Skip to main content

Posts

Showing posts with the label bonda

Kasih Nan Bertaut

Seawal minit pertama aku mula menghirup udara dunia, terukir senyuman manis di wajah ibu kerana aku menangis. Lembut suara ayah mengingatkan aku betapa agungnya Allah dan mulianya Muhammad Rasulullah sebagai manusia terbaik untuk aku contohi ketika azan dan iqamah dibisikkan ke telingaku. Lahirku seolah menghilangkan kesakitan ibu yang mempertaruhkan nyawanya untuk membawa aku ke dunia. Tangisanku seakan penyejuk hati ayah yang gundah dan gelisah melihat kekasih yang dicintai menahan keperitan melahirkan zuriatnya. Segala yang berlaku di sekelilingku tidak aku fahami kerana lebih sembilan bulan sebelum itu aku bermukim di rahim ibu.