Skip to main content

Posts

Showing posts with the label putarbelit

Terbalik Rasa, Tersilap Guna, Tersesat Pula

Setiap sesuatu itu seeloknya yang pertengahan. Berlebih-lebihan mahupun terlalu kurang, keduanya lazim tidak mendatangkan hasil yang optimum. Pasti akan ada sahaja kesan sampingan yang tak kena dalam keduanya. Bagi yang menghidap penyakit kencing manis akibat terlebih gula juga begitu. Diabetes yang datang adalah kesan kepada berkurangnya insulin yang sepatutnya bertugas memproses gula menjadi tenaga dalam diri manusia. Memang pada awalnya manis gula tak mengapa, tapi bila dah terpaksa ambil tambahan insulin, gula itu sudah jadi bahaya. Banyak perkara manis dalam hidup kita yang sifatnya umpama gula. Sekadar yang patut boleh saja, tapi bila berlebih-lebih, tunggulah akibatnya. Kemudahan yang mewarnai kehidupan harian kita dalam dunia hari ini juga banyak yang pada awalnya nampak semanis gula tapi boleh bertukar kepada aniaya bila disalah guna. Teknologi ICT umpamanya; kalau berkadar diguna ikut keperluan sahaja jarang sekali menjadi perosak agama, budaya dan resam hidup manusia, tet...