Setiap elemen positif yang dipromosikan oleh Islam pasti sesuai diadaptasi dalam kehidupan individu mahupun masyarakat tanpa batasan waktu. Begitu juga halnya dalam perihal Jihad dan Bisnes. Kedua elemen ini jelas amat dititikberatkan dalam kehidupan sebagai muslim.
Kesesuaian kedua elemen ini terus relevan samada difokus secara berasingan apatah lagi bergandingan. Umat Islam harus sedar Jihad yang lebih besar dari berperang adalah berdepan dengan hawa nafsu masing-masing sebagaimana yang diperingatkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w.
Manakala kesinambungan Bisnes dalam Islam pula dinobatkan sebagai sumber utama rezeki dalam kadar 90% mengatasi lain-lain bidang. Ini juga jelas diungkap dalam salah satu Hadith Rasulullah s.a.w yang tersohor selain sirah Rasulullah s.a.w sendiri yang mencatatkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w pernah berniaga.
Dalam mengungkap kedua aspek tersebut secara bergandingan pula, ideologi yang terbina di atas Jihad Bisnes sememangnya tiada sebarang kecanggungan. Pendekatan fikrah ini terus relevan dengan tuntutan semasa, malah secara tidak langsung turut merumuskan perspektif lebih segar dalam keterlibatan umat Islam secara serius dan berhemah dalam bisnes.
Pembentangan yang dibuat oleh Pengerusi Kumpulan Wakaf An-Nur Berhad, Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim yang juga merupakan Ketua Eksekutif Johor Corporation sewaktu Seminar Awqaf Antarabangsa 2008 di Johor Bahru turut menyentuh Jihad Bisnes sebagai wadah bernas untuk berhadapan cabaran dunia bisnes masakini.
Tan Sri Muhammad Ali memetik peratusan kadar jumlah usahawan di Timur Tengah yang mencatatkan kadar 95% bisnes terbina atas pemilikan peribadi dan keluarga. Namun kira-kira 6% sahaja bisnes ini mampu bertahan ke generasi kedua dan hanya 2% sahaja yang mampu diteruskan melangkaui generasi ketiga dan seterusnya.
Kadar ini secara tidak langsung menunjukkan asas pembinaan dan pelaksanaan bisnes yang berpaksikan materialistik semata-mata tidak akan mampu bertahan berbanding Jihad Bisnes yang mendukung kepentingan ummah melebihi kepentingan peribadi.
Pelbagai isu dan permasalahan para usahawan khususnya bumiputera di Malaysia telah dicanang disana sini oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk cabaran mentaliti glokal. Usaha ini nyata membantu menaikkan semangat usahawan namun masih ramai golongan bisnes bumiputera yang masih tersangga mindanya oleh subsidi, kuota dan pelbagai harapan keistimewaan.
Di sini suntikan semangat Jihad dalam konteks mendepani saingan bisnes pasti lebih praktikal seandainya golongan usahawan Muslim lebih cakna menghargai nilai motivasi berteras Islam yang dianuti sebagai pegangan agama.
Jihad turut membawa erti bersungguh-sungguh, tidak mudah mengalah dan berani yang jelas merupakan antara tuntutan untuk cemerlang dalam bisnes. Saduran semangat kental dalam pemahaman Jihad pastinya dapat memberikan rasa terarah yang lebih serasi dengan fitrah manusia yang secara amnya perlukan pedoman secara semulajadi atau natural.
Pengisian yang dapat diadaptasi dari nilai Islam khususnya padanan unsur Jihad dan Bisnes sememangnya akan sentiasa relevan menjangkau batasan ruang dan waktu seandainya kita sendiri selaku penganut agama ini mampu bersikap rasional dan kreatif dalam menggunakan segala kod etika yang telah dilengkapkan dalam Islam semenjak lebih 1400 tahun yang lalu.
Barangkali sebahagian dari kita sudah tegar memandang pendekatan berteras unsur Islam sekadar bersifat holistik dan ritual sehingga terlupa atau mungkin terlepas pandang bahawa ianya juga boleh dipergunakan sebagai titik tolak memotivasikan minda kita sendiri.
Perspektif yang diutarakan dalam gandingan semangat Jihad dan Bisnes boleh diumpamakan ibarat cincin tersarung ke jari. Kemas, indah dan menarik. Mungkin sesetengah pihak merasa skeptik dengan pencapaian umat Islam dalam bisnes hari ini namun sekiranya persepsi dan niat asas kita dapat dipaksikan kearah teras yang dianjurkan dalam Islam secara syumul, tidak mustahil kitaran roda untung nasib bisnes boleh diputar ke arah yang menguntungkan semua pihak.
Untung sabut timbul,kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?
By: Towil
(Published in Harian Metro on Sept. 24, 2008)
Note: Kudos to Tan Sri Ali Hashim for his all-time inspiring "Jihad Bisnes".

Comments
Post a Comment