Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

KHILAFAH: Cita-cita, Impian, Utopia atau Omongan?

Ramai ummat Islam faham dan sedar maksud Khilafah Islamiyah menurut sejarah & Sirah Nabawiyah. Nukilan-nukilan kisah kehebatan sebuah empayar yang dibina berteraskan dua kalimah shahadah; “ La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah ” sememangnya mengagumkan. Tiada Tuhan Selain ALLAH, Muhammad Pesuruh ALLAH. Sungguh benar dua kalimah ini pernah dihayati sepenuhnya sepanjang pemerintahan Khalifah-khalifah Yang Bijaksana (Khulafa’ ArRashidin). TERBUKTI. Sistem Khilafah Islamiyah ini adalah sangat berkesan. Sebermula dari proses pemilihan, Khalifah (Pemerintah) dipilih oleh sebuah majlis pemuafakatan (syura) yang dianggotai negarawan terpilih dan dicalonkan atas dasar keluasan ilmu pengetahuan dan ketaatan serta keimanan yang kuat kepada Tuhan. Apabila sampai ajal seseorang Khalifah, majlis pemuafakatan ini dibentuk semula dan digunapakai untuk memilih Khalifah yang baru. Tiada pewarisan kuasa. Kalau yang terpilih itu punya hubungan saudara dengan Khalifah sebelumnya juga tak

AKU pilih untuk TIDAK memilih ;-)

FITNAH. Lebih besar dosanya dari membunuh. Ayat AlQuran yang ini tak diteruskan dengan “kecuali waktu musim pilihanraya”. Sekiranya kamu BERIMAN dengan ALLAH dan Hari Kiamat, maka cakaplah yang baik atau diam. Mafhum AlHadith ini juga tiada pengecualian buat musim PRU. Soalan… Berapa peratus politikus Malaysia yang TIDAK bermain dengan FITNAH & lebih suka DIAM dari bercakap keburukan lawan? Kerana apa? Kerana PILIHANRAYA? Adakah adil dikatakan PRU meningkatkan permusuhan & perpecahan di kalangan ummat? Ada orang pilih Barisan Dacing. Ada yang pilih PIKATAN Rakyat. Ada juga calon bebas dan yang memilih untuk tidak ambil pusing. Di satu polar, kata caci maki bergentayangan… sementara di pihak yang satu lagi, walaupun sudah banyak yang serupa dengan lawannya, ada yang sanggup menggadaikan masa depan ummat Malaysia dengan MENERIMA ketua beraqidah syiah laknatullah untuk memperjuangkan agama ALLAH. Masing-masing dengan rasa dan percaya macam azazil berdepan Adam a.s, “aku lebih