Azan adalah sejenis bunyian. Bahasa moden bagi bunyian ini kita gelar sebagai 'audio', tuan-tuan. Untuk menentukan samada audio azan yang keluar di corong-corong masjid itu perlahan atau kuat, maka pengerusi dan AJK sesebuah masjid harus mengambil inisiatif untuk buka buku (kalau malas, upah orang), dan baca sedikit sebanyak tentang apa itu audio.
Dalam dunia audio, tiga perkara berikut harus difahami betul-betul: i) Volume, ii) Intensity, dan iii) Loudness.
Volume (jumlah), adalah tulisan yang biasa kita akan cari pada radio bilamana taik telinga kita memaksa radio itu dipasang dengan lebih kuat, atau bilamana para suami isteri mahu mengalihkan tumpuan anak-anak untuk 'bersama'. Ianya hanyalah perkataan yang menentukan: bunyi ini kuatnya sekian.. sekian.. sekian.. Itu saja.
Intensity (kekuatan), adalah nilai tekanan udara yang dihasilkan gelombang yang diunjur dari pembesar suara. Senang cerita, kalau tuan-tuan pergi mana-mana emporium, atau majlis kenduri kahwin, lebih-lebih lagi kalau Djnya tengah pasang lagu kumpulan rap Nico atau 4U2C, cuba-cubalah berdiri di depan pembesar suara yang ada. Tuan-tuan boleh rasa angin keluar dari speaker tu, tuan-tuan.
Berapa banyak angin yang keluar itu, kalau diukur dengan alatnya, akan memberikan nilai 'kekuatan' bunyi yang terpasang. Makin dekat berdirinya kita dekat speaker tu, makin tinggi lah nilai kekuatan ini. Makin jauh, makin kuranglah ia.
Perkara ketiga, perkara paling relevan sekali, adalah Loudness (kelantangan). Dalam kitab 'Mastering Audio : The Art & Science' karya Bob Katz:
"Loudness.. is used specifically and precisely for the perceptual level created inside the listener's brain."
Jika lagu metal black hitam punya, dimainkan pada takat volume '30' di tengahari, dan lagu yang sama dengan takat volume yang sama dimainkan di malam hari, si tukang head-banging akan mendakwa, menghayunkan kepala mengikut rentak lagu di malam hari lebih feel, lebih bertenaga. Lagu metal ni, kuncinya ialah loudness, tuan-tuan. Bagi Mat Dangdut, lagu metal ni bunyinya terlalu kuat. Justeru, Loudness itu berbeza-beza antara orang.
Bayangkan senario ini: Dua ekor manusia sedang merempit, seekor pakai honda ex-5 standard, seekor lagi pakai ex-5 + ekjos buloh. Jika dua-dua ekor tu merempit betul2 depan anda, dan di tangan anda ada sebiji batu-bata, mamat mana yang anda mau lontarkan batu-bata itu?
Sila jawab : antara Hail Amir dan Anuar Zain masa dia kecik2 dulu (ingat lagu 'Kain Pelikat..la-la-la-la..') , siapa yang paling kuat suaranya?
Pendekata, untuk menentukan mana satu kuat, mana satu terlebih kuat, banyak perkara harus dimasukkan dalam satu rumus matematik bagi mendapatkan jawapannya. Faktor keadaan persekitaran, frekuensi, tona bunyi, durasi bunyi itu sendiri dan lain-lain, mempengaruhi kelantangan sesuatu audio yang didengar.
Hakikatnya...
Kebanyakan pak bilal di masjid-masjid tidak didedahkan dengan perkara ini. Apa yang mereka tahu, sampai masa, pasang amplifier, naikkan volume sekian-sekian-sekian takatnya, dan azan. Di sesetengah masjid atau surau, ada 2-3 pak bilal yang bertugas mengikut giliran. Masing-masing pulak ada suara yang tersendiri. Ada yang garup-garup, ada yang macam Jasni, ada yang macam Kusupi. Tidak kira Zuhur atau Subuh, pak bilal akan naikkan volumenya pada takat yang sama, equalizer yang sama.
"Music is What Feelings Sound Like"
Azan adalah sejenis muzik. Gelombang udara yang dimampat dan disusun mengikut lagu atau taranum yang dikeluarkan dari peti suara pak bilal.
Wilhelm Busch (1832-1908), pelukis dan penyair dari Jerman menyatakan
“Music is always noise-related, and often not appreciated.”
Bagi kita, sekuat mana pun azan yang dikumandangkan, ianya tetap 'muzik' di telinga kita. Namun bagi yang bukan dari kita, justifikasi terhadap audio yang keluar dari corong masjid itu hanyalah sekadar hingar atau noise. Bila ianya dianggap sekadar hingar, apabila mencapai satu tahap yang tertentu, boleh dikategorikan sebagai pencemaran yang membahayakan pendengaran, sama bahayanya macam pencemaran gas monoksida dari ekjos mat rempit tadi tu.
Makan Tuan
Azan adalah syiar.
Syiar ini sudah bertukar menjadi fitnah. Fitnah kepada agama Islam sendiri.
Pun begitu, ianya wajib dipertahankan. Jangan jadi macam Singapura mahupun Turki.
Zaman ini amat mencabar. Satu dekad kebelakangan ini menyaksikan dunia semakin dimampatkan dengan seribu satu macam persepsi. Bernafas sebagai seorang muslim, sudah menjadi kerap kita dilukakan dengan persepsi-persepsi negatif orang luar terhadap agama ini; Islam teroris, Islam jumud, Islam egois, dan bermacam-macam lagi. Persoalannya, apakah kesemua persepsi ini datangnya semata-mata dari mereka yang tak senang dengan agama ini, atau adakah datang keangkuhan dan kebodohan kita sendiri?
Kita mahu tunjukkan kebanggaan kita terhadap agama ini, dan dalam masa yang sama mempromosi tolak ansur dalam Islam. Macamana caranya?
Solusi
Solusi ini adalah cadangan yang tak berapa nak teori mahupun praktikal, tapi lebih signifikan dan relevan berbanding bakar-bakar patung depan masjid, berdemo yang tak tahu hujung pangkal, lepas tu semua orang makan hati.. (yang rugi, kita juga..).
Apa yang penting, solusi ini mengenepikan sentimen agama atau pun kaum, bahkan menggunakan argumen bunyi itu sendiri untuk menyelesaikan masalah. Mana lah tahu, satu masa nanti, tiba-tiba ada makhluk yang mahu saman masjid sebab mengakibatkan pencemaran bunyi. Harus diingat, bunyi boleh dikuantitikan, kuantiti ini boleh digunakan untuk defend syiar ini. Nak bergantung kepada "Islam adalah agama rasmi" dalam perlembagaan? Melihat keadaan semasa.. jangan harap sangatlah.
Okey, bagaimana kita boleh imbangkan antara menegakkan syiar dan dalam masa yang sama menonjolkan toleransi dalam agama Islam? Key-pointnya ialah 'Loudness corong-corong masjid di kawasan perumahan'.
Pihak-pihak yang berkaitan, terutama sekali AJK masjid dan surau, kalau anda sayangkan agama ini, kalau anda mahu lihat umat agama ini lebih dihormati, kalau anda mahu tambah 'saham' dengan proses dakwah yang berpanjangan, sila ambil perhatian perkara ini :
Ingin saya kongsikan wawasan ini: Para liberalis, orientalis dan is-is-is yang lain cukup gemar mengolah pandangan masyarakat dunia terhadap agama ini menggunakan argumen-argumen saintifik dan logik mereka. Sampai masa kita bergerak dan gunakan balik senjata-senjata mereka ini ke atas mereka.
Renungan
Dr. Maza secara sinis membentangkan sebuah nukilan dari sebuah kitab yang menyentuh tentang tokok-tambah ke atas azan. Memetik posting di laman Facebook Dr. Maza pada Jumaat, 14 Januari 2011:
Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan di antaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Di kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
P/S: Penulis adalah insan biasa yang membesar dengan laungan azan tiap-tiap hari di sebelah rumahnya.

- Calibrate sistem audio setiap masjid dan surau yang terlibat. Pastikan audio yang keluar dari corong tidak terlalu 'lantang' tapi boleh pergi jauh bunyinya.
- Setiap muadzin harus diukur tona dan frekuensi suaranya. Invest sedikit untuk dapatkan sebuah amplifier yang mempunyai EQ. Muadzin-muadzin ini akan menggunakan setting EQ tersendiri sebelum azan. Ada sesetengah orang, suaranya bercakapnya saja sudah begitu lantang. Ada pulak yang suara jeritnya sama kuat dengan suara bercakap.
- Amalan memasang kaset al-quran 15-30 minit sebelum azan seperti yang diamalkan disesetengah masjid, haruslah ditukar. Samada dihentikan (merujuk kepada hujah yang saya lampirkan dibawah), atau pun diperlahankan 50% bunyinya berbanding ketika azan. Lebih elok lagi, kalau muadzin tu sendiri yang baca al-qurannya. Baru laa aci...
- Waktu subuh adalah waktu ketumpatan udara yang tinggi. Tak perlu dikuatkan bunyinya macam nak pecah rumah. 25-30% pengurangan sudah menyamai kekuatan bunyi pada siang hari (ini anggaran saja ye..)
Ingin saya kongsikan wawasan ini: Para liberalis, orientalis dan is-is-is yang lain cukup gemar mengolah pandangan masyarakat dunia terhadap agama ini menggunakan argumen-argumen saintifik dan logik mereka. Sampai masa kita bergerak dan gunakan balik senjata-senjata mereka ini ke atas mereka.
Renungan
Dr. Maza secara sinis membentangkan sebuah nukilan dari sebuah kitab yang menyentuh tentang tokok-tambah ke atas azan. Memetik posting di laman Facebook Dr. Maza pada Jumaat, 14 Januari 2011:
Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan di antaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Di kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
P/S: Penulis adalah insan biasa yang membesar dengan laungan azan tiap-tiap hari di sebelah rumahnya.
Comments
Bukankah volume berkadar langsung dengan intensity? Ambil kira algorithma dibawah.
Suara atau azan ni spatial expansion, rasanya. Lagi2 dari pembesar suare mesjid. Jadi
p[sound pressure] is RMS to 1/r[radius distance law]
Di mana
I[intensity] = pv[particle velocity]
Tp, Intensity ada velocity and magnitude.
Maksudnya pv[accoustic pressure] berkadar langsung dengan p[acoustic Intensity] dan azan adalah accoustic yg spatial expansion.
Jadi, cuba huraikan..:)
Secara generic, loudness mengambil kira faktor frekuensi, duration dan juga intensity sesuatu bunyi. Suara high pitch akan didengar dan diterima otak sebagai lebih kuat berbanding bunyi low pitch pada kadar masa yang sama dan intensity yang sama. Ini membalikkan semula pokoknya kepada tona suara.
kesimpulannya, jika muadzzin itu suaranya tajam, maka level volume itu harus direndahkan. Jika suaranya bass, boleh dinaikkan secukup rasa yang patut-patut saja.
Kebanyakan sistem speaker di menara mesjid mempunyai lebar jalur bunyi yang pendek dan dimampatkan. Bunyi yang keluar selalunya terlalu tinggi loudness pada mid dan hi range frequency. Untuk itu, rendahkan volume pada subuh hari jika di sekitar masjid ada orang2 bukan islam, atau gunakan equalizer kalau ada untuk rendahkan loudness disekitar frekuensi ini.
Complicated bukan? kerana isu loudness ini adalah isu persepsi otak manusia, yang berkait dengan preferens bunyi setiap orang. The best way, berbalik semula kepada saranan dr. maza tadi. pendekkan durasi bunyi yang dikeluarkan di corong masjid. kerana dengan durasi yang pendek, sekuat mana intensity yang dipancarkan pun tidak akan menjadi terlalu 'loud' pada pendengaran orang kebanyakan. Objektif syiar yang kita mahukan pun tercapai, dalam masa sama menonjolkan toleransi yang tinggi agama ini di kalangan yang bukan muslim. Rileks.. ada bermacam cara lain lagi untuk kita berdakwah.
Play it safe and wise.. :)
Post a Comment