Skip to main content

Syawal di bulan Disember

16 Disember 2001 adalah bersamaan dengan 1 Syawal 1422. Aku ingat tarikh ini sebab anak sulung aku lahir pada hari tersebut. Anak perempuan aku pula lahir pada 12 Syawal 1423 bersamaan 17 Disember 2002. Kedua-dua tahun ini amat bermakna buatku sebelum ibu yang melahirkan anak-anakku dijemput mengadap ALLAH Rabbul Jalil pada tanggal 1 April 2004.

Ada yang anggap mesej aku umpama lelucon bila aku sms khabar kematian arwah isteri tercinta pada hari yang juga dikenali sebagai April Fool. Begitu sekali kesan kempen hari memperbodohkan diri yang dipopularkan pembudaya bukan Islam. Aku kira waktu itu aku tersentap dalam hiba menahan diri dari meratap.

Sembilan tahun berselang, hari lebaran Aidil Fitri yang meraikan kemenangan dan kegembiraan orang yang berpuasa semakin menjelang. Tiba-tiba ada paparan di kaca tv yang seakan mahu mengajar kedua anak aku bagaimana seharusnya gembira berhari raya dalam rasa yang sungguh asing setelah saban hari aku bersyukur kerana anak-anakku juga berpuasa secukupnya...




Justeru apa yang seharusnya aku fikirkan? Siapa ini yang begitu berani memujuk zuriatku mengagungkan semangat berhari raya dalam fitrah yang begitu berbeza dari agama yang mensyariatkan puasa? Sengaja atau sambil lewakah mereka ini mereka-reka dalam leka? Apa benar memang tiada maksud tersirat, tersurat dan subliminal dalam paparan itu?

Aku merisik khabar di balik tabir untuk cuba memahami siapakah dalang atau petualang di sebalik propaganda “Sinaran Lebaran”. Terlintas nama syarikat prima terutama dalam Negara sebagai empunya ceritera. Makin kuselak terbit pula nama teman sekongkol mereka sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang maksudnya Ripublika Kreatif. Khabarnya taulan itu juga punya bisnes di Negara luar seperti Taiwan dan United Kingdom.

Cetus hatiku berdetik terfikir betapa semakin global minda media di Negara ini lantaran berurusniaga dengan syarikat dari seluruh dunia. Tapi apa pula maksud lambang singa yang dijadikan logo sahabat kreatif mereka? Sebelum ini pernah kedengaran salah satu program muzik di syarikat media yang sama secara jelas menatang mesej wanita berbaju merah beserta lantai petak hitam putih papan dam.

Mungkinkah ada benarnya tekaan yang meneriak inilah fitnah dajjal di akhir zaman? Namun bila ditanya tampuk kuasa mereka, bunyinya sopan sekali menyatakan itu hanya tohmahan pemikir teori konspirasi dunia yang mahu percaya cerita yang direka. Persuasif sekali tingkah mereka memujuk para pemilik mata dan telinga yang melihat dan mendengar; seakan mulia benar dasar hujahnya.

Barangkali bagi pihak ibubapa yang bangga Islam sebagai agamanya tetapi tidak canggung dicabar minda dan imannya sedemikian rupa, kemungkinan besar kerana mereka tidak atau belum tahu. Namun bagi yang terasa dihina, persoalannya bagaimana harus ditangkis unsur negatifnya sekira ada? Melatah sahaja belum cukup. Harus tahu pula apa yang sebenarnya patut dijawab andai si anak yang cerdik bertanya mengapa?

Atas kalimah “LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH” yang sedang aku usahakan resapannya ke dalam hati, jiwa dan minda kami sekeluarga, tidak perlu rasanya pakcik penarik beca terbang bersama kanak-kanak bergembira dalam “Sinaran Lebaran”. Demi ALLAH dan RasulNya, aku lebih rela dicop kolot oleh manusia kerana tidak suka cetusan rasa pengkarya andai begitu jalannya agar dua kalimah itu sentiasa dapat aku pertahan bahkan perkuatkan di dadaku dan anak-anakku.

Wahai Tuhan Alam Semesta, kupohon seikhlasnya moga kami terus dipelihara dari fitnah dajjal durjana. Duhai anak-anakku, sekali lagi abah berpesan kepada kamu bahawa Tiada Tuhan Melainkan ALLAH dan Muhammad itu Pesuruhnya. Selamat menyambut Hari Raya, Minal 'Aidin wal Faizin putera dan puteri abah yang mula menatap dunia buat kali pertamanya di kala Syawal di bulan Disember.

By: Towil

Comments

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: Ø£َÙ†َّ رِعْلاً ÙˆَØ°َÙƒْÙˆَانَ ÙˆَعُصَÙŠَّØ©َ ÙˆَبَÙ†ِÙŠ Ù„َØ­ْÙŠ...

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah bany...

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.