Buat pertama kalinya Blog Warung Kopi See Sharp Minor
memaparkan sebuah KISAH BENAR yang dikhabarkan kepada kami oleh sekumpulan
rakan-rakan yang kami percayai kata-kata mereka lantaran kesemuanya tegar
menjaga SOLAT harian mereka. Sesudah kami ISTIKHARAH, sebulat suara kami di
blog ini merasa TERPANGGIL untuk menyiarkan blogpost kali ini yang cuba
merungkaikan sebuah FITNAH sehingga menzalimi seorang Hamba ALLAH.
Sesungguhnya HARAM membuat, menyampai dan menabur FITNAH. Akan
tetapi sekiranya kita bertembung dengan sesebuah fitnah yang menganiaya
sesorang sehingga terpenjara akibat fitnah pertuduhan yang direka, adakah WAJAR
kita berdiam membiar? Oleh kerana perkara ini yang berkisar pertuduhan terhadap
seorang bekas penyanyi yang merogol anak tiri sudah tersiar di media massa
secara umum, maka kami memilih untuk menyiarkan kisah “Kaunter FITNAH” ini dengan
corak penulisan sebegini…
Aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Demi
ALLAH (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) aku PERCAYA apabila datang kebenaran
(Dari Tuhan), maka HANCURlah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu
menghancurkan. Itu maksud ayat AlQuran yang terngiang di telinga penulis sewaktu
mula-mula mendengar kisah pergolakan hidup mangsa fitnah yang terpilih hidayah
ALLAH untuk memperbetulkan arah hidup.
Konflik BERMULA disaat mangsa masih sebagai seorang Suami dan
ayah tiri kepada anak perempuan isterinya hasil perkahwinan terdahulu. Ketika mula
beralih arah mahukan kehidupan beragama, setelah sekian lama bergelumang dalam kehidupan
bebas berselut noda kotaraya, si suami yang merupakan seorang artis nyanyian
tanahair yang agak popular sekitar permulaan abad ke-21, mula dibenci si isteri
dan anak tiri sendiri.
Kebencian yang bermula akibat keengganan si isteri menurut
ajakan suami agar meninggalkan kehidupan lama bernoda menuju kehidupan beragama
yang lebih mulia, kemudian bertukar tentangan yang disertai si anak tiri gadis
sunti yang sudah lama tiada berperawan lagi. Memandangkan usia si anak tiri
masih hingusan sekolah menengah, pasti ramai yang takkan percaya betapa
besarnya NAFSU serakah anak ini yang ketagihan disetubuhi mana-mana lelaki.
ASTAGHFIRULLAH AL’AZIM. [Penulis rasa malu terpaksa menulis kebenaran sebogel
ini].
Gambar Hiasan ~ hati2 bila perempuan bermain api ;-) |
Nafsu Ammarah si isteri yang mahu kekal ranggi dan seksi
ditambah kebodohan si anak tiri yang termakan hasutan ibu sendiri untuk berganding
bahu demi melampiaskan rasa benci mereka kepada si suami / ayah tiri, yang
makin jauh terpesona dengan keindahan hidup beragama, kemudian berkembang
menjadi FITNAH. Sememangnya sumpah Iblis Laknatullah untuk tidak putus asa
membisikkan kesesatan dalam api kemarahan agar anak Adam a.s kufur bersamanya
dalam apa jua cara adalah BENAR sebagaimana direkodkan oleh ALLAH s.w.t dalam
AlQur’an.
Hanya kerana pada asalnya sekadar benci diajak beragama, si
isteri ranggi pemabuk abadi bersama si anak gadis kepingin setubuh tak mau
berlaki ini berpakat mengenakan si Suami / Ayah Tiri. Maka bermulalah episod pertuduhan
yang mengekori penceraian pasangan bekas penyanyi RnB ini dengan si isteri. Dengan
nasihat perundangan yang secukupnya, si ibu dan si anak memulakan episod laporan
polis berkenaan tuduhan FITNAH terhadap si Suami / Ayah tiri. Segalanya mereka
gagahi demi mau melihat bekas suami /
ayah tiri tersungkur dibenci, dihina, dicaci dan dikeji.
Sewaktu masih berkahwin, mereka berhasil dengan dua orang
anak. Di saat si Suami mulai cenderung menuju jalan ukhrawi mencari ketenangan
diri, kedua anak ini selamat dalam jagaannya. Walau tidak semewah mana,
Alhamdulillah makan dan pakainya masih terjaga. Kasih si Ayah tak pernah berbeza
kepada mereka walau ibu mereka sudah tak mau ambil tau. Demi mahu jalan mudah
menuntut nafkah, si isteri kemudiannya memperjuangkan haknya mau memelihara
kedua anak mereka. Tewas lagi si bapa yang dihalang memelihara anak-anaknya menurut
kerangka sistem perundangan kita.
Kedua anak-anak itu kemudiannya diletakkan di rumah saudara
si ibu seksi ranggi dalam keadaan yang tak terurus makan pakai meraka lantaran
saudara si ibu juga punya anak sendiri. Makin terhiris hati si bapa bila
mengetahui anak-anak yang dikasihi diperlakukan sebegini hanya kerana dendam kesumat
antara kedua ibubapanya masih berbaki dan terus berapi. Episod DENGKI ini
berterusan lagi dengan permainan halus orang melayu; sihir. Hampir segenap
sudut kehidupan Sahabat teraniaya ini diuji… Subhanallah.
Satu persatu hamburan FITNAH dari bekas isteri melanda hidup
Sahabat ini setelah hatinya dibuka untuk mencari keredhaan Ilahi. Dek kerana
keampuhan semangat dan keikhlasan Sahabat ini yang mahu terus berpegang kepada
agama meskipun bertalu diuji kanan dan kiri, semakin meluap kemarahan bekas
isterinya. Pada pandangan perempuan ini, orang yang mengada-ngada nak tunjuk
baik dengan Tuhan sesudah bersama-sama dengannya menempuh keseronokan kemaksiatan
adalah POYO.
Gambar Hiasan ~ awas walau usia muda, nafsu tetap bergelora. Bisikan syaitan di mana2. |
Diringkaskan cerita, akibat susunan FITNAH ini, Sahabat yang
tertuduh dijatuhi hukuman 20 tahun penjara dengan 10 sebatan. Inilah hasil
PENGAKUAN si ibu seksi ranggi + si anak gadis tiri bernafsu tinggi + seorang doktor
yang mengesahkan ada kesan persetubuhan pada kemaluan TERPAKAI si anak tiri +
persaksian MUNAFIQ sepupu si anak tiri yang juga anak saudara si ibu seksi ranggi.
Mahkamah dunia kita BERJAYA menjadi kaunter FITNAH paling efisien, apabila
lengkap bukti bersandar PERSAKSIAN & PENGAKUAN kesemua watak yang
disebutkan tadi. Semudah itu FITNAH membeli sistem perundangan ini…
Agak pelik dan membingungkan jika difikirkan apakah benar
sampai begitu sekali cerita ini… Bunyinya memang sesuai dibuat telemovie
samarinda. Namun pengalaman mendengar penceritaan kisah ini secara langsung
dari sekumpulan manusia beragama Islam dan mengamalkan kehidupan agama mereka
secara bersederhana pasti akan membuatkan kita SUKAR untuk mengatakan ini cuma cerita
rekaan… Inilah yang penulis rasa sepanjang diberitahu pergolakan kisah ini seawal
beberapa tahun lepas sehinggalah berita terkini Sahabat yang diFITNAH dianggap
oleh mahkamah sebagai bersalah minggu lepas.
Secara ideal SUDAH TENTU jika perundangan ISLAM yang
dijadikan sandaran PENGHAKIMAN, persaksian yang disebutkan tadi masih tidak
mencukupi syarat pertuduhan. Namun demokrasi di sini sudah tentulah dikembari
undang-undang sivil berpaksi penjajah British. Ruang bersumpah dengan nama
ALLAH di Negara ini cuma dipakai untuk kes liwat paksarela. Di kesempitan ruang
hukum sebegini adakah hak sebagai seorang Muslim yang mahu diadili secara ISLAM
di sini benar-benar dilindungi? Haruskan sistem perundangan sedia ada diperbodohkan
dengan format semasa yang sudah boleh dibaca untuk dimanipulasi tukang FITNAH
dengan selamba? Jangan biarkan Mahkamah jadi Kaunter FITNAH.
Berbalik kepada kisah FITNAH akhir zaman yang melanda Sahabat
bekas penyanyi ini… sehingga setakat ini iringan doa ikhlas kami terus mengiringi
ketidakpuasan hati apabila perundangan kita menghukum sebegini. Tanpa rasa
ingin berputus asa, akan kami teruskan usaha membongkar FITNAH ini selain mencabar
keputusan mahkamah setakat ini menerusi apa jua saluran yang termampu kami
ikhtiarkan… In sha ALLAH.
Justice for Jebat Ruffedge. ALLAH knows best bro… We stand
with TRUTH. Allah’s Truth will prevail. ALLAH Maha Besar… Lebih BESAR dari
segalanya…
By: See Sharp Minor
Comments
kepada yg beria2 menyumpah seranah jebat silakan lah,walaupun di dunia beliau terbukti bersalah,kita manusia tidak berhak menyumpah seranah kerana semua balasan dtg dari Allah kelak,
..kepada yg mempercayai jebat tidak bersalah berdoalah baginya supaya insyaAllah Allah mmpermudhkn beliau menjalani hukuman dan insyaAllah hukuman beliau di ringnkn amin
ingat nabi pernah barsabda
zaman di akhir zaman adalah zaman yg penuh pendustaan...sedangkan kita sekarang ni pun hidup di dunia yg penuh pendustaan segala2nya dusta...kita sebagai manusia kene berpatah balik pada yg esa pasti kebenaran milik kita
Ya Allah perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bantulah kami untuk mengikutinya, dan perlihatkanlah kepada kami yang batil adalah batil dan bantulah kami untuk menjauhinya. Aamiiiiiiiiiiinnnn...., Justice for Jebat !
Ini bukan isu siapa backup siapa. Tapi pasal kebenaran. Andai ahli keluarga kita diberi ujian sebegini, dan kita tahu kebenarannya, kita pun buat perkara yang sama. Kita pertahankan maruah, keluarga, dan saudara seagama kita. Ujian Allah pelbagai, kita tak tahu macam mana ujian yang kita akan hadapi kerana ALLAH maha benar dan mengetahui.
Sama2 kita doakan & usaha dan tawakal, serah kepada Allah. Akhirat nanti ada LIVE CCTV apa yg kita buat dari kecil hingga saat Sakaratul Maut menjemput. Baby blood x nak nafikan pasal LIVE CCTV dari Allah SWT???
Just Cool..
Kalau betul isteri n anak nak buat pakatan, buat apa diorg nak reka cerita yang memalukan diri diorg sendiri...takkan la diorg suka2 nak libatkan polis/mahkamah/wartawan dan wang ringgit?? diorg bukan org senang pun..
Ayat hang yang dok berputar belit ni pun hanya statement PENAFIAN semata-mata...
Fakta mana? bukti mana?
kalau setakat hang pergunakan kalimat Allah utk buat penafian pusing2 mcm ni,
mmg tak kemana la justice 4 jebat hang ni..silap2 hang kena saman fitnah lak nanti..
hati2 lah ye bila nak post apa2 kat tenet ni..
Post a Comment