Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

SSM's Wallpaper - Koleksi Musim Tengkujuh (Monsoon Collection)

Let us cheer your day up! Download the newest and coolest collection of SSM's wallpaper for your desktop during this monsoon season. Perfect for those who like to stare at their desktop, doing nothing.. like us.. Thaaaat's right! :p Enjoy! :)

Cakap Lepas; Perspektif "hot chocolate"

Tumpang lalu kak… air panas. Hmmm… sekali sekala pekena hot chocolate atau mocha pun segar juga. Bagi yang dah selalu tapi tak jemu tak apa, tapi kalau yang ketagih kopi atau teh tarik memang susah nak layan kenikmatan air cokelat panas. Kalau yang minum ais dah tentu boleh layan cokelat ais. Macam-macam selera manusia hanya menunjukkan betapa kita unik sebab kita berbeza. Selera tak sama walaupun sebangsa seagama senegara? Boleh juga, tak ada salahnya. Hiiisssshhhh… panasnya air ni? Melecur lidah… Dalam menikmati minuman pun kita boleh tercedera kalau gopoh nak cepat semuanya. Tapi itulah manusia. Ada masanya tersilap jangka walau dah lama hidup di dunia. Pengalaman mampu mendewasakan kalau kita prihatin kutip pengajaran. Semua orang biasa buat silap. Orang luar biasa yang terakhir hidup di atas dunia dah pun berlalu zamannya lebih 1400 tahun yang lalu.

Kulit dan Jilid dari lamunan kopi O halia...

Yang mana kau pilih. Isi atau kulit. Kertas bungkusan yang indah coraknya. Membungkus benda tak kira nilainya. Lunak suara Amy Search diiringi muzik slow rock membawakan lagu “Isi dan Kulit” menyapa gegendang telinga aku yang baru sahaja mengalih siaran radio ikim kepada sinar. Memang aku lebih gemar berehat mendengar radio selepas solat asar sambil menghirup kopi O halia di beranda rumah kalau tidak keluar bersukan. Sambil duduk kotak mindaku teringat perihal artikel bergambar berkenaan pertunjukan fesyen Islam di ibukota baru-baru ini yang baru aku baca tengahari tadi. Pelbagai reaksi terpapar dalam pautan laman web. Ada yang marah, ada yang suka, ada yang geram malah ada juga yang tak faham. Aku sendiri pun berbaur dan bergelodak akal dan rasa hati kerana kekeliruan yang makin berkecamuk dalam fikiran sebuah Negara berstatus ‘Islam’ sebagai agama rasminya.