Skip to main content

Nenek Yang Baik

Rasanya macam pelik bila aku pikirkan semula apa yang anak aku bagitau pada aku. Sekali dengar masa first time macam biasa je, tapi bila aku dah balik, tetiba je aku terpikir balik apa yang dia cakap.

"Abah, nenek kat masjid tadi tu baik betul lah!", ujar Aishah dalam kial membetulkan duduknya di kerusi belakang pikap si abah sambil tersenyum simpul.

"Nenek mana yang Aishah cakap ni?" soal abah melayan keletah puteri kesayangan yang baru habis periksa penggal pertama darjah satu minggu lepas.

"Nenek kat dalam masjid tadi lah. Dia tanya Aishah lepas Aishah solat tadi. Sapa nama? Ayah sapa nama? Mak tak ikut?" petah aishah menggayakan nenek bertanya itu ini.

"Aishah jawap apa bila nenek tu tanya?" sambil tersengih abah bertanya. Mengharap jawap yang mungkin lucu dari si puteri.

"Aishah cakap lah nama Aishah lepas tu nama abah. Lepas tu Aishah cakap mak Aishah dah meninggal... huhuhu" gelak Aishah menghurai jawapan untuk si abah yang tersentap mendengar lembut suara manja puterinya menyebut... “mak Aishah dah meninggal” langsung diringi tertawa kecilnya.

"Subhanallah... dah panjang akal rupanya puteri abah ni", bisik hati si abah yang terjaga disapa ingatan arwah umminya Aishah.

"Habis tu... nenek tu cakap apa bila Aishah jawap macam tu?" berbunga hati si abah penuh syukur melihat buah hatinya sudah tidak kekok bercakap benar.

"Nenek tu tak cakap apa pon, dia senyum je tengok Aishah. Baik betul lah nenek tu abah!", bercahaya sudut mata aishah yang ala amoi korea dijegilkan ke abahnya demi nak buat abah percaya.

"Ya lah tu", mendatar suara abah yang mula sibuk memulas stereng pikap untuk pulang ke rumah sesudah solat magrib di masjid yang kami singgahi dalam perjalanan pulang dari kampung arwah ibu Aishah lepas asar tadi.

Lewat malam itu juga abah bertolak pulang ke ibukota. Memandu sorang-sorang seperti yang biasa dilakukannya. Menerawang fikiran abah sambil memandu memikirkan urusan tugas dan tanggungjawab kepada anak-anak. Iringan lagu retro berkumandang dalam pikap sepanjang jalan...

"Nenek mana pulak yang aishah cakap tadi ekk?" detik hatiku tiba-tiba bertanya. Masa kami mula solat di bahagian lelaki, memang dah tak ada orang lain dalam masjid selain jemaah yang sedang membudayakan alQur'an. Semuanya lelaki.

Bila aku keluar masjid pon tak ada kereta lain yang baru keluar sebelum kami utk menandakan kebenaran akan perihal kewujudan nenek yang baik sebagai mana cerita aishah. Maka siapa nenek itu? Timbunan soalan akhirnya membentuk persoalan yang semakin rumit di sarang minda abahnya si Aishah.

Si Aishah ni pulak seperti biasa memang dengan beraninya solat sorang-sorang di tempat perempuan sewaktu abah & abang Alifnya berjemaah magrib di dewan solat muslimin". Fikiran abah mula bertakung dengan pelbagai soalan tapi sebab badan dah penat, lena juga aku malam tu dalam memikir di pembaringan.

"Allahu akbar Allahu akbar!" sayup suara pak bilal di hening subuh isnin. Aku terjaga dari lena dalam kusut memikirkan cerita Aishah. "Allahu akbar!... assalamualaikum warahmatullah" terkebil aku sesudah solat fajar. "Ya ke nenek tu ada di tempat solat muslimah dan berbual dengan Aishah?"

Subhanallah... Alhamdulillah... Lailahaillallah... Allahu akbar! Aku mengalah kepada persoalan siapa 'nenek yang baik' dengan bersangka baik.

Sesungguhnya kudrat & iradat Allah mengatasi segalanya. Tidak kiralah samada 'nenek yang baik' itu sememangnya manusia, jin, mahupun malaikat, yang pentingnya anak dara abah memang tambah ceria bila disapa ‘nenek yang baik’ itu lepas solat magrib di masjid.

Aku makin kuat percaya kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang manusia. Aku juga makin yakin Allah satu-satunya 'Tuhan yang Maha Menjaga'.

Apapun jua yang menjadikan pengalaman Aishah gembira solat di masjid aku panjatkan ucapan syukurku buat Allah, Tuhanku yang Maha Menjaga & Memelihara hamba-hambaNya. Wallahu a'lam.


By: Towil

Comments

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: Ø£َÙ†َّ رِعْلاً ÙˆَØ°َÙƒْÙˆَانَ ÙˆَعُصَÙŠَّØ©َ ÙˆَبَÙ†ِÙŠ Ù„َØ­ْÙŠ

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah banyak b

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.