Orang tua-tua dulu
cakap macam tu… Dari dulu aku cuba nak pahamkan kenapa macam tu? Sampai hari
ini masih tak terjangkau akalku. Kenapa perlu bermatian mempertahankan
tanahair? “Ask not what the country did
for you but what have you done to your country”. Itu cakap orang putih.
Dalam Bahasa Melayu maksudnya lebih kurang, “jangan dipersoal apa yang Negara
lakukan untuk anda tetapi tanyalah pada diri sendiri apa yang anda dah buat untuk
Negara?”.
Banyak kali aku cuba
bersetuju dengan pepatah orang dulu-dulu… tapi kerap sangat aku jumpa alasan
yang boleh menyangkal cakap itu. Kepercayaan setempat yang bersandar hukum adat
sentiasa wajar disangkal oleh Syariat yang bersendikan hukum Islam sejagat.
Kalau dulu aku tak nampak sangat beza Muslim dan Melayu. Sejak lahir dan besar
di Tanah Melayu, aku dah banyak kali dengar pasal ketuanan bangsa kepada
negaranya. Memang ada bahagian yang aku setuju… Cuma tak salah juga aku rasa
kalau yang patut kita utamakan adalah ketuanan AGAMA kepada penganutnya.
“Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku” [Al-Kafirun : 6]
Itu ungkapan yang
relevan bagi menyokong ketuanan agama dan bagi orang Islam yang solat, ayat itu
pastinya sering dibaca. Cuba kita hayati maksudnya dalam hidup kita. Ayat ini
sangat adil dalam mengajak ummat Islam bersifat tegas tetapi lembut. Tegasnya
kerana menolak kepercayaan selain ISLAM, lembutnya pula kerana kita disuruh
terima terlebih dulu bagi kamu (orang lain) agama kamu, barulah disebut bagi
aku agamaku. Maka adabnya bukanlah mendahulukan berkokok jaguh siapa aku, tapi
aku terima siapa kamu.
Hujan emas di negeri
orang. Menarik sungguh bunyinya. Cuma bila difikir, kilauan emas tak pernah
direkod dalam sejarah dunia ini bersifat semudah turunnya hujan di Tanah
Melayu. Serupa macam ayat orang putih, “the
grass is always greener on the other side” yang bermaksud rumput sering
kelihatan lebih hijau di sebelah sana. Hakikatnya kita memandang peluang secara
optimis kerana kita tak nampak lagi keadaan sebenar. Perspektif yang positif
membantu kita bertindak secara positif mengikut hukum tarikan universal (Law of Universal Attraction).
Kesimpulan maksud
tersirat pepatah “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”
yang orang tua-tua dulu cakap adalah, “pilihlah setia kepada negeri sendiri
walaupun terpaksa bersusah payah”. Dunia hari ini yang lebih materialistic
pastinya memilih emas berbanding batu. Kekangan hidup yang menghimpit boleh
membibitkan kekufuran sehingga terbit pelbagai permasalahan dunia termasuk
mencuri, menipu, korupsi, prostitusi dan sebagainya.
“Kadang-kadang kefakiran menjerumus kepada kekufuran” [Mafhum Alhadith]
Dunia ini ‘kebun’
akhirat. Sebagai orang Islam yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhirat, kaya
dan miskin wajib dipercayai dalam dua perspektif; Dunia & Akhirat. Oleh
kerana kita juga wajib percaya dunia ini sementara sedang akhirat lebih kekal
selamanya (macam yang diulang dalam khutbah Jumaat), logiknya kita kena lebih
kuat berusaha untuk hidup yang lebih kekal di akhirat sana. Paling ideal jika
kita mampu capai status “Kaya di Dunia, Kaya di Akhirat”. Justeru fakir di
dunia dan fakir jua di akhirat pastinya golongan manusia yang paling malang
hidup dan matinya.
Rasulullah s.a.w dilahirkan
yatim di bumi bertuah Makkah AlMukarramah. Sehingga usianya 53 tahun,
Rasulullah s.a.w masih bergelar orang Makkah. Hanya 10 tahun terakhir dalam
hidupnya dikenali sebagai orang Madinah AlMunawwarah atau Bandar Yang
Bercahaya. Pada tahun terakhir usianya, Rasulullah s.a.w sudah berjaya menawan
kembali Makkah (Fathul Makkah) dan turut menunaikan Haji di Makkah
AlMukarramah. Namun sirah baginda diakhiri dengan wafatnya di Bandar Yang
Bercahaya. Allahumma salli ‘ala Muhammad.
Hijrah Rasulullah
s.a.w dan para sahabatnya dari Makkah AlMukarramah menuju ke Madinah
AlMunawwarah adalah suatu perintah yang besar. Bayangkan kalau kita dan seisi
kampong halaman kita diarahkan pindah dari Johor Bahru ke Kota Baharu? Harus
diingat segala urusan perpindahan ketika itu harus diuruskan sendiri sedang
dalam keadaan itu masih banyak ummat Islam yang harus berpisah dengan anak
isteri, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai lantaran perbezaan AGAMA.
Begitulah pengorbanan Hijrah ke Bandar Yang Bercahaya.
Muhajirin Makkah
yang bersama Rasulullah s.a.w sepanjang 13 tahun dakwahnya di sana berjaya
disatukan dengan penduduk Ansar Madinah atas dasar AGAMA sehingga termaktublah
Piagam Madinah yang merupakan “Perlembagaan Bertulis Pertama Di Dunia”. Begitu
besar pengiktirafan ALLAH s.w.t kepada pengorbanan hambaNya ketika itu. Bumi
yang asalnya bernama ‘Yathrib’ bertukar kepada Madinah. Dasar Negara yang
mengiktiraf kewarganegaraan kaum Muslimin majority gabungan Muhajirin dan Ansar
tanpa menafikan minority Yahudi digubal berlandaskan keadilan dan kebijaksanaan
hukum ALLAH.
Inilah sejarah
keagungan ISLAM yang benar seperti dijanjikan oleh ALLAH s.w.t apabila hambaNya
berjaya mencapai tahap keutamaan yang sebenar dalam hidup. ALLAH dan RasulNya
adalah keutamaan mereka. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “apabila ummatku
mengagungkan kebesaran dunia, maka tercabutlah daripadanya kehebatan ISLAM”.
Sungguh benar Islam hari ini teruk dibelasah musuh dari segenap arah, kanan dan
kiri, atas dan bawah. Sudah tak segagah zaman Rasulullah s.a.w dan para
sahabah. Makin hari makin nampak banyak musibah. Astaghfirullah.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. [Al-Baqarah : 45]
Penat tengok kerenah
manusia berlumba kejar hidup dunia. Hidup yang sementara dikejarnya sampai
habis dilanggar semua. Padahal punyalah baik ALLAH tawarkan suruh kita mintak
tolong kat DIA yang berkuasa mencipta dan mentadbir segalanya. Dah lah DIA buat
kita, DIA bagi kita aqal & tenaga untuk usaha, DIA pesan suruh mintak lagi
kat DIA kalau kita nak apa-apa, DIA bagi peluang pulak untuk kita mintak maaf
kalau terlupakan DIA dan macam-macam lagi pinjaman DIA yang kita dah guna… ada
patut ke manusia engkar lagi padaNYA?
ALHAMDULILLAH.
Segala Puji Bagi ALLAH.
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan(untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. [Al-Baqarah :153]
Untuk kali ini aku nak sangkal juga sikap nasionalis totok
sesetengah ummat Islam khususnya Melayu menurut tafsiran yang diungkap oleh
pepatah orang tua-tua, “Hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”. Pertamanya oleh kerana
Rasulullah s.a.w berhijrah dan setia di Madinah AlMunawwarah sehingga akhir
usianya meskipun telah berjaya menawan Makkah tanah kelahirannya dengan AGAMA,
maka tak salah tinggalkan tanahair demi ISLAM. Keduanya mempertahankan tanahair
hanya perlu bila AGAMA jadi keutamaannya sebagaimana Rasulullah s.a.w dan para
sahabat berperang mempertahankan Madinah sebagai sebuah Negara Islam
Berperlembagaan yang pertama di dunia. Wallahu a’lam.
By: Towil See Sharp Minor
Comments
Post a Comment