Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Bertekak Bertingkah Bukan Mesti Menang Dan Kalah

“Haaa… kan betol macam aku cakap aritu!” Kebetulan yang belum tentu disangga kebenaran. Barangkali sekadar agakan yang bertepatan. Mungkin cuma telahan yang bersesuaian. Apa jua rumusan sebenar perihal keadaan, ramai yang pantas menganggap kebetulan lazimnya kebenaran. Kata orang, “betulkan yang biasa, biasakan yang betul”. Persoalannya adakah anggapan betul boleh dikira sebagai mutlaknya benar? Kalau kita betul, adakah secara otomatiknya yang lain semua salah? Betul dan salah sudah terlalu dibiasakan dengan menang dan kalah. Sejak di bangku sekolah, kebanyakan kita diajar teknik berfikir secara objektif. Memang tak salah membentuk keperibadian yang tegas mendukung kebenaran, cuma bila kita berhadapan dengan cabaran pemikiran idealis yang tidak dipancang dengan kebenaran, kebarangkalian berbeza atau bertentangan fikiran adalah suatu kebiasaan. Justeru nilai yang menjadi pegangan akan dibicarakan secara berhadapan. Di sinilah tuntutan bertegas dalam kesederhanaan dan keterbukaan benar-b

Celik Memandang Yang Jelek

Seimbangnya pandangan manusia bila celik mata hati, minda, naluri, emosi dan jiwa selain sepasang mata di bahagian hadapan muka. Kerap kita dengar ungkapan “pandang sebelah mata” yang membawa maksud acuh tak acuh. Dalam senario dunia hari ini, makin muak rasanya bila saban hari kita disogok berita dan fitnah yang bertali arus tak putus-putus. Baik di persada tempatan mahupun di pelantar dunia, pelbagai cerita bersulam dusta dicanang merata-rata. Media; baik di arus perdana, layar utama mahupun alternatif sahaja seakan dirasuki kegilaan menjaja pembohongan yang nyata. Apa mahunya kita dengan segala yang didedahkan secara menjolok mata? Sampai bila agaknya kita mahu dunia kita terus-terusan diconteng kecamuk berita yang bukan sahaja tidak membina sahsiah dan pemikiran malah semberono mempromosikan moral, etika dan akhlak terhina bahkan terkadang songsang yang bertentangan fitrah manusia. Itu belum dikira benar atau tidaknya berita sebegini yang disebarkan sesuka hati di sana sini.

Thank You Note

ALHAMDULILLAH. Segala puji bagi ALLAH. Terima kasih semua yang menyokong warung kopi see sharp minor. Sokongan anda sebagai pembaca blog ini sangat kami hargai. Semalam, (tanggal 8 Mac 2011), pembaca blog ini mencecah angka 5,000. Bagi pihak warung kopi see sharp minor, kami mengucapkan terima kasih kepada para pembaca blog ini kerana tanpa anda, pastinya kami tidak bersemangat untuk meneruskan usaha lagi secara giat. Semoga segala manfaat yang dapat kita timba bersama darinya akan menjadi kebajikan yang diiktiraf oleh ALLAH s.w.t sebagai bekal di hari perhitungan kelak. Salam ukhuwwah dari moderator warung kopi see sharp minor. ALHAMDULILLAH. All praise to ALLAH. Thank you for all supports rendered to warung kopi see sharp minor. We truly appreciate your willingness to drop by and read our blog. Yesterday, (dated 8 th March 2011), readership of this blog reaches 5,000. On behalf of warung kopi see sharp minor, we wish to express our gratitude to all our readers because without you,

Bodoh boleh belajar, sombong kurang ajar.

Kata orang tua, perumpamaan orang yang bijaksana tu bila menarik rambut atau benang dari dalam tepung, benang tak putus tepung tak berterabur. Tapi mamak roti canai cakap, “mana ada susah mau tarik itu banang, itu tepung kalu sudah uli tada tabor punya laaa”. Begitu resam kebiasaan hidup yang membentuk persepsi kebanyakan manusia. Suasana hidup orang tua-tua Melayu dulu lazim orang perempuan berambut panjang berjurai atau bersanggul. Bila di dapur dalam rumah masing-masing, tak kisah kalau tak pakai tutup kepala macam yang dituntut oleh Merinyu dari Kementerian Kesihatan yang menjalankan pemeriksaan perniagaan berkaitan masakan. Bila rambut yang panjang mengurai terjatuh ke dalam tepung yang sedang disediakan untuk buat kuih untuk sarapan esok paginya, kenalah hati-hati jangan bersepah nanti rugi sebab orang Melayu simpan tepung di rumah taklah berguni-guni macam mamak jual roti. Zaman dulu, rumah kampong guna pelita ayam, jadi dalam suram dan kelam nak tarik rambut yang jatuh dalam te

Staying Focus… In the light of Divine Guidance

Worries on ummah. That was Prophet Muhammad’s s.a.w focus until the moment on his deathbed. Why was he relentlessly persistent thinking about his ummah? Are there any threats upon his ummah from others then? Who would threaten the Muslim? Why would they do that anyway? Ok wait… first things first, let’s see how they would do it? “And those who disbelieved are allies of one another. If you do not do so, there will be slander (fitnah) on earth and great corruption”. (Al-Anfal : 73). So… seemingly that is what obviously happen around us nowadays... isn't it??? As a Malaysian Muslim, our worries should include Malaysia being used as branding platform on Islam but towards the slant of secularism that discriminates religion from life. In retrospective of mighty colonial nations, they would boast that if it had not because of their effort colonizing other nations, the world today could’ve been much worse because it’s difficult for different nations to converse in one similar language. Th

Nenek Yang Baik

Rasanya macam pelik bila aku pikirkan semula apa yang anak aku bagitau pada aku. Sekali dengar masa first time macam biasa je, tapi bila aku dah balik, tetiba je aku terpikir balik apa yang dia cakap. "Abah, nenek kat masjid tadi tu baik betul lah!", ujar Aishah dalam kial membetulkan duduknya di kerusi belakang pikap si abah sambil tersenyum simpul. "Nenek mana yang Aishah cakap ni?" soal abah melayan keletah puteri kesayangan yang baru habis periksa penggal pertama darjah satu minggu lepas. "Nenek kat dalam masjid tadi lah. Dia tanya Aishah lepas Aishah solat tadi. Sapa nama? Ayah sapa nama? Mak tak ikut?" petah aishah menggayakan nenek bertanya itu ini. "Aishah jawap apa bila nenek tu tanya?" sambil tersengih abah bertanya. Mengharap jawap yang mungkin lucu dari si puteri. "Aishah cakap lah nama Aishah lepas tu nama abah. Lepas tu Aishah cakap mak Aishah dah meninggal... huhuhu" gelak Aishah menghurai jawapan untuk si aba