Wednesday, March 30, 2011

Bertekak Bertingkah Bukan Mesti Menang Dan Kalah

“Haaa… kan betol macam aku cakap aritu!” Kebetulan yang belum tentu disangga kebenaran. Barangkali sekadar agakan yang bertepatan. Mungkin cuma telahan yang bersesuaian. Apa jua rumusan sebenar perihal keadaan, ramai yang pantas menganggap kebetulan lazimnya kebenaran. Kata orang, “betulkan yang biasa, biasakan yang betul”. Persoalannya adakah anggapan betul boleh dikira sebagai mutlaknya benar? Kalau kita betul, adakah secara otomatiknya yang lain semua salah?

Betul dan salah sudah terlalu dibiasakan dengan menang dan kalah. Sejak di bangku sekolah, kebanyakan kita diajar teknik berfikir secara objektif. Memang tak salah membentuk keperibadian yang tegas mendukung kebenaran, cuma bila kita berhadapan dengan cabaran pemikiran idealis yang tidak dipancang dengan kebenaran, kebarangkalian berbeza atau bertentangan fikiran adalah suatu kebiasaan. Justeru nilai yang menjadi pegangan akan dibicarakan secara berhadapan. Di sinilah tuntutan bertegas dalam kesederhanaan dan keterbukaan benar-benar menjadi tuntutan.

Polar berfikir masyarakat yang cenderung berpihak kepada partisan adalah suatu kelaziman terutamanya dalam masyarakat Melayu di sini yang secara amnya tinggi minat politik. Hatta dalam sesebuah masyarakat sebangsa punya aliran pandangan yang berbeza meskipun berpihak kepada panji yang sama. Di mana jua perbualan sebegini timbul, perbezaan pandangan pihak yang terlibat sering sahaja menjadi hangat. “Alahh… dia saja nak betul. Macamlah semua orang lain ni biol”.

Sunday, March 27, 2011

Celik Memandang Yang Jelek

Seimbangnya pandangan manusia bila celik mata hati, minda, naluri, emosi dan jiwa selain sepasang mata di bahagian hadapan muka. Kerap kita dengar ungkapan “pandang sebelah mata” yang membawa maksud acuh tak acuh. Dalam senario dunia hari ini, makin muak rasanya bila saban hari kita disogok berita dan fitnah yang bertali arus tak putus-putus. Baik di persada tempatan mahupun di pelantar dunia, pelbagai cerita bersulam dusta dicanang merata-rata. Media; baik di arus perdana, layar utama mahupun alternatif sahaja seakan dirasuki kegilaan menjaja pembohongan yang nyata.

Apa mahunya kita dengan segala yang didedahkan secara menjolok mata? Sampai bila agaknya kita mahu dunia kita terus-terusan diconteng kecamuk berita yang bukan sahaja tidak membina sahsiah dan pemikiran malah semberono mempromosikan moral, etika dan akhlak terhina bahkan terkadang songsang yang bertentangan fitrah manusia. Itu belum dikira benar atau tidaknya berita sebegini yang disebarkan sesuka hati di sana sini.

Wednesday, March 9, 2011

Thank You Note


ALHAMDULILLAH. Segala puji bagi ALLAH. Terima kasih semua yang menyokong warung kopi see sharp minor. Sokongan anda sebagai pembaca blog ini sangat kami hargai. Semalam, (tanggal 8 Mac 2011), pembaca blog ini mencecah angka 5,000. Bagi pihak warung kopi see sharp minor, kami mengucapkan terima kasih kepada para pembaca blog ini kerana tanpa anda, pastinya kami tidak bersemangat untuk meneruskan usaha lagi secara giat. Semoga segala manfaat yang dapat kita timba bersama darinya akan menjadi kebajikan yang diiktiraf oleh ALLAH s.w.t sebagai bekal di hari perhitungan kelak. Salam ukhuwwah dari moderator warung kopi see sharp minor.

ALHAMDULILLAH. All praise to ALLAH. Thank you for all supports rendered to warung kopi see sharp minor. We truly appreciate your willingness to drop by and read our blog. Yesterday, (dated 8th March 2011), readership of this blog reaches 5,000. On behalf of warung kopi see sharp minor, we wish to express our gratitude to all our readers because without you, surely we won’t have the heart to commit to this effort wholeheartedly and intensively. May all the goodness we get from it will be rewarded as good deeds, recognized by ALLAH in the day of Judgment and hereafter. Best wishes and warm regards from moderators of warung kopi see sharp minor.

From: Chef de Cuisine – See Sharp Minor

Sunday, March 6, 2011

Bodoh boleh belajar, sombong kurang ajar.

Kata orang tua, perumpamaan orang yang bijaksana tu bila menarik rambut atau benang dari dalam tepung, benang tak putus tepung tak berterabur. Tapi mamak roti canai cakap, “mana ada susah mau tarik itu banang, itu tepung kalu sudah uli tada tabor punya laaa”. Begitu resam kebiasaan hidup yang membentuk persepsi kebanyakan manusia.

Suasana hidup orang tua-tua Melayu dulu lazim orang perempuan berambut panjang berjurai atau bersanggul. Bila di dapur dalam rumah masing-masing, tak kisah kalau tak pakai tutup kepala macam yang dituntut oleh Merinyu dari Kementerian Kesihatan yang menjalankan pemeriksaan perniagaan berkaitan masakan.

Bila rambut yang panjang mengurai terjatuh ke dalam tepung yang sedang disediakan untuk buat kuih untuk sarapan esok paginya, kenalah hati-hati jangan bersepah nanti rugi sebab orang Melayu simpan tepung di rumah taklah berguni-guni macam mamak jual roti. Zaman dulu, rumah kampong guna pelita ayam, jadi dalam suram dan kelam nak tarik rambut yang jatuh dalam tepung tu kenalah jaga supaya tak berterabur dan membazir tepung. Tepung ini pulak, kalau dah jatuh ke lantai, memang tak boleh nak selamatkan lagi.

Kenapa takut rambut atau benang yang dalam tepung tu putus pulak? Haaa… sekali lagi kita kena tengok konteks orang Melayu berfalsafah. Kalau putus rambut yang jatuh dalam tepung itu, masalah tetap belum selesai sepenuhnya sebab mesti ada tertinggal baki rambut atau benang dalam tepung tu. Silap-silap jadi bahaya atau sakit perut kalau termakan.

Thursday, March 3, 2011

Staying Focus… In the light of Divine Guidance

Worries on ummah. That was Prophet Muhammad’s s.a.w focus until the moment on his deathbed. Why was he relentlessly persistent thinking about his ummah? Are there any threats upon his ummah from others then? Who would threaten the Muslim? Why would they do that anyway? Ok wait… first things first, let’s see how they would do it?


“And those who disbelieved are allies of one another. If you do not do so, there will be slander (fitnah) on earth and great corruption”. (Al-Anfal : 73).
So… seemingly that is what obviously happen around us nowadays... isn't it???

As a Malaysian Muslim, our worries should include Malaysia being used as branding platform on Islam but towards the slant of secularism that discriminates religion from life. In retrospective of mighty colonial nations, they would boast that if it had not because of their effort colonizing other nations, the world today could’ve been much worse because it’s difficult for different nations to converse in one similar language. Thanks to French for their invasion over some Africans… but as far as Malay lands are concerned, let’s not forget other western invaders such as England, Portugal and Holland.

In relation to the afore mentioned Qur’anic verse and the world we’re currently occupying, it should be crystal clear to us now why the colonials were so eager to have a foot in many countries including ours. A historical example to point the relevance of disbelievers being allies of one another was the Anglo-Dutch treaty in early 19th century whereby Malay lands in Archipelago were divided in a mutual understanding by two colonials; Englishmen and Dutchmen. By virtue of definition, this Dutch and English treaty; also known as “Treaty of London” is a coalition that fits the meaning of the said Qur’anic verse precisely.

Wednesday, March 2, 2011

Nenek Yang Baik

Rasanya macam pelik bila aku pikirkan semula apa yang anak aku bagitau pada aku. Sekali dengar masa first time macam biasa je, tapi bila aku dah balik, tetiba je aku terpikir balik apa yang dia cakap.

"Abah, nenek kat masjid tadi tu baik betul lah!", ujar Aishah dalam kial membetulkan duduknya di kerusi belakang pikap si abah sambil tersenyum simpul.

"Nenek mana yang Aishah cakap ni?" soal abah melayan keletah puteri kesayangan yang baru habis periksa penggal pertama darjah satu minggu lepas.

"Nenek kat dalam masjid tadi lah. Dia tanya Aishah lepas Aishah solat tadi. Sapa nama? Ayah sapa nama? Mak tak ikut?" petah aishah menggayakan nenek bertanya itu ini.

"Aishah jawap apa bila nenek tu tanya?" sambil tersengih abah bertanya. Mengharap jawap yang mungkin lucu dari si puteri.

"Aishah cakap lah nama Aishah lepas tu nama abah. Lepas tu Aishah cakap mak Aishah dah meninggal... huhuhu" gelak Aishah menghurai jawapan untuk si abah yang tersentap mendengar lembut suara manja puterinya menyebut... “mak Aishah dah meninggal” langsung diringi tertawa kecilnya.

"Subhanallah... dah panjang akal rupanya puteri abah ni", bisik hati si abah yang terjaga disapa ingatan arwah umminya Aishah.

"Habis tu... nenek tu cakap apa bila Aishah jawap macam tu?" berbunga hati si abah penuh syukur melihat buah hatinya sudah tidak kekok bercakap benar.

"Nenek tu tak cakap apa pon, dia senyum je tengok Aishah. Baik betul lah nenek tu abah!", bercahaya sudut mata aishah yang ala amoi korea dijegilkan ke abahnya demi nak buat abah percaya.

"Ya lah tu", mendatar suara abah yang mula sibuk memulas stereng pikap untuk pulang ke rumah sesudah solat magrib di masjid yang kami singgahi dalam perjalanan pulang dari kampung arwah ibu Aishah lepas asar tadi.

Lewat malam itu juga abah bertolak pulang ke ibukota. Memandu sorang-sorang seperti yang biasa dilakukannya. Menerawang fikiran abah sambil memandu memikirkan urusan tugas dan tanggungjawab kepada anak-anak. Iringan lagu retro berkumandang dalam pikap sepanjang jalan...

"Nenek mana pulak yang aishah cakap tadi ekk?" detik hatiku tiba-tiba bertanya. Masa kami mula solat di bahagian lelaki, memang dah tak ada orang lain dalam masjid selain jemaah yang sedang membudayakan alQur'an. Semuanya lelaki.

Bila aku keluar masjid pon tak ada kereta lain yang baru keluar sebelum kami utk menandakan kebenaran akan perihal kewujudan nenek yang baik sebagai mana cerita aishah. Maka siapa nenek itu? Timbunan soalan akhirnya membentuk persoalan yang semakin rumit di sarang minda abahnya si Aishah.

Si Aishah ni pulak seperti biasa memang dengan beraninya solat sorang-sorang di tempat perempuan sewaktu abah & abang Alifnya berjemaah magrib di dewan solat muslimin". Fikiran abah mula bertakung dengan pelbagai soalan tapi sebab badan dah penat, lena juga aku malam tu dalam memikir di pembaringan.

"Allahu akbar Allahu akbar!" sayup suara pak bilal di hening subuh isnin. Aku terjaga dari lena dalam kusut memikirkan cerita Aishah. "Allahu akbar!... assalamualaikum warahmatullah" terkebil aku sesudah solat fajar. "Ya ke nenek tu ada di tempat solat muslimah dan berbual dengan Aishah?"

Subhanallah... Alhamdulillah... Lailahaillallah... Allahu akbar! Aku mengalah kepada persoalan siapa 'nenek yang baik' dengan bersangka baik.

Sesungguhnya kudrat & iradat Allah mengatasi segalanya. Tidak kiralah samada 'nenek yang baik' itu sememangnya manusia, jin, mahupun malaikat, yang pentingnya anak dara abah memang tambah ceria bila disapa ‘nenek yang baik’ itu lepas solat magrib di masjid.

Aku makin kuat percaya kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang manusia. Aku juga makin yakin Allah satu-satunya 'Tuhan yang Maha Menjaga'.

Apapun jua yang menjadikan pengalaman Aishah gembira solat di masjid aku panjatkan ucapan syukurku buat Allah, Tuhanku yang Maha Menjaga & Memelihara hamba-hambaNya. Wallahu a'lam.


By: Towil