“Jangan fikir yang bukan-bukan ya sayang… selawat banyak-banyak. ALLAH nak hapuskan dosa sayang ni…” jawabku sambil cuba tersenyum menenangkannya. “Abang… sayang mintak maaf ya… Abang tolong redhakan sayang ya” pintanya yang ku jawab dengan senyuman tanpa sangkaan itulah kali terakhir kami berbicara di dunia…

Sangkaan aku meleset… Arwah masih belum D&C lagi. Mak Ani bercerita tadi arwah tumpah darah lagi di bilik air. Mak Ani papah arwah ke bilik air sebab jururawat yang ada suruh bawak sendiri bila arwah mengadu nak terkencing. Datang seorang doktor lelaki mendekati katil arwah untuk pemeriksaan. Aku bertanya, “tadi isteri saya tumpah darah lagi di tandas, tak perlukah tambah darah? Sebab di rumah dia dah tumpah darah sekali, di hospital sudah 2 kali termasuk di tandas tadi?”, doktor tengok carta tekanan darah arwah dan jawab tak perlu sebab dia dah stabil. “Bila boleh D&C ni doktor?”, tanyaku. “kejap lagi…” jawab doktor.

Sekitar jam 6 setengah petang, arwah sekali lagi disorong dengan katil beroda masuk ke dewan bedah untuk D&C… akhirnya… setelah menunggu dari pagi. Aku mintak Mak Ani tolong jaga sementara arwah D&C sebab aku nak belikan makanan untuknya. Aku sendiri pun belum makan dari pagi. Sekitar jam 9:00 malam, sewaktu membayar harga makanan dikaunter, aku dapat panggilan dari hospital. “terdapat komplikasi masa D&C tadi, isteri encik tumpah darah lagi… kami terpaksa masukkan darah sampai 4 pine sebab isteri encik berdarah tak berhenti. Sekarang dia di ICU katil nombor 9” berderau darahku hilang selera nak makan terus bergegas ke hospital semula.

Di ruang  legar depan ICU, Mak Ani menunggu dengan suami dan anak-anaknya. Anak-anak aku ditinggalkan di rumahnya dengan anak sulung Mak Ani dan orang gajinya tolong jaga. Mak Ani sempat pesan mintak aku bersabar dan banyakkan doa. Selepas bersalaman, Mak Ani dan keluarganya pun beredar. Aku terus ke katil nombor 9… Ya ALLAH… sebak yang amat melihat isteri tercinta dengan mesin bantuan hayat dalam keadaan wajah, kaki dan tangannya lebam akibat gangrene sampai aku suaminya tak dapat cam… Aku duduk menggumam sambil perlahan-lahan membaca doa Haikal di sisi arwah.

Arwah demam 3 hari sebelum keguguran. Aku nasihatkan dia duduk rumah Mak Ani dengan anak-anak. Arwah yang perwatakannya mudah mesra juga rapat dengan Mak Ani. Masa berbual dengan Mak Ani tadi dia sempat cerita, “masa arwah demam duduk rumah Mak Ani, ada satu petang yang arwah mintak nak baring di pangkuan Mak Ani sebab arwah rindu maknya di kampong”. Mak Ani mintak aku sampaikan pada Mak mentuaku. Mak Ani juga cakap, kalau dapat kemanjaan arwah yang kerinduan bertemu ibu kandungnya dapat disampaikan.

Tiga (3) hari aku berkampung di ICU. Bapa mentuaku sampai malam ketiga arwah di ICU. Sewaktu iqamat Subuh di Surau hospital, sepupu arwah berbisik kepada Bapa mentuaku, “Dia dah pergi masa Azan subuh tadi”. Aku yang berada disebelahnya dengar dengan jelas. “Tak apalah… dah sampai masanya. Biarlah yang masih hidup ini solat dulu” ujarku sendirian memujuk hati meneruskan Solat Subuh berjemaah. Seusai solat, aku ke ICU untuk menguruskan jenazah arwah.

Pemergian arwah memang mengejutkan semua yang mengenali kami. Aku khususnya mengakui yang jiiwaku seakan berkecai diuji sebegini pada awalnya. Banyak perkara yang masih tak mampu aku kongsikan dengan para pembaca sekalian. Masih tebal rasa berahsia yang aku simpan dalam memori peribadiku perihal kisah cintaku ini. Mungkin lain kali aku kongsikan lagi… 

Buat setakat ini, cukuplah dulu... Aku percaya pada hadith Rasulullah s.a.w yang mengatakan seorang isteri yang mati dalam keadaan suaminya REDHA, masuk syurga". Aku ni yang belum ada jaminan apa-apa... Kalau aku nak jumpa arwah semula, aku kena jadi manusia yang layak masuk syurga jugak laaa... baru stended.

Untuk mengakhiri entry kali ni, aku kongsikan cebisan kisah pengalaman kehilangan... dalam sebuah lagu yang aku karang dua tahun sesudah pemergian arwah… 

Kisah yang aku lakarkan dalam lirik lagu ini menceritakan pengalaman aku semenjak berpisah di perkuburan sehinggalah suatu malam aku demam kesejukan bersendirian di dakap cuaca pendingin hawa yang rosak tak boleh nak kurangkan sejuknya dan masih belum dibetulkan… Terimalah “SEJUK”.

Lagu ini masih diperingkat demo. Dinyanyikan oleh Zulhilmi Yusuf dengan iringan petikan gitar Syazwan Jaskul. Sesiapa yang nak dengar / mintak MP3, boleh mintak di inboxkan. Hubungi : https://www.facebook.com/zoulFAZS atau https://www.facebook.com/wadapap.yetmeh untuk inbox lagu… (Ada syarat2nya… nak tau kena Tanya)  ;-)

SEJUK
Dalam gerimis kulihat dia menangis
Sendu tersedu tika alam terdiam pilu
Gugur kemboja di perdu pohonnya
Longlai langkah disurami gundah

Kutitipkan sepenuh rasa yang mengisi jiwa
Untukmu kekasih walau terpaksa aku bersedih
Kerna percaya takdirMu, pasti tercantik buatku
Takkan daku terdaya untuk meminda sejarah

Sesejuk salji yang memutih
Sedingin hati kian merintih
Ku pohon kasihMu duhai Tuhanku
Keampunan baginya sepanjang usia
RahmatMu ku gapai meskipun terkapai
Ku hirup angin yang memeluk dingin…

Semahunya ku mahu kau masih bersama
Membina cita bersama melembar cinta
Namun kasihNya sekudus RahmatNya
Demi Amanah padaNya aku berserah

Note: ONE thing I’m sure, what I felt here is NOTHING compared to what our brothers and sisters in Syria are currently facing. At lost, I was shattered and I was hurt… yes indeed, but SYRIA… you are the one in NEED.

By: Towil Seesharpminor

Tuesday, March 25, 2014

Wrong Promo...???

Many of us couldn't see exactly how others look at things from their respective views... literally and technically speaking. The intricacy of such problemation may starts as intriguing. Intensity of one wanting to persuade others to see the way he/she sees can turn intrigue into deceit, if one's intention is slanted towards who is better AGAINST each other.

The Ultimate TRUTH remains AlQuran & Sunnah. All Imams of the 4 major schools of thought uphold similar principle when it comes to referring back to the source of TRUTH. These sources coherently focus on WHAT is RIGHT for the Ummat.

An important foundation in Islam regarding responsibility as a Muslim is "امر بالمعروف و نهى عن المنكر Amar Ma'ruf Nahi Munkar " or "Enjoining what is Right Forbidding what is Wrong". There are 2 kinds of actions required within the said phrase; (1) Enjoining what is Right, (2) Forbidding what is Wrong.

Islam is a complete religion with abundance of goodness to be promoted by a practicing Muslim. Forbidding what is wrong comes in as another responsibility upon Muslim to stop and prevent fellow Muslims from doing wrong actions or believing wrong beliefs.

Malaysia, who lost a plane (MH370) resorted to confront their grief in a national campaign to pray congregational Solat Hajat all over the country.Although the fact stands that Solat Hajat (special prayer) is a Sunnah that is recommended to be done alone, there's no forbidding clause saying it cannot be done in congregation, hence making it an act of solidarity that enjoins Muslims towards doing good. This fits in the criteria of 'Amar Maaruf'.

It's becoming more rampant to come across contending talks amongst Muslims nowadays related to 'Bid'ah' or additional and excessive acts in religion. Such talks come in as mild as a reminder and as harsh as 'takfir' (accusations that one derailed from true Faith / Aqidah). In some claims, the extent of takfir being practiced nowadays sounds utterly absurd and extreme.

Takfir is trending amongst Muslims nowadays. In Malaysia, the gravity of such trend embraced by some might by now almost conclude, "most Muslims are kafir". As irony and self contradicting that may sounds, some so-called Muslims (self-proclaimed heroes and defenders of Islam) like the 'Ahbash' is darn 'good' at bashing this bush.

These takfiris make Aqidah / Islamic Faith sounds like belonging ONLY to them and their allies. Using the fundamental of "Forbidding what is wrong", these groups whack everyone else via arguments saying 'Bid'ah' equals Kafir. Such argument derives from LITERAL definition quoted from a Prophetic Hadith; "every Bid'ah is a deviation and every deviation shall dwell in hellfire". Nonetheless the extreme approach of these takfiri didn't comprehend with Ummatic spirit in Islam.

Takfiri's determination to make it clear that only their sect is pure Islam is clearly NOT Islamic in the good nature of Islam. An example of takfiri promotion is claiming events organized by Muslims in remembrance of the dead with recitation of certain Quranic verses and prayers to the Prophet p.b.u.h as Bid'ah, hence kafir. Such harsh sentiment and accusations has stirred the Ummat at large; making us even more separated and segmented even from within AhlusSunnah walJama'ah.

Labels of Muslims include; Sunni, ASWJ, Wahabi, neo-Salafi, Sufi etc. Adding to the complexity of these groups is that sometimes Muslims being labelled by these 'labellists' & 'takfiri' may not realize that he/she is being labelled until being told. Another example of over generalization made by takfiri includes, "whoever goes out casting votes in democratic elections are committing "Shirk Akbar", hence become kafir". Wal'iyazubillah... Na'uzubillahi min zalik.

Although the underlying intention is said to be on ground of, "forbidding what is wrong", the takfiris are seemingly more interested to differentiate themselves as the ONLY pure muslim faith on earth today by making everyone else against them kafir. To an extent, if we look closer at some acts said as Bid'ah; the actual thing happened was congregational Qur'anic recitation such as Surah Yasin, but to them this is an act in the path of infidels... Yes, that's contradicting. How could reciting AlQuran & Prayers for Prophet Muhammad p.b.u.h become acts of kafir? Absurd right..??

Unlike the syiah infidels, who proudly claim themselves as syi'ie openly, except during their 'taqiya' / lying process in 'tashayyu' (act of deceiving Muslims to turn them into syi'ie), most real Muslims on the other hand generally do not shout their belongingness and sects except for their Mazhab. In fact, all Muslims with Aqidah within the approved sects of Mazahib (Hanafi, Syafie, Maliki & Hambali) are accepting each other as ONE Aqidah.

Amar Maaruf and Nahi Mungkar are supposedly the balancing factor to stabilize Muslims via active and interactive brotherly practice. It had never being intended for takfir Aqidah. The takfiris who are using various names however see it differently. Similar to syiah who believe the real Sunni Muslims are infidels, these takfiris; who often uphold anti-syiah extreme connotations within their sect, actually focus on their main agenda to OWN Islam as their exclusive religion.

It is ALLAH's Fate that made Muslims mutually agree to accept, approved and follow only 4 major valid Mazahib. Such FATE is telling us to be open minded in accepting differences. All the founders (Imams) of these Mazahib also had set the perimeter on how to accept and reject differing understandings in the Ummat. None of them suggested any kind of extremism. All of them realized that Prophet Muhammad p.b.u.h put a very FIRM reminder regarding takfir that if the accusation of takfir is not right, it will reverse to the accuser.

Sadaqa Rasulullah s.a.w.

"Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "If a man says to his brother, O kafir (disbeliever)!' Then surely one of them is such (i.e., a Kafir). "  (Book #73, Hadith #125)

Wallahu a'lam

by: Osman Mandela