Ada ke patut dia tanya aku nak jus kurma ke tidak? Aku nak makan Daging Masak Kurma... bukan jus kurma mahupun buah kurma. "Errr... jus kurma tak mau, Kurma Rutob Iran ada?", tanyaku memulangkan buah keras kepada tukang ambil order makan.
Lain padang lainlah belalang. Mungkin ada yang tak boleh terima dipermain sebegitu tatkala perut keroncong selera meruntun mahu makan apa yang dicita. Tambah pula jika yang cuba bergurau itu bangsa pendatang dari luar negara. Bagi yang lebih baran, harus tak pasal-pasal terbalik habis kerusi meja.
Ada kalanya kita terkecewa lantaran keinginan tak dapat dilampiaskan meskipun terkadang puncanya hanya semudah kita alpa kepada masa. Persepsi hendak seribu daya mungkin menjadikan kita berusaha untuk mencuba lagi demi mencapai hasrat yang diingini. Tak mengapa. Esok datang awal.
Alhamdulillah bila saat dan ketika tertunainya keinginan dek kerana sanggup berusaha mengejar had masa, kita rasa puas. Dapat apa yang dicita, dalam keadaan yang selesa. Tapi kenalah ikut masanya. Perbuatan manusia lazim semakin bernilai bila berpancang dengan masa. Rasa dapat capai dan selesaikan sesuatu dalam had masa tertentu sememangnya suatu elemen yang sejajar dengan fitrah manusia. Tak hairanlah sukan formula 1 yang termahal di dunia juga dijaja dengan relevan masa.
Justeru sangat relevan apabila agama mensyariatkan manusia menjaga waktu solat hariannya yang lima. Begitu juga Ramadhan yang boleh genap 30 hari atau ganjil 29 sahaja. Haji juga begitu. Hari wukuf di Arafah cuma sehari dalam setahun. Kalau nak sah buat haji memang tak boleh elak hari Arafah tanggal 9 Zulhijjah.
Kalau lambat tak dapat... Ungkapan yang biasa sangat kita dengar. Nak makan yang istimewa pun kena bijak ikut masa. Ada yang mengumpama masa ibarat mata pedang. Dalam keghairahan sesetengah orang kita menjual dan membeli emas, alangkah ruginya mereka jika benar masa itu emas bak kata orang tua, terutamanya jika banyak masa terluang dan terbuang begitu sahaja. Dalam Alqur'an banyak juga ayat yang bermula dengan sumpah Tuhan Yang Maha Esa bersandarkan masa.
Penting sungguh masa di sisi manusia. Baik dalam kesibukan dunia mahupun dalam membahagikan masa untuk diri, keluarga dan Sang Pencipta Yang Terutama. Ada kalanya logik akal manusia boleh tersasar menafsirkan kebijaksanaan Tuhan empunya Agama yang Mulia yang menetapkan hari raya. Aidil Adha disambut serentak di seluruh dunia sedang jemaah haji menunaikan tanggungjawab mereka di Makkah sana.
Kalau logik, bunyinya mungkin lebih bijak untuk menjalankan sembelihan qurban sepanjang tahun. Pastinya ini lebih bermanfaat selain lebih mudah diuruskan untuk ummat sejagat. Tapi di sisi Tuhan tidak begitu. KebijaksanaanNya melangkau jauh hukum logik akal manusia yang mahu memandai-mandai dariNya. Maha Suci Tuhan Yang Menentukan. Telah ditetapkan harinya, masanya dan saatnya dalam setiap perkara yang berada dalam kekuasaanNya.
Bunyi logik akal manusia semata-mata takkan dapat menandingi kebijaksanaan Pemilik dan Pencipta manusia. Tak kiralah setinggi mana ilmunya manusia, takkan terbanding pengetahuan Tuhan. Tapi ada juga manusia yang rasa ideanya lebih baik dari Kalam Tuhan dan maklumat yang dibawa oleh para Rasul mulia. Sampai ke hari ini, masih ada yang mendakwa diri percaya kepada agama, tapi pengisian agama ditentang dan dicerca. Tergamak mengguna nama 'Sisters Dalam Agama' tapi hukum agama diperlekeh di dunia. Liberalisasi katanya...
Ramai di kalangan kita yang cukup kenal nafsu dan selera diri. Apa nak makan, minuman kegemaran, nak hidup dalam kemewahan, nak hidup berpasangan dan macam-macam lagi keinginan. Tapi hanya kenal nafsu semata belum cukup lagi untuk buat kita kenal diri sendiri.
Fitrah manusia hidupnya mahu punya Tuhan. 95% populasi dunia ini percayakan agama bertuhan. Antara kelaziman dalam kepercayaan agama bertuhan di dunia ini ialah meletakkan kedudukan Tuhan itu di tempat tertinggi serta wajib dipatuhi. Habis tu nak buat apa sibuk sangat persoalkan hukum Tuhan?
Sampai masa, dunia pun lebur. Mungkin juga jasad kita lebur terlebih dulu. Cerita bila, di mana, bagaimana dan sebagainya pasti Tuhan yang mentaqdirkan semuanya tahu. Selagi belum sampai masa kita, jangan kita nak putus asa. Buatlah apa yang patut sebagaimana yang Tuhan dah cakap perlu diikut. Tak usah takut, tak payah nak kedekut. Kita ini pun Dia yang punya. Semua benda yang kita ada pun pinjam dengan Dia.
Oh ya... 9 Zulhijjah 1431 kali hari apa? Rasanya bukan jumaat untuk menjadikan haji tahun ini bertaraf akbar. Di Malaysia 9 Zulhijjah 1431 bersamaan Selasa 16 November 2010 tapi orang haji wukuf di Arafah hari Isnin 15 November. Hmmmm... nampaknya banyak lagi yang aku nak kena fahamkan kenapa tarikh Islam berbeza antara negara. Memanglah masa itu penting nilainya dalam agama, tapi kalau tarikh sambut raya berbeza itu nak kira macam mana pula? Hal macam ni tak payah Sisters Dalam Agama bagi berlaga pon dah cukup memeningkan kepala.
By: Towil

Comments
Post a Comment