Skip to main content

Sepatutnya PAS hanya Parti ISLAH Semalaysia... Sila Tukar!

Penggunaan JENAMA Agama Islam untuk tujuan parti politik secara dasarnya sah di sisi undang2 banyak negara meskipun secara teknikalnya banyak yang hanya menggunakannya untuk MENUNGGANG Agama.

Aura Agama datang dengan Hukum Halal & Haram. Menggunakan jenama Islam secara automatik memikul aura penegak hukum Halal & Haram di sisi Allah. Tetapi malang sekali kita di sini sudah terlalu banyak kali menjadi saksi Agama Islam dimanipulasi demi UNDI,

Halatuju parti politik yang menggunakan perkataan Islam di Malaysia ini sebenarnya hanyalah 'Islah' atau reformasi ummat Melayu dalam kerangka Demokrasi yang mendukung undang2 Sivil Berperlembagaan berdasarkan Common Law Queen British.

Bukan Hudud sebenar Syariat Allah swt & Sunnah Nabi s.a.w yang mendasar dalam perjuangan PAS kerana ini bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. PAS hanya berusaha dalam kerangka reformasi Ummat Melayu di sini agar mengadaptasi Demokrasi.

Adaptasi Islam ke dalam acuan Demokrasi adalah JELAS berbeza dengan pendirian kesemua Imam Mazhab Ahlussunnah yg tegas menegakkan Syariat Allah swt yg sebenar bukan? Para Imam Mazhab yang utama kesemuanya tetap dengan Syariat Allah swt mengikut AlQuran & Sunnah, tetapi PAS mengadaptasi RUU sendiri yang dilabel sebagai Islam.

ISLAH tak semestinya Islam. Dalam konteks PAS sebagai sebuah parti politik di Malaysia, ISLAH lebih tepat buat PAS re-branding menggantikan perkataan Islam. Penjenamaan semula ini bersifat Win-Win kerana menjaga kesucian nama Islam.

Adalah lebih adil buat Ummat Islam di sini untuk tidak diwakili oleh PAS sebagai wakil Agama Islam kerana acuan Islam PAS tidak akan sama dengan Islam yang sebenar sampailah kiamat, selagi perjuangan PAS hanya berorientasikan undi majoriti dalam demokrasi yg dimanipulasi.

Lebih selamat juga buat semua andai dapat menghindari AQIDAH Politik kepartian yang akhirnya memandang tinggi ketaasuban rakan & guru sealiran sedang saudara yang berbeza manhaj pandangan terus dikafirkan. Justeru istilah ISLAH lebih baik buat PAS berbanding Islam yang bukan hanya milik ummat beraqidah PAS.

Seterusnya jika dilihat dasar luar PAS hari ini dibawah pimpinan Haji Hadi sangat mesra membela dan menyokong Iran, Lebanon, Syria (Bashar) & Russia yang jelas merupakan sekutu kuffar musuh Islam nombor satu iaitu Syiah Rafidhah laknatullah 'alaihim.

Koalisi militan syaitan syiah itulah yang telah, sedang malah masih membunuh Ahlussunnah Syria khususnya Ghoutah pada hari ini. Tidak pelik mereka dijilat oleh Haji Hadi yang terus tegar mempersaudarakan syiah sebagai salah satu mazhab Muslim selain 4 Mazhab muktabar; yang kesemuanya telah mengkafirkan syiah.

Ini adalah ISLAH atau reformasi Hadi dan PAS yang maukan Ummat Islam terima syiah walaupun panduan para Imam Mazhab Ahlussunnah sudah mentakfirkan syiah semenjak ratusan tahun dahulu lagi. Malahan ulama Ahlussunnah kontemporari hari juga majoritinya menolak  Aqidah syiah Iran, Lebanon & Syria.

Teknik Islah yang PAS laksanakan ini masih BETUL dalam kerangka Demokrasi Malaysia berbilang bangsa & agama, tapi tak samalah macam Islam yang sebenar sebab Islam sebenar takkan terima syiah penghina Sayyidina Abu Bakar, Umar, Aishah dll r.a.

Untuk kemaslahatan Ummat Islam di Malaysia, adalah sangat baik buat PAS menanggalkan perkataan ISLAM dalam nama Parti kalian dan menggantikannya dengan perkataan ISLAH yang lebih bersesuaian. Kemudian teruskanlah usaha murni kalian mengislahkan generasi Demokrasi secara adaptasi Agama secara Islamisasi.

PAS juga hanya akan kekal parti kampungan Muslim Malaysia jika terus2an mengeksploitasi Jenama ISLAM. Tunggangan demi tunggangan kalian semakin memuakkan. Islam adaptasi yang kalian usahakan mati2an kalian mau jenamakan ISLAM, walhal bukan. Jadi lebih baiklah kalian tukarkan PAS kepada Parti Islah Semalaysia sahaja.

In sha Allah kami sebagai saudara Islam akan rasa lebih selesa menerima perjuangan Islah kalian yang sebenarnya. Syarat utamanya mudah sahaja. HENTIKAN TUNGGANG AGAMA. Ok brader & sister... see u later :-) Assalamualaikum

By: Towil

Comments

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: Ø£َÙ†َّ رِعْلاً ÙˆَØ°َÙƒْÙˆَانَ ÙˆَعُصَÙŠَّØ©َ ÙˆَبَÙ†ِÙŠ Ù„َØ­ْÙŠ...

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah bany...

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.