Kesemua para Nabi dan Rasul adalah lelaki. Namun begitu, kaum wanita juga punya tokoh-tokoh yang hebat. Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid tersohor dengan keperibadian contoh wanita solehah buat seluruh ummah. Aishah binti Abu Bakar yang cerdik, Fatimah binti Rasulullah yang setia, Asiah isteri Firaun yang penyayang, Rabiatul Adawiyah yang zuhud dan banyak lagi nama-nama besar para wanita solehah yang terukir dalam lipatan sejarah.
Jika dinilai pada timbangan agama, pengkelasan solehah adalah didasarkan kepada amalan seseorang tapi kalau diukur berdasarkan penilaian sahsiah insaniah, sikap dan keperibadian pula yang menjadi kayu pengukurnya. Antara agama dan perangai manusia di dalam jiwa seorang hamba, mana datang dulu? Soalan ini lebih kurang macam pertanyaan antara ayam dan telurlah sifatnya.
Antara didikan, pendidikan dan kemahuan menjadi perempuan dan wanita berketerampilan dengan peribadi yang mengundang kecintaan Tuhan serta kesenangan hati insan, jumlah yang berjaya dan gagal terus seimbang sepanjang zaman. Inilah bukti kebijaksanaan Tuhan dalam menciptakan. Sama macam orang jantan, perempuan juga dijadikan dengan nafsu dan keinginan yang secara konsisten menjadi ujian kepada Iman.
Memang banyak persamaan peranan antara jantina berlainan. Ini tidak termasuk golongan kecil manusia yang dijadikan ALLAH s.w.t sebagai khunsa dan pondan. Yang pastinya, semua ada hikmah kejadian selain tuntutan tanggungjawab dan kewajiban. Secara mikro di peringkat sesebuah keluarga, perempuan dan wanita adalah tertakluk kepada jagaan wali masing-masing. Di peringkat yang lain pula, kawan, jiran, masyarakat dan pihak penguasa turut dituntut memainkan peranan.
Sebagai ibubapa, adik-beradik, pakcik makcik dan datuk nenek, perempuan dan wanita mahram perlu dilayan dengan lembut meskipun bersulam ketegasan. Para wali dan penjaga di kalangan ahli keluarga yang dipertanggungjawabkan oleh ketentuan Ilahi ini seharusnya sedar meskipun mereka tidak menanggung dosa selain dari kesalahan sendiri setelah mereka melepas taksir dengan menyampaikan peringatan, para wanita dan perempuan dalam jagaan mereka masih perlukan pengawasan, bimbingan dan bantuan sehinggalah tanggungjawab tersebut disanggupi lelaki yang menawarkan diri menjadi suami yang sah.
Justeru tuntutan pengetahuan melibatkan hak dan hukum tersangga di atas batu jemala para wali. Apabila para wanita dan perempuan yang tak senonoh makin bersepah di sana sini, tidak salah untuk disimpulkan bahawa sebahagian dari puncanya terletak kepada wali-wali yang nyata telah gagal memainkan peranan masing-masing sebaik mungkin sepanjang tempoh mendewasa dan mematangkan kaum hawa dalam jagaan mereka.
Sebahagian lagi punca bertebaran perempuan dan wanita yang rendah kualiti peribadinya termasuk dari jenis yang mengaku kononnya masih Muslimah sudah tentulah disebabkan kedangkalan akal tuan punya badan membuat pilihan tanpa teras iman dan ihsan. Garis panduan agama menyeru agar kaum hawa dijaga oleh para walinya kerana mereka sebenarnya kejadian mulia dan bernilai tinggi yang selayaknya sentiasa dipelihara. Namun dek kerana nafsu, bagi sesetengah orang hak penjagaan ini dianggap kongkongan yang membataskan kebebasan.
Saban hari berselang minggu barangkali, kita semakin biasa disajikan berita pembuangan bayi di merata pelusuk Negara tak kira di kota mahupun desa. Hamparan kisah yang tertera di dada akhbar harian dan tabloid tempatan ini sedikit sebanyak meningkatkan tanggapan bahawa kemuliaan seorang wanita yang ALLAH s.w.t tawarkan secara eksklusif buat para ibu yang melahirkan semakin tiada harga di hati manusia.
Anak-anak ‘haram’ yang kini disedapkan status sosialnya dengan jolokan ‘tidak sah taraf’ tetap lahir tanpa sebarang dosa meskipun ibubapanya bermandi noda. Melahirkan anak yang merupakan suatu kurniaan suci dan mulia terus dicemar kejelekan yang mengundang kehinaan di sisi tuhan dan insan apabila rahmat menyambung zuriat disalahgunakan. Tepat sekali firman AlQur’an yang menyatakan manusia merendahkan martabat sendiri ke tahap sehina-hinanya meskipun diciptakan Tuhan sebagai sebaik kejadian.
Menuding jadi sambil menyalahkan si anu dan si polan ternyata lebih mudah dari menyedari betapa kesilapan sebenarnya berpunca dari kegagalan yang dikongsi bersama. Kalau nak pandang perempuan yang sanggup menggadaikan diri sampai terbunting di sana sini, kenalah juga pandang lelaki yang menerima gadaian jiwa raga yang ditawarkan. Takkanlah si perempuan terbunting sendiri atau sanggup dibuntingkan secara klinikal tanpa suami? Takkan berbunyi tepukan kalau sekadar bertepuk sebelah tangan.
Mencari di manakah silapnya tidaklah sesusah memperbetulkan keadaan dan menukar haluan ke arah kebaikan. Kes-kes pembuangan bayi ini sekadar “tip of the iceberg” yang muncul di permukaan keruntuhan akhlaq kerana pada hakikatnya jumlah yang menggugurkan kandungan akibat ketelanjuran juga barangkali semakin meningkat selaras dengan bertambahnya kadar kebebasan sosial yang semakin kuat berbaur aktiviti seksual tanpa batasan.
Secara rasionalnya apabila Sigmund Freud, ahli psikologi terkemuka berbangsa Yahudi, merumuskan bahawa keinginan seksual adalah pendorong utama perilaku manusia setelah beliau menjalankan pelbagai bentuk kajian, ini bermakna nafsu manusia sememangnya mampu beraja di hati bersultan di jiwa jika tidak diimbangi secara saksama. AlQur’an juga meletakkan syahawat manusia berbentuk seksual khususnya kehendak lelaki kepada perempuan di tangga teratas mengatasi jenis-jenis nafsu lain.
Di ayat lain yang termaktub dalam AlQur’an pula, lelaki dituntut menjadi pemimpin kepada wanita. Masalahnya kalau sekadar bersandarkan status lelaki sedangkan hatinya mati tanpa ilmu, kesedaran dan iman, jangan kata perempuan, bahkan haiwan juga tak mahu jadi bahan pimpinan sekiranya diberi pilihan. Justeru lelaki yang bagaimanakah selayaknya jadi ikutan perempuan? Lelaki yang dirumus oleh Sigmund Freud dalam kajian atau lelaki yang di dalam dirinya walau tidak banyak masih berpandukan kalam Tuhan?
Lazim kita dengar kesimpulan nafsu wanita mahukan cinta, nafsu lelaki pula pada anunya. Di antara keduanya ada pilihan. Mahu ikut bisikan dan hasutan setan atau menurut garis panduan Hadith dan AlQur’an dalam iman? Apapun yang jadi pilihan di dunia ini, Tuhan Maha Mengetahui meskipun tersimpan rapi jadi rahsia peribadi. Kalau dasar Iman dan Ihsan jadi asas pilihan, pasti akhirat jadi logik di fikiran. Kalau tidak, teruskanlah menatap apa sahaja yang dah jadi dengan manusia hari ini.
Ketelanjuran nafsu bukan sekadar berlaku di antara individu berlawanan jantina yang bukan mahram bahkan adakalanya melangkau batas akal yang waras seperti perilaku seks sejenis dan dan haruan makan anak. Tidak cukup di situ kegilaan seksual juga dilaporkan berlaku antara manusia dengan binatang selain sering diguna sebagai senjata fitnah lantaran populariti dan sensasinya. Hatta di Negara Islam pun ada yang beriya-iya mendakwa diri diliwat dengan separa kerelaan?
Faktor penggalak yang melorongkan kepada situasi kemaruk seks ini (push factor) dan juga faktor yang menarik kepada perlakuan tersebut (pull factor) yang terdiri dari aspek luaran mahupun rangsangan dalaman kini semakin pelbagai. Apapun jua alasannya, jalan penyelesaiannya tetap perlu berbalik kepada fitrah manusia iaitu agama. Kesemua agama samawi di dunia ini merangkumi Islam, Kristian mahupun Yahudi menghormati kesucian wanita dan menuntut penjagaannya.
Perubahan zaman yang menukar gaya hidup semasa juga sudah tentu turut meningkatkan peluang berlakunya keadaan segila kecamuk seksual hari ini. Kalau dulu masa zaman atuk nenek kita nak bercinta, cukup susah nak bersua mahupun sekadar melafaz kata. Hari ini rata-rata pasangan bercinta bebas berbicara semahunya bila-bila masa tak kira di mana. Tak cukup dengan telefon dan sms, ada blackberry, email, facebook dan twitter. Resam orang bercinta zaman sekarang makin pantas dengan jalur lebar yang memudahkan terhakisnya benteng malu sehingga mudah sahaja bersikap terbuka segalanya.
Bahan rangsangan seksual dalam dunia tanpa sempadan hari ini makin mudah untuk didapati. Semakin hari semakin banyak kedapatan gambar dan video terbuka, terdedah dan erotik dalam pelbagai format saluran. Kes rakaman pramugara terlampau, mak datin, budak sekolah, artis lakonan, penyanyi pujaan dan banyak lagi aksi orang kita seakan tidak bernoktah dengan pendakwaan menurut saluran kehakiman. Pernah tersiar di akhbar tempatan mengatakan Putrajaya juga semakin rancak menjadi medan melampias serakah pelbagai lapisan umur tidak kira bujang teruna, janda anak dua, suri rumah sepenuh masa mahupun isteri yang bekerja.
Tuntutan pengukuhan aspek spiritual dalam mendepani cabaran nafsu adalah suatu persoalan universal yang wujud semenjak generasi Adam dan Hawa. Harap-harapnya kita masih belum terlewat masa untuk bertukar tanggapan dan pegangan dari berpandukan peribahasa “jangan jaga tepi kain orang” atau “mind your own business” kepada penghayatan maksud Surah Al’Asr yang mahukan kita berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran semoga terselamat dari kerugian. Tepuklah dada, tanyalah selera… tapi biarlah kena gaya dan caranya.
Oleh: Towil

Comments
Post a Comment