Skip to main content

Cinta Pembuka Kata

Dengan nama ALLAH
Maha Pengasih Maha Pemurah
Berdiri daku mensyair Cinta
Ku luahkan sepenuh rasa
Merungkai simpulan pembuka kata

Pujian bagi ALLAH
Tuhan utama alam sekaliannya
Ku harap kasih sebenar cinta
Kupohon pada Dikau Yang Maha Esa
Teruja daku Rahmat RedhaNya
Tiada yang dapat menandingiNya
Ku mulakan dengan kata meminta
Rintih hamba dengan Bismillah

Ooohhhh Ya ALLAH
Tiada kuasa tiada upaya
Untuk ku hadapi oh ujianNya
Tiada dua selain Dia
Dikau Tuhanku daku milikMu

Sebesar Pujian bagi ALLAH
Tuhan utama alam sekaliannya
Ku harap kasih sebenar cinta
Kupohon pada Dikau Yang Maha Esa
Teruja daku Rahmat RedhaNya
Tiada yang dapat menandingiNya
Ku mulakan dengan kata meminta
Rintih hamba dengan Bismillah

Oh pimpinlah kami sepanjang jalan
Agar bahagia di hari kemudian
Selamatkanlah Oh Duhai Tuhan
Hindarkan dari disesatkan

Sebesar Pujian bagi ALLAH
Tuhan utama alam sekaliannya
Ku harap kasih sebenar cinta
Kupohon pada Dikau Yang Maha Esa

Ku serahkan jiwa seikhlasnya
PadaMu Tuhan Yang Maha Besar
Kasihi daku sayangi daku
Tetapkan cintaku hanya padaMu
Ya ALLAH ya Rahman ya Rahim…


Lyric: Towil SeeSharpMinor
Lagu: Zoul FAZS, Ejud A.R.M.A.D.A & Solidarity

Sila klik link untuk mendengar lagu...
http://www.reverbnation.com/play_now/song_13001799

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah bany...

Kaunter FITNAH... Justice for Jebat Ruffedge!

Buat pertama kalinya Blog Warung Kopi See Sharp Minor memaparkan sebuah KISAH BENAR yang dikhabarkan kepada kami oleh sekumpulan rakan-rakan yang kami percayai kata-kata mereka lantaran kesemuanya tegar menjaga SOLAT harian mereka. Sesudah kami ISTIKHARAH, sebulat suara kami di blog ini merasa TERPANGGIL untuk menyiarkan blogpost kali ini yang cuba merungkaikan sebuah FITNAH sehingga menzalimi seorang Hamba ALLAH.  Sesungguhnya HARAM membuat, menyampai dan menabur FITNAH. Akan tetapi sekiranya kita bertembung dengan sesebuah fitnah yang menganiaya sesorang sehingga terpenjara akibat fitnah pertuduhan yang direka, adakah WAJAR kita berdiam membiar? Oleh kerana perkara ini yang berkisar pertuduhan terhadap seorang bekas penyanyi yang merogol anak tiri sudah tersiar di media massa secara umum, maka kami memilih untuk menyiarkan kisah “Kaunter FITNAH” ini dengan corak penulisan sebegini…  Aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam.  Dengan nama A...

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.