Skip to main content

Posts

Showing posts with the label short stories

Nenek Yang Baik

Rasanya macam pelik bila aku pikirkan semula apa yang anak aku bagitau pada aku. Sekali dengar masa first time macam biasa je, tapi bila aku dah balik, tetiba je aku terpikir balik apa yang dia cakap. "Abah, nenek kat masjid tadi tu baik betul lah!", ujar Aishah dalam kial membetulkan duduknya di kerusi belakang pikap si abah sambil tersenyum simpul. "Nenek mana yang Aishah cakap ni?" soal abah melayan keletah puteri kesayangan yang baru habis periksa penggal pertama darjah satu minggu lepas. "Nenek kat dalam masjid tadi lah. Dia tanya Aishah lepas Aishah solat tadi. Sapa nama? Ayah sapa nama? Mak tak ikut?" petah aishah menggayakan nenek bertanya itu ini. "Aishah jawap apa bila nenek tu tanya?" sambil tersengih abah bertanya. Mengharap jawap yang mungkin lucu dari si puteri. "Aishah cakap lah nama Aishah lepas tu nama abah. Lepas tu Aishah cakap mak Aishah dah meninggal... huhuhu" gelak Aishah menghurai jawapan untuk si aba...

Aku Sebiji Batu (Part Two)

“Ehh kenapa Pakcik tu pakai baju batik? Kita kan dalam ihram…”, Asrul yang memang rajin bertanya mula mengaju persoalan kepada aku. “Tak kena dam ke nanti?”, Ijat pulak menambah soalan. Sewaktu Pakcik pencen polis tu nak naik bas yang masih dalam perjalanan ke Mekah dari Madinah AlMunawwarah, aku sempat dengar dia marah-marah. “Sudah lah aku nak balik johor! Hantarkan aku balik…” Bentak si Pakcik kepada isterinya. Makcik isteri Pakcik tu diam tak jawab apa-apa seakan bimbangkan baran suaminya. Wakil syarikat pelancongan kami memujuk Pakcik tersebut agar bertenang. Pakcik tu berkeras nak balik Jay Bee. Macam orang kerasukan yang meracau tanpa kepastian bagaimana duduk sebenar perkara, bunyi rungutan berbaur ammarah Pakcik yang memang nampak keletihan dek kerana perjalanan jauh dalam keadaan yang merimaskan berterusan buat beberapa ketika. Aku dan para jemaah meneruskan perjalanan setelah Pakcik yang meracau tadi duduk di tempatnya. Beliau akhirnya lena dengan baju batiknya setelah penat...

Aku Sebiji Batu (Part One)

Masa aku kecik dulu, selalu sangat baca cerpen ‘aku’ yang macam-macam. Ada sebatang pen, sebuah buku, sebatang pokok dan macam-macam lagi sampaikan “Aku Sebuah Helikopter” pon pernah aku baca kat majalah. Tapi kali ni, aku pulak nak tulis cerpen ‘aku’ yang bertajuk “Aku Sebiji Batu”. Cerita yang aku nak tulis ni mengandungi unsur separa seram dan malar mistik tetapi tiada unsur tahyul. Ok, kejap ehh… aku nak pegi solat asar dulu… Cerita ni agak panjang. Jadi aku akan cerita setakat yang terlarat aku tulis dulu buat arini. Senario kisah bermula selepas arwah orang rumah aku kembali ke rahmatullah dalam tahun 2004. Di sebalik kemuraman, aku yang ditemani seorang anak lelaki berusia lebih 2 tahun dan anak perempuan yang comel baru lebih setahun serta masih belum tau berjalan, teringin sangat rasanya nak duduk depan Kaabah di Mekah sambil mengadu kepada ALLAH... Tapi aku dah berenti kerja masa tu, manalah aku nak cari duit buat pergi umrah..?? Alhamdulillah, Tuhan Maha Kaya. Duit bukan pen...

Cemburunya aku matinya begitu…

“ALHAMDULILLAH… dia dah meninggal”, begitu ungkapan ahli paramedik yang datang dengan ambulan ke hotel tempat aku menginap di Madinah Al Munawwarah sebaik memeriksa denyut nadi isteri Haji Seman di bilik mereka. Aku pergi kepada Haji Seman dan berbisik di telinganya mengkhabarkan pemergian isteri beliau kerana aku kira dia tidak faham ungkapan itu yang disebut dalam Bahasa Arab. Sebak Haji Seman tak dapat ditahan, langsung bercucuran airmatanya ke bahuku. Hening pagi Jumaat itu begitu mendamaikan walaupun rancangan asal aku nak berqiyamullail di Masjid Nabawi bersama Haji Seman pada jam tiga pagi tergendala lantaran kematian isterinya. Sempat aku memandang wajah isteri beliau di pembaringan yang seakan tersenyum tenang sewaktu jenazahnya diangkat ke ambulan untuk disahkan kematiannya di hospital.

Kasih Nan Bertaut

Seawal minit pertama aku mula menghirup udara dunia, terukir senyuman manis di wajah ibu kerana aku menangis. Lembut suara ayah mengingatkan aku betapa agungnya Allah dan mulianya Muhammad Rasulullah sebagai manusia terbaik untuk aku contohi ketika azan dan iqamah dibisikkan ke telingaku. Lahirku seolah menghilangkan kesakitan ibu yang mempertaruhkan nyawanya untuk membawa aku ke dunia. Tangisanku seakan penyejuk hati ayah yang gundah dan gelisah melihat kekasih yang dicintai menahan keperitan melahirkan zuriatnya. Segala yang berlaku di sekelilingku tidak aku fahami kerana lebih sembilan bulan sebelum itu aku bermukim di rahim ibu.