Skip to main content

Posts

Own your mind, before you Mind your Own… again.

Off lately, it’s becoming more rampant to find people contemplating about conspiracy theory involving Freemason, Illuminati and stuffs. Comparatively before the age of information technology, this subject matter had limited avenue of diffusion. To a certain extent, some people tend to become highly fanatical in blaming all sorts of occurrences to such theory. According to claims of those talks, the Illuminati are referred back to Iblis or Lucifer and its worshipers or Luciferian. There are abundant rationales that justify the claims and theory; both in actual happenings and hearsay. Without discrediting the possibility of the theory, the relevance and truthfulness of it has yet to become proven fact as the Illuminati and Freemason themselves are seemingly keener to respond in denial by pushing the wondering thoughts even further towards uncertainties and confusion. Many aspects of life are said to be related to the Luciferian plan, which focuses on mankind abandoning Godly beliefs...

Warkah CINTA Rahmat Sekalian Alam?

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Al-Anbiyaa: 107). Begitu maksud kalam Tuhan sekalian alam menyatakan keistimewaan kekasihnya; seorang insan yang mulia yang dilantik menjadi pesuruhNya. Bagaimana boleh sampai begitu sekali hebatnya manusia teristimewa ini? Terpilih dari yang terpilih? Penghulu segala Nabi? ALLAH sendiri berselawat ke atasnya? Dicintai makhluk di langit dan bumi? Allahumma salli ‘ala Muhammad ;-) Cinta. Adakah ia suatu Rahmat antara sekalian rahmat? Cinta yang bagaimana? Senang diucap jawabnya CINTA ALLAH & CINTA NABI, tapi bila tiba bab pilihan hati setiap peribadi, berapa banyak masih berbaki jawapan ini secara hakiki? Jelas sekali Muhammad s.a.w telah diiktiraf menjadi kekasih ilahi yang dicintai sebagai balasan kepada cintanya yang tiada belah dan bagi untuk Tuhannya. Saling mengasihi dan mencintai. Pasti indah hubungan intim sesuci cinta begini kan? Rahmat Cinta dari Sang Pencipta… Aduha...

Memerdekakan Kemerdekaan!

"Being an independent, I serve no master but rakyat" - Wejok Tomik, calon bebas N16 Bengoh, Piliharaya Sarawak 2011. Dalam bahasa Melayunya lebih kurang, “Sebagai seorang yang bebas, saya tidak berkhidmat untuk tuan selain rakyat”. Begitu manis ungkaian kata bermadah bahasa Bro Wejok. Minda bebas merdeka tetap akan jumpa jalan keluar dari apa jua kongkongan dan kekangan yang menimpa. Di saat telingkah politik arus perdana terus jelek dilumuri skandal syahwat manusia berperi kebinatangan, terdengar suara anak muda bumi kenyalang dari kejauhan menyahut seruan berjuang, dengan semangat, minda dan jiwa anak merdeka. Ucapan SYABAS buat Bro Wejok yang suatu ketika di zaman remajanya adalah juga insan terpantas di trek lumba lari. Seandainya sungguh bagai dikata, tersemat kemas keikhlasannya di dalam jiwa, InsyaALLAH pasti tersurat ganjarannya. TAHNIAH atas keberanian menyanggupi tuntutan keprihatinan anak tempatan. Bagi kami yang mengharap kebaikan dari apa jua natijah perjuangan, ...

Rational In Prohibition, Less Emotional In Rationale

Prohibition. Some say forbid, disallow, sanction or injunction. Either way, it still means DON’T. It can be in the form of ‘stop doing it’, ‘never attempt to do it’ or ‘prevent from doing it’. Any form of ruling including religious has its own sets of injunctions. It’s obvious to note some countries differ from each other; subject to style of ruling, type of leadership, government system etc. Some tribes even have their own exclusive sanctions. Some religions; although similar by name, may differ in its prohibitions according to nations. One thing leads to another. That’s pretty common; be it in goodness and kindhearted manners or evil and wickedness. Put it onto causality or perhaps to Darwinist to lay it on evolution theory. For Islam, every prohibition has its own divine wisdom. Some are blatantly evident while some are undeniably observable although arguably understandable in the skeptic eyes of non-believers, non-practicing Muslims and deviant teachings such as the Shi’ites.

Bertekak Bertingkah Bukan Mesti Menang Dan Kalah

“Haaa… kan betol macam aku cakap aritu!” Kebetulan yang belum tentu disangga kebenaran. Barangkali sekadar agakan yang bertepatan. Mungkin cuma telahan yang bersesuaian. Apa jua rumusan sebenar perihal keadaan, ramai yang pantas menganggap kebetulan lazimnya kebenaran. Kata orang, “betulkan yang biasa, biasakan yang betul”. Persoalannya adakah anggapan betul boleh dikira sebagai mutlaknya benar? Kalau kita betul, adakah secara otomatiknya yang lain semua salah? Betul dan salah sudah terlalu dibiasakan dengan menang dan kalah. Sejak di bangku sekolah, kebanyakan kita diajar teknik berfikir secara objektif. Memang tak salah membentuk keperibadian yang tegas mendukung kebenaran, cuma bila kita berhadapan dengan cabaran pemikiran idealis yang tidak dipancang dengan kebenaran, kebarangkalian berbeza atau bertentangan fikiran adalah suatu kebiasaan. Justeru nilai yang menjadi pegangan akan dibicarakan secara berhadapan. Di sinilah tuntutan bertegas dalam kesederhanaan dan keterbukaan benar-b...

Celik Memandang Yang Jelek

Seimbangnya pandangan manusia bila celik mata hati, minda, naluri, emosi dan jiwa selain sepasang mata di bahagian hadapan muka. Kerap kita dengar ungkapan “pandang sebelah mata” yang membawa maksud acuh tak acuh. Dalam senario dunia hari ini, makin muak rasanya bila saban hari kita disogok berita dan fitnah yang bertali arus tak putus-putus. Baik di persada tempatan mahupun di pelantar dunia, pelbagai cerita bersulam dusta dicanang merata-rata. Media; baik di arus perdana, layar utama mahupun alternatif sahaja seakan dirasuki kegilaan menjaja pembohongan yang nyata. Apa mahunya kita dengan segala yang didedahkan secara menjolok mata? Sampai bila agaknya kita mahu dunia kita terus-terusan diconteng kecamuk berita yang bukan sahaja tidak membina sahsiah dan pemikiran malah semberono mempromosikan moral, etika dan akhlak terhina bahkan terkadang songsang yang bertentangan fitrah manusia. Itu belum dikira benar atau tidaknya berita sebegini yang disebarkan sesuka hati di sana sini.

Thank You Note

ALHAMDULILLAH. Segala puji bagi ALLAH. Terima kasih semua yang menyokong warung kopi see sharp minor. Sokongan anda sebagai pembaca blog ini sangat kami hargai. Semalam, (tanggal 8 Mac 2011), pembaca blog ini mencecah angka 5,000. Bagi pihak warung kopi see sharp minor, kami mengucapkan terima kasih kepada para pembaca blog ini kerana tanpa anda, pastinya kami tidak bersemangat untuk meneruskan usaha lagi secara giat. Semoga segala manfaat yang dapat kita timba bersama darinya akan menjadi kebajikan yang diiktiraf oleh ALLAH s.w.t sebagai bekal di hari perhitungan kelak. Salam ukhuwwah dari moderator warung kopi see sharp minor. ALHAMDULILLAH. All praise to ALLAH. Thank you for all supports rendered to warung kopi see sharp minor. We truly appreciate your willingness to drop by and read our blog. Yesterday, (dated 8 th March 2011), readership of this blog reaches 5,000. On behalf of warung kopi see sharp minor, we wish to express our gratitude to all our readers because without you,...