Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya…
Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.
Penjual ubat kuat zaman sekarang dah ada yang pintar gunakan teknik pengkomersilan dan pemasaran moden. Kalau dulu, Tongkat Ali atau Eurycoma Longifolia ini lazim tumbuh di hutan. Hari ini secara logiknya untuk sebuah industri bernilai jutaan ringgit yang menggunakan bahan ini, tidak mungkin hanya hasil hutan sahaja yang diguna. Pasti sudah ada pengusaha ladangnya. Pemasaran yang berkesan memang terbukti mampu mendatangkan pulangan. Lebih kurang mamak yang ambik order tadi lah.
Macha tadi orda tongkat ali satu. Makan tada orda kaa macha? Err… takpa, makan tak mau.
Tegar si mamak ini nak aku order makanan. Mujur aku memang dah makan sebelum magrib tadi. Masih kenyang lagi untuk aku order makanan sambil tunggu member yang janji nak datang tengok bola kat kedai mamak. Terasa pahit-pahit Kopi Tongkat Ali yang aku minum. Teringat kata-kata popular Pak Hamid Gurkha, “kalau tak pahit, bukan tongkat ali namanya” dalam salah satu iklan di tv. Lepas tu terpikir pulak aku, apa memang aslikah tongkat ali yang digunakan dalam kopi segera jenama ini? Kalau asli, maknanya boleh tambah tenaga lelaki. Ya lah tu…
Orang lelaki yang berada di kategori normal memang suka kalau boleh jadi kuat. Dongeng Melayu Si Badang bolehlah dianggap pencerminan keinginan orang Melayu pun nak jadi kuat. Sampai sanggup makan muntah jin. Dahlah muntah tu najis, dari jin pulak tu. Demi nak kuat, tak apa… bolehkan saja… Kalau kuat boleh berkuasa. Dengan kuasa macam-macam boleh diguna. Hmmmm… bagus juga motivasi tersirat dalam fikiran budaya orang kita. Cuma bahagian sanggup buat apa saja untuk jadi kuat yang perlu diperhaluskan cara.
Assalamualaikum dah lama ke mula? Owhh baru mula separuh masa pertama.
Sampai juga member yang janji nak tengok bola sama-sama. Demam akhir piala Malaysia; kalau tak ke stadium, paling tidak kaki bola mesti nak tengok game di kedai yang ada projector. Aku sendiri pun sepanjang musim bukan ambik tau sangat siapa lawan siapa, dah akhir baru tau. Selebihnya aku lebih suka tengok sukan antarabangsa bertaraf dunia. Sambil hirup air yang aku order, sinis juga rasanya bila kenangkan orang kita minum kopi pun patutnya ramai yang jadi kuat bertenaga, tapi bila bab sukan fizikal terutamanya bolasepak, kedudukan kita di tangga dunia makin lama makin tenggelam punca.
Walau macam mana pun aku masih anggap orang yang layan sukan lebih cerdas akalnya dari yang tergila-gilakan rancangan hiburan realiti semata-mata. Memang prejudis bunyinya tapi memang aku kurang hormat program realiti hiburan yang entah apa-apa mesejnya. Ya aku tau orang Melayu memang sukakan hiburan. Dari zaman dulu pun hiburan dengan orang Melayu ibarat irama dan lagu. Tengok saja bermacam jenis tarian dan rentak muzik tradisional. Banyak dan halus seni melodi serta pengisian tutur katanya. Jauh berbeza nilai peradabannya dengan sikap anak-anak muda kita yang terkinja-kinja meraikan hiburan tanpa nilai budaya ibunda.
Mamak… telur separuh masak dua!
Rehat separuh masa memang sesuai ketikanya nak order makan sebelum masuk separuh masa kedua. Termakan juga aku umpanan mamak yang mencadangkan menu telur separuh masak pada awalnya. Harap-harap bertambahlah tenaga lelaki makan telur bersulam kopi tongkat ali. Iklan program hiburan bersilih ganti di kaca tv. Ramai betul rakyat kita yang suka menyanyi. Kalau tak begitu takkan penuh tv dengan program realiti yang khusus nak cari bakat penyanyi. Apa yang pasti penganjur rancangan realiti memang buat duit berlori-lori di saat penonton fanatik sambil menangis menekan sms untuk mengundi.
Slurrppp… licin aku hirup telur pekat bercampur kicap dan lada sulah. Separuh masa kedua pun bermula sudah. Sampai ke wisel penamat dah tentulah ada yang menang ada yang kalah. Adat bertanding; menang puas hati, kalah cuba lagi. Tak cukup tenaga, kopi tongkat ali sedia menanti. Tengok bola pun kira hiburan juga. Tapi main bola secara professional bukan sekadar hiburan. Ada kemungkinan orang kita suka tengok bolasepak sampai diiktiraf sukan ini paling popular di sini, tapi mungkin kita tak berapa suka main bola. Logiknya sebab orang kita suka hiburan. Layan tengok saja, mainnya tak seberapa.
Mamak… kira! Wokey boss…
Masa untuk berkira-kira. Setakat bayar makan minum tak apa juga. Bukan kena terus-terusan mengundi peserta kegemaran di pertandingan realiti nyanyian. Paling tidak pun, bayar mamak India muslim yang berniaga warung tepi jalan lebih bermakna dari bayar India pemilik stesen tv dan syarikat telekomunikasi yang menganjurkan program hiburan realiti. Untung-untung duit yang kita bayar makan minum tadi digunakan untuk menyara rezeki halal anak isteri dan pergi haji walaupn mamak itu balik negeri. Jumlahnya mungkin tak banyak kalau dibanding India yang satu lagi, tapi kebarangkalian berkatnya lebih tinggi.
Melayu dan India memang bukan asing sesama sendiri sejak awal lagi. Kewujudan tinggalan candi bersejarah di Tanah Melayu menunjukkan sebahagian orang Melayu beragama hindu sebelum kedatangan Islam. Sejarah sekali lagi mencatatkan pedagang dari India dan Gujerat adalah antara mereka yang turut sama membawa Islam ke Melaka. Dulu, Melayu pun hindu macam kebanyakan orang India tapi lepas tu orang India juga terlibat mengislamkan Melayu. Ini bukti India dan Melayu boleh bersatu.
Lima ringgit sepuluh sen… Takpalah lima ringgit sudah…
Ramai mamak yang sudah tidak sebakhil dahulu. Setakat sepuluh sen halalkan saja. Restoran makanan segera pun tak boleh buat macam mereka. Hari ini restoran mamak berketurunan India hampir menjadi kemestian di setiap Bandar. Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, terkeluar pula cerita India sembelih Melayu. Harap-harap Deepavali kali ini tak ada cerita sebaliknya. Meskipun berkongsi sejarah yang panjang, sentimen budaya masih memisahkan bangsa. Bukan semua pemisahan bangsa itu negatif, tapi bila tercetus percikan api yang membakar rasa benci, ada manusia yang memilih mengikut rasa hati hingga boleh membawa mati.
Melayu dan India banyak berkongsi budaya. Bezanya kini Melayu dianggap Muslim di Negara ini sedangkan India meskipun beragama Islam masih kekal status sosialnya India Muslim. Dalam aspek hiburan juga tidak kurang Melayu yang meminati lagu dan cerita dari Bollywood. Mungkin kerana selera berhibur yang seakan sama. Maka apabila tiba-tiba diumum akan dibina hab hiburan tambahan di ibukota, mungkin ramai Melayu dan india yang suka berhibur akan menyukainya. Tapi hakikatnya Islam di jiwa manusia dan bukannya semata-mata bersebabkan bangsa yang bangkit menentang pembinaannya lantaran khuatir kesan buruknya.
Terima kasih mamak. Amma… rumba nandri…
Sebenarnya hiburan adalah sebahagian dari fitrah manusia. Dalam Hadith Rasulullah s.a.w ada riwayat berkenaan ummat Islam meraikan hariraya dengan berhibur. Bila disebut hab hiburan, umum dengan mudah menyimpulkan hiburan yang dimaksudkan berbentuk ala barat yang tiada batas halal haramnya. Setakat ini yang banyak kita dengar cakap orang Islam menentang pembinaan hab hiburan. Belum kita dengar kumpulan pro Islam mencadangkan hiburan Islam sebagai sebahagian pengisian. Cuba fikirkan. Mungkin Inilah peluang dan masanya nak berdakwah di jalanan.
Bayangkan jika di hab hiburan itu, sekiranya ingin diteruskan, diperuntukkan juga ruangan untuk ummat Islam mempersembahkan hiburan yang sejajar dengan agama sambil menjual barangan yang halal zat dan sifatnya. Bukankah lebih jelas maksud yang ingin diutarakan berkenaan perbezaan berhibur kerana menurut Syaitan atau bermuamalah kerana ingatkan Tuhan. Salah satu tugas besar yang dipikul ummat Muhammad ialah menyampaikan kebenaran. Kita tahu berapa rosaknya mereka yang alpa dengan hiburan tanpa batasan tapi sayangnya rata-rata di kalangan kita belum cukup kuat untuk berdepan dengan kumpulan sedemikian sambil lembut memujuk dengan menjunjung kalimah Tuhan.
Justeru mungkinkah kali ini sudah sampai masanya kita sahut cabaran pembinaan hab hiburan dengan memohon peruntukan hiburan yang dihalalkan semoga kita turut bersama-sama ditempatkan di tengah kelompok manusia yang memerlukan petunjuk jalan. Kalau berani mintalah turut dibina Masjid di kawasan berdekatan yang khutbah jumaatnya berselang Melayu, Tamil, Urdu dan Mandarin secara mingguan. Hab hiburan tanpa batasan itu memang untuk orang bukan Islam. Menyedari kemungkinan pengunjung Muslim juga mungkin ramai, mari kita cari jalan macamana nak ambil peluang untuk mengingatkan saudara-saudara kita ini.
Sewaktu Quraisy dalam kejahilan, Nabi s.a.w diutuskan membawa kebenaran sehingga bersih jalan menuju Tuhan. Baginda tidak lari meninggalkan bangsanya yang nyata ramai sudah rosak teruk lantaran jahil. Cabaran dakwah disanggupi Nabi hingga berlinang darah dibaling batu di Taif, dihina, dituduh gila, dipulau dan cuba dibunuh oleh masyarakat sebangsanya. Islam kini agama rasmi di bumi ini. Mengapa tidak diambil kesempatan untuk menggunakan statusnya dengan meletak mercu tanda keterlibatan agama di dalam agenda Negara? Buruk sangatkah kalau penghibur agama berada di premis hab hiburan walau misi dan visinya jelas untuk mempromosi jalan kebenaran?
Tak cukup kuat lagi? Minumlah kopi Tongkat Ali.
By: Towil

Comments
Post a Comment