Skip to main content

AKU pilih untuk TIDAK memilih ;-)


FITNAH. Lebih besar dosanya dari membunuh. Ayat AlQuran yang ini tak diteruskan dengan “kecuali waktu musim pilihanraya”. Sekiranya kamu BERIMAN dengan ALLAH dan Hari Kiamat, maka cakaplah yang baik atau diam. Mafhum AlHadith ini juga tiada pengecualian buat musim PRU. Soalan… Berapa peratus politikus Malaysia yang TIDAK bermain dengan FITNAH & lebih suka DIAM dari bercakap keburukan lawan? Kerana apa? Kerana PILIHANRAYA? Adakah adil dikatakan PRU meningkatkan permusuhan & perpecahan di kalangan ummat?

Ada orang pilih Barisan Dacing. Ada yang pilih PIKATAN Rakyat. Ada juga calon bebas dan yang memilih untuk tidak ambil pusing. Di satu polar, kata caci maki bergentayangan… sementara di pihak yang satu lagi, walaupun sudah banyak yang serupa dengan lawannya, ada yang sanggup menggadaikan masa depan ummat Malaysia dengan MENERIMA ketua beraqidah syiah laknatullah untuk memperjuangkan agama ALLAH. Masing-masing dengan rasa dan percaya macam azazil berdepan Adam a.s, “aku lebih betul dari dia”.

AKU pilih untuk TIDAK memilih sebab ini Negara demokrasi. Jumlah yang macam aku sebenarnya bukan sedikit. Tengoklah peratusan mengundi. Berapa kadar yang keluar mengundi? Satu sebab lagi kerana aku TAK PERCAYA kepada pilihan sedia ada yang ditawarkan. Demokrasi juga membenarkan aku TUNGGU calon yang lebih aku berkenan di musim depan. Itu kan semangat demokrasi yang membuat pilihan atas penilaian individu sehingga orang JAHAT yang berkepentingan serong dan orang BODOH yang dipergunakan juga layak mengundi.

Aku bersyukur kepada TUHAN kerana dilahirkan di Negara Malaysia yang aman. ALHAMDULILLAH Negara aku ‘aman’ sewaktu aku belum boleh buat pilihan dan berterusan ‘aman’ sesudah usiaku layak memilih. Aku faham kebanyakan omelan, ketidak puasan hati, ungkitan dan rungutan kehidupan seharian RAKYAT Negara ini. Ada yang aku bersimpati dan ada juga yang bunyinya tolol atau mengada-ngada. Itu hak masing-masing untuk menyatakan fikiran.

Kepada semua RAKYAT MALAYSIA yang keluar mengundi, syabas diucapkan kerana anda membuat PILIHAN. Namun tidak dilupakan juga kepada mereka yang memilih untuk TIDAK MENGUNDI, tahniah juga aku ucapkan kerana mengurangkan ketegangan ummat yang sedang mabuk bertelagah di musim ini.

Aku cuma seorang insan kecil yang mengutamakan ALLAH Tuhanku dan Muhammad s.a.w Rasul Pilihanku melebihi segalanya.Aku tak senang dikelilingi orang yang suka bercerita buruk orang lain. Aku tak suka orang yang suka dan setuju dengan FITNAH. Aku tak pandai nak memandai-mandai macam kebanyakan politikus di tengah ramai. Aku tak selesa bila jentera pemilihan dimanipulasi penguasanya. Aku canggung bila yang diberikan hak memilih pemimpin bersama aku ada orang BODOH dan orang JAHAT. 

Kalau aku mahu fikrahku dihormati orang lain, AKU perlu menghormati fikrah orang lain. Justeru aku hormati apa jua parti yang bertanding dengan segala aspirasi mereka. Kalau ada yang SALAH beralaskan kerangka AGAMA yang aku percaya, aku akan tetap kata ianya SALAH, tak kiralah kena atas parti apa. Yang betul aku sokong. Cuma kena ingat yang betul dan salah itu ada khilaf yang pada ketika tertentunya ada lebih dari SATU yang BETUL dan lebih dari SATU SALAH, atau semua BETUL atau semua SALAH. Rujuklah kerangka ALQURAN & SUNNAH.

Secara jujur aku akui memang aku skeptik dengan sistem “Demokrasi Berperlembagaan” yang Negara aku PILIH untuk diamalkan. Aku TAK PILIH sistem itu. Ada kawan aku cakap, “itu SUNNATULLAH, takkan kau nak tolak taqdir dilahirkan dalam Negara sebegitu?”. Logik soalan itu tapi Aku percaya sistem itu juga adalah sebahagian pilihan RAKYAT Negara Demokrasi. “Kalau nak UBAH sistem yang kau tak setuju tu, kenalah bersama-sama dalam Jemaah orang yang sama-sama rasa nak ubah kepada mirip KHILAFAH Islamiyah” ujar kawanku lagi...

Soalannya kalau aku dan orang lain yang macam aku PILIH CARA yang kita orang berkenan untuk bersama-sama UBAH kepada kebaikan, adakah aku SALAH sebab tak bersama dengan Jemaah yang lantang mendabik sebegitu? Kata DEMOKRASI. Bukankah kita sepatutnya saling menghormati pilihan dan pandangan masing-masing dalam sebuah demokrasi? Habis tu kenapa bila aku cakap “AKU pilih untuk TIDAK memilih”, banyak yang serong memandang seolah-olah aku kurang Malaysia dari mereka?

POLITIK. Jalan atau cara sesebuah pentadbiran. Islam juga boleh bersetuju terjemahan ringkas politik ini. Dalam keghairahan pengundi Muslim & Muslimah memilih untuk mengutamakan agama, yang berpotensi ditegakkan ISLAMnya menurut kerangka Demokrasi Berperlembagaan adalah sistem pentadbiran. Walau bagaimanapun, sistem PEMILIHAN yang digunapakai oleh kerangka ini berbeza dengan pemilhan sesorang KHALIFAH yang dipilih oleh orang yang BAIK dan BIJAK.

Oleh kerana Demokrasi Berperlembagaan adalah sebuah sistem yang diiktiraf melalui proses pemilihan umum, KUASA memilih sebegitu terserah kepada RAKYAT. Maknanya siapa sahaja yang dipilih BOLEH MEMILIH untuk melaksanakan KHILAFAH jika RAKYAT mahukan sebegitu. Itu nilai sistemnya. Justeru aku PILIH untuk bersama berusaha dalam agenda UBAH keinginan RAKYAT kepada AQIDAH tanpa syiah laknatullah & tanpa SEKULAR. Aku tak nak ruang kepemimpinan ummat dibuka untuk perkongsian kepada yang sesat lagi menyesatkan.

Ada jalan lain? Ada orang yang akan jawab TAK ADA. Aku rasa jawapan orang macam tu logik… sebab taasub politik. Aku pilih untuk jawab ADA. Ya. Masih ada jalan pilihan yang lain. Tak semestinya hanya menerusi kaedah POLITIK Demokrasi Berperlembagaan. Sistem ini telah menyaksikan anak Perdana Menteri juga yang jadi menteri dan akhirnya Perdana Menteri, seolah-olah anak mekanik atau anak pesawah di Malaysia mustahil ada yang layak. Sesudah lebih 50 tahun sistem ini diwarisi dari penjajah kuffar British, kekebalan pewarisnya menjadi parti Pemerintah semakin menjolok mata.

Berubahlah jika itu yang kamu mahu duhai Malaysiaku. Aku setia bersamamu walaupun robek hatiku melihat PENJAHAT yang menipu RAKYAT. Aku tetap mahu AQIDAH ummat Melayu kekal suci tanpa dinajisi syiah laknatullah. Aku lebih gembira jika semua RAKYAT MALAYSIA hidup lebih bahagia di samping keluarga tercinta di mana jua anda berada. Aku tetap PILIH untuk TIDAK MEMILIH sehingga tiba saatnya ALLAH hidayahkan kepadaku agar membuat pilihan. 

Aku pilih untuk menolak POLITIK Demokrasi Berperlembagaan yang ditopeng, dijolok dan dinobatkan sebagai sistem terbaik buatku dan zuriatku sedang itu sebenarnya bukan pilihanku. Bagi mereka yang bersama parti, cukuplah bagiku melihat dan mendengar tohmah dan fitnah kamu semua antara sesama. Aku PILIH untuk tidak bersama dalam permainan itu semua. Aku pilih begitu sebab Rasulku berpesan, “"antara kecantikan ISLAM pada pengamalnya adalah apabila dia (Muslim) meninggalkan apa yang tiada kaitan dengannya" ~ mafhum Alhadith.

1 doa Rasulullah s.a.w yang ditolak adalah semoga Ummatnya terselamat dari musnah akibat perbalahan sesama sendiri. Justru demi mengelakkan polarisasi, sistem Pemilihan Khilafah Islamiyah ditaqdirkan ALLAH tercipta dengan meletakkan calon2 pada satu POLAR syura. Ini berlawanan auranya dengan sistem demokrasi berperlembagaan warisan british kita yang memang direkabentuk agar memerlukan 'energy' pertentangan sekurang2nya dwi-polar demi menunggang peluang memanipulasi yang wujud akibat prasangka kesangsian & polarisasi berteras kebencian.

Bagi mereka yang senang berada di kubu parti, selamat berjuang. Seikhlasnya dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, sebagai RAKYAT Malaysia, Aku yakin aku TIDAK MENGKHIANATI Tuhanku dan Rasulku dengan TDAK MENGUNDI di Malaysia. Wallahu a’lam. Salam PRU 13.

By: Towil See Sharp Minor

Comments

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْي

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah banyak b

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.