Skip to main content

Warkah CINTA Rahmat Sekalian Alam?

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Al-Anbiyaa: 107). Begitu maksud kalam Tuhan sekalian alam menyatakan keistimewaan kekasihnya; seorang insan yang mulia yang dilantik menjadi pesuruhNya. Bagaimana boleh sampai begitu sekali hebatnya manusia teristimewa ini? Terpilih dari yang terpilih? Penghulu segala Nabi? ALLAH sendiri berselawat ke atasnya? Dicintai makhluk di langit dan bumi? Allahumma salli ‘ala Muhammad ;-)

Cinta. Adakah ia suatu Rahmat antara sekalian rahmat? Cinta yang bagaimana? Senang diucap jawabnya CINTA ALLAH & CINTA NABI, tapi bila tiba bab pilihan hati setiap peribadi, berapa banyak masih berbaki jawapan ini secara hakiki? Jelas sekali Muhammad s.a.w telah diiktiraf menjadi kekasih ilahi yang dicintai sebagai balasan kepada cintanya yang tiada belah dan bagi untuk Tuhannya. Saling mengasihi dan mencintai. Pasti indah hubungan intim sesuci cinta begini kan? Rahmat Cinta dari Sang Pencipta… Aduhai indahnya… Tiada kata secantik bahasa yang dapat mengungkap makna sepenuhnya.

Perutusan kerasulan dan kenabian Muhammad s.a.w adalah suatu rahmat buat sekalian alam; merangkumi alam dunia dan akhirat, alam rumahtangga dan keluarga, alam persahabatan dan percintaan, alam ilmu dan kesenian, alam perniagaan dan pekerjaan, dan segala alam yang mampu diistilahkan. Dialah seorang manusia yang zahirnya mampu berdarah dan terluka jasad dan badan namun nurani batinnya seampuh Cinta Yang Maha Kuasa. Manusia sempurna terakhir yang pernah hidup di kalangan bangsanya yang jahil dan sedang teruk dirundung permasalahan jiwa sewaktu diutuskannya.



Rahmat yang dijanjikan oleh ALLAH s.w.t dengan Perutusan Muhammad s.a.w sememangnya benar sehingga ke hari ini dengan anggaran hampir sepertiga dunia menganuti agama penuh kerahmatan yang dibawa olehnya. Di suatu ketika, dua pertiga dunia pernah berada di bawah kuasa pemerintahan khalifah pimpinan sahabatnya yang meneruskan usaha agama sesudah kewafatannya. Dengan anggaran 6 billion manusia yang mendiami muka bumi hari ini, jumlah sepertiga yang bersamaan anggaran 2 billion jiwa, berkongsi percaya kepada satu agama Islam yang mulia. Subhanallah ;-)

Alam dunia semakin meniti usia. Kiamat yang pasti serta akhirat yang dijanji akan menjelma bila tiba saatnya nanti. Selepas lebih 14 abad dunia berputar tanpa pembawa rahmat sekalian alam, ajaran dan mukjizat Tuhan yang diamanahkan kepada ummatnya masih terus menjadi pegangan, meskipun ramai juga yang semakin melupakan. Terlupa boleh jadi kerana sengaja, boleh jadi juga akibat terlalai dan terleka. Islam yang hadir dengan suruhan pertama yang menuntut penganutnya supaya membaca masih kekal mulia walau sentiasa dicabar dari semasa ke semasa.

Bagaimana jika insan biasa macam kita nak dapatkan Cinta Yang Maha Kuasa? Khabarnya Cinta Ilahi tulus dan suci, tiada tandingan dari segi kualiti mahupun keluasan kuantiti yang infiniti. Bila hamba punya rasa kasih kepada Tuhannya, bagaimana diukur kerahmatan Tuhan serta kadarnya? Apa benarkah Cinta yang mekar itu tidak bertepuk sebelah tangan. Sejauh mana kepastian rasa saling menyinta dan dicintai antara kita dengan Sang Pencipta dapat diyakini kebenaran akan kewujudannya? Tahukah kita samada Dia Yang Maha Kuasa sedang mencintai kita atau sebaliknya?

Banyak kedengaran dakwaan yang bukan-bukan sebelum ini bersandarkan pelbagai nista. Pernah di Malaysia terdapat seorang Melayu yang secara terbuka di mahkamah dunia meletakkan jawatan sebagai Rasul Melayu. Semakin banyak juga cerita dan berita yang berkaitan golongan Syi’ah penipu agama yang tegar mendakwa teguh berpaksi kepada agama yang sama walau tatkala mereka mencemuh dan menghina Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabatnya yang dijanjikan syurga. Pelbagai pembohongan jadi bahan hujahan puak terpesong ini.

Kononnya atas dasar cintakan agamalah para penipu ini memperdaya manusia. Segala kebenaran yang haq terus-terusan diaduk dan dikecamuk dengan kebathilan. Segala macam teknik fitnah dan bicara terus diguna. Layakkah mereka ini juga diiktiraf sebagai penerima Cinta Yang Maha Kuasa sebagaimana yang mereka dakwa sentiasa bersama mereka? Cinta disalah erti. Bagaimana pula dengan kita semua yang bukan mereka? Sudah layakkah kita menagih Cinta Yang Maha Kuasa? Demi hidup dan juga akhirnya…

Kalau diturut jejak langkah sikap dan keperibadian Rasulullah, pasti sahaja pengikut itu beroleh Rahmat. Atau barangkali lebih besar lagi anugerah Ilahi jika pengikut yang mencontohi sikap Nabi turut menjadi saluran Rahmat Tuhan Rabbul ‘Izzati yang sedang mengotakan janji memberi RahmatNya buat yang sudi. Wallahi… andai dapat begitu pasti terbaek! Untuk ikut 100 persen memang sukar agaknya, tapi kalau dapat dicontohi Pesuruh Allah Tercinta ini dalam salah satu alam yang diceburi, barangkali ini sudah mencukupi buat bekal sebelum mati.

Andai RahmatMu, cukup untuk melayan satu jiwa, berbahagia di syurga, kupohon padaMu Tuhan, agar aku jadi pilihan. Maksud sedemikian juga pernah diucap dalam munajat seorang sahabat Baginda yang pernah disabdakan oleh Muhammad yang tercinta, “Andai ada Nabi selepasku, Umarlah orangnya”. Khalifah kedua yang berjaya menagih kasih Tuhannya. Dari seorang jahil yang kasar perkasa, Rahmat hidayah yang menyapa kalbunya tatkala terdengar Kalam ALLAH yang mulia dibacakan oleh adiknya telah menukarkannya menjadi hamba yang setia lagi gagah mendukung panji Ilahi.

Alam kesenian juga barangkali layak menampung Rahmat ALLAH bila keindahan Pencipta dapat digambarkan dalam hasil seni yang dicipta. Audio Visual, Animasi dan Multimedia Kreatif yang terhasil atas dasar kecintaan kepada gaya penyampaian Pesuruh ALLAH buat ummatnya pasti layak menerima Cinta dan Rahmat Tuhan Yang Maha Esa. Berkaryalah semahunya demi Tuhan. Beriramalah seingin hati demi Ilahi. Dendangkanlah pantun seloka demi Yang Maha Kuasa, Syairkanlah lagu Cinta demi Pencipta sekalian hamba.

Setiap insan punya kelebihan dan kekurangan. Ketidaksempurnaan itulah yang menarafkan manusia sebaik kejadian. Sempurnanya kita bila bertindak sebagai hamba kepada Tuhan yang mencipta segala, waimma dalam urusan bercinta sesama hamba. Layarkanlah bahtera menuju ke pantai bahagia. Harungilah gelora yang menghempas badai dunia dengan hati seteguh agama yang dirahmatkan kepada kita semua sebagai amanah untuk dipelihara. Namun jangan dilupa, ujian Tuhan juga turut menimpa hamba-hamba yang dikasihiNya.

Siapa di dunia ini yang lebih besar dugaan dalam hidupnya? Para Rasul, kemudian mereka yang mencontohinya dan mereka yang mencontohi mereka yang mencontohinya. Dialog Hadith Nabi s.a.w ini jelas mengingatkan kepada sesiapa pun jua yang memilih untuk meniti arus cabaran menyampaikan kebenaran Tuhan agar sentiasa berwaspada kerana ujian dan dugaan yang melanda juga lazim lebih besar dari orang biasa. Walau begitu susah payahnya, seluruh hidup sepanjang kerasulan Baginda tetap dihabiskan dengan usaha tanpa putus asa menjulang panji Tuhan di jalan kebenaran.

Dari seorang lelaki berstatus sosial bertaraf bangsawan, Muhammad bin Abdullah dihina, dicemuh, dituduh gila, diancam bunuh, dicaci, dimaki bahkan diperangi oleh kabilahnya sendiri, semenjak saat Baginda menggalas tanggungjawab menyampaikan kebenaran Tuhan sejurus diangkat dengan kerasulan. Namun Rahmat, Kebijaksanaan dan Kasih Sayang Tuhan tidak pernah lekang dari hati Muhammad s.a.w dan para pengikutnya walau ada yang hilang nyawa diseksa dan disula untuk menakutkan penganut agama yang dibawa oleh Baginda.

Mujur Rasulullah s.a.w tetap berjuang di jalan TuhanNya. Mujur juga para sahabat Baginda yang mulia turut teguh mengembangkan agama yang mampu menyelamatkan dunia. Hasilnya syukurlah kita masih berpeluang menerima walau secebis cuma RahmatNya. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan Sekalian Alam. ALHAMDULILLAH ;-)

Klik link ini untuk lagu 'DEMI' yang menjadi inspirasi kepada penulisan artikel ini.

http://www.reverbnation.com/play_now/song_8334458

By: Towil

Comments

Unknown said…
artikel dan blog yang bagus. Saluuuuuuuut.

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: Ø£َÙ†َّ رِعْلاً ÙˆَØ°َÙƒْÙˆَانَ ÙˆَعُصَÙŠَّØ©َ ÙˆَبَÙ†ِÙŠ Ù„َØ­ْÙŠ

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah banyak b

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.