Skip to main content

BerHIJRAH biar BerARAH

Abah mana? Tak adhe, abhah pegi Baraan. Jawab anak muda Kg Seri Paya yang baru lepas SPM. Takpekat sangatlah slang jawanye bila aku tanya bapak dia Wak Salam pergi mana? Budaya ‘Baraan’ Hari Raya di kampong-kampong keturunan Jawa khususnya sekitar area Parit Raja Batu Pahat masih diteruskan sampai hari ini.

Nota: Ader sorang budak SeeSharpMinor dudok area Taman Yu yang ader Mekdonel Parit Raja. Anak Imam ;-)

Dengar cerita budak SeeSharpMinor ada yang baru balik keje kat Mekah. ALHAMDULILLAH. Bukan untuk dibangga. Banyak lagi anak Melayu Malaysia yang handal-handal dudok di sana. Ader dokter, enginiyer, loyer, bawak helicopter… semua ader. Lagi power deorang nih sumer dari budak-budak SeeSharpMinor yang baru setahun dua.

Nota Selingan: Assalamualaikum Tuan Haji Fendi (Ayahnda ranting Jeddah yang bukan tiga line ;-)

Ader juga yang bertanya… Besar ke deorang bayar buat kerja kat sana? Nak jawab pon segan. Tapi korang yang tanya nih nampak tak kat Mekah sana ada KAABAH? Ada Kuburan Rasulullah di Madinah? Nak elak fitnah kita jawab YA. Nak kira nilai ikut kita lah kan. Selebihnya ALLAH dan Rasulnya lebih mengetahui.

Rupa-rupanya memang ramai Anak Malaysia yang berHIJRAH ke Negara luar sehingga membina kehidupan di sana. Berkat sunnah berhijrah barangkali. Rezeki ALLAH bagi. Kita kena gerak cari… Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Kalau tak pecah tabung ayam batu separa porselin tu, mana nak cari duit buat beli megi stok sahur sebulan sebab nak ikat perot untuk raya sakan?  Buka kat masjid jer…free. Itu resepi berjimat Ramadan orang berhijrah sebatang kara, menginap di setinggan sekangkang kera akibat berhijrah ke kolumpo cari kerja masa ujung 80an awal 90an. Dulu laaa kan...

HIJRAH Rasulullah s.a.w dari Makkah AlMukarramah ke Madinah AlMunawwarah bukan sekadar sejarah biasa. 13 tahun Rasulullah s.a.w berdakwah di Makkah. Bermula secara sembunyi sehingga secara terangan, ummat Islam yang mentaati perintah ALLAH menerusi lidah PesuruhNya, Muhammad s.a.w lelaki sempurna, terus akur menuruti perintah berhijrah dari tanah tumpah darah sendiri ke negeri lain yang rakyatnya lebih terbuka hati menerima.

Macam-macam rantaian kata semanis bicara yang mampu tercita dan tercipta lantaran menghayati semangat dan ruh Islam dalam peristiwa HIJRAH ini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Ada anak yang meninggalkan orang tua kerana memilih agama, ada yang suami meninggalkan isteri akibat agama terbeda. Sahabat karib, malahan pasangan berkasih yang ikut berHIJRAH juga dipersoal niat masing-masing kerana semuanya nanti bakal menjawab kepada Tuhannya; “kerana apa kamu berhijrah?”. Apa kata Rasulmu tentang niat di hatimu?

Anekdot semasa: Ramadan baru berlalu. Masa artikel ni ditulis, belum boleh ada orang yang dah siap “Puasa Enam” sebab hari ini baru 4 Syawal 1433H ;-)

Bagi kebanyakan orang di Mekah, habis puasa Ramadan maknanya kerja-kerja untuk musim haji dah patut sedia semua. Syawal, Zulkaedah baru Zulhijjah musim haji. Tiga bulan yang cukup singkat bagi orang Mekah, Madinah & Jeddah. Masa berlalu pantas sehingga klimaks ibadah HAJI tahunan berwukuf di dataran ARAFAH, di ikuti beberapa hari bermalam di Mina sambil melontar.

Sepanjang pengamatan ketika pengalaman singkat penulis menunaikan Haji bersama SeeSharpMinor, dalam beribadah juga banyak kelihatan perbezaan minimal antara pelbagai bangsa dari seluruh dunia. Pengaruh budaya setempat dan rantaian ilmu bersumber Mazhab tertentu membezakan sebahagian tingkah dan langkah sesama ummah tapi tidak bercanggah. 

Selagi masih dalam kelompok Ahlus Sunnah, tak kisahlah apa Mazhab sekali pon, semua boleh terima. Bila masuk bab syiah, baik terajang cepat-cepat virus syiah laknatullah. “Anak harimau usah dibela”, pesan orang tua-tua Melayu kita.

Anak Imam yang Budak SeeSharpMinor tu dah rasa nikmat bekerja selepas melalui banyak lapis hikmat dan rahmat yang datang berseli ujian dan kekangan menuntut kesabaran untuk terus berjalan. Bukan senang nak senang… Nak susah memang tak susah. Tapi kan, bila balik ke Parit Raja, budak SeeSharpMinor yang bapak dia Imam tu, kalo ikotkan hukom adat, kena juwen mmbara’… mmbara’ adalah kata kerja kepada Baraan mengikut kaedah tatabahasa Jawa.

Nota Chuppp!!: Baraan tu amende? buat apa? Cer citer…

Orang Melayu ramai yang cakap ‘Marhaban’. Bendanya sama je. ZIARAH rumah orang kampong ramai-ramai naik moto ekjos bulowhh… Itulah budaya di kampong-kampong Jawa yang juga masih banyak meneruskan amalan bertakbir dari rumah ke rumah di malam 1 Syawal terutamanya Jawa belah Selangor. Peranan budaya ini kena dilihat beriring sejarah kehidupan sesuatu tempat. Proses pembudayaan berlaku secara dinamis seiring gayahidup yang sentiasa terkesan dihanyut kemodenan.

Orang dulu-dulu, masa tak ada karan letrik kat kampong, boleh je kayuh basikal ramai-ramai bawak lampu ayan ziarah jiran-jiran sambil bertakbir bersama memuji Tuhan Yang Maha Esa, Maha Terpuji lagi Maha Bijaksana. Syukur kerana hariraya hadir dengan Rahmat Tuhan yang mengharamkan puasa bila Ramadan berakhir sempurna. ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Besar.

Masa terus berlalu. Ini jam bangla sama indon yang datang kerja di Malaysia sudah mampu pakai henfon blekberi, 3G, ai fon yu ker yu fon ai kann aduyy terr berr nya punnn. Budaya terus berubah. Bunyi berbeza, rupa tak sama warna, cinta tak mesti berdua, macam-macam ada. Pilih mana suka… Ma RABBUKA? Man Nabiyuka? Soalan ni besok sendiri jawab ya...

Nak ke mana perginya hidup kita? Banyak lagi ker baki usia yang ada? Bila nak mula berkira banyak dah kot dosa? Hak yang lama dah bertambun dok ada... Hak yang nak mai lagitak tau ikot mana. Jangan sampai rugi berganda. Tak dapat rezeki dunia, akhirat pulak masuk neraka, Wal ‘iyazubillah… Na’uzubillahi min zalik.

HIJRAH itu sifat asasnya baik. Kerana ia bersifat baik, maka ALLAH perintahkan kekasihNya Muhammad s.a.w berhijrah meninggalkan bumi kelahirannya yang terdapat Baitullah di dalamnya, menuju ke penempatan Suku Auws dan Khazraj yang mendiami bumi Yathrib. 

Akhirnya Madinah Almunawwarah terbina sebagai sebuah Negara Islam Berperlembagaan pertama dalam sejarah dunia. Taqdir ALLAH penentu segalanya apabila kemenangan berpihak kepada Islam tatkala Mekah berjaya ditawan oleh Ummat Islam dari tangan musyrikin Quraish dan seterusnya membebaskan manusia dari aqidah perhambaan berhala mahupun makhluk selain dariNya.

HIJRAH itu pada hakikatnya tersemat nilai sebuah perjalanan. Kehidupan kita didunia ini juga umpama sebuah perjalanan dari alam ruh ke alam rahim ibu dan langsung ke dunia. Terus jalan lagi ke alam barzakh di dalam kubur nanti sampailah alam kiamat dan akhirnya disudahi dengan alam akhirat yang kekal selamanya. Justeru HIJRAH itu sangat bersifat natural dalam kehidupan manusia. Yang penting ARAH tujunya tetap sampai ke akhirat.

Nota akhir sebelum penutup: Yang betul tapi berbeza dengan kita tak perlu dilawan sangat-sangat selagi ada dan jelas kebaikannya bersandar nas dan dalil naqlinya.

Tak kiralah lu Jawa ke haper ke… Kalo lu jaga hak TUHAN lu baek2, kat mana2 pon ALLAH jaga lu Der. Kalau lu langgar HAK ALLAH… lu sendiri jawab lah nanti der. Bahagian ni ending dia wa terpaksa kuanghajo skit… Kubur masing-masing der. Lu NGAP, lu JAWAB.

By: Towil SeeSharpMinor

Comments

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: Ø£َÙ†َّ رِعْلاً ÙˆَØ°َÙƒْÙˆَانَ ÙˆَعُصَÙŠَّØ©َ ÙˆَبَÙ†ِÙŠ Ù„َØ­ْÙŠ

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah banyak b

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.