Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Merdekakah kah kah kah…

Dah lebih lima puluh kali Negara aku sambut merdeka. Banyak taw 50 lebih kali tu… dari 1957. Cumanya aku rasa majoriti kepala otak orang aku, senang cakap Orang Melayu otaknya tak sampai lagi standard otak yang dah merdeka lebih 50 tahun. Katanya merdeka, tapi macam tak banyak beza dengan penjajahan bila kita perhatikan penghayatannya dalam kebanyakan minda orang Melayu. Boleh diterima pengkelasan minda Melayu yang berstrata. Melayu Bandar atau Urban memang ada beza dengan Melayu kampungan. Melayu belajar luar negeri dengan Melayu belajar sekolah atap juga berbeza mindanya. Cuma yang nampak bahalulnya Melayu bila menulis perlembagaan Negara ditetapkannya orang Melayu mesti beragama Islam untuk taraf Melayu Bumiputera tapi Islamnya tak mahu ditatang. Macamana entah formula ketuanan bangsa lebih utama dari kedaulatan agama. Siapa lebih mulia? Bangsa atau agama? Bila merdeka, kita ini sebenarnya merdeka apa? Kalau anak bangsa yang telunjuknya mencucuk mata diangkat jadi ketua oleh

Cemburunya Aku Matinya Begitu (2)

Lewat asar, kira-kira jam 5:30ptg member aku telefon ajak turun mengeteh di warung mamak berhampiran studio. Aku layankan saja permintaan sahabat ini tanpa banyak soal sebab aku sendiri pun dah naik tepu melayan kerja yang masih berselirat di pejabat. Assalamualaikum… Apa cerita bos? Tegur sahabat yang barangkali ternampak mata aku yang macam beruang panda sebab dah beberapa hari tak cukup tidur. Tak ada apa cerita sangat… cerita penat ada laaa, jawabku berseloroh. Teh O panas satu macha. Sama. Member menyampuk pantas nak mudahkan order minum. Cuti hujung minggu baru-baru ni kan aku balik ke Penang dengan famili. Ada cerita yang aku rasa engkau minat nak dengar. Azhar, member sekampung aku yang sama-sama merantau ke ibukota memulakan cerita. Bagi aku ‘hint’ ringkasan cerita tu boleh tak? Kalau aku rasa tak best, tak payahlah kau cerita… hahahaha. Saja aku ‘menganjing’ bak kata orang muda2 sini.  Hmmmm… Azhar berfikir sejenak untuk ringkaskan ceritanya dalam satu ayat. OK,  “

Kasih Bukan Seribu

_________________________________________________ Walau tak pernah ku lihat wajahmu Walau kita tak pernah bertemu Percaya daku pada CintaMu Yakin kasihmu untuk diriku Meniti di bibir namamu terpuji Hina dan nista terhambur dikeji Dikau tegar mencinta dihati Meski kami belum kau temui Ya Rasulallah… Ya Habiballah Kasihku ini bukan seribu Untuk dirimu hai kekasihku Seperti mana Dia mencintaimu Begitulah aku… Itulah mahuku… Dikau kasihku… Daku ummatmu… Oooohhhh Ya Rasulallah… Ya Habiballah Duhai Tuhanku Tuhan Yang Satu Tiada daya tiada upaya Mengharap daku pada RahmatMu Salam cinta untuk dirinya… Lirik: Towil Lagu: FAZS Nota: Salam Cinta buat Rasulullah s.a.w.

Cinta Pembuka Kata

Dengan nama ALLAH Maha Pengasih Maha Pemurah Berdiri daku mensyair Cinta Ku luahkan sepenuh rasa Merungkai simpulan pembuka kata Pujian bagi ALLAH Tuhan utama alam sekaliannya Ku harap kasih sebenar cinta Kupohon pada Dikau Yang Maha Esa Teruja daku Rahmat RedhaNya Tiada yang dapat menandingiNya Ku mulakan dengan kata meminta Rintih hamba dengan Bismillah Ooohhhh Ya ALLAH Tiada kuasa tiada upaya Untuk ku hadapi oh ujianNya Tiada dua selain Dia Dikau Tuhanku daku milikMu Sebesar Pujian bagi ALLAH Tuhan utama alam sekaliannya Ku harap kasih sebenar cinta Kupohon pada Dikau Yang Maha Esa Teruja daku Rahmat RedhaNya Tiada yang dapat menandingiNya Ku mulakan dengan kata meminta Rintih hamba dengan Bismillah Oh pimpinlah kami sepanjang jalan Agar bahagia di hari kemudian Selamatkanlah Oh Duhai Tuhan Hindarkan dari disesatkan Sebesar Pujian bagi ALLAH Tuhan utama alam sekaliannya Ku harap kasih sebenar cinta Kupohon pada Dikau Yang Maha Esa Ku serahkan