Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

...maen LUAR rumah...

Baitullah... Kaabah... Tanah Haram Makkah AL-MUKARRAMAH... RUMAH ALLAH. Siapa yang ada di situ gelarannya "Tetamu ALLAH Yang Maha Pemurah" atau "Dhuyuf Ar-Rahman". Tetamu kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Di dalam kawasan Tanah Haram Makkah yang meliputi lebih 1000km persegi, dilitupi banjaran bergunung dan berpasir di sekelilingnya, diBERKATI oleh ALLAH Tuhan Sekalian Alam. SubhanALLAH... Alhamdulillah... ALLAHU Akbar. Segala puji bagi ALLAH Yang Merahmati Tetamu terpilih yang mendiami Tanah Haram Makkah AlMukarramah. Setiap hari di Masjidil Haram sepanjang musim haji pasti kedapatan solat jenazah mengiringi setiap 5 waktu solat. Bergembiralah mereka yang terpilih HIDAYAH ALLAH sepanjang usia di sana sehinggalah ke akhir usia. "Barangsiapa yang mati sedang dia dalam keadaan berIHRAM, maka dia bakal dibangkitkan dalam keadaan berTALBIYAH..." ~mafhum alhadith~. Berbahagialah roh yang dipanggil mengadap ALLAH dalam

Kaunter FITNAH... Justice for Jebat Ruffedge!

Buat pertama kalinya Blog Warung Kopi See Sharp Minor memaparkan sebuah KISAH BENAR yang dikhabarkan kepada kami oleh sekumpulan rakan-rakan yang kami percayai kata-kata mereka lantaran kesemuanya tegar menjaga SOLAT harian mereka. Sesudah kami ISTIKHARAH, sebulat suara kami di blog ini merasa TERPANGGIL untuk menyiarkan blogpost kali ini yang cuba merungkaikan sebuah FITNAH sehingga menzalimi seorang Hamba ALLAH.  Sesungguhnya HARAM membuat, menyampai dan menabur FITNAH. Akan tetapi sekiranya kita bertembung dengan sesebuah fitnah yang menganiaya sesorang sehingga terpenjara akibat fitnah pertuduhan yang direka, adakah WAJAR kita berdiam membiar? Oleh kerana perkara ini yang berkisar pertuduhan terhadap seorang bekas penyanyi yang merogol anak tiri sudah tersiar di media massa secara umum, maka kami memilih untuk menyiarkan kisah “Kaunter FITNAH” ini dengan corak penulisan sebegini…  Aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam.  Dengan nama ALLAH yang Maha

Skrip Mudah Untuk Bercakap dengan syiah?

Akhirnya… Setelah sekian lama syiah tersebar di Tanah Melayu, suara anak-anak Ahlussunnah Malaysia mula kedengaran bunyinya di pentas pentadbiran Agama. Usaha penolakan dan pemboikotan syiah masih terus berjalan dan MASIH MEMERLUKAN LEBIH RAMAI untuk sama-sama berjuang menolak penyelewengan AQIDAH secara berjemaah yang SESAT dan TERKELUAR dari landasan agama FITRAH ISLAM oleh puak syiah. Meskipun kedengaran seperti masih baru diperhangatkan kisah penyelewengan syiah yang menokok tambah Shahadah, seterusnya memaki para Sahabah dan terkini terang-terangan secara bergabung membunuh, membantai dan membelasah Ahli Sunnah di bumi Syria, Iraq, Ahwaz dll. permasalahan syiah sebenarnya bukan perkara baru. Syiah adalah BARAH atau CANCER ummat Islam Sejagat semenjak berkurun lamanya. Kewujudan puak syiah ini menepati ciri-ciri kaum Munafiq atau penipu agama sebagaimana yang termaktub di dalam AlQuran. Bagi penganut syiah yang sudah jauh sesatnya, kekufuran mereka juga menepati penerang

Taqdir Sebuah Harapan

Sehening Basrah di subuh kelam Mentari zuhur di Jerussalam Tersungkur korban di jalanan Sebutir peluru sebuah nyawa Terus menggetar di rumit sengketa (Chorus) Lewat isya’ dingin di sini Di manakah aku Siapa aku di mata kamu Longlai Damaskus menjelang senja Hujung asar masih tak reda Leka senja anak Rohingya Hadir maghrib habis usia Angkara dilemma kian membara (Chorus) Lewat isya’ dingin di sini Di manakah aku Siapa aku di mata kamu Bridge Dalam noktah dan tingkahku Dalam tutur bicaraku Tulus doaku menemanimu Repeat Chorus. Song: Afiq Ikram (Perimeter Breach) Lyric: Towil See Sharp Minor

KHILAFAH: Cita-cita, Impian, Utopia atau Omongan?

Ramai ummat Islam faham dan sedar maksud Khilafah Islamiyah menurut sejarah & Sirah Nabawiyah. Nukilan-nukilan kisah kehebatan sebuah empayar yang dibina berteraskan dua kalimah shahadah; “ La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah ” sememangnya mengagumkan. Tiada Tuhan Selain ALLAH, Muhammad Pesuruh ALLAH. Sungguh benar dua kalimah ini pernah dihayati sepenuhnya sepanjang pemerintahan Khalifah-khalifah Yang Bijaksana (Khulafa’ ArRashidin). TERBUKTI. Sistem Khilafah Islamiyah ini adalah sangat berkesan. Sebermula dari proses pemilihan, Khalifah (Pemerintah) dipilih oleh sebuah majlis pemuafakatan (syura) yang dianggotai negarawan terpilih dan dicalonkan atas dasar keluasan ilmu pengetahuan dan ketaatan serta keimanan yang kuat kepada Tuhan. Apabila sampai ajal seseorang Khalifah, majlis pemuafakatan ini dibentuk semula dan digunapakai untuk memilih Khalifah yang baru. Tiada pewarisan kuasa. Kalau yang terpilih itu punya hubungan saudara dengan Khalifah sebelumnya juga tak