Skip to main content

Cemburunya Aku Matinya Begitu (3)


Kisah Cinta Pak Imam Duda dengan Janda Setia

“Kak Idah dah meninggal hari jumaat baru ni” langsung terhenti sebak suara Mak memberitahu khabar kematian sahabatnya yang aku juga kenal. Kami berjiran tinggal sekampung. Arwah Kak Idah orangnya mesra. Sikapnya yang suka bergurau dengan keluarga kami membuatkan kami menganggapnya umpama saudara dekat. Tambahan pula statusnya sebagai janda berusia sekitar 50an yang tinggal berseorangan di rumah peniggalan arwah suaminya, menjadikan Mak yang memang merupakan seorang aktivis masyarakat lebih akrab dengannya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun...

Arwah suami Kak Idah ada seorang anak lelaki bersama arwah isteri pertamanya, jadi Kak Idah adalah ibu tiri kepada anak ini yang kini bekerja di Singapura. Pernah terdengar Kak Idah bercerita dengan Mak sewaktu hayatnya. “Minggu depan anak saya nak balik sinilah Cikgu”. Kak Idah membahasakan Mak aku ‘Cikgu’ sebab Mak memang Ustazah yang mengajar agama di kelas dewasa. “Jadi minggu depan saya tak dapat ikut Gikgu pergi kelas agama. Kalau anak saya balik, saya nak duduk di rumah memasak apa yang dia teringin nak makan” sambung Kak Idah.

Bunyi cerita Kak Idah perihal anak tiri kesayangannya membuatkan aku hormat sangat kat orang kampung aku yang sorang ni. Walaupun arwah suaminya meninggal dunia tanpa zuriat bersamanya, kasih sayang dan amanah arwah suami tetap dijaga. Sayangnya pada si anak tiri bujangnya saling tak tumpah macam ibu kandung. Tegar Kak Idah gagahkan membeli barang dapur dan memasak sendirian untuk sambut si anak pulang ke kampung, meskipun dia sebenarnya ada sakit kencing manis sampai kakinya terpaksa dipotong.

“Janganlah Cikgu... saya dah malas nak pikir pasal nak cari laki lagi. Bior lah hidup sorang-sorang macam sekarang. Hati saya senang boleh ikut Cikgu pergi kelas dewasa belajar agama. Saya ni dah lah tak pandai, kalau ada laki nanti payah lah saya nak ikut kelas cikgu lagi” berderai tawa Mak dan Kak Idah... “Ehh... tapi kalau jodohnya sampai memang baik, jangan kau tolak pulak dah” ujar Mak berseloroh. “Baik macam mana tu Cikgu? Macam Pak Imam ke?” Memori aku masih terngiang lagi derai tawa Kak Idah dan Mak di ruang tamu.

“Pak Imam apa kabar? Nampak macam lebih sihat semenjak ada ‘bantal peluk’ yang baru...” Mak yang memang suka mengusik menegur Pak Imam Masjid di tempat Mak mengajar kelas dewasa. Pak Imam ini baru menikah semula selepas bertahun menduda. “hehehehee... Alhamdulillah Cikgu” jawab Pak Imam sambil tersenyum. “Saya nak bagitau Pak Imam, Si Idah yang selalu ikut saya mengajar di kelas dewasa ni sekarang ada di Unit Rawatan Rapi Hospital Daerah”. Mak memberitahu Pak Imam perihal Kak Idah yang semakin serius.

“Saya ada dengar juga... Apa khabarnya dia sekarang?” Tanya Pak Imam dengan wajah yang jelas bimbang. “Entahlah Pak Imam... Saya nak cakap pun tak pasti. Kita doakanlah mudah-mudahan dia cepat sembuh” jawab Mak yang kebetulan terserempak dengan Pak Imam di Masjid 3 hari sebelum Kak Idah menghembuskan nafas terakhirnya. Kisah Pak Imam yang menduda sekian lama akhirnya bernikah semula ada cerita di sebaliknya...

Kira-kira 2 tahun sebelum itu, Pak Imam pernah dikenenkan dengan Kak Idah. Secara lahirnya keduanya saling mempunyai rasa tertarik antara satu sama lain. Kak Idah yang manis berkulit putih orangnya pernah meminta pandangan Mak tentang persoalannya cintanya. “Bagi seorang ibu atau bapak, yang paling afdhal mencarikan jodoh buatnya adalah anak-anak. Islam tak menetapkan kalau mak atau bapak nak menikah semula mesti dapat izin anak” penerangan Mak panjang lebar berbaur nasihat dan motivasi menjawab persoalan Kak Idah.

“Tapi Cikgu... bila saya pikir-pikirkan keadaan saya yang menumpang rumah arwah suami dengan anak tiri... saya jadi tak semangat kalau nak kena tinggalkan rumah tu. Memang betul cakap Cikgu Pak Imam tu baik orangnya. Kalau jodoh saya dengan dia, paling tidak waktu solat saya mudah nak jaga sambil selalu dapat ke Masjid, tapi saya tak sampai hati dengan anak tiri saya tu Cikgu. Kalau saya kahwin dan pindah ikut suami, saya takut nanti anak saya tu segan nak jenguk-jenguk saya macam sekarang” Kak Idah tertekan antara perasaan peribadi dan naluri keibuan kepada anak tirinya.

Persoalan itu terbiar begitu sahaja sehingga akhirnya Pak Imam menerima calon berikutnya selepas lebih setahun menanti jawapan Kak Idah. Tuhan lebih mengerti hati dan perasaan hamba-hanbaNya. Meskipun tidak bersatu, hati mereka ALLAH sahaja yang tahu.

Sekali sekala bila Kak Idah datang ke rumah, kami adik-beradik sering mengusik Kak Idah. “Menung teringat Pak Imam duda ke Kak Idah?” tegur abang sulungku bila ternampak Kak Idah yang duduk di sofa dengan Mak. “Heishhh... dah menikah lah Pak Imam tu... melepas aku” hahahahaha... memang berbual dengan Kak Idah pasti bersulam gelak ceria.

Ketika Mak sampai ke rumah arwah Kak Idah, jenazahnya baru siap dimandikan. Tukang mandi jenazah yang juga orang kampung kami masih bergenang airmata lantaran teringatkan keramahan arwah Kak Idah semasa hayatnya. Masa Mak sampai, tukang mandi jenazah datang mendapatkan Mak lantas berbisik, “Cantiknya muka arwah Cikgu... berseri-seri sampai saya tak boleh nak tahan sedih teringatkan arwah masa hidupnya”, berpelukan Mak mententeramkan tukang mandi jenazah yang menangis di bahunya.

Mak sampai terlambat sikit ke rumah arwah Kak Idah. Semuanya gara-gara ada satu lagi kematian kenalan yang diziarahinya...

“Arwah Kak Idah meninggalnya pukul berapa Mak?” Aku bertanya. “Itulah yang nak jadi ceritanya... Kak Idah meninggal lebih kurang jam 10:30 pagi di hospital, dalam setengah jam lepas tu Pak Imam Duda yang dulu hampir berjodoh dengan arwahnya pulak meninggal dunia di rumah kampungnya” tersentap aku mendengar jawapan Mak. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun... Sekali lagi aku mengingatkan diri bahawa sesungguhnya kita datang dari ALLAH dan kepadaNya lah kita kembali.

Subhanallah. Maha Suci ALLAH.

Aku terpikir. CINTA itu pastinya sesuatu yang amat bernilai di sisi ALLAH meskipun hanya CINTA antara sesama hamba. Demi menghormati keluhuran CINTA yang tidak dicemari kemaksiatan, ALLAH Yang Maha Bijaksana pasti tahu menghargai setiap rasa di hati hamba-hamba yang taat padanya. Bukan aku nak memandai-mandai buat kesimpulan guna akal semata-mata, tapi lihatlah bagaimana bijaknya ALLAH mentaqdirkan detik ajal hambanya.

Oleh kerana KUASA ALLAH tidak terbatas di dunia sahaja, maka teramat mudah bagiNya mentaqdirkan bagaimana kesudahan sebuah CINTA baik di dunia yang sementara mahupun akhirat yang abadi selamanya. Ada kalanya menghormati perasaan orang lain yang kita sayangi menuntut pengorbanan peribadi tapi percayalah, tidak ada sesuatu apa pun yang dicipta sia-sia... termasuklah CINTA. Setiap pengorbanan dan keikhlasan pasti ada ganjaran. Sesungguhnya ALLAH lebih mengerti isi hati ini... Wallahu a’lam.

By: Towil SeeSharpMinor

Comments

Popular posts from this blog

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْي

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah banyak b

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.