Skip to main content

Thank You Note


ALHAMDULILLAH. Segala puji bagi ALLAH. Terima kasih semua yang menyokong warung kopi see sharp minor. Sokongan anda sebagai pembaca blog ini sangat kami hargai. Semalam, (tanggal 8 Mac 2011), pembaca blog ini mencecah angka 5,000. Bagi pihak warung kopi see sharp minor, kami mengucapkan terima kasih kepada para pembaca blog ini kerana tanpa anda, pastinya kami tidak bersemangat untuk meneruskan usaha lagi secara giat. Semoga segala manfaat yang dapat kita timba bersama darinya akan menjadi kebajikan yang diiktiraf oleh ALLAH s.w.t sebagai bekal di hari perhitungan kelak. Salam ukhuwwah dari moderator warung kopi see sharp minor.

ALHAMDULILLAH. All praise to ALLAH. Thank you for all supports rendered to warung kopi see sharp minor. We truly appreciate your willingness to drop by and read our blog. Yesterday, (dated 8th March 2011), readership of this blog reaches 5,000. On behalf of warung kopi see sharp minor, we wish to express our gratitude to all our readers because without you, surely we won’t have the heart to commit to this effort wholeheartedly and intensively. May all the goodness we get from it will be rewarded as good deeds, recognized by ALLAH in the day of Judgment and hereafter. Best wishes and warm regards from moderators of warung kopi see sharp minor.

From: Chef de Cuisine – See Sharp Minor

Comments

Popular posts from this blog

Satu Sentuhan AlQuran

Masa dapat link dari Sahabat See Sharp Minor pasal mobile apps "A Touch of Quran" yang dah siap dimuat naik ke android playstore, masa tu hari Jumaat. Rujuk link:  Check out "Touch of Quran" -  https://play.google.com/store/apps/details Oleh kerana masa tu tengah belum sempat muat turun apps tu, aku pergilah solat Jumaat dulu. Selesai Khutbah yang mengingatkan Ummat bahaya dan kesan arak serta judi kepada masyarakat, Pak Imam pun solat... Aku biasa dengar ayat yang Pak Imam baca ni... Surah Al-A'laa. Sampai habis solat aku teringat2 antara maksud Surah Al-A'laa yang pernah aku baca tafsirnya. Di akhir Surah disebutkan; http://www.surah.my/assets/s087/a018-c277b47772b844db7904fd2402d6e573.png http://www.surah.my/assets/s087/a019-45eaa181b9ac29549673b90078bae983.png "Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu (18)  Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (19)" Surah ...

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah bany...

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: Ø£َÙ†َّ رِعْلاً ÙˆَذَÙƒْÙˆَانَ ÙˆَعُصَÙŠَّØ©َ ÙˆَبَÙ†ِÙŠ Ù„َØ­ْÙŠ...