Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tan sri ali hashim

Penghayatan Jihad Dalam Bisnes

Setiap elemen positif yang dipromosikan oleh Islam pasti sesuai diadaptasi dalam kehidupan individu mahupun masyarakat tanpa batasan waktu. Begitu juga halnya dalam perihal Jihad dan Bisnes. Kedua elemen ini jelas amat dititikberatkan dalam kehidupan sebagai muslim. Kesesuaian kedua elemen ini terus relevan samada difokus secara berasingan apatah lagi bergandingan. Umat Islam harus sedar Jihad yang lebih besar dari berperang adalah berdepan dengan hawa nafsu masing-masing sebagaimana yang diperingatkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Manakala kesinambungan Bisnes dalam Islam pula dinobatkan sebagai sumber utama rezeki dalam kadar 90% mengatasi lain-lain bidang. Ini juga jelas diungkap dalam salah satu Hadith Rasulullah s.a.w yang tersohor selain sirah Rasulullah s.a.w sendiri yang mencatatkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w pernah berniaga.