Skip to main content

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah.

"Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami."

Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia.

DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH
Daripada Anas bin Malik RA:
أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَدُوٍّ فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الْأَنْصَارِ كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ وَغَدَرُوا بِهِمْ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ
Mafhumnya: “Bahawa Bani Ri’lin, Zakwan, Usaiyah dan Bani Lahyan pernah meminta pertolongan dari Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh mereka. Maka baginda menghantar bantuan seramai 70 orang sahabat dari golongan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai al-Qurra, mereka dahulunya mengedarkan makanan untuk orang-orang yang memerlukan pada siang hari dan banyak menunaikan solat pada malam hari. Sehinggalah mereka sampai di Bi’ri Ma’unah, tiba-tiba mereka di bunuh dan dikhanati oleh kabilah-kabilah berkenaan. Apabila berita itu sampai kepada Nabi SAW, baginda membaca qunut (Nazilah) selama sebulan dan berdoa dalam solat Subuh untuk dikenakan balasan ke atas jenayah dan pengkhianatan Bani Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.” (HR al-Bukhari)

Apakah kesan dari tindakan Nabi s.a.w yang bersedih atas kehilangan sahabat-sahabat Huffaz yang IKHLAS dibunuh di Bi'r Ma'unah?

Selama sebulan Rasulullah s.a.w berdoa Qunut Nazilah lantaran kesedihannya, sehingga akhirnya tiada apa-apa pembalasan segera seperti Ummat terdahulu {Ad, Thamud, Madyan, Ashab ArRas, Kaum Nabi Nuh a.s, Kaum Nabi Lut a.s dsb} yang tertimpa ke atas pengkhianatan Bi'r Ma'unah. Di sinilah Allah s.w.t membuktikan KasihNya kepada Ummat Muhammad s.a.w.

Terdahulu sewaktu Rasulullah s.a.w berdakwah ke Taif dan ditolak, dihina, dibaling batu sehingga berdarah siku, Allah s.w.t utuskan Malaikat yang bersedia meruntuhkan gunung ke atas ahli Taif tetapi keluhuran hati Muhammad s.a.w masih terikat terima kasih buat ibu susuannya Halimah dari Bani Sa'ad di Taif. Justeru sifat kemanusiaan Nabi s.a.w terserlah apabila bersabar dan menolak tawaran Malaikat membalas perbuatan Ahli Taif yang dikasihinya sehingga didoakan kembali agar anak cucu mereka diberikan Hidayah.

Dalam dua situasi ini juga Allah s.w.t berlaku Maha Adil kerana turutan peristiwa Taif berlaku dahulu sebelum peristiwa Bi'r Ma'unah ketika Ummat Islam sudah berhijrah ke Madinah AlMunawwarah. No Favoritism. Ketika ahli Taif didoakan Hidayah Islam, Malaikat tak jadi hancurkan Taif, jadi... bila Bi'r Ma'unah berlaku, respon Allah s.w.t untuk tidak membinasakan kabilah-kabilah pengkhianat itu adalah HIKMAH agar usaha DAKWAH Islamiyah yang menjadi Amanah kepada kerasulan Muhammad s.a.w diteruskan dalam "Peluang Kedua".

Seterusnya dalam turutan Sirah Nabawiyah, Allah s.w.t rekodkan pertolongan Malaikat kepada Nabi s.a.w dan para sahabat dalam PERANG Badar, sebagaina termaktub dalam Surah Al-Anfaal ayat 8-9 yang bermaksud;

"(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut [8] Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana [9]".
Susunan Sunnatullah Ujian bersiri yang ditempuh oleh Nabi Muhammad s.a.w punya Hikmah untuk kita halusi bersama. Pertamanya perkataan 'Ahzab' dalam doa Qunut Nazilah itu merujuk kepada banyak golongan [kata jamak / plural bagi 'Hizb']. Siapakah golongan-golongan yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w dalam Doanya selama sebulan? Sudah tentulah kabilah-kabilah pengkhianat yang membunuh sahabat-sahabatnya.

Jawapan ALLAH s.wt kepada Doa kekasihNya dalam situasi ini adalah BERSABAR sehinggalah berlaku Perang Badar di mana para Malaikat turut serta berperang bersama Nabi s.a.w dan para sahabatnya.... OK Chupppp!!! cuba bayangkan berperang bersama Malaikat tu dulu cemana bestNya kan ☝☺😊 Inilah PENGIKTIRAFAN kepada para Sahabat Muhajirin DAN Ansar Ahli Badar yang berjuang di sisi Nabi s.a.w di luar kawasan Madinah. Pengiktirafan Menang dan SYURGA. Subhanallah.

Kesungguhan Rasulullah s.a.w yang bersedih mendoakan pembalasan ke atas pengkhianatan Bi'r Ma'unah adalah atas rasa PERSAHABATAN yang diikat dalam urusan Dakwah menyeru kepada Kalam Tuhan (AlQuran). Persahabatan inilah yang mendapat pengiktirafan ketika berjuang bersama di jalan Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Hidup Mati bersama Lillahi Ta'ala wa Rasuluhu Muhammad khayru khalqillah. Persahabatan inilah juga yang bakal mendapat Naungan di hari yang tiada naungan selain NaunganNya (Mahsyar). Allah... Allah... Allah 💓

Justeru beberapa POINT yang boleh kita hargai di sini antaranya adalah (1)IKHLAS dalam Persahabatan Demi Redha Tuhan (2)BERSABAR ketika dilanda tekanan dan ujian (3)DOA sungguh-sungguh sebulan dengan sepenuh harapan, (4)Bersatu dalam AQIDAH dan Dakwah Islamiyah demi SYARIAT Allah dan lain-lain lagi yang boleh kita fikirkan bersama dalam konteks UKHUWWAH Persahabatan dan Persaudaraan Ummat.

Usah mudah tersentap dengan Doa kerana meskipun JAMINAN Allah s.w.t untuk memustajabkan doa kita semua Allah sebut dalam Quran, kita juga WAJIB Percaya Allah s.w.t paling bijak mengatur masa dan suasana untuk kemaslahatan yang lebih Besar. Siapa sahaja boleh berdoa apa sahaja kepada Allah s.w.t. Nabi s.a.w ajarkan Sunnah berdoa ikut situasi dengan emosi hati seorang SAHABAT yang menangisi pemergian para Sahabatnya sedangkan hakikatnya meraka juga Shahid dan HIDUP disisi Allah Rabbul 'Izzati. Nabi s.a.w tetap sedih walaupun para sahabat Huffaz yang Shahid semuanya Allah jaga di sisiNya 😍

Wallahu wa Rasulahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah banyak b

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.