Skip to main content

Sederhana tu macam mana sebenarnya?

Dunia terus berlari mengikut paksi setelah kiamat kalendar Maya ditunda lagi. Meskipun makin hari makin ramai saudara kita yang mati dizalimi di sana sini, segala kemelut hidup bersumbi dosa, noda dan nista, masih belum menampakkan gaya ummat kita dah pulih dari tenggelam punca.  Makin ramai yang tampil mendabik diri mendakwa tahu itu tahu ini dek kerana menjawab kepincangan yang semakin mudah dijaja ke sana ke mari dengan jalan teknologi komunikasi.

Apa yang pasti, polarisasi kecenderungan ke arah positif dan negatif juga bergerak selari sehingga makin sukar nak dipastikan di mana titik tengah sederhana yang perlu diambil kira. Jaringan sosial komunikasi yang kerap menjadi kaldai maklumat bercanggah serta fitnah juga tidak dinafikan turut menyumbang secara positif ke arah menyebarkan dakwah dan tarbiyah. Seperkara lain yang juga PASTI, segala yang berlaku adalah dalam pengetahuan ILAHI.

Syria terus berdarah. Palestin terus dijajah. Rohingya semakin parah sedang Ahlus Sunnah di Iraq kuyup diludah syiah sebelum dibunuh tentera mereka yang anti-Aqidah. Kesengsaraan Ahli Sunnah makin bertambah. Kebangsatan munafiqin syiah terus disokong secara lahir dan batin oleh sekutu mereka dari Israel, Britain, Amerika dan lain-lain negara termasuk segelintir orang Malaysia yang serupa aqidah syiahnya.

Kalau dulu mak bapak kita tak tahu ayatollah khomenei (bapa syiah iran) adalah manusia penipu berhati syaitan sehingga kelicikannya mendapat sokongan ummat lantaran imej ISLAM yang ditampilkan demi melindungi kemunafikan syiah. Hari ini generasi kita lebih mudah mencari maklumat dan bukti yang menyokong tuduhan dan segala bentuk kesesatan yang sedang dipromosikan oleh HizbusSyaitan.

Persoalan demi persoalan merecup di fikiran sepanjang hidup yang meniti arus pemodenan. Bagi orang Islam, Aqidah tetap perlu dipertahankan. Segala permasalahan Aqidah yang ditimbulkan oleh persoalan baru dan lama sebenarnya tidak perlu diperpanjangkan perbincangan kerana tiada sebarang perubahan selepas lengkap ajaran agama Tuhan Sekalian Alam diturunkan kepada Muhammad s.a.w Rasul Pilihan.

Di Malaysia setiap kali menghampiri detik pilihanraya, piring hitam lama yang mengungkit tuduhan kekafiran puak yang memisahkan politik suku agama suku, pasti diputar semula. Ini persoalan Aqidah sebenarnya, tapi kenapa harus disiar setiap kali menjelang pilihanraya? Kenapa tak siar masa hari raya misalnya atau dikempenkan kesucian Aqidah Ahli Sunnah sepanjang jalanraya pada bila-bila masa? Memang nak buat modal lah jawabnya... kan?

Bersederhana. Mudah diungkap. Mungkin senang nak dicakap tapi adakah cukup sederhana kita apabila berdepan situasi yang sepatutnya kita tak boleh berlebih kurang macam persoalan Aqidah. Zaman dulu sumber rujukan yang berstruktur dengan kredibiliti yang tinggi sahaja akan layak dicanang merata. Oleh kerana media yang terhad, sesuatu isu dapat didepani secara berhemah kerana tak perlu terkejar-kejar menjawab ribuan fitnah dan tuduhan lain pula.

Hari ini keadaan kita dah banyak berbeza. Cara artis budak hingusan bercinta pun dah dirujuk dan ditajuk di dada media sebagai cara hidup ideal yang lebih diminati berbanding kesungguhan mempertahan kepercayaan dan keislaman. Secara figuratifnya seolah-olah maklumat artis terkentut dalam lif lebih sensasi  kalau nak dibandingkan dengan Dr. Yusuf Qardhawi datang ke sini.

Liberalisasi minda yang berjalan secara tenang makin mendapat tempat dalam penghujahan pemain dan pemutar isu semasa. Rata-rata meminta agar kita bersederhana dalam membuat timbang tara sambil secara halusnya mereka mengutarakan hujjah kupasan dan libasan yang sama dan serupa, "dia kata dia, dia kata dia..." Banyak yang akhirnya memecahkan juga ummat yang semakin nazak dari bersatu Lillahi ta'ala.

Semua punya agenda. Ada yang berpihak, ada yang berpuak, ada juga yang buat-buat tak nampak dan tak kurang juga yang memang saja nak menempelak. Tidak dapat dinafikan golongan yang mahu mengambil jalan tengah tanpa menyokong atau menyepak mana-mana pihak juga semakin bertambah. Hakikatnya biarpun dituduh negatif mahupun dijulang positif, cakap manusia yang beragenda biasanya tidaklah setegar mana KECUALI apabila ALLAH dan RASUL dijadikan matlamatnya.

Ke arah mana anjakan paradigma ummat dalam bersederhana? Sejauh mana kita boleh pragmatik? Siapa yang layak buat garis panduan hidup manusia selain Tuhan Yang Menjadikan kita? Persoalan begini akan terus relevan sehingga usia dunia sampai ke noktahnya. Bagi kita yang takut keliru dengan segala layangan fitnah dan tuduhan akhir zaman, berserahlah kepada Tuhan setelah berikhtiar mencari jawapan dari sumber yang dijamin tiada keraguan; AlQuran & Sunnah.

(Iqra') Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menjadikan.

Wallahu a'lam.

By: Towil SeeSharpMinor


Comments

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: Ø£َÙ†َّ رِعْلاً ÙˆَØ°َÙƒْÙˆَانَ ÙˆَعُصَÙŠَّØ©َ ÙˆَبَÙ†ِÙŠ Ù„َØ­ْÙŠ

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah banyak b

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.