Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Aidiladha

Daging Kurma Sudah Habis... Jus Kurma boleh?

Ada ke patut dia tanya aku nak jus kurma ke tidak? Aku nak makan Daging Masak Kurma... bukan jus kurma mahupun buah kurma. "Errr... jus kurma tak mau, Kurma Rutob Iran ada?", tanyaku memulangkan buah keras kepada tukang ambil order makan. Lain padang lainlah belalang. Mungkin ada yang tak boleh terima dipermain sebegitu tatkala perut keroncong selera meruntun mahu makan apa yang dicita. Tambah pula jika yang cuba bergurau itu bangsa pendatang dari luar negara. Bagi yang lebih baran, harus tak pasal-pasal terbalik habis kerusi meja. Ada kalanya kita terkecewa lantaran keinginan tak dapat dilampiaskan meskipun terkadang puncanya hanya semudah kita alpa kepada masa. Persepsi hendak seribu daya mungkin menjadikan kita berusaha untuk mencuba lagi demi mencapai hasrat yang diingini. Tak mengapa. Esok datang awal. Alhamdulillah bila saat dan ketika tertunainya keinginan dek kerana sanggup berusaha mengejar had masa, kita rasa puas. Dapat apa yang dicita, dalam keadaan yang sel...