Skip to main content

Bodoh boleh belajar, sombong kurang ajar.

Kata orang tua, perumpamaan orang yang bijaksana tu bila menarik rambut atau benang dari dalam tepung, benang tak putus tepung tak berterabur. Tapi mamak roti canai cakap, “mana ada susah mau tarik itu banang, itu tepung kalu sudah uli tada tabor punya laaa”. Begitu resam kebiasaan hidup yang membentuk persepsi kebanyakan manusia.

Suasana hidup orang tua-tua Melayu dulu lazim orang perempuan berambut panjang berjurai atau bersanggul. Bila di dapur dalam rumah masing-masing, tak kisah kalau tak pakai tutup kepala macam yang dituntut oleh Merinyu dari Kementerian Kesihatan yang menjalankan pemeriksaan perniagaan berkaitan masakan.

Bila rambut yang panjang mengurai terjatuh ke dalam tepung yang sedang disediakan untuk buat kuih untuk sarapan esok paginya, kenalah hati-hati jangan bersepah nanti rugi sebab orang Melayu simpan tepung di rumah taklah berguni-guni macam mamak jual roti. Zaman dulu, rumah kampong guna pelita ayam, jadi dalam suram dan kelam nak tarik rambut yang jatuh dalam tepung tu kenalah jaga supaya tak berterabur dan membazir tepung. Tepung ini pulak, kalau dah jatuh ke lantai, memang tak boleh nak selamatkan lagi.

Kenapa takut rambut atau benang yang dalam tepung tu putus pulak? Haaa… sekali lagi kita kena tengok konteks orang Melayu berfalsafah. Kalau putus rambut yang jatuh dalam tepung itu, masalah tetap belum selesai sepenuhnya sebab mesti ada tertinggal baki rambut atau benang dalam tepung tu. Silap-silap jadi bahaya atau sakit perut kalau termakan.


Kalau benang yang terjatuh dalam tepung itu putus, kemungkinan jarumnya masih ada dan tertinggal. Itu lagi bahaya. Jadi sebenarnya tepung yang dalam pepatah Melayu itu tak mustahil juga adalah tepung yang sudah diuli atau sudah dipekatkan macam tepung goreng pisang. Tak semestinya tepung yang berterabur itu merujuk hanya kepada yang masih serbuk. Ini aku yang cakap lah kan, kalau ada pakar bahasa nak kata aku mengarut pun, pedulik haper aku… peribahasa ni bukan hukum Tuhan.

Memang halus pengamatan dalam perumpamaan orang Melayu, tapi kalau pepatah yang sama disebut kepada orang Amerika, mungkin langsung tak ada makna sebab harus situasi hidup berbeza walaupun keduanya guna tepung dalam kehidupan seharian. Macam mamak roti canai yang dunianya saban hari menguli tepung. Pada hemat si mamak ini, dia lagi handal menguruskan tepung secara professional, jadi barangkali fikirannya lebih tepat dan bersesuaian, walhal sebenarnya orang lain pun berakal.

Itulah padah kalau berfikiran jumud. Tanggapan dangkal disangka kebenaran. Perasaan semata dianggap ketentuan. Sangkaan insan diperbesarkan. Fitnah yang jelas dilabel kebenaran. Bagi aku inilah pengistilahan ‘bodoh’ yang wajar. Forrest Gump yang dilakonkan dengan jayanya oleh Tom Hanks menyimpulkan kebodohan adalah disebabkan perbuatan bodoh. Ada betul juga maksudnya, sebab tindakan yang bodoh adalah berpunca dari fikiran yang tak cukup cerdik atau lebih tepatnya bodoh laaa...

Dunia informasi hari ini banyak memberi ruang untuk kita mencari kebenaran secara online. Dalam pada masa yang sama ia juga membuka peluang kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Pengisian bersumberkan pengguna atau “user generated content” (UGC) seperti youtube, blog, laman sosial dan sebagainya semakin rancak dipergunakan sebagai medan berkongsi pandangan, fahaman, tanggapan, pengalaman serta pengetahuan. Di antara pengisian tersebut banyak yang bermanfaat tapi lebih banyak lagi yang isinya hampa belaka atau merosakkan.

Propaganda partisan misalnya yang menjadi teras pengisian sesetengah pihak, turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam kerancakan dunia ICT hari ini. Secara peribadi aku bukannya peduli sangat apa-apa jua yang nak dipropagandakan, tapi bila aku tengok kesan keta’asuban pemikiran dan tindakan yang terhasil dari usaha sedemikian, timbul jugak rasa kesian.

Pemisahan dunia dengan nilai agama atau lebih popular dengan jolokan sekular bukanlah sesuatu yang baru. Bagi yang sedar betapa liputan agama mencakupi semua termasuk segala urusan dunia, InsyaALLAH tidak sukar menjalani kehidupan yang sentiasa menuntut kita membuat pilihan.

Secara amnya hari ini golongan berkesedaran agama yang sentiasa mendahulukan Tuhan dan Rasul mereka dalam kehidupan dianggap holistik. Sesetengahnya pula dianggap dan dilabel melampau atau jumud oleh pandangan arus perdana. Peningkatan apresiasi dunia menerusi pelbagai langkah pembudayaan sistem pemikiran berteras nilai pencapaian dan pembangunan fizikal semata-mata semakin meminggirkan golongan yang hanya mahukan keredhaan Tuhan mereka.

Bagi agama selain Islam, fenomena peminggiran terhadap golongan holistik mereka boleh dianggap sebagai kesan selayaknya kerana ketidaklengkapan agama mereka sendiri yang berbaur kepalsuan. Akan tetapi untuk sebuah agama paling sempurna yang dijamin oleh Tuhan yang Mencipta alam ini, penyisihan penganut sejati agama Islam ini dari menjadi watak disegani dan dihormati dunia adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Kesesuaian Islam sebagai rangka pemikiran manusia akan sentiasa kekal serasi sampai bila-bila. Nilai pragmatik serta ruang olahan yang tidak bertentangan dengan paksi dan teras anutan, sememangnya wujud dalam agama ini malahan akan sentiasa sesuai merentasi batas masa. Umat Islam sebenar yang dapat menghayati nilai keimanan jitu akan bersikap praktikal, progresif, positif dan responsif kepada keadaan di sekelilingnya.

Namun apa yang dapat kita lihat hari ini, golongan yang dilabel ‘kuat agama’, samada dianggap fanatik, jumud atau secara mudahnya dicop sebagai golongan kelas kedua apabila pencapaian dunia menjadi ukuran. Inilah realiti hari ini. Justeru ramai di kalangan ummat Islam sendiri memandang sinis kekuatan agama sebagai pemangkin pencapaian dunia meskipun dinyatakan dalam AlQur’an bahawa ummat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah ummat terbaik.

Resam manusia lebih mudah percaya bila nampak depan mata. Sama macam kisah Yahudi yang diceritakan dalam AlQur’an. Selagi tak nampak bukti, dia orang tak nak terima apatah lagi percaya. Setakat dicakapi dengan cerita dan kata-kata perihal Tuhan Yang Maha Kuasa masih belum cukup untuk memujuk mereka. Tapi bila dah ditunjukkan mukjizat para Rasul yang diutuskan kepada mereka, bukan semua pun nak terima agama. Begitulah besarnya signifikan hidayah dari ALLAH. Kalau tak dapat juga, memang tak guna cerita.

Bila hati manusia diselubungi rasa sudah cukup pandai untuk menentukan segala, timbullah rasa besar diri yang menyombong lantaran diberikan kuasa, takhta dan harta. Kisah Firaun direkodkan oleh ALLAH di dalam AlQur’an kerana kitab itu kekal relevan sepanjang zaman. Firaun zaman Nabi Musa a.s telah mati, tetapi firaun baru dan moden tetap tumbuh bersilih ganti. Nama, latarbelakang, bangsa dan barangkali agamanya berbeza, tetapi sikap dan fikirannya masih firaun yang serupa.

Firaun itu sombong dengan perilaku kurang ajar kepada Tuhan sehingga merasa malah mendakwa dirinya adalah Tuhan. Nabi Musa a.s yang pernah dipeliharanya sewaktu kecil dipandang lekeh sebelah mata. Para penasihatnya yang tegar mengampu demi habuan dan kelebihan itulah yang terus menerus mengukuhkan pendirian firaun meskipun sudah mula bertindak bodoh.

Nabi Musa dan Harun a.s masih diingatkan agar berlembut bicara apabila disuruh oleh ALLAH untuk pergi mengajak firaun kembali ke jalan kebenaran dan berhenti dari menyesatkan. Namun kebodohsombongan firaun yang sudah kabur dengan tipu daya Iblis laknatullah dan konconya terus membawanya ke arah bertentangan dan berlawanan dari Rahmat Tuhan.

Laknat ALLAH ke atas Bani Israil yang degil, kepala batu dan sombong adalah lambang kebodohan manusia walaupun dikurnia pelbagai keistimewaan. Hari ini Yahudi yang kononnya berpandukan kitab Torah Nabi Musa a.s keturunan Bani Israil masih ada di dunia. Hatta sehingga tiba saatnya dunia dihancurkan nanti juga mereka akan terus ada. Kebanyakannya masih bodoh sombong walaupun cerdik dengan ilmu dunia. Sekutu-sekutu mereka juga semakin bertambah di dunia kerana kehandalan mereka menguasai pelbagai tarikan dunia ini.

Umat Islam hari ini masih berdepan hasutan dan kedengkian Yahudi serta Nasrani sebagaimana termaktub dalam Kitab suci AlQur’an. Dalam pada dunia meniti usia ke penghujungnya, pecahan cabang cabaran yang perlu didepani ummat Islam semakin getir dengan meningkatnya puak penipu agama yang jelas dan terang seperti puak Syi’ah yang celaka ataupun yang berselindung dengan pelbagai jenama agama dan bangsa di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Kesimpulannya, manusia ini bodoh bila menolak fitrahnya yang mahukan kebenaran Tuhan. Sombongnya pula bila tegar menegakkan kebodohan dengan bersungguh-sungguh serta enggan menerima kebenaran yang berlegar di sekelilingnya sehingga sanggup menongkat langit demi nak menang walaupun sikit.

Tahap bodoh sombong pula berbeza-beza. Tak semestinya dalam perkara yang melibatkan pegangan agama sahaja. Pendek kata kalau dah memang sikap bodoh sombong tu sebati dalam diri, nama je Muslim tapi disuruh makan makanan halal pon dia sibuk nak minum arak sambil makan yang ada campur babi. Harap-harap kita semua terselamat dari dipengaruhi juak-juak yang bodoh sombong, tidak kira siapa dan dari mana juak ini mendatangi kita.

Bodoh boleh belajar, sombong kurang ajar... kalau bodoh sombong, memang susah mau cerita maa...

Wallahu a’lam.

By: Towil

Comments

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: Ø£َÙ†َّ رِعْلاً ÙˆَØ°َÙƒْÙˆَانَ ÙˆَعُصَÙŠَّØ©َ ÙˆَبَÙ†ِÙŠ Ù„َØ­ْÙŠ

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah banyak b

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.