Skip to main content

Balada Laut Merah

Hanyut… kerna khuatir dan takut
Pada kezaliman yang kalut
Bimbang kuasanya menyurut
Berbondong mengikut taghut

Lembut… kasihnya yang membelai
Bagai ombak memujuk pantai
Bayu laut berpuput longlai
Cinta hamba setinggi nilai

Chorus
Dan berlari…
Menjauh dosa yang menggari
Salahkah cuma membela diri
Untuk ditaqdir ,si bidadari
Merintih hamba sesal sendiri

Dan fahami…
Pantas benarkah kau berlari
Atau harus aku yang mencari
Sisa kasih nan masih berbaki

Ya Ilahi…
Pimpinlah tanganku di dunia ini
Agar terubat rindu di hati
Bertemu Dikau di sana nanti

Bridge
Terbelah lautan tanda kuasa
Tuhan Agung Yang Maha Esa
Takkan terhalang tetap janjiNya
Sebenar kisah , selingkar sejarah Laut Merah

Lagu: Abang Yob Pemuda Equine & Bobo Zoul Fazs
Lirik: Towil See Sharp Minor

Sila klik link untuk dengar lagu...
http://www.reverbnation.com/fazsvocoustica#

Comments

towil said…
Lirik ini ditulis berasaskan kisah Nabi Allah Musa a.s yg dihanyutkan ibu kandungnya lantaran khuatir keselamatan nyawanya sebagai bayi lelaki yg pada masa itu harus dibunuh oleh Firaun.

Baginda Nabi Musa a.s kemudian ditakdirkan dipelihara oleh isteri Firaun yg penyayang. Kisah ini seterusnya bersambung apabila Nabi Musa a.s dewasa dan secara tidak sengaja membunuh seorang lelaki demi mempertahankan diri.

Kisah Nabi Musa a.s yg popular pastinya Laut Merah yg terbelah ketika ALLAH s.w.t menyelamatkan ummat Islam pada masa itu dari Firaun yg mengejar mereka...

Lebih kurang begitulah sinopsisnya...

Popular posts from this blog

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah bany...

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.

Kaunter FITNAH... Justice for Jebat Ruffedge!

Buat pertama kalinya Blog Warung Kopi See Sharp Minor memaparkan sebuah KISAH BENAR yang dikhabarkan kepada kami oleh sekumpulan rakan-rakan yang kami percayai kata-kata mereka lantaran kesemuanya tegar menjaga SOLAT harian mereka. Sesudah kami ISTIKHARAH, sebulat suara kami di blog ini merasa TERPANGGIL untuk menyiarkan blogpost kali ini yang cuba merungkaikan sebuah FITNAH sehingga menzalimi seorang Hamba ALLAH.  Sesungguhnya HARAM membuat, menyampai dan menabur FITNAH. Akan tetapi sekiranya kita bertembung dengan sesebuah fitnah yang menganiaya sesorang sehingga terpenjara akibat fitnah pertuduhan yang direka, adakah WAJAR kita berdiam membiar? Oleh kerana perkara ini yang berkisar pertuduhan terhadap seorang bekas penyanyi yang merogol anak tiri sudah tersiar di media massa secara umum, maka kami memilih untuk menyiarkan kisah “Kaunter FITNAH” ini dengan corak penulisan sebegini…  Aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam.  Dengan nama A...