Kisah Isteri Sahabat Makkah
"Assalamualaikum... enta tak tau cerita isteri Ishaq meninggal ka?", tanya Ismail kepada aku. "haaaa??? isteri Ishaq? kenapa??" tanyaku semula. "Meninggal asar tadi?". Ismail adalah anak Melayu kelahiran Makkah; sahabat aku dan Ishaq.
Aku memang malam tu tengah siap-siap nak ke Mekah dengan kawan-kawan dari Jeddah. Kami semua terkejut dengar berita isteri Ishaq meninggal sebab baru beberapa hari sebelumnya kami dijamu makanan siam yang lazat dimasak oleh arwah di rumah mereka di Khansaa.
Arwah masih sihat orangnya sewaktu aku dan rakan-rakan dari Malaysia datang menjenguk Ishaq dan baby baru mereka dua minggu selepas musim Haji.Walaupun baru genap 40 hari melahirkan anak kelimanya dgn Ishaq, arwah sudah cergas memasak untuk tetamu suaminya.
Air tangan masakannya juga hebat. Walaupun kami tak pernah duduk bersemuka dengannya kerana budaya Arab di sini yang betul-betul membataskan percampuran, kami percaya arwah adalah seorang isteri yang baik berdasarkan keadaan rumah yang teratur bersih dan Ishaq suaminya yang sentiasa kelihatan segak kemas bergaya apabila bertugas bersama kami.
"Assalamualaikum Abe Mat... Betul ka isteri Ishaq meninggal?", aku bertanya Muhammad abang kandung Ishaq yang berjiran dengannya kerana talian mobil Ishaq tak dapat aku hubungi. "Haa... ya Asar tadi. Sekarang ni jenazah di Hospital Aziziyah. Lepas selesai mandikan di 'Mughsalah' (tempat mandian & urus jenazah), baru jenazah dihantar ke rumah", sambung Abang Muhammad.
"Jom kita gerak ke rumah Ishaq lepas solat Isya' ni..." aku ajak kawan-kawan yang bingung macam aku memikirkan KENAPA arwah meninggal dunia? Kerana tak dapat nak tanya maklumat punca matinya, kami tak ada jawapan selain andaian kemungkinan punca kematian berkaitan dengan kelahiran anak terbaru mereka.
Cerita sebenar dari Ishaq bila bertemu nanti pasti dapat memberi penjelasan sepenuhnya... bisik hati ketika kereta kami menyusur melepasi check-point di Syumaisi. Ismail fatani yang kini menetap di Jeddah juga dalam perjalanan pulang ke Makkah untuk menziarahi sahabat kami Ishaq. Kereta terus menelusuri likuan jalan menuju ke kawasan Khansaa.
Kami berpelukan dengan Ishaq sesudah bersalaman dengannya. Tiada siapa yang mampu bersuara untuk bertanya... masing-masing terasa betapa berat hati suami ini yang berdiri di depan kami sambil mendukung anak ke-4 yang baru pandai berjalan, disusuli anak-anak yang lain yang berusia 3 tahun dan 5 tahun bersalaman dengan kami. Anak sulung mereka; Tef ada di dalam bersama makcik-makciknya.
Jiran-jiran yang ada menuangkan teh buat para tetamu lelaki termasuk kami yang duduk di beranda luar rumah. Tetamu perempuan semuanya di dalam rumah. Adik-adik arwah mengambil Nedzal (2 tahun) dari dukungan Ishaq dan mengajak anak-anak Ishaq yang lain masuk ke dalam untuk memberi ruang Ishaq berbual dengan para tamu yang hadir menziarahi majliz 'azzaa ini. (Nota: 'Azzaa adalah ziarah rumah keluarga si mati).
"Balik solat jumaat, Ishaq tidur sebab penat baru sampai dari Madinah pagi tadi", Ishaq memulakan perbualan. "Isteri Ishaq kejut makan. Ishaq tanya, Taha (anak ke-2) dah bangun ke? Dia jawab belum. Ishaq cakap tunggu Taha bangun nanti kita makan sekali. Lepas tu isteri Ishaq sambung gosok jubah Ishaq sebab baju-baju untuk Ishaq outstation ke Tabuk seminggu semua dia dah siap kemas masuk dalam beg", panjang lebar Ishaq menerangkan detik pemergian isteri tercinta...
"Lepas siap dia mandikan baby Salman (usia 45 hari), isteri Ishaq kejutkan Ishaq lagi. Ishaq bangun dan tengok Taha masih belum bangun. Isteri Ishaq bagitau Salman menyusu puas-puas sampai kenyang lepas siap dimandikan... Ishaq penat tak hilang lagi masa tu, rasa nak lelap..." tambah Ishaq.
"Baru lelap tak sampai sejam, Tef (anak perempuan yang sulung) kejutkan Ishaq... Baba kenapa Mama tidur macam tak sihat tuu? Ishaq bangun dan tengok isteri Ishaq tengah duduk tersandar nazak. Kain baju semua dah siap lipat depan dia. Ishaq pergi kat dia, pegang dia terus pangku kepala dia. Ishaq cuma sempat bisik shahadah sekali jer kat telinga dia. Ishaq tengok mulut dia kumat-kamit dan terus hembus nafas akhir atas pangkuan", kami yang mendengar rasa sebak. Ishaq berhenti bercerita.
"Lepas maghrib, bila jenazah sampai di Mughsalah, Ishaq balik rumah tengok anak-anak. Semua anak dah siap mandi. Mujur famili abang Muhammad ada di bawah. Ishaq tengok atas meja makanan yang arwah masak terhidang. Ishaq ajak semua anak makan sekali makanan terakhir yang mama dia orang masak kat dunia ni... Mudah-mudahan ini juga ALLAH jadikan pahala atas khidmat dia memasak untuk kami", suara Ishaq terhenti lagi.
"Tef cerita dengan Ishaq, masa Ishaq tertidur semula dia berbual dengan mama. Mama cakap Tef (10 tahun) dah patut belajar memasak untuk Baba dan adik-adik. Sambil tergelak kecil Tef cakap boleh tapi Mama kena ajar lah. Mama senyum pada Tef sambil cakap nanti ada yang tolong ajar Tef memasak sedap-sedap. Lagi sedap dari masakan Mama katanya. Lepas tu mama cakap nak rehat sebab penat", Ishaq menceritakan pengalaman anak perempuannya yang berlaku tak sampai sejam sebelum arwah meninggal dunia.
Awal pagi itu, kami bersama-sama keluarga, tetangga dan sahabat Ishaq bersama solat Jenazah di Masjidilharam. Selesai solat Jenazah sejurus solat subuh, jenazah diusung ke luar melalui Bab (Pintu) Ismail ke van jenazah yang sedia menanti untuk dibawa ke perkuburan. Suasana hening pilu pagi itu tambah sayu saat Ishaq turun ke liang lahad isterinya sebelum dikambus tanah kubur, sedang Taha (anak ke-2) dan Nabil (anak ke-3) memandang sayu dengan airmata berlinang tanpa suara tangisan.
Aku hanya mampu biarkan genggaman tangan kecil Nabil memegang kemas tangan aku dengan airmatanya yang berderai tanpa sebarang rengekan. Subhanallah. ALLAH sahaja yang tahu rasa hati anak yatim itu. Moga ALLAH sentiasa merahmatimu dan saudara yatim mu ya nak... Ya ALLAH lindungilah anak ini wahai Tuhan yang Maha Berkuasa.
Sejurus lepas pengebumian, aku bersama rakan-rakan dari Malaysia berlepas ke Tabuk selama seminggu atas urusan tugas tanpa Ishaq. Sekembali dari Tabuk, kami menziarahi Ishaq lagi. Ishaq teringin nak ke Madinah ziarah Masjid Nabawi. Diajaknya kami temankan dia. Anak-anaknya tak dibawa dan dijaga keluarga abangnya yang tinggal di tingkat bawah. Berempat kami ke Madinah bersama Ishaq.
Sebagaimana yang kami jangka, Ishaq mengajak kami ke Madinah untuk menghibur hati bersama rakan-rakan. Dalam perjalanan Ishaq bercerita pada aku yang duduk sebelahnya di bahagian depan. "Lebih kurang 3 minggu lepas bersalin, Ishaq ada tanya kat arwah isteri. Masa nak bersalinkan Salman hari tu, doa apa yang sungguh-sungguh sangat masa tengah sakit?" Tenang Ishaq bercerita.
Antara waktu yang sangat mustajab bagi seorang wanita berdoa adalah ketika sakit mau melahirkan. "Isteri Ishaq jawab dia mintak nak mati dulu sebelum Ishaq..." tersentap aku dengar jawapan arwah. "... Ishaq tanya kenapa mintak macam tu? Dia kata, pada dia kalau dia mati dulu, dia yakin Ishaq mampu jaga semua anak dengan baik tapi kalau Ishaq mati dulu dia tak yakin dia akan semampu Ishaq dan dia tak nak besarkan anak-anak dengan orang lain... " Ya Latif... Ya Halim... Ya Wadud...
Jauh aku terfikirkan betapa manifestasi CINTA seorang Isteri buat suaminya mampu menjangkau DOA sebegitu. Hingga berdoa di saat sakit melahirkan anak memohon CINTAnya dipelihara oleh ALLAH dengan TAQDIR. Subhanallah... aku kagum. Malahan aku tambah YAKIN arwah Isteri Ishaq sememangnya sangat layak dikuburkan di Perkuburan Ma'ala, Makkah AlMukarramah di mana Isteri terCINTA Rasulullah s.a.w, Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid, disemadikan...
Allahumma salli 'ala Sayyidina wa Habibina wa Syafi'ina Muhammad...
By: Towil See Sharp Minor

Comments
Post a Comment