Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Paus atau Puyu?

Ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk bikin muafakat. Kalau kena rencahnya, pasti sedap sajian yang disedia. Tak kiralah masak untuk keluarga atau untuk dijaja. Bila tekak tertawan selera, hati berbunga jiwa gembira. Begitulah resam manusia. Bila dapat apa yang disuka, takkan masih nak merungut bermasam muka. Bagi mereka yang meniaga barang yang orang suka, hampir pasti pelanggan yang puas hati akan datang berkunjung lagi suatu masa nanti. Malah mungkin bawak kawan atau famili sekali. Pasaran; tak kira apa yang dijual, kalau kualitinya sesuai, harga pula sepadan dengan muai, bukan setakat pelanggan suka, makin dicadang dan dicanangnya di sini sana. Sampaikan bila terjumpa peniaga lain yang jual benda sama tapi harga atau kualiti tak serupa, dengan pantas dibandingkannya. Nilai kualiti sesuatu barangan sering sahaja jadi ukuran untuk dipadankan dengan harga yang setimpal. Kalau barang yang dijual sifatnya pejal mungkin lebih mudah dibuat perumpamaan berbanding barang jualan bersi

Knowledge of the sheep and Sheppard

People are like sheep, that’s why most Prophets were Sheppard. That may sounds simple and straight forward but the underlying truth and meaning is indeed profound. Human civilizations throughout the history of mankind including Mesopotamian, Babylonian, Greek, Roman etc. proved that only when we can identify knowledge and started using it towards our favor, our living standards shall be upgraded from disorganized individuals and horticultural to communal and societal. Over time we can witness how human basically feed on information and knowledge mentally and intellectually. The more we learn and know things, the more we realize how to behave attitudinally in conformity with practical human values. Philosophically the shared purpose of all genuine knowledge leads towards realization of truth, which in relation to human rationale turned into expectation to create a balance between sheer wisdom and ability to govern life.

Azan : Pandangan Dari Sudut Yang Tidak Berapa Saintifik, Tapi Relevan (agaknya laaa.. )

Azan adalah sejenis bunyian. Bahasa moden bagi bunyian ini kita gelar sebagai 'audio', tuan-tuan. Untuk menentukan samada audio azan yang keluar di corong-corong masjid itu perlahan atau kuat, maka pengerusi dan AJK sesebuah masjid harus mengambil inisiatif untuk buka buku (kalau malas, upah orang), dan baca sedikit sebanyak tentang apa itu audio. Dalam dunia audio, tiga perkara berikut harus difahami betul-betul: i) Volume, ii) Intensity, dan iii) Loudness.

Lelaki Jantan, Wanita Perempuan & dot.dot.dot.

Kesemua para Nabi dan Rasul adalah lelaki. Namun begitu, kaum wanita juga punya tokoh-tokoh yang hebat. Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid tersohor dengan keperibadian contoh wanita solehah buat seluruh ummah. Aishah binti Abu Bakar yang cerdik, Fatimah binti Rasulullah yang setia, Asiah isteri Firaun yang penyayang, Rabiatul Adawiyah yang zuhud dan banyak lagi nama-nama besar para wanita solehah yang terukir dalam lipatan sejarah. Jika dinilai pada timbangan agama, pengkelasan solehah adalah didasarkan kepada amalan seseorang tapi kalau diukur berdasarkan penilaian sahsiah insaniah, sikap dan keperibadian pula yang menjadi kayu pengukurnya. Antara agama dan perangai manusia di dalam jiwa seorang hamba, mana datang dulu? Soalan ini lebih kurang macam pertanyaan antara ayam dan telurlah sifatnya. Antara didikan, pendidikan dan kemahuan menjadi perempuan dan wanita berketerampilan dengan peribadi yang mengundang kecintaan Tuhan serta kesenangan hati insan, jumlah yan